Monday, December 12, 2011

perkongsian:beduk diketuk

bismillahi walhamdulillah.
mencuri masa lebih kurang setengah jam sebelum mata terlena untuk menghadapi hari esok yang mungkin lebih mencabar.
tiada topik berat yang ingin dibawakan.cuma sekadar perkongsian dari sebuah buku yang telah saya khatamkan minggu lepas.

terima kasih kepada kak fasiihah kerana sudi meminjamkan buku.Allahu yubarik fiki.moga ada ganjaran Allah untuknya ^^


buku beduk diketuk hasil karya ustaz pahrol mohd juoi.rasanya ustaz pahrol ni tidak asing lagi namanya.telah banyak buku-buku yang dihasilkan dan antara sumbangan terbesarnya saya rasa majalah solusi.barakallahu fika,ya ustaz.buku ni pun telah lama diterbitkan.tapi saya yang mungkin agak ketinggalan sekali lagi.sejak cuti mid sem hari tu baru kembali semula hobi membaca novel setelah mendapat inspirasi daripada seseorang.alhamdulillah :)

antara intipati yang menarik :

1) pada mukaddimahnya sahaja sudah ada pengisian.
"seorang sarjana barat telah kembali pada islam(revert to islam,bukan convert) berkata:
'subhanallah yang telah mengenalkan aku kepada islam sebelum aku mengenal orang islam'
maksudnya ,jika dia mengenal umat islam,kemungkinan dia tidak akan tergerak memeluk islam kerana buruknya akhlak dan lemahnya umat islam"
isi ini,ustaz pahrol dapat dari penulisan dr.yusof al-qhardawi.

kenapa ye?bukankah isam itu indah dan fitrah?,malah dalam hadis rasulullah s.a.w ada bersabda:
 “Islam itu tinggi, dan tidak ada agama yang lebih tinggi daripadanya.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)


adakah kita antara yang menyumbang fitnah kepada islam?
nauzubillah.


2)"jangan kesal diri tidak dihargai,tetapi kesallah andai diri tidak berharga''


teringat pada kata-kata sdari seorang senior semasa menghadiri sebuah program.
'setiap hari kita mesti fikirkan,apa yang kita dah sumbang untuk islam hari ni?'


ada ke tidak ye untuk hari ni?atau mungkin hari-hari kita berlalu dengan begitu sahaja?
tepuk dada,tanya iman.kenapa?kerana hanya kita sahaja yang mengetahui.kerja untuk islam tidak semestinya nampak(secara zahir) atau mesti pergi ke satu tempat dan sampaikan risalah-risalah/dakwah.mungkin kalau anda seorang muazzin pada hari ni,itu juga satu sumbangan.kalau anda seorang imam,itu juga sumbangan.hatta!walaupun mungkin kita hanya membentangkan sejadah untuk jemaah lain sebelum solat,itu juga satu sumbangan.


innamal 'amalu binniat kan? :)


3)ustaz pahrol membawa satu kisah dari kisah ketika nabi Ibrahim dibakar oleh Raja Namrud dengan api besar.melihat pada api yang besar itu,seekor burung telah segera mengambil air dengan paruhnya yang kecil lalu dititiskan di atas nyalaan api itu.perbuatan burung kecil itu ditertawakan oleh burung-burung lain kerana pada mereka usaha burung tadi sia-sia sahaja.masakan air yang beberapa titis itu sahaja bisa memadamkan api besar tadi.
lalu burung menjawab:
'aku yakin bahawa Allah tidak akan bertanya kepadaku  apakah dengan usahaku api itu berjaya dipadamkan,tetapi Allah pasti bertanya apakah yang telah aku lakukan untuk memadamkan api itu'


4) Saidina Umar berkata :
'aku memandang solat sebagai satu kewajipan yang paling penting.seseorang yang memberi perhatian kepada solatnya akan memelihara perintah agama yang lain.tetapi jika dia meninggalkan solat,maka dengan mudah dia meninggalkan suruhan agama yang lain'


teringat pula pada kata-kata ustaz muhiden(timbalan pengarah APIUM,nilam puri)dalam kuliah tafaqquh,
'kalau dalam solat pun kita tak mampu nak hadirkan hati mengingati Allah,apatah lagi diluar solat'
Allahu rabbi :'(


wallahu'alam.
maaf.entry kali ni hanya sekadar perkongsian daripada pembacaan sahaja.
pengolahan juga kurang baik.
walaubagaimanapun,semoga ada manfaat darinya. :)

sedang membina kekuatan agar thabat dalam perjuangan!
sedang membina rasa agar cinta pada jalan perjuangan!
sedang mendidik jiwa agar sanggup untuk berkorban!
pahitnya dunia kerana manisnya syurga.


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

5 comments:

shairazi sharizan said...

ana baru baca beberapa muka surat

INTAN NADZIRAH said...

teruskan pembacaan.banyak cerita tentang kerenah masyarakat kan?

kadang2 nak mempelajari sesuatu x semestinya melalui pengalaman sendiri kan,melalui pengalaman orang lain pun insyaAllah mampu mendidik.

ana hari tu lambat juga habis.
biasanya kalau novel je cepat habis.siri motivasi ni,ambil masa lama sikit.

Nadzimah BNadz said...

suka penulis ni...:)

fasiihah jasni said...

sama-sama ambil manfaat dari penulisan beliau :) terima kasih intan :')

shairazi sharizan said...

sekarang sudah habis. cerita menarik. penih ibrah. penuh penyeleasaian dan kaedah-kaedahnya