Monday, November 28, 2011

malu makin pupus ditelan zaman.


Diriwayatkan oleh ‘Abdullah Bin ‘Umar: Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya haya (malu & adab) dan iman adalah bersahabat. Apabila satu daripadanya hilang, maka yang satu lagi turut akan hilang.” – Baihaqi

bismillahi walhamdulillah.
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
alhamdulillah,berkesempatan juga nak update blog.sebenarnya banyak tajuk yang ingin dipostkan.
tapi semua idea tergendala separuh jalan.buntu.tak tahu macam mana nak ulas.

berbalik pada tajuk,malu sudah pupus ditelan zaman.
manusia semakin hilang malunya.tapi kadang-kadang ada juga yang malu tidak kena pada tempatnya.
bukan nak tuju pada orang lain sahaja,kadang-kadang saya juga hampir terlupa pada sifat haya'(malu) pada satu-satu situasi.sama ada tak perasan,over excited dan macam-macam lagi.harapnya tak de lah yang disengajakan.

situasi A


"faridah,tolong bentangkan tajuk yang cikgu dah ajar minggu lepas" cikgu zahra' memberi arahan.

ee,malu laaa.malunya.kalau salah macam mana.nak cakap apa kat depan ni.malu lah.tak mau!tak mau!


"mm,mm,hari ni,saya.....saya....(sambil bediri 'berjoget-joget' di hadapan kelas)..mm,hehe...ala,nak cakap apa ek..(sambil tersengih-sengih)"

"duduklah faridah!menuntut ilmu pun nak ilmu.ingat ya para pelajar yang cikgu kasihi sekalian,dalam menuntut ilmu,tiada istilah malu.kalau salah,kita sama-sama betulkan.apa yang nak dimalukan,kita kan sama-sama belajar.kesilapan tu perkara biasa,namun bukan untuk diulang-ulang.yang akhowat ni,memanglah sifat malu tu kena ada lebih,tapi biarlah bertempat.pada cikgu,kelakuan seperti tadi lebih memalukan kerana seolah-olah menampakkan lagi kelemahan kita di hadapan orang.kalau boleh biarpun kita gugup,tapi kita cuba untuk berani ,ya?ya,memang semua manusia ada kelemahan,tapi kelemahan bukan untuk ditunjuk dan kelebihan pula jangan sampai menunjuk-nunjuk''

situasi B


"abu..abu...nampak tak aishah duduk mana dalam dewan ni.tolong tengok-tengok kan." amir meng'usha' sekeliling mencari aishah.

"haa!tak payah..tak payah..aku nampak dah.hehe"
amir memandang setiap pergerakan aishah.aishah berasa tak selesa,namun dia juga tersipu-sipu malu sambil membalas pandangan.(-.-)

"amir,janganlah over sangat pandang tu.aku yang malu tengok kau.nampa sekali cukuplah.ni sampai dua tiga kali nak pandang.macam kisah percintaan budak sekolah rendah je.matang la sikit.come on!-.-" nasihat abu yang malu duduk di sebelah amir.

situasi di pihak aishah.
"ee,,tengok tu,amir pandanglah.kita tak selesa lah..hehe"

"eh kau ni,apesal tergedik-gedik.dah tahu tak selesa,janganlah pandang..buat tak tahu je.ni kang,macam nak bagi respon balik je.tundukkan pandangan,tundukkan hati,aishah.jual mahal sikit.kalau layan nanti,syaitan ambil peranan." aishah berasa malu dengan teguran aishah lantas terus beristighfar.

situasi C


aina masuk ke dalam bilik,tiba-tiba terlihat 'roomate' nya,amirah hanya memakai baju kurung tapi kainnya terselak hingga menampakkan lutut.

"astaghfirullah al-'azim!malulah sikit aminah" aminah terus mengalihkan pandangannya ke tempat lain.detik hati aminah 'hmm,cukuplah dengan lelaki& perempuan yang tidak menutup aurat di luar sana,janganlah sampai dalam bilik pun nak kena menjaga pandangan sesama muslimat.'

"apa kau ni?tu pun nak istighfar.aku kan perempuan,tak kan rasa pelik kot.panaslah cuaca sekarang.ala,lagipun,kalau kau salin baju,nampak juga kan bahagian lengan dll***" aminah terus mengadap laptop tanpa mengalihkan kainnya.

"bukan masalah kau tu perempuan nak rasa 'pelik' tapi sesame muslimat pun ada juga batasan auratnya.aku salin baju tak de lah menampakkan aurat.kau kena ingat.aurat sesame muslimat kan pusat hingga lutut.bahagian badan tak aurat,tapi macam mana pun,pandai-pandai lah jaga.patutnya yang aurat tu rasa lebih malu,tapi dah terbalik pula.yang bukan aurat pula nak malu"

"ok la..ok la...aku cuba lepas ni,nasihatkan aku selalu ei"

"ala,sama la.aku pun selalu buat salah.saling mengingati ei ^^"

situasi D


hakim bersiar-siar di taman KLCC.dia lalu dihadapan sepasang couple yang sedang berdating.

