Wednesday, August 17, 2011

andai ku tahu

assalamualaikum :)
alhamdulillah,lagi berapa hari lagi je nak balik rumah,cuti raya.
saya memang countdown hari-hari2! :D
tak sabar nak buka puasa dengan mama!! :) so,tadi,dah pergi kota bharu untuk tukar tiket bas.alhamdulillah.
dapat cuti lama sikit! =p sepatutnya cuti sampai 3/9 je,tapi dapat panjangkan sampai 6/9.
ITUPUN,kena ganti nanti -.-' jenuh la nak mengganti.ok,beza zaman seolah dengan U,jadual flexible,kalau nak tukar boleh deal2 dengan pensyarah.hehe.

********************************************
bukan nak cerita asal cuti sebenarnya.
takkan kulupa kisah semalam =p naik kereta dengan ain(ain drive sebab saya x berani bawa manual walaupun sudah ada lesen :D)
ya Allah,kenapalah kereta dekat kelantan ni laju2.kereta kancil yang kami naiki dilanggar oleh lori TAPI di bahagian side mirror sahaja.hehe,tapi menakutkan kot.
*dalam hati dah fikir,"mati ke aku hari ni"
over kan?tapi bila fikir balik,
kita bukan tahu ajal kita,mungkin sahaja beberapa minit sahaja lagi,
adakah kita bersedia untuk menghadapi kematian?
dah cukup ke persediaan kita nak menghadap Ilahi?

soalan ni yang bermain-main difikiran selepas pulang dari kota bharu semalam.
*bagus juga ada experience cam ni,boleh mengingatkan kepada kematian,,,thnx ain kerana berusaha menjadi pemandu yang berhemah :D*

dah selesai ke urusan kita dengan manusia?
hutang?ada lagi tak? *cek list cepat!
ada buat orang kecik hati tak?
pergi minta maaf cepat!
mak?mak macam mana? :'(

ya Allah,aku takut dengan azabMu ya Allah.
berikanlah kesempatan untuk aku menambah amalan kebaikan.
izinkanlah aku untuk sentiasa melangkah dalam hidayahMu ya Allah.
janganlah kau palingkan hatiku di saat kau memberi hidayah padaku.

teringat cerita dr.nawi(kuliah aqidah),beliau ternampak satu kemalangan yang sangat ngeri dan tragis.
hampir 80% badan jenazah tersebut terbakar.50% dari anggota badannya juga turut hancur.

bagaimana saat kematian kita?
bagaimana pengakhiran kehidupan kita?

اللهم اختم لنا بحسـن الخاتمة ولا تختم علينا بسـوء الخاتمة  


“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik), dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk)”


sentiasala berdoa agar pengakhiran kehidupan kita dalam keadaan yang baik dan mulia.
dan semoga Allah menutup aib-aib kita.





semoga urusan kehidupan dan kematian kita dipermudahkan Allah :')

bait2 lirik lagu andai ku tahu.
Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…


tumblr :)


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments: