Friday, December 2, 2011

futsal: akhowat superb!

bismillahi walhamdulillah :)
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
wah,berbeza sungguh rasanya hari ni.seolah-olah sendi-sendi yang ketat menjadi longgar.
walaupun penat,tapi rasa ringan.
kenapa pula sendi-sendi longgar ni?
haaa!pagi tadi APIUM nilam puri baru sahaja mengadakan perlawanan futsal piala timbalan pengarah 2011 di gelanggang futsal di Pasir Tumboh,kelantan.
hari ni giliran akhowat bermain ^^
esok,giliran ikhwah pula insyaAllah.
ayuh!penuhi muwasafat tarbiyah seterusnya:tubuh badan yang sihat. =)

mahasiswa cergas pemangkin intelektual versatil


memang seronok kalau bersukan ni.
walaupun jarang bersukan*jujur* tapi bila dah mula tu,rasa seronok.rindu nak main bola jaring dan bola keranjang sebenarnya.tapi kemudahan tu belum disediakan di sini.insyaAllah bakal dibina.
seronoknya sukan ni,masa tu la rasa nak berlari laju,masa tu la rasa seronok berpeluh,bagi semangat dekat sahabat-sahabat :)

futsal sambil taaruf

perlawanan hari ni,bukan hanya bermain semata saya kira.tapi dapat eratkan silaturrahim especially sesama ahli majmuah.kami adakan lagi sesi bertaaruf secara tidak sengaja :)
ya!taaruf bukan hanya pada hari pertama pertemuan kan?tadi,saya berkongsikan kepada mereka pengalaman arwah ayah.mereka ingin tahu bagaimana kematian ayah. dan serba sikit mengenai keluarga.asalnya mereka ada bergurau dengan meneka siapa akan kahwin awal?jadi mereka meneka saya.haha.mereka kata saya seperti sudah bersedia.kelakar juga tapi mereka bukanlah orang pertama yang berkata begitu.tapi saya cuma cakap,tak de calon pun.*haha*tanggungjawab masih banyak.mama keseorangan di rumah dan abang-abang perlukan saya.kalau saya katakan saya sedang bersedia,tak semestinya saya akan kahwin dalam masa terdekat -.- lagipun,bersedia melangkah dari satu peringkat ke peringkat yang lain,mengajar kita untuk menjadi yang lebih baik.jadikan Allah sebagai matlamat kita.bukankah siapa kita lima tahun akan datang boleh dilihat dengan siapa kita bergaul,dan apa yang sering kita baca dan apa yang kita tonton dan dengar hari ni?-sumber,buku 'beduk diketuk',pahrol mohd juoi-
selepas bercerita mengenai arwah ayah,ada seorang sahabat saya berkata:
hmm,baru hari ni tahu cerita intan,sebelum ni tak cerita pun.
perkenalan kita bukan akan berhenti esok.masih lama lagi.dan banyak masa lagi kita akan kongsikan bersama,insyaAllah :) uhibbukunna fillah~

muslimah tudung labuh bersukan

siapa kata akhowat/muslimah bertudung labuh tidak boleh bersukan?
dulu,masa di sekolah,pemakaian tudung labuh memang wajib.namun,apabila waktu beriadhah,
kami dibenarkan untuk memakai tudung piawai.(istilah bagi tudung bawal yang tidak jarang dan mengikut piawaian-jangan pendek dan jarang)masa tu,kalau tiba-tiba arahan dikeluarkan-'anda diminta memakai tudung labuh' mesti ramai merungut.
'ala~susah lah pakai tudung labuh,terbang2 tudung.kalau baju labuh pulak,kononnya menghalang kelajuan untuk berlari.'
tak pe lah.itu zaman sekolah.mungkin juga persekitarannya masih belum kuat berbanding di sini.syukur pada Allah kerana terpilih untuk berada di nilam puri :)
sebenarnya,tidak banyak pun perbezaan atau halangan yang dihadapi bila memakai tudung labuh dan baju labuh ketika bersukan.malah,kami rasa lebih selamat.contohnya situasi tadi,walaupun tiada ikhwah/ramai lelaki,tapi adalah seorang lelaki(penjaga gelanggang futsal).tapi alhamdulillah,pemakaian kami tidaklah menjolok mata sehingga menimbulkan ketidakselesaan ketika bermain.lelaki tu pun tak pandang sangat.terima kasih ye.

memang saja pilih yang gelap.maaf :)

pelbagai aksi


macam-macam juga aksi mencuit hati tadi ^^
bagi yang biasa main bola jaring,ada juga yang beraksi seperti bermain bola jaring.
ada yang sampai tercabut kasut,sepak angin tu biasa lah :D
tapi interesting la hari ni ^^ walaupun ampang memang banyak gelanggang futsal(dekat dengan rumah pulak tu),tapi tak pernah masuk.akhirnya,dapat juga main di kelantan.tapi dalam UM nilam puri ni pun ada gelanggang futsal.dah dua/tiga kali juga main,tapi teringin nak rasa yang tertutup punya.macam style sikit kan? :D akhirnya dapat juga merasa and now i know,why they(man) love to play futsal? :) interesting game!
lagi satu yang interesting,bila kami dapat solat zohor di tengah gelanggang futsal ^^ ada alas tikar la..pengalaman baru yang mungkin orang lain tak pernah buat.





sedikit perkongsian dari halaqah bersama ustaz syahid ramadhan(pensyarah KIAS) semalam.
'tiada perjuangan tanpa pengorbanan,tiada pengorbanan tanpa tarbiyah,tiada tarbiyah tanpa iman'


wallahu'alam :)
sekian sahaja celoteh mengenai futsal.
moga Allah redha.
*selamat menanggung kesakitan kaki&badan malam ni warga nilam puri* :D
mungkin ada yang kena rukuk/sujud slow2 kat musolla malam/esok ;p
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

4 comments:

Nadzimah BNadz said...

muslimat power!!!!

Anonymous said...

lenguh badan.......

INTAN NADZIRAH said...

kak nadzimah: hehe :)

anonymous: wah,siapakah anda yang lenguh badan ni.memang hari ni satu AMK jalan semacam.sakit kaki.

Qien19 said...

Whooaa!! bestnye main futsal,, huhu.. :)