Saturday, September 24, 2011

semua untukMu

assalamualaikum :)
lama rasanya meninggalkan blog.*setiap kali tulis blog,mesti ulang ayat ni*
mungkin saya merasakan penulisan blog ni antara komitmen saya.bukan membebankan,tapi saya sendiri rasa 'tak keruan' andai jarang update blog.yang menambahkan lagi kebimbangan andai blog ini tidak diisi dengan pengisian-pengisian yang bermanfaat.pada saya,meng'update' blog memerlukan beberapa kajian terutamanya jika hendak mengeluarkan ayat-ayat qur'an atau hadis,atau mungkin juga fakta-fakta mengenai sesuatu perkara.maka,kerja meng'update blog' ni,tidak cukup satu jam andai ingin memberi pengisian-pengisian yang baik serta hujah-hujah yang mantap.jadi,dek kerana sibuk dengan assignment,dan tidak boleh memberi komitmen yang terlalu lama untuk update blog,saya tangguhkan dulu penulisan.walaupun saya masih terlalu muda dan kurang ilmu,tapi saya lebih senang andai diberi kebebasan fikrah untuk mengeluarkan pendapat melalui penulisan.Allah menciptakan manusia pelbagai untuk kita saling berkenalan,tukar pandangan untuk melahirkan umat yang mantap.akal yang Allah kurniaakan kepada manusia merupakan ciptaan yang paling istimewa untuk manusia manfaatkannya untuk perkara-perkara yang berfaedah.


"Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal"-surah al-hujurat : ayat 13



 semoga kehidupan kita sentiasa diisi dengan perkara bermanfaat dan dapat memberi manfaat pada orang lain.

” Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain ” (HR. Bukhari).

jumaat lalu,tamatlah sesi kuliah untuk semester 1.minggu ni merupakan 'study week' sebagai persediaan hadapi peperiksaan akhir yang berlangsung 2/10-11/10/doakan yea ;)
cepatnya masa berlalu.rasanya macam baru sahaja habis SPM.dah nak hadapi exam dekat Universiti.

********************************************************************
cepatnya masa berlalu~
apakah pengisian kehidupan kita sepanjang perjalanan kehidupan?
kalau soalan untuk saya,"apa yang saya dah lakukan selama 18 tahun saya hidup di muka bumi Allah,menghirup udara Allah,makan makanan rezeki dari Allah,berjalan berbumbungkan langit Allah bertapakkan darat milik Allah,mempelajari ilmu milik Allah,dan macam-macam lagi yang segalanya milik Allah." anda bagaimana?mungkin sebaya dengan saya,atau mungkin 20++/30++,yang mana lebih lama dari saya..apakah pengisian hidup anda? :)

faktor umur bukanlah satu ukuran untuk menjamin kehidupannya lebih bermanfaat atau lebih berkat.kita buka sikit satu kisah tokoh iaitu imam nawawi.beliau seorang yang wara',zuhud dan bertaqwa.kehidupannya tidaklah terlalu lama.beliau meninggal ketika berusia 45 tahun,kalau nak ikutkan,45 tahun tu masih muda.tapi kehidupannya diisi dengan penuh perkara-perkara bermanfaat.sepanjang kehidupannya yang singkat itu,beliau telah menghasilkan banyak kitab-kitab.malam harinya pula diisi dengan ibadah dan penulisan kitab.maka sepanjang hidupnya itu,tiada apa pun yang sia-sia.

teringat masa sesi kuliah 'usus aqidah' tajuk 'العمر لا يزيد و لا ينقص' (umur tidak bertambah dan berkurang) ustaz saya ada memberi sedikit penerangan.tapi tak berapa ingat kata-katanya.tapi penerangannya lebih kurang macam ni.sejak azali lagi,hidup dan mati kita telah ditentukan oleh Allah.ajal maut semuanya telah ditentukan oleh Allah.memang kita berdoa pada Allah "ya Allah,panjangkanlah umurku" tapi panjangnya umur itu bukan lah dengan menambah bilangan umur dengan jangka yang lebih lama.sebaliknya,umur itu dirasakan lebih panjang atau lebih lama dengan adanya keberkatan pada umur itu. ~wallahu 'alam~
*berdoalah agar umur kita,perjalanan hidup kita sentiasa dalam redha dan keberkatanNya*

bagaimana pula dengan orang yang hidup lama?bermanfaat atau tidak,bermakna atau tidak kehidupan kita itu,hanya kita dan Allah sahaja yang tahu.kita juga boleh memilih dan mencorak bagaimana kehidupan yang kita kehendaki.andai hidup lama,tapi diisi dengan penuh kemaksiatan,tiada gunanya.kita perlu sentiasa ingat,bahawasanya Allah menjadikan kita tidak lain tidak bukan hanya untuk beribadah padaNya.
dalam firman Allah:

