Monday, August 22, 2011

duhai syabab...kau berharga..

masih terngiang-ngiang ceramah yang disampaikan oleh dr.zainurrashid lebih kurang dua tahun lalu yang menyampaikan kata-kata dr.yusuf al-qhardawi :



"sesungguhnya yang termahal di Mesir itu bukanlah kapas,minyak san terusan suez,tetapi para pemudanya"


duhai syabab...sedarlah bahawa dirimu berharga~

cuba kita renung semula kisah-kisah para pemuda pada zaman rasul,zaman tabi',zaman tabi'-tabi'in.
sebut sahaja sultan muhammad al-fateh,siapa tidak kenal.
pemimpin muda yang mampu menakluk kota contanstinople seusia 19 tahun.
sedikit imbasan kisah sultan muhammad al-fateh:

"Seorang Sahabat Rasullullah S.A.W, Abu Ayub Al Ansari pernah mengikuti ekspidisi perang menentang tentera Rom di Constantinople ketika di zaman kerajaan Bani Umaiyyah. Beliau ingin jasadnya dikuburkan di tembok Constantinople dan ketika ditanya mengapa beliau ingin dikuburkan ditembok tersebut, beliau berkata kepada panglima Bani Umaiyah: "Aku mendengar baginda Rasulullah S.A.W mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut & aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda."


andai kita renung semula diri kita,sehingga usia ini,apa yang kita dah salurkan untuk islam?
apa cita-cita kita untuk islam?

seusia ini,sudah sampai masanya kita memikirkan bagaimana untuk menjadi manusia yang hebat.
bagaimana untuk menjadi insan yang terbaik.
andai cita-cita kita hanya menjadi manusia yang biasa-biasa,maka,biasa-biasa lah hasilnya.

aim for the sky,for if you falls,at least you can touch the sky.


pasanglah cita-cita kita setinggi-tingginya,kerana andai kita tidak mampu mencapainya,sekurang-kurangnya kita masih berada di atas.dan perancangan Allah adalah sebak-baik perancangan.

firman Allah:

"berlumba-lumbalah dalam kebaikan..."
surah al-baqarah:148

untuk menjadi manusia yang mulia di sisi Allah,kita memerlukan usaha yang luar biasa.
adakah sama orang yang sambil lewa dengan orang yang bersungguh,tapi kedua-duanya mempunyai cita-cita ingin ke syurga?

macam tu juga dalam kehidupan.
semua orang mengimpikan menjadi yang terbaik,tapi untuk sampai kepada yang 'terbaik' itu,bukan dengan usaha yang biasa-biasa,tetapi dengan usaha yang luar biasa.lain dari yang lain.

duhai syabab..

jadilah seorang yang hebat.kerana tanpa kita sedari,kita harapan kepada generasi seterusnya terutamanya kepada agama.sentiasa letakkan persoalan pada diri,

"kalau bukan aku,siapa lagi???"


sekurang-kurangnya kita akan rasa bertangunggajawab untuk lakukan sesuatu.
jangan tunggu orang lain!tapi cakaplah pada diri,

"akulah orang itu!"


jangan tunggu orang lain yang lakukan untuk kita,tapi jadilah manusia yang sedar bahawa,semua orang bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu.jadilah manusia yang boleh menyenangkan orang lain.bukan menyusahkan orang lain.kalau boleh,biarlah orang gembira dengan kehadiran kita.


kehidupan kita bukanlah satu keseronokan,tapi kehidupan ini satu jihad.
dalam firman Allah:

"Maka apakah kamu mengira, bahwa kami menciptakan kamu main-main (saja) dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami" 

 al-Mu'minuun:115

keseronokan itu bakal kita rasai andai kita berjaya harungi jihad di dunia ini ^.^
jihadlah walau dengan sekecil-kecil jihad.

usah sia-siakan masa remaja :'(
bagaimana kita sekarang?itulah yang mencorak diri kita akan datang.
jenis lagu apa yang kita dengar?itulah yang mengganbarkan diri kita.
jenis majalah/buku apa yang kita baca,itulah yang menggambarkan diri kita.











cuba fikir-fikirkan,adakah apa yang kita lakukan hari ni mampu menjadikan kita seorang yang hebat?
adakah akhlak kita sekarang ni,mampu menjadikan kita seorang yang hebat?
adakah pemikiran kita sekarang ini,mampu menjadikan kita seorang yang hebat?


jadikanlah diam kamu itu berfikir,dan percakapan itu zikir :) 


wallahu'alam~



"sesungguhnya aku menasihatimu bukanlah bererti

aku lah yang terbaik dalam kalangan kamu.Bukan
jua yang paling soleh dalam kalangan kamu,
kerana aku juga pernah melampaui batas untuk
diri sendiri.Seandainya seseorang itu dapat
menyampaikan dakwah apabila dia sempurna,
nescaya tidak ada pendakwah.Maka jadi sikitlah
orang yang memberi peringatan"
Imam Hasan Al-Basri





*sekadar penulisan semula dari isi-isi tazkirah saya daam kelas petang tadi*
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 comment:

adilah azureen said...

alhamdulillah,blog yg sgt2 bermanfaat..kept it up ya! inshAllah :)