Friday, October 14, 2011

telah ku pilih jalanMU

telah ku pilih jalanMu.

ya tuhanku,
TELAH KU PILIH JALANMU.
jalan yang mendekatkanku padamu,
jalan orang yang beriman dan beramal soleh,
dan aku yakin sebenar-benarnya,
cintaku padamu takkan pernah dikecewakan.

namun tuhan,
ampuni aku,
fitrah ini terlalu berat untukku buang,terlalu pahit untuk ditelan,
tapi terus-terusan aku gagahkan,
demi mencapai cintaMu yang maha esa.

bantulah aku tuhan,
jika rindu ini imaginasi syaitan,
ku minta agar ia dilenyapkan.
andai kasihku berlandaskan nafsu,
ku mohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku.

tolonglah aku wahai tuhan,
untuk mengisi rasa cintaku untukMu.
agar aku tidak pernah dahagakan cinta dari insan yang
belum tentu halal bagiku,
teguhkanlah kasih untuk Mu.
agar aku tidak kecundang di jajah cinta yang dusta
yang menjadi hijab antara kita
tetapkan langkahku di jalan ini.

gagahkan aku tuhan.
untuk menenggelamkan kapal cinta manusia,
walau ia segagah bahtera titanic,
tetapku pinta ia karam
jika berlayar di lautan dosa.

dan aku mohon.
damaikanlah ombak di hati,
walaupun ribut datang mengundang
kasihku diikat di dasar Rabbi
kerana ia adalah lumrah ujian
dan akanku terus tekadkan janji 
kerana
TELAH KU PILIH JALANMU.

ya Allah,kurniakanlah aku cinta padaMU cinta yang melebihi cinta kepada seluruh ciptaanMu,
dan redhailah aku.



credit to:fadzlin najwa.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 comment:

Nadzimah BNadz said...

wah.......nota cinta....

http://bukankisahzombie.blogspot.com