"kesian mamat ni kan,muka hensem,tapi tak de makwe.kesian betul jalan sorang-sorang kat sini."
kata teman lelakinya sambil diiringi gelak tawa 'kekasihnya'.

"alamak!malunya.aku ni pun satu,dah tahu tak de makwe,ajak lah member keluar sekali,tak de lah segan sangat"

balik rumah.berbual dengan roomate.

"hafiz,lepas ni jom teman aku keluar.malu kot tadi ada couple ni perli aku jalan sorang-sorang kat KLCC"

"eh,habis,ko nak suruh aku jadi couple kau ke?nauzubillah hakim.biar betul?"

"ish,bukanlah.aku waras lagi.at least,kalau kau ada,tak de lah malu sangat.sekurang-kurangnya aku ada lah member jalan sama-sama daripada jalan sorang-sorang macam tak de hala tuju je."

"kau nak malu apa hakim,sepatutnya dorang tu yang malu sebab buat maksiat depan orang ramai.sekarang dunia dah terbalik.orang yang buat baik,tak de couple,tutup aurat pula yang malu dan dianggap kuno.orang yang buat maksiat ni,rasa bangga.sepatutnya kau kena bangga sebab buat baik.sekurang-kurangnya mende tu jadi qudwah untuk orang orang lain"

"aahkan,betul jugak cakap kau tu.buat apa aku nak malu?!dorang yang patut malu.aku buat mende betul."

situasi E


dalam satu perjumpaan sesama muslimat.


"cepatlah sikit!ana dah letih ni.haha"suraya bercakap dengan nada yang tinggi tetapi saya tahu dia hanya bergurau.

saya hanya melihat dari jauh.tidak gemar sungguh orang bercakap seakan-akan menjerit ni.lagipun,kami duduk dalam jarak yang rapat ketika itu.rasanya,cukup dengan nada perlahan,kami masih boleh dengar arahannya.rasanya,sikap segan sesama muslimat itu juga perlu.bukan hanya ketika berhadapan dengan muslimin sahaja baru nak cakap perlahan-lahan.kadangkadang ada juga yang apabila berborak,suara kuat,tapi bila guru suruh bercakap di hadapan kelas,suara dialah yang paling perlahan.bukankah kita sering berkata yang kita hendak menjadikan rasulullah sebagai role model kita?maka,adakah rasulullah itu seorang yang kasar atau bercakap dengan nada yang tinggi @melenting?tidak bukan? :)

mungkin ada yang menjawab."ala,aku memang macam ni.jangan ambil hati"

pada saya,tidak semua perkara yang semulajadi dalam hidup kita tidak boleh diubah dan perlu dikekalkan.jangan hanya kerana "aku memang suka cakap kuat","aku memang hot-tempered",maka kita pun terus mengekalkan sikap itu dengan alasan,itu memang kita.dan tidak semestinya hanya kerana kita sesama jantina,kita perlu buang segala sikap malu.bukankah malu dengan iman itu bersahabat seperti hadis di atas?maka,apakah iman kita juga ada 'masa-masanya' sepertimana sikap malu juga perlu ada masa-masanya?
cuma,pastilah ada juga perbezaan.contohnya,bila ada muslimin kita akan lebih malu ,begitu juga kalau muslimin berhadapan dengan muslimat.itu fitrah.tapi bila sesama jantina pun,masih ada lagi bahagian-bahagian malu yang perlu dijaga contohnya,aurat,sikap,dll.betulkan yang biasa,dan biasakan yang betul.

malu itu fitrah


malu ni bukanlah sesuatu perkara yang boleh diajar satu per satu kerana malu merupakan satu fitrah.kita akan terdidik untuk bersifat lebih malu apabila semakin matang.saya sedar hal ini apabila saya semakin malu pada satu-satu situasi yang patut saya malu,tapi dulu saya tak malu.(macam belit-belit je ayat)maknanya,zaman sekolah dulu,saya tak malu pun dengan sesuatu perkara ni,tapi bila dah masuk U,saya rasa malu.dan pada saya,malu itu indah. ^^
*jika kena pada tempatnya.boleh jadi tidak indah tetapi menyampah jika tidak kena pada tempatnya.*

dan saya ada terfikir semalam.kadang-kadang sifat malu ni pun perlu ada kerjasama.eh?betul ke 'term' kerjasama.saya pun tak pasti.tapi apa yang saya maksudkan ialah,dalam satu tempat,contohnya saya ambil waqi' di nilam puri.kalau semua orang lelakinya pemalu,pasti perempuannya juga terdidik bersifat malu.begitu juga sekirannya perempuan bersifat malu,pasti lelakinya juga terdidik bersifat malu.
dan perlu diambil perhatian semula,malu di sini bukan lah ketika menuntut ilmu,maksud saya dari segi ikhtilat,akhlak dan banyak lagi perkara yang boleh dikaitkan.namun jangan sampai terjejas sistem pembelajaran hingga malu untuk buat pembentangan,perkongsian,beri tazkirah,bertanya soalan,buat persembahan dan lain2.

