Thursday, September 1, 2011

bukan mudah

TELAHKU PILIH JALANMU.

kadang-kala bukan mudah untuk istiqamah,
terlalu lemah untuk melawan.

ya Allah,bimbinglah langkahku untuk terus istiqamah.
untuk terus kuat berada di jalanMu.

aku akui aku bukan yang terbaik.
malah aku tidak pernah merasakan aku terbaik.
memang mudah untuk berkata-kata.
aku berpesan kepadamu supaya aku juga kuat untuk melakukannya.
namun aku juga insan biasa.naik dan turun imannya.
kadang-kala aku juga lalai,aku juga teralpa.
bukan niat sengaja,mungkin juga tidak sedar.
kadang-kala sengaja,memang aku insan yang lemah :'(

aku insan yang lemah yang masih amat memerlukan perlindungan tuhan.
yang masih amat memerlukan bimbingan.

ingatkanlah aku.
tegurlah aku.
katakanlah padaku.

sungguh,bukan mudah menerima teguran.
namun,andai kata-kata itu benar,aku berdoa pada Ilahi,
agar hati ini terbuka selua-luasnya untuk menerimanya.
قل الحق ولو كان مرّ!!
katakanlah benar walaupun pahit.

kepada yang berburuk sangka:

tidak mampu aku untuk menahan mereka yang berburuk sangka padaku.
aku hanya mampu mengatakan,hanya Allah leih mengetahui.
maka,itu sudah cukup menjadi pengubat hati :)

"lelaki itu saudaraku"

perlukah aku khabarkan kepada semua orang 'dia saudara ku'
tak mampu aku untuk meng'iklan'kan sepanjang masa.

"mm,sekarang je bertudung labuh,kerja nanti makin pendek la tudung"

memang aku tidak kuat tanpa pertolonganNya.
ya Allah,kuatkanlah aku untuk meneruskan jalan yang telah ku pilih ya Allah.

ya Allah~hanya kau yang mengenali hambaMU...
لا حول ولا قوة إلا بالله العليّ العظيم

AKU BUKAN INSAN YANG SEMPURNA..
jangan meletakkan harapan yang tinggi.
tapi aku amat memerlukan semangat dan sokongan.

bukan mudah di jalan dakwah.

"SESUNGGUHNYA AKU MENCINTAI ORANG SOLEH,
PADAHAL AKU BUKAN DARIPADA MEREKA.
HARPANKU AGAR AKU MENDAPAT SYAFAAT APABILA BERSAMA MEREKA NANTI.
DAN AKU MEMBENCI MEREKA YANG MELAKUKAN MAKSIAT WALAUPUN AKU SENDIRI MUNGKIN BUKAN DARIPADA MEREKA"
-IMAM SYAFI'E-




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments: