Tuesday, November 15, 2011

lebih bersemangat

dah dua hari kelas english pada jam 5-7 petang.
interesting!tak ngantuk ^^ *kantoi ngantuk sebelum ni*
thank you teacher hazlina!seronok sangat.
you make me fall in love again with english. :)
why again?bukan tak suka sebelum ni,tapi biasa-biasa je lah.


one thing!walau sesusah mana pun subjek tu,jangan benci.
kalau benci subjek tu,kita akan makin susah nak faham.tapi kalau kita usaha untuk pupuk rasa cinta,
insyaAllah,makin lama,makin mudah nak faham.^^

hari pertama belajar matematik selepas setahun tak belajar hari ni +.+ so,what do you expect?hehe.
tajuk pertama hari ni SET.tapi banyak sangat lupa. -.- tapi after dah revise tadi,alhamdulillah.ingat sikit-sikit.cuma dekat sini,belajar dalam bahasa melayu,jadi istilah2 pun dah lain.
semoga Allah terus memberikan kemudahan untuk memahami segala ilmu.^^
kena hafal balik kot sifir2 +.+
not that bad la kot ;p


untuk subjek ulum qur'an.
seronok sebab belajar dengan dr.najib :)
hari pertama kelas toturial,ustaz bagi assignment.
dapat tajuk 'israiliyat fit tafsir'إسراءيليات في التفسير
menjadi rebutan juga tajuk ni sebab siapa dapat tajuk ni,kene jumpa ustaz.(tajuk tak de dalam buku)lagipun tajuk ni menarik SEKIRANYA kita faham.takut juga sebenarnya.
moga dipermudahkan.


weekend ni! ^^
ada kem untuk pelajar semester dua.
program RES-Q.
stands for rehlah syahsiah qiyadiyah.anjuran MPP dan kelab fasilitator UMNP.*if i'm not mistaken*
tengok pada nama program pun sudah hebat.tentu objektifnya besar :)
sama-samalah kita jayakan program ni semoga objektifnya tercapai :)
hargai pengorbanan mereka yang berusaha bantu kita.
teringat pada kata-kata sahabat sesama saya hendak buat program di smap tempoh hari.(dikongsikan untuk penganjur program res-Q)

kalau kita buat program,jangan terlalu fikirkan sangat,'tercapai tak objektif nya'/'sampai tak pada hati-hati mad'u'sebab takut kita akan kecewa, cukuplah syurga Allah sebagai motivasi,dan Allah redha dengan usaha2 kita.

tapi memang lah kita akan usaha sebaik mungkin supaya objektifnya sampai.tawakkal pada Allah.bukankah Allah yang memberi hidayah? :)

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah pertunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah pertunjuk kepada sesiapa yang dikehendakkiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah pertunjuk (kepada memeluk Islam).
-surah al-qasas ayat 56-


tugas kita?
” Dan hendaklah ada antara kamu kumpulan yang mengajak orang kepada perkara baik, menyuruh orang berbuat baik dan melarang orang berbuat jahat. Mereka itulah orang yang berjaya” surah ali-imran ayat 104.-
   
dengarnya menarik sebab ada tetamu-tetamu yang hebat,seperti presiden PMIUM,dan MPP di UMKL.ustaz fattah pun ada*tapi belum berkesempatan untuk berkenalan.

moga Allah sentiasa pertemukan kita dengan orang-orang soleh dan solehah. :)


sebelum attend program ni,kami ditugaskan untuk baca buku 'apa ertinya saya menganut islam'.mungkin pengisiannya banyak berkait rapat dengan tajuk2 dalam buku ni.
jom manfaatkan masa sebaiknya!^^
buka hati,buka minda,tajdid niat.
mula-mula dengar pasal program ni,berat hati juga,sebab masa tu baru sampai nilam puri.homesick! :D
'syaitan sedang buat tugasnya -.-*
tapi sekarang sudah pulih.insyaAllah :) macam excited sikit nak pergi program ni!^^
jom kumpul bekalan untuk ke akhirat sana.


*entry ni macam laporan harian pula*:D rasa nak kongsi rasa gembira je kot permulaan hari di semester 2 ni.
ayat qur'an pilihan untuk entry hari ni:

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.
surah-attaubah ayat 38.


sekadar perkongsian ringkas.

p/s:berusaha memandang segalanya dengan berlapang dada.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

4 comments:

Nadzimah BNadz said...

Ilmu ibarat emas, di mana pun tempatnya, kedudukannya terhormat.

Anonim

walau sedikit ilmu yang dicari, manfaatkannya untuk islam.... =)

http://bukankisahzombie.blogspot.com

shairazi sharizan said...

ulum quran uluh hadis, lagi best,,

INTAN NADZIRAH said...

ni mesti star ni :)

shairazi sharizan said...

xstar pon biasa biasa saja,, cara ustaz cerita best,, act, rasa mcm senang ja