sebagai pencerahan saya bagi sedikit contoh:
ikhwah terdidik
one message received


haniza mengambil hp nya dan membaca mesej dari asyraf.
assalamualaikum,haniza.asiff ganggu.boleh tak nak pinjam nota yang cikgu bagi semalam?hehe.

"tu pun nak hehe -.-''monolog haniza.
haniza balas.
'waalaikumussalam.insyaAllah,esok ana bawak.'

one message received
'ok.syukran tau.ni lagi satu.semalam enti pergi mane?ana nampak enti jalan berdua je dengan nazurah.hehe.belanja la sikittt'

''hmm~tak penting...malas balas.''

situasi di pihak lelaki.
'aik?apesal tak balas ni.'fikir azmi.

'kenapa,ko tanya apa kat haniza?'tanya roomate azmi.

'soalan pertama dia dah jawab,soalan kedua tu aku tanya dia pergi mana semalam'azmi.

'alah kau ni pun,tak penting soalan kau tu.malu lah sikit!' kata roomate azmi sambil mentertawakannya.

'aduusss,,malu aku.tak nak tanya pelik-pelik dah la lepas niiiii.malu pula nak pergi kelas esok.takut dia kata apa pulak'

akhowat terdidik.

status ahmad di fb:
''letihnya hari ni.sehari suntuk kelas.rasa nak pengsan.hoho:D''


abu bakar :haha,tau tak pe.letih geyl~dari pagi sampai malam kelas kita.dengan math lagi tadi.fenin2*.*


fatimah:aah la..letih hari ni..susah en math tadi?haha..korang tak pening ke tadi?tengok rilek je. :D


ahmad: @abu bakar memang penat pun,math tadi aku tak faham la rational number lah,irrational lah.aku rasa soalan tu yang tak rasional.haha.

status bersambung dengan komen2 dari ikhwah.ahmad sedikit pun tidak menghiraukan komen fatimah yang padanya tidak penting untuk dibualkan bersama akhowat.

situasi di sebelah fatimah.
"aik!ahmad buat tak tahu je dengan status aku.eee,malunyaaa.tu la..sibuk sangat nak menyibuk dekat status orang laki.kalau nak tanya soalan penting tak pe juga,ni kang macam nak berborak pula.malu2 -.-"

***************************************************************
bukankah kedua-dua situasi ini terdidik dengan kerjasama dari dua pihak secara tidak sengaja.wah~lebih indah rasanya andai semua orang begini.seolah-oleh peringatan sentiasa ada setiap saat dan proses tarbiyah berjalan secara tidak langsung. :) semua orang ada pengalaman masing-masing.saya juga mungkin pernah tersalah langkah seperti kelakuan di atas,kerana hakikat manusia itu bukanlah semuanya sempurna.kehidupan satu proses pembelajaran.sama ada ianya melalui pengalaman sendiri mahupun pengalaman orang lain ^^



*entry ini sekadar perkongsian pandangan dan sebarang teguran boleh dikongsikan bersama dalam komen di bawah.teguran dan peringatan untuk diri saya juga.saya juga kadang-kadang hampir tidak perasan pada 'sifat malu' ni.kalau nampak saya buat,tegurlah ye.^^*
ayuh sama-sama kerjasama membina syahsiah yang unggul!

wallahu'alam
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

4 comments:

Nadzimah BNadz said...

wah..malunya saya..heheh

http://bukankisahzombie.blogspot.com

INTAN NADZIRAH said...

itu tandanya ade iman ^^

Nadzimah BNadz said...

"Manusia harus malu jika mengerjakan kemaksiatan, manusia juga patut berasa malu jika lupa kepada nikmat yang diberikan kepadanya, perasaan malu ini harus dimiliki setiap manusia yang beriman"

tadi masa keluar komen ni kat email macam pelik sebab tadi rasanya komen lain..kenapa sampai kat email lain..baru perasan rupanya bukan akak yang komen...tapi intan..haha...mula2 tu tengok perkataan nadzirah je...tak perasan ada intan kat depan..jadi sekali imbas macam nadzimah..haha...salah tengok...

INTAN NADZIRAH said...

btul :) kita ptt rase malu bila meninggalkan Dia :(