Friday, October 14, 2011

kerana dakwah aku meninggalkanmu

mentari pagi menyinar lagi.alhamdulillah,masih diberi kesempatan bernafas udara islam dan menikmati kesegaran iman.qatrunnada ralik memandang ke arah luar jendela menikmati kebesaran ciptaanNya.

'indahnya hidup dalam bimbingan hidayah Allah,alhamdulillah.selesai solat subuh dan bacaan ma'thurat bersama sahabat-sahabat.bukan senang nak jadi manusia terpilih,berapa ramai lagi manusia yang masih berselimut.ada juga yang solat,tapi subuh 'gajah'.'


qatrunnada' menadah tangan berdoa pada Nya:

ربنا لا تزغ قلوبنا بعد اذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة انك انت الوهاب


"ya Allah,janganlah kau palingkan hati kami selepas kau memberi hdayah pada kami.sesungguhnya Engkau maha pemberi."

semakin meningkat dewasa,kehidupan qatrunnada' semakin berbeza.perubahan demi perubahan dapat dirasai dalam dirinya dan juga sahabat karibnya,sarah.sarah merupakan sahabat yang paling rapat dengan qatrunnada'.walaupun kini mereka berjauhan dek kerana sarah dapat menyambung pengajian di UK,qatrunnada' pula di UIA,mereka saling berhubung dan saling memberi nasihat dan peringatan agar sentiasa thabit di jalanNya.


'baguslah qatrunnada',awak ambil keputusan untuk tinggalkan Imran.perjalanan hidup kita masih terlalu jauh.bersyukurlah kerana awak diberi kekuatan oleh Allah untuk meninggalkan dia'


'terima kasih sarah sebab sentiasa mendoakan saya.dah lama saya mohon kekuatan dari Allah untuk tinggalkan perkara-perkara macam ni,hati saya terlalu lemah.saya tahu 'couple' itu haram,tapi hati saya sangat lemah untuk meniggalkan Imran.saya sentiasa rasa yang saya sangat memerlukan 'seseorang' dalam hidup saya.tapi baru saya sedar sekarang,Allah itu sudah cukup untuk mengisi kekosongan dan sentiasa ada untuk saya.betul la cakap ibu saya,apa lagi yang tak cukup,saya ada ibu yang penyayang,sahabat-sahabat yang baik.


terngiang-ngiang di telinga qatrunnada' perbualan antara dia dan sahabat karibnya semasa sama-sama di alam persekolahan.mereka bukan sahaja sahabat,malah sama-sama memegang tampuk pimpinan tertinggi di sekolah.mereka sering diberi kepercayaan oleh guru untuk mengendalikan pelbagai program dan menjaga sahsiah pelajar.namun,qatrunnada' lebih mudah lalai berbanding sarah.mujurlah ada sahabat seperti sarah yang sentiasa memberikan motivasi dan nasihat.


**************************************************************************
zaman persekolahan.
sesi usrah bersama AJK BADAR jam 9 malam.
penceramah jemputan: dr.syed ahmad nordin.
lulusan medic di ireland,tapi bergiat aktif dalam bidang dakwah.


"remaja sekarang menjadi harapan bangsa.kalau sibuk dengan perkara yang tak berfaedah,boleh nampak ke masa depan yang cerah?kalau nak jadi orang yang hebat,bermulalah dari  sekarang."


dr.syed menayangkan contoh-contoh majalah yang merosakkan minda remaja.ada majalah remaja,HAI,mangga dll.


tersentak hati qatrunnada' kerana semua majalah itu antara majalah yang menjadi kegemarannya.


''saya percaya pelajar yang hadir pada halaqah malam ini,merupakan 'selected student' yang dipilih oleh ustazah kamu.kamu semua merupakan naqibah yang akan menjadi qudwah kepada mad'u kamu.tunjukkanlah contoh yang baik pada sahabat-sahabat yang lain.mereka memerlukan kita.kalau bukan kita yang ada kesedaran ini untuk membantu,siapa lagi kita nak harapkan?''


kata-kata dr.syed sungguh bermakna.qatrunnada' menghayati setiap kata-kata yang dikeluarkan.dia juga tidak ketinggalan untuk menyalin mutiara-mutiara kata tersebut dengan harapan jika satu hari nanti dia terleka,hatinya tergerak untuk membaca semua mutara indah tersebut.


'ish~banyak nya masa aku dah bazirkan.'
teringat pesanan dr.syed yang cukup tajam menusuk ke hati.


"masa kita terlalu singkat untuk capai segala yang kita inginkan.masalah-masalah ummah yang seharusnya kita peduli juga terlalu banyak untuk kita fikirkan.kalau dihitung masa-masa ini,tidak sempat untuk kita terlalu memikirkan keseronokkan dunia,berfoya-foya,'bercouple' dan banyak lagi.kita perlu sedar,berapa ramai lagi remaja di luar sana yang semakin teruk akhlaknya,semakin hanyut dengan nikmat dunia.dalam hadis rasulullah s.w.t:barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan umat islam ,dia bukanlah dari[ada kalanganku.hadis riwayat bukhari."



kalaulah masa itu boleh berputar,aku nak manfaatkan semua masa tu balik.banyaknya masa aku dah habiskan.lagi-lagi dengan cintan-cintun ni.
ya Allah,berilah aku kekuatan untuk meninggalkan segala perkara yang sia-sia.
berikanlah aku kekuatan untuk meninggalkan dia dan berilah kesempatan padaku untuk merebut cintaMu.


