Sunday, October 2, 2011

bersangka baik dengan Allah.

assalamualaikum. :)
menyempat-nyempatkan diri untuk update blog.
baru selesai dua paper.semalam paper sirah dan pagi tadi paper mutalaah.
alhamdulillah :)


*sebaik-baik kalimah untuk dilafazkan*

"wah~macam tu komen intan.boleh jawab semua lettew~" -.-


mm,habis,apa lagi sebaik-baik kalimah yang harus saya ucapkan?
bersangka baiklah dengan Allah.kita sudah berusaha dan memberikan yang terbaik.
bertawakkallah kepada Allah dengan setinggi-tinggi rasa tawakkal padaNya.

tak berpuas hati dengan jawapan?


adakah kalimah 'alhamdulillah' itu menunjukkan saya berpuas hati dengan jawapan-jawapan yang diberikan?
sudah saya katakan itulah sebaik-baik kalimah daripada kita merungut 'ala~susah geyl paper td',,"ala,kenapa la macam tu,kenapalah macam ni' 'ala~penat je baca yang ni..bla..bla..bla'

jangan banyak bertanya kenapa dan mengapa,tetapi fikirlah tentang hikmah disebaliknya :)

mama call*
mama: how's exam?
intan:mm,ok la~cuma ada la juga lupa-lupa.tapi insyaAllah la.
mama:biasala tu,mana ada yang sempurna.

betul!mana ada yang sempurna.kalau nak ikutkan rasa nak jawapan sempurna,sampai bila-bila pun rasa tak puas hati dengan jawapan-jawapan yang intan bagi.tapi intan sentiasa berdoa aga melebihkan rasa syukur daripada kekecewaan.bersyukurlah sekurang-kurangnya Allah telah membantu kita menjawab exam tadi :)
kalau na ikutkan,mana larat nak ingat semua detail-detail yang kita hafal.tapi dengan bantuan Allah,kita boleh ingat.walaupun tak semua,tapi bersyukur la :)

ada je yang intan lupa.tapi takkan nak kecewa.dah hantar dah pun kertas tu.
berdoa pada Allah adalah sebaik-baik jalan.

sebelum masuk dewan exam:

"intan,nampak relax je"

hmm~semua orang ingat intan relax +.+ berdebar tau sebenarnya.tapi takkan intan nak tunjuk muka pelik pulak :D dan sebenarnya setiap kali sebelum exam,intan tak de mood nak cakap dengan sesiapa.tak tahu kenapa,tapi memang macam tu >.<

tips relax:dah usaha kan?bertawakkallah pada Allah.bersangka baiklah pada Allah bahawasanya DIA akan membantu kita. :)

mm,spontan je buat post ni,tak berniat pun nak update blog sebenarnya walaupun dah ada 2,3 tajuk yang sedang berlegar-legar dalam kepala untuk dijadikan entry baru.tunggu ada masa baru update :)
sekadar pengisian ringkas.sekadar santai2.ambil mana yang bermanfaat :)
sekian.wassalam.

doakan intan.esok paper aqidah.dan hari2 yang seterusnya.
hep!pesanan sikit.bagus la musolla penuh time exam.tpi takkan penuh time exam je sahabat2,akak2? :)
jom istiqamah.lillahita'ala.banyakkan baca qur'an dan baca ma'thurat.

*kesimpulan dari dua paper yang boleh dibuat,
Alhamdulillah.
TAPI!*ada tapi..ada je la yang lupa-lupa.ada yang jugak intan rasa "menjawab soalan ke tak ni ek?"
ada jugak yang intan tinggal kosong.tapi untuk jawapan satu markah la ;p dua soalan je *memang tak terbaca*ish2..
doa2!doa itu senjata!

tak pe2!semester 2,kita tingkatkan lagi! :) 




eh!lupa pula.tujuan buat entry ni nak share doa-doa yang boleh diamalkan time exam sebenarnya :)

antaranya:
surah at-talaq :2&3

surah al-qasas:24
baca yang ni:
ربي أني لما أنزلت إلي من خير فقير


surah al-anbiya:79


dan banyak lagi doa2 lain :)
selamat beramal.
yakin dengan Allah!

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 comments:

Anonymous said...

Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: "Tidak mati seseorang daripada kamu melainkan dia berbaik sangka dengan Allah SWT."
Kemudian sabda Rasulullah SAW, maksudnya: "Sesungguhnya berbaik sangka kepada Allah SWT sebahagian daripada kecantikan ibadah kepada Allah SWT."
Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: "Aku di sisi zan (prasangka) hamba-Ku terhadap-Ku, justeru zanlah kepada-Ku apa-apa yang dikehendakinya.

abdullah said...

Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: "Tidak mati seseorang daripada kamu melainkan dia berbaik sangka dengan Allah SWT."
Kemudian sabda Rasulullah SAW, maksudnya: "Sesungguhnya berbaik sangka kepada Allah SWT sebahagian daripada kecantikan ibadah kepada Allah SWT."
Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: "Aku di sisi zan (prasangka) hamba-Ku terhadap-Ku, justeru zanlah kepada-Ku apa-apa yang dikehendakinya.