Friday, November 4, 2011

sharing is caring

assalamualaikum ^^ salam aidiladha.
ada yang dah balik ke kampung?have a safe journey.الله يبارك فيكم~


alhamdulillah,baru sahaja mengkhatamkan buku yang bertajuk FANZURU.(304 m/s)
written by hilal asyraf.sebenarnya,buku fanzuru ni merupakan buku pertama karya hilal asyraf yang saya baca since saya baru sahaja mengikuti website langitIlahi beliau dan sahabat-sahabat di nilam puri juga selalu bercerita mengenai karya-karya beliau.

 jadi,atas permintaan sahabat saya,beliau buat permintaan agar saya dapat buat perkongsian mengenai buku ini..tapi secara sepintas lalu sahaja.insyaAllah.*takut nanti,tak laku pula buku ni ^^*
ni hanya beberapa pandangan dari saya.

1.buku ni banyak menceritakan pengalaman yang dilalui oleh penulis buku sama ada pengalaman beliau sendiri
ataupun pengalaman orang lain.
2.mengandungi perkongsian dan kata-kata dari pensyarah beliau di universiti yarmouk/guru-guru beliau di MATRI(maahad tarbiyah islamiyyah)/sahabat-sahabat beliau.
3.buku ni mengajak kita memerhati dan meneliti kehidupan dengan lebih mendalam.melihat dengan mata hati.berfikir.menghayati.apa yang boleh saya katakan,"jangan banyak tanya kenapa dan mengapa,tapi fikirlah tentang hikmah di sebaliknya".
4.dalam buku ni,ada 60 tajuk.semua kisah dalam buku ni sebenarnya berlaku di sekeliling kita.contohnya?akan saya ceritakan nanti :)
5.buku ni,banyak mengajak kita berfikir di mana kedudukan kita sekarang.macam tajuknya lah.fanzuru(maka lihatlah) lihat apa? :) lihatlah apa yang berlaku di sekeliling kita.lihat macam mana?itulah yang banyak dikongsikan oleh penulis buku fanzuru.

*err,apa lagi yea?tak reti juga nak ulas lebih-lebih.*
tapi buku ni bukan novel.*tengok tajuk pun tahu kan*
macam buku motivasi.eh ye ke..mm,,sort of~
tapi buku ni banyak mengajak kita berfikir.
i love to think.

Petikan kisah menarik :secara ringkas.

tajuk ke-34 :hidup ini tiada yang sempurna:
kisah mengenai sahabat pensyarah beliau di U.yarmouk yakni Dr.Ala' hilat(pensyarah aqidah)
"sahabat saya itu,dia adalah seorang yang tinggi,bertubuh sasa,berwajah kacak,amat kemas perawakkannya,juga tersangat kaya,berasal daripada keluarga berada"cerita dr.A'la.

sahabat dr.Ala' ni juga seorang yang genius.pakar dalam bidang komputer,agama dan sains.sahabatnya ini juga mendapat seorang isteri yang sangat jelita.kiranya memang padanlah dengan nikmat yang Allah beri pada dia.

namun tiada yang sempurna melainkan Allah.

sahabat ni tadi dikurniakan 3 orang cahaya mata dan ketiga-tiganya mengalami penyakit otak lambat berkembang.masyarakat mula mengata-ngata.ada juga yang bersimpati.satu hari,dr.Ala' pergi berjumpa sahabatnya ini untuk menyatakan rasa simpati.lalu sahabatnya berkata
"Ala',apa yang berlaku pada aku bukan untuk disedihkan,tapi untuk disyukuri."
dia mnceritakan kepada Dr.Ala' bahawa setiap pagi dia akan bangun awal dan mengerjakan solat sunat.seusai solat sunat,dia akan menyatakan kesyukurannya kepada Allah.dia juga berkata dia ada segala sebab untuk takabbur dan membesarkan diri kepada Allah kerana dia kaya,genius,mendapat isteri yang cantik tetapi Allah mengurniakan anak yang sedemikian suapaya dia beringat betapa Allah itu lebih tinggi dan berkuasa.
"Anak-anak aku adalah peringatan kasih sayang Allah kepada aku........Allah menghadirkan mereka untuk menyelamatkan aku daripada takabbur........."


kisah kedua:lihatlah dengan mata akhirat.


kisah seorang ulama yang memakan buah epal yang dibawa oleh arus sungai.keadaannya sangat lapar.apabila dia makan,dia terfikir bahawa epal itu bukan miliknya.dia takut sekiranya dia telah terjebak ke dalam perkara yang haram.lalu dia bergerak ke hulu menyusuri sungai hingga tiba di satu kebun epal.dia berjumpa dengan tuan kebun itu lalu meminta maaf.

pengajaran: menceritakan seorang manusia yang sangat takut dengan kemurkaan Allah dan sentiasa berjaga-jaga.inilah manusia yang memandang dengan pandangan akhirat.

