Friday, November 11, 2011

i was tagged by mizz nina!

assalamualaikum.selawat dan salam ke atas junjungan besar,rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam :)
di mana Allah di hati kita hari ni?masihkah di tempat pertama atau sudah bertukar ganti tempatnya?nauzubillah.
semoga hati kita terus dipenuhi dengan rasa cinta kepada Allah dan menjadikan segala perkara lain itu hanya sebagai 'alat' untuk kita sampai kepada cintaNya.kehidupan orang mukmin itu penuh dengan hati-hati seperti dalam perumpamaan ubai bin ka'ab.

Ubai bin Ka’ab r.a. telah membuat satu perumpamaan yang mudah ketika beliau ditanya oleh Umar bin al-Khattab tentang takwa. Beliau bertanya Sayidina Umar, “Pernahkah anda berjalan di suatu jalan yang penuh duri?”, Umar menjawab, “Ya, pernah?” “Lalu, apa yang anda lakukan?” Umar menjawab, “Saya menyinsing kain dan melangkah berhati-hati.” “Maka, itulah dia takwa!”
Maka takwa adalah langkah menjauhkan diri daripada larangan Allah dan berusaha sedaya mampu melaksanakan suruhan-Nya.

dia itu wasilah,DIA itu matlamat.
******************************************************
first of all,let me explain first.this is not mizz nina yang artis tu~ni nina yang solehah :) hehe.sahabat di nilam puri.
post kali ni dibuat untuk nina yang telah tagged saya dengan beberapa soalan untuk dijawab.thanks btw ^^
sebelum ni,tengok orang je kena tagged.tak sangka pula ada 'game' macam ni dekat blog.hehe.


1  Sape yang paling penting dalam hidup korang ? kenapa ?
siapa ya?mama! :) the only  mother in the world.*of course*semua orang satu mak ;p
dia mak,dia juga ayah as my father had passed away about 7 years ago.
semoga Allah sentiasa melindungi mama.you to me are everything. ^^
kenapa?should i answer this question.hehe.kerana yang pertama kedua dan ketiga itu ialah ibu.keempat itu bapa :) ibu adalah anugerah terindah dalam kehidupan.
2  Idola korang ?
لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِى رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٌ۬ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأَخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرً۬ا (٢١

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)
-surah al-ahzab ayat 21-

3 Memori yang korang tak boleh lupa waktu kecik - kecik dulu ?
apa ya?banyakk kot. :D kenangan dengan arwah ayah kot.jalan-jalan dengan ayah.hari ayah meninggal.macam-macam lagi lah.*hehe*

4 Kalau tak boleh tidur ape yang korang buat ?
baca buku.kalau tak da buku,muhasabah diri/berfikir.

5 Minima korang online dalam sehari ?
nasib baik tanya minima,kalau maksima tak nak jawab :D
mm,kalau cuti macam ni,about 5-6 hours.lama kan?hehe.suka baca-baca blog orang,kalau update blog lagi lama kot online.kalau ada kuliah,mm..mm..entah la.tak ingat lah.lama sangat cuti.hehe.yang pastinya 'kaki online' jugak la.yang penting!solat di awal waktu.

6 Blog sape yang korang suka terjah bila online ?
blog yang saya follow dan yang terbaru diupdate.*eh,apa ayat tunggang tebalik ni*haha.
maknanya mana-mana blog yang ada post terbaru.suka blog langitIlahi,brohamzah,ustazah fatimah syarha, dan blog-blog yang ada dekat blog list kat sebelah kanan ni^^

7 Bila sedih apa yang korang selalu buat ?
sedih?cepat-cepat positif sebelum syaitan datang menyeranggg!*hehe*lepas tu,call mama.nanti mesti mama bagi motivasi.lepas tu cerita dekat kawan.

setiap kejadian itu pasti ada hikmah nya.Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia.....
 “Apakah kamu mengira bahawasanya Kami menciptakan kamu dengan sia-sia dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maha tinggi Allah Raja Yang Maha benar. Tiada sesembahan -yang benar- kecuali Dia, Rabb Yang memiliki Arsy yang mulia.” (QS. al-Mu’minun: 115-116).

“Sungguh mengkagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik. Dan hal itu tidak akan diperoleh kecuali oleh seorang mukmin. Apabila dia mendapatkan kesenangan, maka dia bersyukur. Maka hal itu merupakan kebaikan baginya. Dan apabila dia ditimpa kesusahan maka dia bersabar. Maka itu juga merupakan kebaikan baginya.” (Imam Muslim)

8 Kata Najwa Latiff cinta muka buku . Kata korang?
soalan ni intan kurang faham.hehe.maksudnya quote intan selalu guna ke?
'mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis'

9 Kamu benci bila....
benci bila ada ketika hidup macam lost.macam tak de perasaan.contoh:bila solat tak rasa apa-apa.

kata imam al-ghazali:
"carilah hatimu di tiga tempat iaitu ketika membaca al-qur'an,ketika solat,dan ketika mengingati Allah.jika engkau tidak menemui hati di tiga tempat itu,mohonlah pada Allah untuk memberimu hati yang baru kerana engkau sedang tidak mempunyai hati"

situasi lain ada juga.tak suka macam bila orang ajak berdebat,bila tak dapat bina keikhlasan -.-bila saya jatuh hati.*haha*dan saya akan bertungkus lumus membuang perasaan itu.bukan menidakkan fitrah,tapi kena bijak mengawal kerana dibimbangi lalai dan terlupa bahawa 'dia itu alat dan DIA itu matlamat.

10 Ada visi dan misi hidup ? citer sikit . 
wah~visi dan misi ye?hehe.of course,everybody must have their own vission.
selain daripada apa yang telah termaktub dalam al-qur'an dalam surah ad-dzariyat:56 dan,al-baqarah:30,surah ali-imran:104..
quote yang intan selalu guna ialah "mumtaz untuk ummah,berkhidmat untuk islam"
nak terang misi ni panjang sebab misi ni adalah jalan-jalan untuk kita capai visi.hehe.
so,banyak lah wasilahnya asalkan dalam redha Allah :)

“Hai orang-orang yang beriman bertaqwalah Kepada Allah dan carilah (wasilah) jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan”.[Al Maaidah 5:35]

11 Impian korang pada masa depan ?
impian?apa yea?baitul muslim.haha.tak de lah.lambat lagi.tapi tu pun perancangan jugak.mm,of course nak berjaya,berjaya macam mana?cemerlang didunia,sejahtera di akhirat(visi SMAP labu)^^ dan nak ajak orang sama-sama kembali pada Allah disamping islah diri yang selalu lalai ni.*SELALU LALAI!*.islah nafsal wad'u ghairak.impian ni banyak lah kalau nak cerita :D 
susah2..hehe...nak tunaikan haji!seronok tengok orang pergi haji hari tu.

by the way nina,thanks for the questions.maaf la panjang sangat jawapannya.moga ada manfaat disebalik jawapan-jawapan tersebut :) jumpa di bumi tarbiyah nilam puri isnin ni,insyaAllah.nanti kita makan sama-sama lagi dekat kantin ^^

*saya akan pulang ke UM,nilam puri esok.bas malam.huwa~homesick!this is my last night at home:'(
jangan nak mengada-ngada intan!dah besar.mulakan langkah dengan semangat!bina semangat baru untuk  sem baru ni.semoga ada 'kelainan' berbanding sem sebelumnya*


nak semangat macam ni! :D

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

3 comments:

nadzimah said...

suka baca.... :)

INTAN NADZIRAH said...

moga bermanfaat :)

nadzimah said...

insya'allah.....memberi dari dari...hati... =)

istiqamah...