Sunday, July 31, 2011

!!رمضان كريم ~الله أكرم



Daripada Abu Hurairah ra berkata: telah bersabda Rasulullah saw:((Allah swt telah berfirman: Setiap amalan anak Adam itu baginya (ganjaran pahala yang ada hadnya), kecuali puasa, kerana sesungguhnya puasa itu untuk-Ku, dan Akulah yang akan memberikan balasannya, dan puasa itu perisai, dan apabila seseorang itu berpuasa, maka janganlah ia mengeluarkan kata-kata lucah dan tidak juga bercakap kasar. Sekiranya ada orang lain yang mengejinya atau ingin berkelahi dengannya, maka katakanlah: Sesungguhnya aku berpuasa. Dan demi jiwa Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada haruman kasturi, untuk orang yang berpuasa itu dua kegembiraan: ketika dia berbuka, satu kegembiraan baginya, dan tatkala dia bertemu dengan Tuhannya, dia akan gembira dengan ibadah puasanya)).(Riwayat al-Bukhari & Muslim).


indahnya bulan ramadhan :)
bulan di mana,seluruh umat islam mengejar-ngejar  melakukan kebaikan.
orang yang mungkin tidak bertudung sebelum ni,boleh pakai tudung masa bulan puasa.
orang tak pernah menunaikan solat fardhu,boleh ke masjid untuk menunaikan solat tarawih.
orang yang jarang bersolat jemaah*especially kat asrama ke* boleh rajin turun ke surau hari-hari.


kadang-kadang rasa macam kelakar jugak,,hehe =p
tapi itulah kelebihan ramadhan yang dinanti bagi orang yang berebut2 mahukan keberkatan padanya.
elok buat,daripada tak de kesedaran langsung,betul tak?
tapiiii....janganlah buat masa bulan ramadhan sahaja.
semoga kita dapat terus istiqamah melakukan ibadah-ibadah meskipun ramadhan meninggalkan kita.
jadikan ramadhan kita kali ini sebagai satu wasilah untu kita meng'islah'kan diri menjadi hamba yang lebih bertaqwa.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ 
" Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,"
-surah al-baqarah:183-


semoga ramadhan kita kali ini,lebih baik dan lebih luar biasa dari biasa ^.^


sedikit perkongsian ilmu:


ustaz saya pesan dalam kelas tadi :)
lazimkanlah mengatakan " أنا صائم/أنا صائمة" -(saya berpuasa) sepanjang bulan ramadhan ni.
tujuan:bagi mengingatkan diri sendiri dan orang sekeliling bahawasanya kita sedang menjalani ibadah puasa.
maknanya kalau ada yang ajak mengumpat ke,buat perkara lagho ke,semoga bila kita cakap macam tu,perkataan tu dapat mengelakkan diri kita dgn sahabat lain dari mencacatkan ibadah puasa :)


berusahalah menjadikan ramadhan kita,ramadhan yang sempurna.chaiyok2! ^.^
فاستبقوا الخيرات
"maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebaikan"
surah al-baqarah :ayat 143


semoga kita tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi.
berpuasalah dengan sebenar-benar sebagaimana kita gembira menunggu ramadhan :)
bukan hanya gembira,tapi tiada apa2 tindakan dengan kegembiraan tu.



عن أبي هريرة: قال النبي كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صَوْمِهِ إِلا الْجُوْعُ وَالْعَطَشُ 

[ Berapa ramai orang yang berpuasa , tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga ]
-riwayat nisaaii dan ibn majah-


inilah bulan yang paling menggembirakan  umat islam.
besar hikmah nya.bersatunya hati umat islam pada bulan ramadhan kerana masing-masing gembira meraikannya.
bersatunya hati umat islam kerana masing-masing mengejar kebaikan dan meninggalkan larangan.
subhanallah.
indahnya nikmat islam dan iman.alhamdulillah. :)




semoga ramadhan kita lebih bermakna.
selamat menjalani ibadah berpuasa.
jom kumpul momentum!
semoga kita bersemangat menjalani ibadah.


*agak risau andai persediaan ramadhan saya ala kadar sahaja untuk menghadapi ramadhan secara luar biasa!tapi tak pe!
chaiyok2! ^.^"
jangan lupa sahur yea :)




تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِى السَّحُورِ بَرَكَةً
“ Bersahurlah kamu, maka sesungguhnya pada makan sahur itu ada keberkatan”. Riwayat al-Bukhari dan Muslim



sangat merindui ramadhan di smap labu :'(
solat di dataran,sahur sama2,berbuka sama2,imam sedap2,hehe..
huwa~rindu ramadhan di bumi smap labu :"(



petang2 adek2 f1 tolong bentang tikar :)


huu~rindu solat dekat dataran :')
di bawah kerlipan bintang2,,cewah~

:')
tak dapat berimamkan ustaz amirahman tahun ni.
imam favourite..hehe,,*ustaz amir,nafi'(f5),imam muda najdi.
ada ramai lagi..alah~imam kat smap sume best!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 comment:

^dianakhairi^ said...

salam..akk dtg jenguk ni..wahh rindu jugak sume2 yg di smap labu tu..solat hajat perdana sume dulu..tarawih dulu kt musolla aspuri je.huhu..