'hmm,apa ye langkah pertama nak tinggalkan imran?...mm..mm..ha!bagi tazkirah yang aku dengar dari ustaz syed hari tu lah.pergi outing minggu ni.hantar tazkirah guna facebook.mungkin lama-lama nanti,dia tahu la kot perubahan aku.lagipun dia pun lepasan sekolah agama juga.masa kan dia tak mengerti.lagipun,dia pun tahu,aku nak jadi naqibah tahun depan.takkan aku nak jadi naqibah yang 'bercouple'malunyaaaa'


okay!mission one.did it!


memandangkan peperiksaan akhir tahun semakin hampir,qatrunnada' mengambil keputusan untuk lebih fokus pada pelajaran.sekali-sekala dia teringat juga pada Imran,namun,dia tdak henti-henti  memohon pada Allah agar memberi kekuatan padaNya untuk melupakan lelaki itu.hujung minggu yang lalu,dia telah menelefon imran dengan mengatakan,dia tidak akan menelefon imran selama sebulan denga alasan untuk menumpukan perhatian sepenuhnya pada peperiksaannya.memang benar itu niatnya,dan itu juga helah supaya dia dapat lebih menjauhkan diri daripada imran.dia tidak mahu mengecilkan hati imran secara drastik kerana padanya imran pemuda yang sangat baik.


"qatrunnada',awak ok ke sekarang?kuat untuk melupakan imran?saya tengok,awak semakin fokus dan lebih bersemangat sekarang.banyak perubahan yang saya dapat lihat.''najwa,teman sebilik qatrunnada'.mereka sering mengerjakan tahajjud bersama dan 'study' bersama-sama selepas solat sunat tahajjud.


"alhamdulillah.saya bukanlah terlalu kuat,tipulah andai saya tak rasa sedih untuk meninggalkan dia,namun,saya tidak mahu mengalah.saya rasa,telah tiba masanya.ni lah peluang yang dah lama saya nantikan.dah lama sebenarnya saya mohon kekuatan,tapi baru saat ini lah Allah beri kekuatan yang luar biasa pada saya.saya tidak mahu tergolong dalam golongan orang yang rugi kerana berpaling hidayah dariNya.kalau bukan sekarang,bila lagi?mungkinkah masih ada esok untuk saya?"


''baguslah qatrunnada'.saya sentiasa mendoakan awak.ni ada nota ringkas untuk awak.harap awak kuat''kata najwa sambil tersenyum.klik nota cinta untuk mengetahui isi nota tersebut.


*******************************************************************


cuti akhir tahun bermula.qatrunnada tidak sabar untuk pulang ke rumah.


one message received


sayang,bila kita nak keluar?


gulp!qatrunnada terkejut mendapat pesanan ringkas dari imran.sudah lama dia tidak menghubungi imran.kekok rasanya.


mm,imran.maaflah.sebenarnya saya ada sesuatu nak beritahu pada awak.


berdebar qatrunnada' menanti balasan pesanan ringkas dari imran.


tak payah.imran dah tau dah apa yang awak nak beritahu.saya dah faham!!


menggigil qatrunnda' membaca 'sms' tersebut.lemah longlai rasanya.dia tidak tahu bagaimana hendak menerangkan situasi sebenar pada imran.pastinya imran tidak faham tujuan sebenar.


apa yang awak faham.bagi saya jelaskan dulu.


tak payah!saya dah faham,sejak awak bagi tazkirah di facebook hari tu saya dah dapat agak.*imran*


saya buat macam ni untuk kebaikan bersama.saya nak awak jadi lebih baik.awak lelaki yang sangat baik.tapi saya rasa,awak akan jadi lebih baik kalau tak de saya.


imran diam seribu bahasa.qatrunnada' tahu imran memarahinya.imran kecewa.qatrunnada' teringat pada kata-kata imran,
' imran tahu,qatrunnada' yang akan tinggalkan imran dulu.'
memang imran seorang lelaki yang sangat ikhlas.malah,dia tidak merasakan hubungan ini satu mainan,malah,dia ada perancangan masa depan dalam hubungan ni.mungkin kerana imran lebih tua 2 tahun daripada qatrunnada',jadi fikirannya lebih matang.cuma,qatrunnada' merasakan,perjalanan mereka masih terlalu jauh.mungkin lagi 5/6 tahun,siapa akan tahu?mugkin hari ni,tidak bertemu,tidak berdating,tapi siapa tahu lagi 3/4 tahun,sudah berpegangan tangan?itu lah yang menjadi kerisauan qatrunnada'.