Ubai bin Ka’ab r.a. telah membuat satu perumpamaan yang mudah ketika beliau ditanya oleh Umar bin al-Khattab tentang takwa. Beliau bertanya Sayidina Umar, “Pernahkah anda berjalan di suatu jalan yang penuh duri?”, Umar menjawab, “Ya, pernah?” “Lalu, apa yang anda lakukan?” Umar menjawab, “Saya menyinsing kain dan melangkah berhati-hati.” “Maka, itulah dia takwa!”


banyak lagi cerita dan pengalaman yang dikongsi oleh penulis dalam buku ni.


mutiara-mutiara indah yang terpilih:


-"manusia ini,apabila diuji dengan kesukaran yang teramat sangat,sebenarnya hatinya akan kembali bersih.dalam hatinya akan ada Allah." -sahabat hilal,Ammar bin Ismail-


-"islam dengan jahiliyah ini adalah ibarat minyak dengan air.tidak akan sesekali bercampur.satu di selatan dan satu di utara.selangkah kita mendekati Allah,kita telah selangkah meninggalkan jahiliyah.selangkah kita mendekati jahiliyah,hakikatnya kita telah selangkah meninggalkan Allah" -cikgu azmi bahari(guru di MATRI)-


-"kalau kamu hendak tahu,di manakah kamu di sisi Allah,maka lihatlah di mana kamu meletakkan Allah di dalam hati kamu" -pensyarah madkhal ila aqidah-dr samirah tohir-


-"kenapa susah nak bangun(subuh/tahajjud)?"
"sebab tidak cukup cinta.cinta kita kepada Allah itu masih belum cukup untuk membuatkan kita bangun untuk ubudiyyah(menghambakan diri) kepada-Nya" -ceramah ustaz fakhrul razi di jordan-


cukuplah sekadar 4 sahaja mutiara yang saya kongsikan.sudah cukup bermakna rasanya yang empat ini :)
banyak lagi sebenarnya kata-kata/kisah-kisah/tazkirah/pandangan yang menarik yang boleh dijadikan iktibar.
perbanyakkanlah membaca bahan bacaan yang bermanfaat.buku fanzuru ni,pada saya dia berbentuk dakwah dan tarbiyah.


perkuatkan tarbiyah dalam diri.
sekarang dalam proses membaca novel buku 'sinergi'&'terasing'.dan ada lagi dua siri buku motivasi/tazkirah yang dihadiahkan oleh sahabat saya tengku fatihah.lama dah buku sinergi dan terasing ni,saya yang agak ketinggalan mungkin kerana baru sahaja nak mula membaca karya hilal asyraf.saya sedang mencari karya ustazah fatimah syarha iaitu 'sebarkan cintaMu'ada siapa2 nak belanja ke? ;p


terima kasih pada senior,zarin(smap)medic-mesir- yang menghadiahkan saya kitab fiqh manhaji.3 jilid.tak mula baca lagi.*jujur* :D
bahasa arab ni,lambat sikit lah nak mula.tapi dah belek-belek.suka!sangat berguna.


moga ada manfaat kita berkongsi ilmu.
sedikit perkongsian ilmu yang saya dengar dari rancangan 'tanyalah ustazah'(TV9) tadi.
"kita bukan sahaja hendak mendapat haji yang mabrur,tapi kita juga hendak mendapatkan kehidupan yang mabrur(diterima Allah).kalau orang menunaikan hendak mendapatkan haji mabrur dengan taat pada segala rukun/syarat/pantang larang haji,begitu juga dengan kehidupan.kita mesti taat pada perintah Allah dan jauhi laranganNya" أو كما قالت~

esok balik kampung mak.Pahang.
tapi ahad raya di rumah mak cik di selayang.
kampung arwah ayah?mm,tak raya.tak pe.balik nilam puri nanti kira balik kampung arwah ayah la tu :)*kelantan*
saya orang key ell~ :D

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

6 comments:

shairazi sharizan said...

mamruk

INTAN NADZIRAH said...

mabruk ke?

btw,syukran.moga bermanfaat.

ustaz khiruddin said...

ustaz baru sahaja selesai membaca sebuah buku u-turn ke jalan lurus..memuatkan terjemahan hadis qudsi daripada kitab karangan imam ghazali....memberikan ketenangan buat jiwa.....

INTAN NADZIRAH said...

syukran ustaz atas pandangan.insyaAllah,ada kesempatan nanti,sy crik buku tu,mcm menarik bunyinya :)

Mohd Syamirul Huzseini Bin Mohamad Isa said...

untung2....baru post pun dah ramai yg komen... apa2 pn terima kasih atas perkongsian...

INTAN NADZIRAH said...

sama-sama...