Tuesday, November 1, 2011

baitul muslim masa depan ummah.

seronoknya bila berbicara tentang cinta,
seronoknya bila berbicara tentang alam perkahwinan,
seronok juga bila berbicara tentang putera/permaisuri idaman.

baitul muslim sering diheboh-hebohkan.
baitul muslim tu apa?
sejujurnya pertama kali saya dengar perkataan ini,awal tahun ni.ya!2011.
mula-mula saya beranggapan baitul muslim ni,seolah-olah persatuan yang ditubuhkan untuk mencari jodoh yang soleh/solehah.saya mula terfikir,macam mana nak masuk persatuan ni? *haha*ye la,siapa tak nak jodoh yang baik*
macam ni la kefahaman saya pada awalnya.
setelah lama mendengar/memerhati/membaca artikel,baru lah faham sedikit demi sedikit.
*okay intan!it's not an association okay? @_@ haitkatnya,baitul muslim ada di mana-mana.

sana-sini,asyik-asyik cakap pasal kahwin/cinta.
di facebook,twitter,blog.melibatkan pelbagai peringkat umur especially pelajar sekolah menengah dan universiti.kadang-kadang membosankan,kadang-kadang ada manfaatnya.

term 'cinta/kahwin' ini tidak salah.cuma  yang menjadi kebimbangan apabila topik ini seolah-olah menjadi keutamaan dalam kehidupan seharian sedangkan banyak lagi perkara yang perlu difikirkan..celik mata sahaja,hanya memikirkan cinta(manusia).memikirkan tentang 'perkahwinan yang diimpikan'.walaubagaimanapum,perkara ini mungkin juga boleh mendatangkan kebaikan sekiranya seseorang itu berfikir bagaimana dia perlu bersedia untuk menghadapi alam(perkahwinan) ini sehingga dia perlu membuat nilai tambah pada diri dari sudut pemikiran,rohani,sikap tanggungjawab dll.saya pernah terbaca kata-kata di status FB: "usah terlalu mengimpikan seseorang yang baik,tetapi berusahalah menjadi yang terbaik"

berbalik kepada baitul muslim,memang ramai yang mengimpikan baitul muslim.namun,seperti yang saya katakan tadi,adakah baitul muslim ini,hanya sekadar perkahwinan?hanya sekadar cinta yang melibatkan dua insan secara HALAL?ramai dalam kalangan masyarakat semakin faham cara bercinta dalam islam.ALHAMDULILLAH.namun,berapa ramai yang faham erti sebenar baitul muslim.kini,terlalu banyak gambar-gambar kartun yang direka di laman facebook yang bercerita tentang indahnya baitul muslim sampai ada yang lalai(sebahagian).tidak salah hendak berkahwin,bukankah itu amat dituntut? :) perbanyakkanlah persiapan diri untuk membina baitul muslim.

baitul muslim bukan sekadar perkahwinan,dari segi perkataan baitul muslim itu sendiri maksudnya ialah rumah orang islam.jadi 'rumah' yang bagaimana hendak kita bina sekarang ni?ahli-ahli rumah yang mengamalkan segala ajaran islam dan menjadikan islam itu satu cara hidup.baitul muslim bermula dari pemilihan pasangan yang baik,faham tentang islam,sehinggalah cara pasangan itu mendidik/mentarbiah anak-anak untuk melahirkan ummah yang berjiwa islam.pasangan itu sendiri juga mestilah saling mendidik antara satu sama lain.
kerana ada individu yang memahami perkahwinan itu sekadar memberi nafkah dengan memberi kewangan,tempat tinggal dll,memberi didikan agama dengan menghantar anak ke sekolah agama dan pelbagai lagi.tapi mereka sendiri tidak menunjukkan qudwah dan tidak mewujudkan satu bi'ah yang menghidupkan islam dalam bait'(rumah).

pernikahan yang dibina dengan bertujuan untuk membina baitul muslim akan memikirkan bagaimana pasangan hendak meneruskan perjuangan agamaNya.bagaimana hendak membina rumah tangga yang membawa ke syurga.bagaimana hendak melahirkan anak-anak yang soleh/solehah.dan pasangan juga akan memikirkan bagaimana hendak meneruskan tarbiah dalam diri pasangan masing-masing yang akhirnya insyaAllah akan dapat zuriat yang dididik dengan tarbiah islam.

saya tidak ingin mengulas panjang mengenai tajuk baitul muslim kerana saya juga masih belum berpengalaman.namun,saya membuat entry ini kerana saya melihat fenomena 'cinta' yang begitu dahsyat dalam kalangan anak-anak muda sehinggakan ramai juga blogger yang bercerita hanya tentang cinta.saya rasa mungkin isinya perlu divariasikan.jangan hanya tentang cinta.saya pun dah lama tidak menulis tentang cinta.
bagus jika ramai bercita-cita untuk nikah awal bagi menjaga hati,bagus juga kerana makin ramai yang faham cinta dalam islam dan ramai juga ingin membina baitul muslim.namun,perlu diperingati bahawa baitul muslim bukan hanya sekadar pemilihan jodoh yang baik,tetapi ianya lebih dari itu.ianya lebih kepada bagaimana hendak membina ahli bait'(rumah) itu nanti dengan roh-roh dan jiwa-jiwa islam agar perjuangan terhadap agama tidak terhenti walaupun sudah mendirikan rumah tangga.proses tarbiyah itu perlu berterusan~

 Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.
surah at-tahrim ayat 6.


baitul muslim penting dalam proses pembentukan 'maratib amal' yang seterusnya iaitu masyarakat muslim.masyarakat muslim dapat dibentuk melalui proses didikan dan tarbiah dalam keluarga :)


BAITUL MUSLIM BUKAN SEKADAR PENGLIBATAN DUA INSAN,TETAPI IANYA MELIBATKAN MASA DEPAN UMMAH :)



mari mencipta keluarga yang penuh dengan mahabbah&sakinah.
bawa aku bersama ke syurgaNya.
usaha ke arah redhaNya.
ayuh!bina diri sebagai individu muslim sebelum membina baitul muslim!


terlalu banyak perkara yang perlu saya fikirkan sebelum melangkah ke peringkat seterusnya.
bagaimana mama?belum puas lagi berbakti rasanya.ayah pula telah tiada.
bagaimana abang-abang ku?
bagaimana tahap ibadahku?menurun atau semakin semangat nanti?
bagaimana hendak mendidik anak-anak nanti?
usahalah yang terbaik dan berdoa banyak :)
insyaAllah,Allah akan sentiasa bersama orang yang mengharap redhaNya.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

6 comments:

shahjiehan said...

nice entry!

INTAN NADZIRAH said...

semoga bermanfaat :)

mu'minah said...

akak suka entry ni. barakallah feek dik =)

INTAN NADZIRAH said...

wa iyyaki :)

@be BNadz said...

baitul muslim....

Nurzahirah Aalia said...

entry yg menarik..syukran intan!