sebenarnya,imran menyangka bahwa,qatrunnada' meninggalkannya kerana ada lelaki lain.qatrunnada' tidak mampu untuk menerangkan tujuan sebenarnya.dia hanya mampu berkata 'awak lelaki yang sangat baik.tapi saya rasa,awak akan jadi lebih baik kalau tak de saya.' dengan harapan,imran faham.


beberapa bulan selepas itu,imran menghantar pesanan ringkas.


saya nak tahu kebenaran,awak masih mengharapkan apa-apa atau tidak dalam hubungan ni?


qatrunnada serbasalah.dia memang tidak mengharapkan apa-apa lagi.bukan kerana dia bertindak kejam,tapi dia tidak mahu terikat dengan apa-apa perjanjian.'berkata benar walau pahit'


tidak.saya minta maaf.kalau ada jodoh,tak kemana.saya minta maaf sangat.awak lelaki yang baik,semoga awak menjadi lebih baik.


awak pun perempuan yang baik.saya rasa,tak mustahil kalau lepas ni ada lelaki lain yang suka pada awak.*imran


saya dah tak nak 'couple' dengan sesiapa lepas ni.saya nak lebih fokus pada cita-cita.


***************************************************************************
oit!fikir apa tu haaa..usik rakan sebilik qatrunnada',lina.


tak de lah.teringat kisah lama.tak sangka kan,aku sekarang jadi antara orang yang tak suka couple2 ni.sedangkan dulu aku pernah couple.malunyaaaa.kalaulah orang tahu kisah lama aku,malunyaa.aib.semoga Allah tutup aib aku masa lalu"


hmm,itu kan kisah dulu.hidayah tu milik Allah.bersyukurlah kau terpilih.walupun kau pernah buat,tapi kau dah bertaubat.boleh jadi,kau lebih baik daripada orang macam aku yang tak pernah couple ni.aku ni,panjang lagi perjalanan.kita bukan tahu bila Allah nak uji.kena sentiasa bersedia.insyaAllah,Allah akan tutup aib kita kalau kita tutup aib orang lain"kata lina yang merupakan satu-satunya sahabat di uia yang mengetahui kisahnya.


aku teringat kata-kata ustaz yang bagi pengisian hari tu, ada akhowat ni tanya,
'ustaz,apa pendapat ustaz kalau perempuan tu kata dia couple dengan lelaki tu sebab nak dakwah kat lelaki tu'..menarik sangat jawapan ustaz tu!nak tahu apa?
dakwahnya ialah dengan cara PEREMPUAN TU MENINGGALKAN LELAKI TU.itulah dakwahnya.
kiranya aku dah buat la kan,lina?


alhamdulillah,insyaAllah..semoga ada kebaikan di sebalik sejarah silam kamu tu,wahai wanita bidadari syurga qatrunnada'.kata lina sambil mencubit pipi qatrunnada'.


tapi aku masih rendah diri lah.malu sangat dengan kisah lalu.semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa aku.dah la sekarang ni aku agak serius terlibat dalam kegiatan dakwah,kadang-kadang rasa juga rendah diri ni lina.


kamu memang rendah pun.hehe.tak de lah.qatrunnada',Allah tu maha pengampun.semoga Allah menilai setiap langkah mujahadahmu.kalau kau ikhlas berjuang di jalan Allah,kau tak perlu risau semua tu.hadis rasulullah s.w.t
"كل بنى ادم خطّاء وخير الطّائين التّوّابون"
"setiap ank adam itu bersalah dan paling baik org yg melakukan kesalahan ialah mereka yg brtaubat"





cerita ini gabungan idea rekaan dan realiti kisah seorang sahabat.semoga sama-sama dapat ambil manfaat :)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

5 comments:

lynn :) said...

intan, garapan yang menarik.
teruskan usaha,
'sampaikan walau satu ayat'
doakan lynn juga ye intan syg <3.

INTAN NADZIRAH said...

lynn: tq lynn :) insyaAllah,sama2 mendoakan yg terbaik.

Anonymous said...

ehem...saudari. huu. xtahu nak komen apa, rsa nak nangis je. ahaha. lme dh xnges kt ur shulder kan? aaaa...kita prnh bg thu sya, perubahan itu mmrlukan pengorbann dn
saudari, prnh baca seindah mawar berduri. subhanallah. dlm dri buku terlllaau byk yg mengajar sya erti khidupan sbnr. kita ad matlamat yg jelas. ia. cinta Illahi. itu sbnarnye. :)kalau kita serahkan sgala2 pd Dia, kita akn redha dn tng dlm hadpi apa jua kerenah dunia ni kan? teringt sorang shbt pengorbanan yg pling besar adlh pbgrobann jiwa, ukhti, jazakillah atrs semuanya. moga kita kekal trus dlm hidayahNya.wallhualam :)

Nadzimah BNadz said...

wah...teruskan menyampai...suka2

http://bukankisahzombie.blogspot.com

aqilahazian said...

GOOD POINT INTAN :)



dakwah lelaki tu dengan meninggalkan nya.