و ما خلقنا الجن والإنس إلا ليعبدون
"TIDAK AKU CIPTAKAN JIN DAN MANUSIA MELAINKAN UNTUK BERIBADAH KEPADAKU"
surah az-zariyat:56






dulu masa zaman sekolah,ustaz/ustazah selalu pesan "buat sesuatu mesti kerana Allah"
"belajar mesti kerana Allah" pelajar pun angguk-angguk kepala.'baik-baik,aku buat ni kerana Allah la ni' tapi,dari hati ke?bukan nak cakap orang lain,saya pun dulu kurang menghayati konsep lillahi ta'ala.macam belajar kerana Allah.selalu terfikir,'hmm~macam mana nak belajar kerana Allah ni' tapi bila dah naik f5,rasanya matlamat tu lebih jelas.dan lepas SPM dan sejak masuk U ni saya lebih jelas,apa itu 'lillahi ta'ala :)
indahnya hidup kerana Allah ^.^


saya bagi contoh:
seorang muslimah yang ingin menutup aurat.dia ingin memakai tudung labuh.tapi yang menjadi kebimbangannya ialah,dia merasakan dia tidak kelihatan 'hot',dia rasa tak boleh nak melawa di usia mudanya,dia rasa kelihatan gemuk andai memakai tudung labuh.
cuba fikir semula,apa erti menutup aurat?untuk melawa ke?berfesyen?
andai kita sedar hadaf(matlamat) utama menutup aurat,maka,segala pemikiran2 tadi,akan lenyap.menutup aurat itu syariat Allah.pentingkah aku kelihatan cantik/'hot' di mata manusia sedangkan Allah murka.Allah itu cantik dan suka pada kecantikan.tapi sama ke penilaian cantik Allah dengan cantik manusia?


perlu dingingatkan semula,segala yang kita lakukan mestilah bermatlamatkan Allah.kehidupan yang tidak jelas matlamat hingga penghujungnya umpama perbuatan yang sia-sia.seperti manusia yang bermatlamatkan kekayaan di dunia.jadi kemana akhirnya kekayaan tu?hidup perlu bermatlamatkan akhirat.itulah kehidupan yang hakiki.


mentor saya di nilam puri,prof.madya dr.shukri(pakar siasah syariah) pernah bertanya:
"seronok ke kehidupan di dunia?"
kehidupan di dunia ni hanya sementara untuk kita kejar semua perkara.seperti tiada apa-apa pun yang perlu kita kejar untuk dunia.semua perkara yang kita lakukan di dunia ini,bekalannya untuk hari akhirat nanti :)
beliau juga menceritakan gambaran2 di syurga.lelaki yang paling kurang amalannya,akan ditemani oleh 70 000 bidadari.itu yang paling kurang imannya,kalau yang lebih banyak amalannya?
betapa Allah maha pengasih lagi maha pemurah :) kejar dunia,hanya dunia yang kita akan dapat,tapi kalau kejar akhirat,dunia akan ikut serta ^^


andai esok  tiada lagi,sudah cukupkah bekalan kita untuk bertemuNya?
andai esok ajal kita,apakah bermanfaat sepanjang kehidupan kita?
andai esok nafas terhenti,sudah cukupkah bakti kita pada ibu bapa?
andai esok tiada lagi cahaya,layakkah kita ke syurgaNya?
andai esok hari penipuan dajjal,adakah aku di pihak yang benar atau sudah buta dengan penipuan dajjal?
andai esok hari penamat dunia,adakah syafaat untukku?
andai esok aku di padang mahsyar,di golongan manakah aku berada?


*post ini bukan sahaja peringatan untuk anda,tetapi juga untuk saya yang masih lagi mencari sinar-sinar jalan ke syurgaNya*


sekian.
-time to study! :) doakan intan untuk final exam ni :)
.semoga kejayaan ni menjadi wasilah untuk intan berjaya dan buka peluang untuk beri manfaat pada orang lain!


ممتاز لأمة،خدمت الإسلام
mumtaz untuk ummah,berkhidmat untuk islam! :)






-ramainya ibu bapa dah ke mekah untuk menunaikan haji,seronok intan dengar .bila mama intan nak pergi?arwah ayah dah buat dah niyabah haji.mama,nanti kita pergi sama-sama yea-semoga Allah buka jalan dan mudahkan urusan-
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments: