Tuesday, October 30, 2012

Umpama Seuntai Tasbih

Umpama seuntai tasbih,tiada penghujungnya.


Bila kau menangis,ukirkan senyuman agar hati terhibur jua,
Bila kau kecewa,bisikan pada diri agar kau tabah menghadapinya,
Bila kau terluka pujuklah hati agar merawatnya,
Bila kau bersendirian,gunakan akal memikirkan keagungan pencipta,
Bila kau sedang ketawa,ingatlah akan kedukaan yang bakal tiba,
Bila kau terima bicara ini ketahulah bahawaku tidak melupakanmu,
Bila kau menyedari kehadiranku untukmu,inilah ukhuwah yang telah Allah tentukan untuk kita,
Rindu kerana Allah.

Ya Allah,terima kasih atas anugerah ukhuwah yang kau berikan padaku.
Namun ya Allah,Kau ampunkanlah dosaku lantaran kelalaian menjaga anugerah dariMu ini,
Jauhkanlah aku dari menjadi orang yang tidak bersyukur kerana mengabaikan ukhuwah yang Kau hadiahkan.
Ya Allah,namun aku akui kekhilafanku,cuma insan yang lemah,dan aku tidak mampu menjaga ukhuwah ini sebaiknya.Ampunkan daku,ya Allah.Oleh itu ya Allah,aku berserah kepadaMu untuk menjaganya kerana sememangnya aku tidak layak dan tidak mampu untuk itu.

#Nota cinta dari sahabat sejati,lalu ku nukilkan buat sahabat seperjuanganku.

Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh). l 43:67 l
Allahu Allah,bantulah kami.

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. l 3:103 l

Nikmat Allah.





Moga Allah ketemukan kita di syurga.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, September 26, 2012

Ketenangan yang Hakiki

Hati kan tenang dan damai dengan hanya mengingati & mencintai Allah.

Mencintai selain daripada Allah atau mencintai tanpa didasari kecintaan terhadapNya,
hanya menambah kegelisahan & keresahan pada hati.
Rasa cinta yang didasari keimanan & kecintaan pada Allah,hanya akan mampu diperolehi selepas kita mencintai Dia.

'Dari Allah kita datang,dan hanya kepada Allah sahajalah kita akan dikembalikan'

Persis seorang anak/isteri/suami yang tidak sabar pulang ke rumah dengan rasa b
ahagia,pasti kerana kecintaannya.
Begitu juga seorang hamba yang akan kembali ke pangkuan Tuhannya,apakah kita akan bahagia?

Bersama menyuburkan ladang hati,dengan kecintaan kepada Ilahi.





Cintakan Allah,Rasul & perjuangan!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, July 18, 2012

Cinta Itu Satu Komitmen.Jom Bercinta!


Cinta itu Satu Komitmen.

Andai manusia pandai mengurus CINTA dalam HATInya dengan meletakkan yang berhak sahaja di dalamnya,pasti akan penuh hatinya dengan kecintaan kepada Allah & yang berhak hingga TIADA ruang dan masa untuk cinta yang sia-sia.

cinta kepada Allah,Rasulullah,Ulama',Al-Qur'an,Ibu Bapa,Murabbi,Perjuangan,Sahabat Seperjuangan,Mad'u dll yang BERHAK mendapat cinta.

bukankah cinta pada yang berhak ini sahaja sudah menuntut banyak komitmen?

Cinta itu Komitmen yang Bagaimana?


I love Allah.
apakah komitmen kita untuk membuktikan rasa cinta kita pada Allah?
meninggalkan laranganNya,dan melakukan suruhanNya.

I love Rasul.
Apa buktinya?
dengan mengamalkan sunnah-sunnah nya.

I love Al-Qur'an.
Sejauh mana komitmen kita untuk meluangkan masa membaca Surat Cinta dari Dia?

I love Murabbi.
Sejauh mana keakraban dan rasa sayang kita pada murabbi?
Sejauh mana murabbi itu sentiasa menjadi tempat rujukan?

dan lain-lain.

Jom Sibuk Bercinta


Jom!kita ajak ramai-ramai bercinta.
bercinta yang menuntut banyak komitmen hingga ke syurga.
masyaAllah,Subhanallah.
Indahnya dunia andai manusia sibuk bercinta dengan Dia dan yang layak menerima cinta.
pasti dunia penuh dengan kesibukan cinta yang manis hingga ke syurgaNya.


Cinta itu komitmen dan Meletihkan.
carilah keletihan yang menjamin syurga :)
~CUKUPLAH SYURGA SEBAGAI TEMPAT BEREHAT~


#muhasabah bersama.di mana cinta kita?bagaimana komitmen kita terhadap cinta?
p/s:ilham datang untuk bertinta semasa dalam perjalanan ke kelas mutola'ah :)
Ilham dari Allah,boleh hadir bila-bila,maka dinukilkan dalam bentuk kata-kata untuk santapan semua.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, June 26, 2012

Muhasabah sambil berlari.

Membuka langkah seribu,bimbang hujan sedang mengekori dari belakang.Kalau boleh,biar langkah lebih laju supaya sempat bergegas mencari tempat berbumbung,bimbang kehujanan ke kelas.Angin bertiup kencang seakan meraikan kegelisahan yang melanda hati sejak sore tadi.

Tiba-tiba hati bermuhasabah,
kalau hujan,kita masih mampu menyusun langkah seribu untuk memecut agar tiitisan hujan tidak menimpa.Andailah kematian juga kita boleh lakukan perkara yang sama,maka berapa ramai manusia yang sedang berlari-lari untuk mencari tempat berteduh?
Seperti juga hari kiamat,kalaulah mampu kita berlari sekuat hati tatkala bumi mengeluarkan isinya,tatkala langit tidak lagi mampu menanggung isinya.masihkah ada tempat berteduh dalam menghadapi dua keadaan ini?

ouh!terlupa untuk lakukan persediaan,sepatutnya sediakan payung sebelum hujan +.+
jadi tidak perlu runsing untuk mencari tempat berteduh bukan?

begitulah juga kematian/hari kiamat.bagaimanakah persediaan kita?
bimbang kita runsing nanti kerana persediaan tidak mantap.kalau sudah mantap,maka kita pasti tenang seperti si pembawa payung :)

Allah.Allah.yang bertanya ini juga sedang terasa dengan soalan sendiri.

'Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.' -surah al-A'raf:34-


moga bunga terus mekar menghiasi alam walau dilanda hujan & ribut.

hati bermuhasabah,kurang tenang.
kadang-kadang ingin berlari ke satu tempat yang tenang dan aman.
melupakan seketika segala masalah/kerja.
namun mungkin saat itu kita lupa,ada yang lebih dekat.
tidak perlu berjalan jauh,
kerana Dia sentiasa ada bersama. ♥
proses mendidik memakan masa,sabarlah duhai hati,jangan terlalu mudah berkecil hati.
sebenarnya,kau juga sedang dididik dalam mendidik.

p/s:dah lama meninggalkan dunia sastera melayu,hampir 2 tahun,sudah berkarat.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, June 14, 2012

Perginya seorang Murobbi

Lebih kurang jam 6.35 petang tadi,menjadi lakaran sejarah buat pejuang-pejuang Islam apabila menerima berita kehilangan Sang Murobbi Tarbiyah gerakan islam,Allahyarham Ustaz Yahya Othman.Walaupun hanya sempat bersama dua kali,namun,keterikatan jiwa itu sudah cukup melahirkan rasa hiba pada setiap insan yang pernah mendapat sentuhan tarbiyah beliau walaupun sekali.

Pengalaman pertama melihat susuk tubuh ini,masyaAllah,kelihatan uzur sekali.Terketar-ketar berjalan di atas pentas untuk beri pengisian.tapi masih mahu berdiri semasa beri pengisian.hebat semangat juangnya!Beliau sentiasa menghargai semangat juang anak muda.katanya,Rasulullah dahulu sangat utamakan orang muda.pernah juga beliau berpesan,jangan anggap nasihat itu remeh,walaupun sekecil-kecil perkara,jangan remehkan 'nasihat' orang lain.

Kali kedua bertemu,agak takut sebab kali ni dapat duduk lebih dekat berbanding pengalaman pertama.teringat sahabat ditanya:

'enta dah baca buku amal jama'ei?!'

ya Allah,kali ni rasa macam nak sorokkan kepala bawah kerusi pun ada,bimbang ditanya.

'ada soalan?kalau antum tak soal,ana akan soal!'

memang part ni paling gerun sikit rasanya.

Kata-kata yang paling bermakna dan saya masih ingat & pegang kata-kata ini :

'bersedialah untuk dilemparkan ke mana sahaja dengan harapan agar tempat itu diterangi dengan cahaya islam'

kalau perasan,saya abadikan kata-kata beliau di header blog ni.saya pun tak tahu kenapa saya memilih kata-kata beliau ni masa nak buat header blog lebih kurang 2 bulan lepas.tapi seminggu selepas header ni siap,saya dah dapat hujah kenapa saya pilih kata-kata ni.biarlah saya simpan dahulu hujah itu,insyaAllah,bila tiba masa yang sesuai,saya akan kongsikan.(kecuali kalau yang betul-betul nak tahu,boleh tanya secara peribadi)

antara pesanan lain yang tercatat dalam buku dan semasa pengisian:

beliau suruh catat apa yang disampaikan.
banyakkan membaca.
da'ei perlu baca al-qur'an dengan betul.
hendaklah bersabar dengan penentang/penghalang gerak kerja islam,Allah nak bagi pahala.

Tentang murobbi


Datuk Haji Yahya Othman merupakan bekas Exco Kerajaan Negeri Kelantan.
namun beliau lebih dikenali sebagai Murabbi Tarbiyah Gerakan Islam.pernah mendapat tarbiyah terus dari Ikhwanul Muslimin.


''Di kota Mekah, beliau berpeluang untuk menadah kitab di Masjidil Haram. Beliau sempat berguru dengan Syeikh Alawi al-Maliki yang mensyarah kitab hadis Sunan Abi Daud dan Syeikh Hassan Masyat yang mengajar kitab Mustalahul Hadis serta mengikuti siri-siri ceramah oleh Syeikh Muhammad al-Maliki. Guru yang turut berjasa dalam membentuk jati diri dan keperibadian beliau ialah Mudir (Pengetua) Madrasah Darul Ulum al-Diniah iaitu Syeikh Muhammad Yasin bin Isa al-Fadani (berasal daripada Padang, Indonesia) yang begitu alim dalam bidang ilmu falak dan usul fiqh. "....Temubual Ustaz Yahya Othman pada 23 Okt 2011 (diambil dari facebook cikgu Nazeli)


''ana nak(ingin) mati dalam jemaah dan perjuangan islam'' 


''jangan bagi sumpah setia kalau tak faham.kita tak mahu pondan.kita mahu lelaki dan perempuan tanggungjawab atas baiah'


untuk mengetahui banyak lagi tentang diri beliau,boleh la lihat di facebook.(banyak maklumat tentang diri beliau yang di post oleh anak-anak didik yang pernah mendapat sentuhan tarbiyah beliau.saya hanya sempat bersama dua kali sahaja,belum sempat mengenali banyak tentang diri beliau.




semoga rohnya dicucuri rahmat.ditempatkan dalam golongan beriman.
panjangkanlah usia ulama' yang masih ada.
masyaAllah,beliau pergi meninggalkan banyak jejak-jejak yang boleh diikuti,banyak sumbangan yang telah disumbangkan untuk islam,bagaimana dengan kita?


Daripada Abdullah ibnu ‘Amru ibnu Al-‘Ash R.A bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya ALLAH tidak mengangkat ilmu dengan mencabutnya dari (dada) hamba-hambaNya. Tetapi ALLAH SWT mencabut ilmu dengan mencabut (nyawa) para ulamak...." (Riwayat Bukhari)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, June 3, 2012

Mulakan Langkah dan Azam Baru

oleh: multimedia MPP APIUMNP
Selamat Kembali ke kampus Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,Nilam Puri buat sahabat-sahabat seperjuangan dan masih 'bermakna' untuk saya ucapkan Selamat Datang Ke APIUM Nilam Puri buat adik-adik yang baru sahaja mendaftar minggu lepas dan adik-adik dari Borneo yang baru sahaja mendaftar hari ini dan esok,insyaAllah.


    “Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.”
    [Riwayat Muslim]


InsyaAllah,esok bermulalah kuliah bagi pelajar semester 1 & semester 3.Tanamkan azam & semangat baru.Ikhlaskan niat hanya kerana Allah.Semoga setiap langkah sentiasa dalam redhaNya.Ayuh!sama-sama menjadi insan yang 'baru' dan berkualiti untuk Islam.


  • Elakkan berborak semasa pensyarah mengajar.
  • Jika tidak faham,jangan malu untuk bertanya pada pensyarah.
Seperti sabda Rasullulah s.a.w “Sesungguhnya ilmu itu adalah umpama gedung dan anak kuncinya adalah pertanyaan.Empat jenis golongan yang diberikan pahala di dalam menuntut ilmu,iaitu golongan yang suka bertanya akan sesuatu ilmu,Orang yang ada ilmu dan mengajar kepada orang lain,golongan yang yang mendengar orang yang mengajar ilmu dan orang yang suka dan kasih akan majlis ilmu.
  • Berikan sepenuh perhatian semasa dalam bilik kuliah terutamanya bagi yang malas mengulangkaji pelajaran.(fokus dalam kelas sangat penting!)-cara yang terbaik untuk berjaya-
  • Jangan tidur dalam kelas.keberkatan guru perlu dititikberatkan.
  • Manfaatkan pensyarah sebaiknya dengan bertanyakan soalan-soalan mengenai pelajaran atau isu-isu lain.
  • Jadi ahli kelas yang aktif dengan melibatkan diri dalam setiap perbincangan yang dilakukan.
  • Hadir ke kelas awal sekurang-sekurangnya 5 minit lebih awal.
  • Ikhlas kerana ALLAH. 
“Jangan mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan para ulama’, atau untuk berdebat dengan orang-orang bodoh, atau untuk memilih majlis yang terbaik (demi mendapat pujian orang). Sesiapa melakukan hal itu maka nerakalah tempatnya.”


Tips yang paling penting ingin ditekankan ialah,fokus dalam kelas.Tak kisah di posisi mana anda duduk dalam kelas ,sama ada di depan atau belakang,sila tumpukan perhatian.Lazimnya, kita kekurangan masa untuk ulangkaji pelajaran semula(kecuali bagi yang bijak menguruskan masa),jadi manfaatkan masa yang ada di dalam kelas.Apa yang kita dapat di dalam kelas,tidak sama nilainya dengan ulangkaji semula.Apa yang kita terima dari pensyarah tu,lebih berkualiti isinya.Jangan berborak terutamanya perkara yang tiada kena-mengena dengan apa yang sedang pensyarah bincangkan.Kurangkan ketawa(terbahak-bahak) pada perkara yang lucu semasa sedang belajar.Elakkan juga berjenaka yang melampau semasa sedang belajar.

Setiap orang pasti ada cara tersendiri.Saya mungkin agak syadid semasa sesi pembelajaran kerana jujurnya saya seorang yang kurang mengulangkaji selepas kelas.Saya berpendapat,jika tumpuan 100% telah diberikan dalam kelas,selepas kuliah saya boleh isikan dengan gerak kerja islam yang lain.Saya yakin,fokus di dalam kelas itu,ada keberkatannya tersendiri.

Semoga Allah sentiasa bersama kita.Selamat menempuhi medan tarbiyah di bumi ini.
Rasailah kelazatan & kenikmatannya.ayuh siswa/siswi!jadi agen perubahan pada generasi anak muda.Moga dalam diri kita ini menjadi cerminan yang baik untuk menggambarkan keindahan Islam.Kitalah generasi Islam yang ditunggu-tunggu.

Memetik kata-kata dari sebuah novel 'Musafir Perindu' :

''Amanah kita pada Allah adalah amanah terhadap gerak kerja islam dan akademik.tapi,amanah kita terhadap ibu dan ayah adalah amanah kita untuk cemerlang dalam akademik''


hadis:
“Barangsiapa yang mati di dalam keadaan menuntut ilmu untuk menghidupkan agama Islam, maka dia berada di dalam Syurga kelak satu darjat dengan para nabi.”


jaga hati,jaga iman,jaga tarbiyah,jaga solat,jaga sahabat :)


#lama tak update blog,skill seakan-akan tumpul,bahasa agak hambar.walaubagaimanapun,semoga bermanfaat.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, May 3, 2012

musafir perindu:penawar rindu pada bumi tarbiyah

bismillahi walhamdulillah :)
  *abaikan kenapa headar blog ini sebegitu.I had try so many times to adjust it,but i don't know how to make it center,so,i'll continue to edit it tomorrow,insyaAllah :) never mind.yang penting isi blog,kan?*^^

dah pergi pesta buku?mesti rambang mata kan?
Allah~banyaknyaa buku yang sangat bagus untuk dibaca.
saya rasa nak buat lagi satu trip ke sana dalam minggu ini,insyaAllah.
tapi kena marathon juga lah bacaannya,sebab ada lagi 6 buah buku yang sedang menanti 'dirinya' untuk dibaca.

novel yang baru sahaja habis dibaca lebih kurang 2 minggu lepas :

MUSAFIR PERINDU

masyaAllah,novel ini akan saya jadikan simpanan berharga! :) *insyaAllah*
itu lah reaksi pertama selepas habis membaca novel ni.
setiap inci jalan ceritanya pasti akan membuat sesiapa sahaja yang pernah berada di bumi tarbiyah APIUM NP(akademi pengajian islam,universiti malaya nilam puri) ini akan kembali merindui detik-detik kehidupan di bumi ini.apatah lagi saya yang masih berbaki setahun di sini,Allah2~sangat bersyukur kerana Allah tempatkan di bumi tarbiyah ini.rasa macam semangat nak manfaatkan masa & peluang lagi setahun ni.

novel ini banyak menceritakan kisah-kisah dan pengalaman semasa berada di APIUM NP dan di UM KL.
watak 'annur' yang cuba saya hayati,seringkali wajah penulis buku ini yang keluar dalam minda.kebetulan baru sahaja bertemu empat mata lebih kurang dua minggu lepas.alhamdulillah :) salam ukhuwah fillah kak im ♥ kagum dengan semangat juangnya walaupun sedang berbadan dua.Semoga Kak Im dan Ustaz Ali dikurniakan seorang mujahid.saya kira novel ini boleh dijadikan sebagai satu panduan bagi penggerak-penggerak dakwah di APIUM NP agar terus komited dengan gerak kerja islam.ada beberapa peristiwa & watak dalam novel ini yang saya boleh kaitkan dengan beberapa inidividu yang saya kenali.cuma saya tak pasti benar atau tidak. ^^
mungkin sekadar andaian..tak mengapalah,kalau tidak benar pun,novel ini pastinya banyak mengisahkan pengalaman-pengalaman penulis dan sahabatnya semasa di UM NP ataupun UM KL :)

siapa yang hendak berkenalan dengan APIUM NP,boleh lah dapatkan novel ini.bukan berkenalan dengan episod-episod cinta nya sahaja,saya kira itu salah satu dakwah dari penulis bagaimana untuk hadapi situasi saat hati diuji,tapi ambillah pengajaran selebihnya melalui semangat perjuangannya,biah nya,ukhuwah nya dll.mungkin juga tak semua yang  diceritakan dalam novel ini,masih sama dengan situasi sekarang,namun nama-nama pensyarah yang digunakan masih sama,struktur bangunan yang digambarkan masih sama seperti yang ada di nilam puri sekarang ini.mungkin juga gambaran biah solehah dalam cerita ini lebih hebat,namun kami yang masih di NP masih terus cuba & berusaha  pertahankan biah solehah di sana.doa-doakan kami.
(rasa gembira ada,sedih ada,nervous pun ada nak kembali nilam puri 2 minggu lagi.amanah & tanggungjawab sedang menanti,Allah~) 
saya rasa macam baru je habiskan SPM tahun lepas.rasa macam masih baru mendaftarkan diri ke nilam puri,menangis hampir setiap minggu kerana cuba mengislahkan diri,bergantung dengan akak-akak senior,tiba-tiba tak lama lagi,amanah itu sudah bertukar ganti di atas bahu sendiri.lepas ni,kena berdikari,malah adik-adik pula memerlukan kami.Allah~sungguh pantas masa berlalu.sepantas cerita dalam novel musafir perindu.bila penulis menceritakan semula kisah-kisah di bumi tarbiyah ni,baru saya sedar,kejapnyaa kehidupan di sini.
semoga masa yang masih berbaki setahun,menyempatkan diri untuk bermanja-manja dengan majlis ilmu sekitar kelantan,dengan murabbi-murabbi yang hebat.

petikan menarik dari novel :

  • ''Amanah kita pada Allah adalah amanah terhadap gerak kerja islam dan akademik.tapi,amanah kita terhadap ibu dan ayah adalah amanah kita untuk cemerlang dalam akademik''



  • ''Jadilah seperti bunga teratai sebab bunga teratai bukan terletak di jambangan,bukan terletak di dahan pokok,bukan juga terletak di hujung pucuk daun.tapi bunga teratai hidupnya dalam air.Susah & payah.Sesiapa yang mahu dapatkan biji benihnya perlu meranduk air untuk mendapatkannya.Siapa yang ingin melihat kecatikannya perlu mencari paya,danau,tasik,dan kolam kerana pohon teratai tidak ada di mana-mana di dataran.hanya ada dalam tempat yang penuh berselut dan berlanyau.Bunga teratai ibarat seorang mujahidah yang dididik dengan kesusahan & kepayahan.Agar dengan kepayahan itulah akhirnya ia kembang mendaji bunga yang sangat cantik.Oleh itu,jadilah seperti bunga teratai yang merupakan khazanah dunia.Biar yang bersusah payah sahaja yang akan berjaya melihat,memetik dan menikmati kecantikannya'' 



  • ''Hati yang mencintai selain dari Allah umpama seperti daun ini.Saat berada di pokok,ia hijau kerana pergantungan hayatnya dengan Allah sehingga hayatnya dimatikan Allah.Itulah perlambangan cinta hanya pada Allah.Kekal hijau dan sentiasa hidup di saat meletakkan cinta hanya pada Allah.Tapi,ketika masih hidup setelah dipetik tangan-tangan asing,ia terus akan layu dan mati.Sudah tiada seri hijaunya lagi.Sudah tidak ada cinta kerana saat ia dipetik tangan-tangan asing itu,saat itu juga terputus hubungan,hayat dan pergantungannya dengan Allah.''
p/s:teringin nak jadi penulis.tapi nak tulis apa? -.-
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, April 27, 2012

fasal dua : golongan yang tercicir.

bismillahi walhamdulillah.fasal pertama telah saya kupas di entry lepas.awwalan,qobla kulli syai',maaf kalau perkongsian kurang jelas.mungkin perlu belajar lagi macam mana nak bedah buku ^^

fasal kedua pula mengupas tentang sebab-sebab keciciran.antaranya ialah:
1)sebab berhubung dengan gerakan/organisasi/persatuan

  • kelemahan sudut tarbiyah
  • tidak meletakkan seseorang pada tempat yang sesuai(pembahagian tugasan)
  • tidak membahagi-bahagi kerja kepada anggota
  • tidak ambil berat ahli
  • tidak menyelesaikan persoalan dengan segera
  • pertikaian dalaman
  • pimpinan tidak layak* (ini akan dikupaskan selanjutnya tentang sifat-sifat yang perlu ada pimpinan)
2)sebab-sebab individu

  • tabi'e tidak tetap(hanya tertarik pada gerakan/persatuan/organisasi pada satu-satu bahagian sahaja,bila dia menjumpai yang tidak menarik,maka dia meninggalkannya)
  • takut berlaku sesuatu ke atas diri dan pendapatan(takut miskin,kurang tadhiyah)
  • melampau-ekstrem(lakukan sesuatu lebih dari keupayaan/melampaui batasan/gelojoh/hendak cepat)
  • bermudah-mudahan & longgar
  • tertipu dengan kedudukan & bersikap menonjol diri(buat sesuatu bukan kerana Allah)
  • cemburukan orang lain
  • fitnah senjata
3)sebab-sebab luaran yang menekan.

  • tekanan ujian
  • tekanan keluarga
  • tekanan persekitaran
  • tekanan gerakan-gerakan bahaya
  • tekanan bermuka-muka
banyak 'point-point' penting yang dibincangkan di dalam buku ini.

antara yang ingin dikongsikan ialah :


 'sifat-sifat yang perlu ada pada pimpinan.'

1- mengenali dakwah.
-jaminan kejayaan pimpinan adalah bergantung pada rapatnya barisan pimpinan,bergerak bersama-sama dengan kumpulan yang bergerak dan jangan mengasingkan diri.sentiasa berhubung dengan barisan tentera(jundiyah),mengetahui masalah mereka serta pemikiran mereka.

2-mengenal diri
-seorang pemimpin wajib mengetahui kelemahan & kekuatan dirinya.
caranya:
 mengetahui kelehaman dan usaha memperkuatkannya
mengetahui kekuatan dan usaha menggerak & menyuburkannya
cakna untuk mengembangkan ilmu,pemikiran-pemikiran politik,kemasyarakatan,ekonomi dll.
mengenali tokoh-tokoh pimpinan islam dan cara dan faktor kejayaan kepimpinan mereka.

3-cakna terhadap ahli
mengetahui keadaan hidup,kedudukan,menyelesaikan masalah mereka,bantu kemantapan ahli dan kukuhkan kepercayaan kepada mereka.

4-teladan yang baik
point ini cukup jelas.

5-punyai pandangan yang mantap
berupaya bertindak segera lagi tepat serta dapat menyelesaikan masalah dalam semua suasana & keadaan.
sabda Rasulullah: 'sesungghunya Allah kasih kepada penglihatan yang tajam diketika kesamaran dan Allah sukakan aqal yang sempurna dapat menahan serangan nafsu'

6-keazaman yang kuat
keazaman adalah menjadi salah satu rukun keperibadian pemimpin.dengan adanya keazaman akan menyelesaikan perkara-perkara yang ussah.sejarah membuktikan pemimpin-pemimpin islam zaman kini sangat perlu mempunyai keazaman ini bagi menghadapi segala ujian dan bencana.

7-daya tarikan semulajadi
ini merupakan sifat tabi'e.seseorang pemimpin yang dapat menarik ramai orang tanpa paksaan,maka itu adalah satu perkembangan yang baik.
*tapi pada saya,asasnya adalah hubungan dengan Allah.

8-penuh yakin
seorang pemimpin mesti sentiasa berkeyakinan dan berlapang dada.sikap putus asa adalah faktor utama kemusnahan individu dan masyarakat.pimpinan adalah ketua rombongan dan kesannya ke atas barisan adalah sangat mendalam.jika ia mundur dan putus asa,maka barisan akan mundur dan putus asa.tetapi jika ia maju ke hadapan menentang cabaran-cabaran,barisan tentera da'wah akan melangkah ke hadapan dengan penuh harapan.

menjadi pimpinan yang baik bukanlah satu perkara yang mudah.tapi semuanya akan menjadi lancar apabila kita bekerja kerana Allah.teringat kalam ustaz hazrul
  'kenapa perlu risau?kalau kita buat kerana Allah,pasti Allah bersama kita' 
Al-qiyadah laisa At-tasyrif,walaakin At-taklif
(kepimpinan bukanlah satu kemuliaan,tapi satu tanggungjawab)
moga Allah sentiasa bersama kita dan memelihara keikhlasan dalam menjadi 'amiliin(pekerja).
Allah tidak lihat sejauh mana pencapaian kita,tapi Allah melihat sejauh mana usaha kerja buat kita.
ya Allah~permudahkanlah segala urusan.


'berijtihadlah antum semua dlapangan kepakaran masing-masing & jangan pernah gentar untuk mencuba dan mencabar potensi diri.berfikir & buatlah berdasarkan realiti hari ini untuk kebaikan & impak yang bermanfaat buat generasi masa hadapan'


'kenapa perlu lihat pada 10 lubang kecil sedang kita ada satu tanah lapang yang besar untuk bergerak'
-tinta bro shake-


masyaAllah!jiwa mereka besar..

sempena hari esok.
ya Allah,aku hanya mampu mengkaji,membuat penilaian,namun Engkau jualah yang lebih mengetahui segala isi yang ada di langit dan bumi.tunjukkanlah yang benar itu tetap benar,rezekikan aku mengikutinya.dan tunjukkanlah yang batil itu tetap batil,dan rezekikan aku menjauhinya.sungguh aku yakin,yang benar tetap akan bersama kemenangan,dan yang batil itu pasti akan tumbang.sesungguhnya islam itu tetap tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi dari islam.menangkanlah apa/siapa sahaja yang perjuangkan islam.berikanlah pelindungan buat mereka yang ikhlas berjuang serta keamanan pada negara.

kemenangan islam semakin dirasai.hanya Allah yang tahu siapa yang benar.jika bukan di masa ini,kemenangan di akhirat sudah pasti.semoga hati &jiwa terus istiqamah dalam tarbiah Allah tanpa meninggalkan satu pun cabang darinya :')
Alhamdulillah,saya lebih terdidik untuk bersifat lapang dada kini.kekalkanlah rasa ini ya Allah.agar terus tenang dalam menjadi 'amiliin ^_^ kalau nampak saya tak berlapang dada tu,tegur2lah ye :)
Allah sangat sweet.moga menjadi penghuni hati yang abadi ♥
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, April 18, 2012

bedah buku:haraki & novel

bismillahi walhamdulillah.
Alhamdulillah,Allhamdulillah,Alhamdulillah.semoga sentiasa menjadi hamba yang bersyukur.

dah lama tak buat perkongsian tentang buku-buku yang telah dibaca.
dah hampir sebulan cuti semester.alhamdulillah,sempat menghabiskan 2 buah buku.
(dua buah je.intan kurang momentum pembacaan -.-)
1 buku haraki dan 1 novel.


  • buku pertama : 
GOLONGAN YANG TERCICIR - FATHI YAKAN
di sepanjang jalan dakwah.
persoalannya yang ditimbulkan ialah bagaimana dan kenapa?

buku ini mengandungi 2 fasal iaitu fasal yang pertama mengupas tentang Gejala Keciciran di Zaman Rasulullah.
banyak mengungkap sirah-sirah tetang sahabat-sahabat nabi.
antara kisah yang paling popular dalam kalangan pada du'at ialah kisah 3 sahabat yang tidak ikut serta dalam peperangan tabuk.salah seorangnya adalah ka'ab ibn malik yang banak menjadi pengajaran buat para du'at hingga zaman kini.

ringkasan:
secara ringkasnya,diceritakan bahawa peperangan tabuk ini berlaku pada musim panas,perjalananya juga sangat jauh dan bilangan musuh adalah ramai.pada waktu ini juga hasil tanaman sedang masak dan orang ramai lebih suka berehat pada waktu ini.Rasulullah telah berpesan awal-awal agar melakukan persedian untuk berangkat.sedang mereka membuat persedian,Ka'ab masih lagi belum membuat apa-apa persedian.ketika itu,angkatan rasulullah telah pun berangkat sehinggalah angkatan tersebut telah berangkat jauh dan tiada masa lagi untuk Ka'ab.Ka'ab berasa dukacita kerana boleh dituduh sebagai munafiq dan lemah.

sesampainya baginda Rasulullah di Tabuk,Rasulullah menyedari bahwa Ka'ab tidak ikut serta,maka rasulullah pun bertanya 'apakah yang dibuat oleh Ka'ab?' maka,banyaklah spekulasi-spekulasi yang timbul.ada yang berkata Ka'ab sedang berehat dengan isteri.lal,Mu;adz bin jabal mengatakan 'alangkah buruk kata-katamu itu.demi Allah,aku tidak pernah mendengar tentang Ka'ab kecuali kebaikan(tentang dirinya).

Ka'ab tahu bahawa berita tentang ketiadaanya dalam angkatan itu telah diketahui oleh Rasulullah,maka Ka'ab cuba mencari alasan bagi mengelakkan kemarahan Rasulullah.setelah tibanya rasulullah dari tabuk,rasulullah menunaikan solat dua rakaat di masjid.selepas itu datanglah orang-orang yang tidak ikut serta dalam peperangan tersebut untuk memohon maaf atas keuzuran masing-masing.lebih kurang 80 orang.rasulullah menerima penjelasan dan sumpahan mereka dan turut memohon ampun dari Allah untuk mereka.tiba giliran Ka'ab,beliau menceritakan dengan penuh kekesalan.pada mulanya beliau ingin menyatakan alasan,tetapi akhirnya beliau bercakap benar.beliau juga mebgakui beliau tidak ada keuzuran dan masih punyai kemampuan dan sihat.maka rasulullah pun berkata,'bangunlah sehingga Allah menghukumkan kamu perkara ini' kes seperti ini turut terjadi pada dua lagi sahabat iaitu Murarah ibn ar-rabi'e dan Hilal ibn Umayyah.Rasulullah mengarahkan orang islam memboikot mereka bertiga sehingga 50 hari.selepas 40 hari dari tempoh itu,mereka turut disuruh mengasingkan diri daripda isteri mereka(tanpa menceraikan).namun kelongaran diberi pada Hilal kerana beliau sudah tua.

selepas 50 hari,kabar gembira telah tiba bahawasanya Allah telah menerima taubat mereka.sebagai tanda taubat,Ka'ab tidak akan bercakap bohong selama dia hidup.untuk pengetahun,selama Ka'ab diboikot oleh umat islam,beliau telah menerima tawaran-tawaran dari orang musyrik agar bersama mereka,namun Ka'ab tetap setia dengan Islam :)
kisah ini banyak diceritakan dalam surah at-taubah dari ayat 117.
(saya tak pandai buat ringkasan cerita.maaf kalau sukar untuk difahami.untuk lebih faham cerita,boleh tambahkan info melalui pembacaan lain)

fasal kedua dari buku ini akan dikupas untuk entry seterusnya untuk elakkan entry ini terlalu panjang.fasal kedua isinya lebih menarik dan penting.


  • buku kedua :
SEBARKAN CINTAMU - FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN

buku yang sarat dengan ilmu,info-info menarik serta fakta-fakta penting.
uniknya novel-novel ustazah fatimah syarha,beliau mampu menyampaikan ilmu-ilmu baru yang sangat segar.jarang sekali kita jumpa penulisan sebegini.novel ini banyak mengupas tentang salah faham masyarakat tentang isu poligami.novel yang mempunyai sebanyak 870++ muka surat ni memang memakan masa untuk dihabiskan(untuk saya).ustazah fatimah juga banyak memberikan  contoh-contoh yang baik dalam berdakwah melalui watak-watak yang diketengahkan.sifat sabar,lembut,berlapang dada sangat dititikberatkan dalam penyampaian dakwah seperti yang ditunjukkan.beliau juga memberi mesej agar segala ilmu itu perlu dikaji sedalam-dalamnya.bukan sekadar menerima dari guru/pensyarah.hujah-hujah yang diberikan juga sangat rasional dan bijak!kesimpulannya,novel ni sangat bagus!semoga lebih ramai lagi penulis-penulis seperti beliau.
(do pray for me,mana tahu kan jadi penulis ^^)

ringkasan dari novel ni susah nak buat.banyak sangat info.siapa yang belum mendapatkannya,eloklah beli.minggu depan bookfest di PWTC :) nak pinjam dari saya pun boleh.

sedikit perkongsian dari novel ini :


  • 'menegur seseorang dengan cara menghentam,mengkritik,menjatuhkan air mukanya......,ibarat memberikan makanan yang enak kepada remaja itu tetapi dengan cara melempar ke mukanya...'

dakwah itu cinta ♥


  • adakah rasa cinta itu dosa?kalau fitrah mengapa perlu istighfar?


'kita beristighfar bukan kerana rasa cinta itu dosa.tetapi takut rasa yang fitrah itu bertukar menjadi fitnah.apabila kita asyik teringatkan makhluk berbanding khaliqnya bukankah itu fitnah?...'

wallahua'lam.moga bermanfaat :)
maaf andai ada kesilapan dalam penyampaian.

p/s: tahniah buat semua pelajar APIUM nilam puri atas keputusan peperiksaan semester 2 & semester 4 yang baru keluar hari ini.sekalung penghargaan buat para asatizah.moga Allah memberkati antum.buat pelajar semester 2 yang bakal menyambung perjalanan semester 3 bulan Jun ini,teruskan usaha.buat senior-senior semester 4,tahniah & moga dapat terus kekalkan/tingkatkan kecemerlangan di UM KL.
semoga kita sentiasa jadi hamba-hamba yang bersyukur & terus baiki kelemahan sama ada dari sudut akademik,tarbiyah,akhlak dll.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, April 17, 2012

rumit:tinta dari hati.

bismillahi walhamdulillah.
astaghfirullah al-'azim.banyak-banyakkan istighfar.jadikan ianya sebagai hobi.insyaAllah,hidup lebih nikmat.

melalui minggu-minggu dan hari-hari dengan memikirkan pelbagai perkara.mungkin kerana saya yang terlalu suka berfikir.huh!saya cuba untuk tidak berfikir,tapi saya tidak boleh.mungkin kerana cakna.atau saya memang minat untuk berfikir.saya akan berfikir sampai saya menemui jawapan yang pasti.letih juga.tapi kadang-kadang bagus untuk sentiasa berfikir,latih diri untuk berfikir secara kritikal untuk mengeluarkan hujah/pendapat/jawapan yang kemas.mungkin kurang mantap,tapi meyakinkan.
moga segalanya dalam lindungan Allah.

mengalami satu pengalaman baru minggu lepas :)
pengalaman yang buat saya berfikir banyak kali sama ada ianya tindakan yang betul atau tidak.tapi sebelum saya merasai pengalaman tersebut,saya telah bertanyakan beberapa pendapat dari murabbi,naqibah,sahabat-sahabat,malah sepupu saya yang berpengalaman.
sungguh!hammasah as-syabab(semangat anak muda) itu perlu dibimbing dengan hikmah as-syuyuh(nasihat orang tua).jangan mudah bertindak melulu.saya fikir saya perlu rasai pengalaman ini,sekurang-sekurangnya saya tidak terus menerus meletakkan persepsi sahaja tanpa merasainya sendiri.saya tidak suka orang yang suka kritik dan suka mencari kesalahan orang lain tanpa berani untuk cuba lebih dari sekadar persepsi.ya,kadang-kadang persepsi sahaja sudah cukup,namun bukan dalam semua situasi.malah,walaupun kita telah merasainya,persepsi pertama tidak semestinya tepat.teruskan mengikuti sampai kita jumpa kebenaran yang sebenar-benarnya.
biarkanlah!saya lebih suka memilih jalan berlapang dada,diam ataupun tenang kalau terpaksa menjawab.
saya suka memilin jalan sederhana,agar lebih adil.jalan 'win,win.'
kerana memilih untuk bersikap emosi akan menghasilkan satu 'feedback' yang buruk yang akhirnya kelihatan seperti memperbodohkan diri sendiri dan menyesal.saya tidak mahu itu berulang.ya,saya cakap begini kerana ianya pernah terjadi.
semua orang boleh meletakkan pelbagai persepsi.namun,berpeganglah pada satu yang pasti.
hanya Allah mengetahui.
'setiap orang berhak untuk bercakap dan setiap orang itu berhak untuk menerima atau menerima pandangan tersebut kecuali ma'sum(al-qur'an dan hadis)' -Imam Malik.
kurangkan mengulas,kurangkan perdebatan,banyakkan bermuhasabah.itu lebih banyak menambah 'nilai' dalam diri :)

entry pendek bagi menjaga hati semua orang.
bagi menjaga hati juga,saya tidak akan post entry ini di wall facebook.
're-check' semula niat.
apakah kita suka mencari kesalahan orang lain?
apakah kita gembira dengan kesalahan-kesalahan yang dilakukan sahabat?
apakah kita mudah menghukum orang lain?
pesanan ini juga untuk saya.saya yakin mungkin saya juga pernah terlintas begini.
saya insan biasa.sesesungguhnya,diri ini telah banyak menzalimi diri sendiri :'(
ighfir zunuubi,ya Allah.
maafkanlah kesalahan sahabat-sahabat kita.
maafkanlah aku.
 dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta berlapang dada; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
24:22



sabarlah intan.
itu tarbiyah.
abaikan persepsi manusia.
berjalanlah tanpa henti,moga seiring redha Ilahi.
teruskan bekerja,bergerak.

p/s:tinta dari hati.mungkin sukar untuk difahami.maaf :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, April 7, 2012

Biar Surat Cinta Berbicara




saat langkah mula terasa berat,lalu hati terus berbicara.
'inilah pengorbanan'
ku pohon kekuatan dariNya.dibelek-belek surah at-taubah yang sentiasa menemani perjalanan ini.


Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). ayat 24


'wahai orang-orang yang beriman,mengapa kamu apabila dikatakan kepadamu 'berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah,kamu berasa keberatan dan ingin tinggal di tempatmu?' apakah kamu lebih menyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat?padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan)di akhirat hanyalah sedikit' ayat 38


'berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun rasa berat,dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah.yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui' ayat 41




'dan katakanlah beramallah kamu,maka Allah dan rasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan,dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata.kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan' ayat 105




'sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman  akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga,disebabkan mereka berjuang pada jalan Allah maka di antara mereka ada yang membunuh dan terbunuh.balasan syurga itu ialah sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (kitab-kitab) taurat dan injil serta Al-qur'an.dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah?oleh itu,bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu,dan ketahuilah bahawa jual-beli itu ialah kemenangan yang besar.' ayat 111


hebat sungguh mukjizat teragung^^
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
tadhiyah,intan!
tadhiyah!


inilah masanya.tadhiyah bukan sekadar di bibir.
mudah sekali bibir menutur tadhiyah.
jom kita lihat bagaimana saat melangkah ke medan praktikal!
moga Allah terus memilihku untuk berada dalam lindungan dan kasih sayangNya.


mental perlu sedia.
fikiran perlu kritikal.
fizikal perlu kuat.
rohani perlu mantap.
ketiga-tiga elemen ini mesti dilalui dengan palbagai proses tarbiyah.




sampai tiba,satu tahap kita sendiri tidak sangka kita mampu lakukannya :)
thank you Allah. ♥
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, March 23, 2012

Mendambakan Insan Seteguh 'Ibrahim' Walau Diri Tidak Sekuat 'Hajar'~

'Bukanlah aku sengaja,
melindungi rasa di jiwa
namun bimbang diri kan terleka
hanyut dibuai angan dan mimpi indah
hingga terabai segala ciya
sedang khayalan tak menjanjikan
segunung kebahagiaan
sebagai mahar hantaran'
-mahar cinta-devotees

teringat roomate suka dengar lagu ni. :)

banyak betul rancangan,pengisian,ceramah tentang cinta sejak kebelakangan ni.
atau mungkin saya yang baru perasan perkara ni sering dibincangkan terutamanya di IPTA&IPTS.
(nilam puri je jarang buat kot ;p) tapi pernah juga sekali,kami jemput pensyarah dalam untuk sesi forum.

saya ingat lagi,anak sepupu saya(sekarang di tingkatan 5) mengajukan soalan:
'kak intan,sebenarnya couple ni salah ke?'


dan saya masih belum menjawab soalan dia secara jelas.ternyata saya rasa,mungkin dia masih samar-samar.atau mungkin sudah jelas lantaran terlalu banyak pengisian ceramah & entry-entry blog tentang isu ini.soalan mudah,nampak remeh,tapi sukar untuk saya jawab.
secara ringkasnya,dan semua sudah maklum,
cinta itu tidak salah,tapi manusia yang bercinta sering melakukan kesalahan.
cinta itu tidak salah,tapi couple itu ada salahnya.
cinta itu tidak salah,tapi biar kena dengan syariatNya.
cinta itu fitrah,tapi jangan sampai jadi fitnah.
jom raikan cinta!


saya tetarik dengan entry terbaru dari laman blog ini.
apabila kita jatuh cinta
ternyata ramai manusia gagal meletakkan cinta pada tempatnya.
ramai yang berpendapat,jangan terlalu syadid dengan isu cinta.saya setuju!kerana saya sendiri meraikan perasaan cinta.tapi cinta yang bagaimana harus diraikan?

isu cinta isu lemau.
isu cinta dianggap remeh,enteng,membosankan.
sejak dari zaman sekolah menengah,memang membosankan.isu cinta tiada henti,sentiasa menjadi isu terhangat
tapi sungguh!
cinta telah memakan banyak jiwa anak muda hingga anak muda jadi lesu dan lemah.
jangan menafikan andai cinta mampu buat anak muda 'liat' untuk hadiri ceramah agama.jangan menafikan andai cinta mampu buat anak muda sentiasa beralasan untuk menghadiri usrah.

sempat saya dan beberapa orang sahabat bertemu murabbi dan berbincang mengenai isu ini.

kata ustaz:
isu ini remeh,tapi bukan mudah.Kita nak berlawan dengan nafsu manusia,memang payah.umpama orang sedang minum arak,mabuk.kita cakap apa pun,tak dengar.
saya suka dengan analogi ustaz.
tapi tak bermakna kita tidak perlu berusaha.bangunkan mereka dari mimpi!bantu mereka.
saya nak bantu anda.
kami nak bantu anda.
tapi kalau kamu tidak mahu membantu diri sendiri .........

''Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. ''
ar-ra'd:11

hakikatnya,segala isi dalam entry ini,semua orang sudah maklum isinya.
apatah lagi golongan agamawan.semua sudah maklum,siap habis semua dalil sudah dihadam kalau untuk isu ini
cuma kita kurang mujahadah.kuatkan hati!hidup bukan untuk dihabiskan dengan perkara sia-sia.
jom lakukan perubahan!jangan drastik,istiqamah mohon doa padaNya.

Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka. 
surah al-hadid:16

manusia yang berusaha mohon keredhaan(jalan kebaikan)pasti Allah akan bantu.(surah al-ankabut:69)
alhamdulillah atas hidayah ini :)

'jangan pandang serong'
kadang-kadang,bila kita berada di posisi yang salah,kita selalu rasa orang pandang serong,kita rasa orang tak suka kita.hakikatnya tidak begitu.kita rasa dipandang serong kerana memang apa yang kita lakukan itu salah tanpa perlu menunggu orang lain beritahu apa yang kita buat itu salah.saya pernah jelaskan pada sahabat saya,hanya dua perkara 'kenapa rasa orang pandang serong' :
1)kerana memang ada orang pandang serong
2)sebab memang apa yang kita buat itu salah.

"Orang yang beriman melihat dosanya umpama gunung yang besar yang akan menghempapnya manakala ahli maksiat melihat dosanya umpama lalat yang hinggap di hidungnya; apabila ia mengisyaratkan dengan tangannya, maka lalat itu akan lari."
(Hadis riwayat Bukhari)

Allah Allah~bimbangnya akan dosa tanpa sedar.
.
simpankan aku seorang mujahid


semua orang mendambakan yang terbaik.buktinya,semua tetamu majlis ceramah dan pengisian tentang cinta itu pasti menghadirinya kerana mahu yang terbaik.mahu cinta didasari iman,mahu mencintai & dicintai kerana Dia. manusia makin mengerti dan mahu meletakkan cinta pada tempatnya.fitrah.manusia semua cenderung pada kebaikan.


'aku lihat dia,dari awal sudah ditarbiyah,
sedang aku baru mengenali apa itu tarbiyah.
aku lihat dia,dari awal sudah kenal erti perjuangan,
sedang aku baru kenal apa itu perjuangan.
aku lihat dia,sudah banyak ilmu & kefahaman,
sedang aku,baru merangkak mencari ilmu & kefahaman.
apakah layak mendambakan insan seteguh 'Ibrahim' walau diri tidak sekuat 'Hajar'?~


fokus pada akademik dan perjuangan!
study nombor satu tapi jalan juang bukan nombor dua.
masih banyak kerja hendak dilaksanakan dan belum selesai.
bukan menafikan perasaan cinta,tapi saya bukan insan yang cukup kuat untuk meletakkan cinta pada tempatnya bila diuji.
jadi!insan-insan seperti saya perlu bijak mengambil pelbagai inisiatif untuk memastikan cinta pertama hanya untuk Dia dan cinta suci hanya pada yang selayaknya.

bimbanglah saat cinta itu melalaikan,
menangislah andai cinta itu melebihi dari cinta pada Nya,
gelisahlah andai cinta itu merosakkan ibadah.
:'(

orang mukmin itu sentiasa berhati-hati menjaga hatinya.
 
ayuh mujahadah!
hijabkanlah hati ini pada insan yang belum tentu halal bagiku~

salam perjuangan buat mujahid.moga engkau juga memilih jalan juang.
salam rindu buat sahabat seperjuanganku! 
saat bersama kalian adalah saat terindah bagiku.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, March 3, 2012

AKU TANPA CINTAMU.

bismillahi walhamdulillah :)

bertinta semula setelah  sebulan membiarkan blog tiada pengisian baru.
harapnya entry-entry lama dapat terus memberi manfaat pada diri sendiri dan sahabat-sahabat.

******************                     ***********************                    *******************

sekali-sekala ingin aku memandang ke belakang seketika.
melihat siapa aku yang dulu,supaya lahir rasa tawadu'.
melihat ke belakang hanya seketika,tanpa rasa penyesalan.
agar aku tidak berbangga dengan apa yang aku kecapi dan rasai sekarang.
malah merasakan tiap detik waktu 'jahiliah' itu satu hikmah yang aku sendiri tidak pernah terfikir apa yang sedang Allah aturkan.sungguh indah perjalanan ini.penuh liku tapi ada manis di akhirnya setelah kutemui hikmah-hikmahnya.

hingga aku menjadi aku seperti hari ini.
bukanlah satu perkara yang mudah untuk aku kecapi.
ramai yang berkata : 'jangan ingat kisah lalu,kalau asyik pandang ke belakang,nanti kita 'down' untuk ke hadapan'
saya tidak nafikan,tapi saya mungkin salah seorang yang memandang ke belakang seketika dengan penuh pandangan positif.

bagaimana?

kerna kini baru aku mengerti,kenapa aku pernah gagal masa dulu?
supaya saat aku hampir kecapi kejayaan kini,aku menjadi tertahan untuk mendabik dada.
kerana aku pernah gagal.kalau bukan kerana aku pernah menangis dan merayu minta pertolongan SANG PENCIPTA dahulu,apakah aku masih mahu mengatakan ini semua hasil usahaku semata,tanpa pertolongan dariNya?

kerna kini baru aku mengerti,kenapa aku pernah merasai sedikit waktu-waktu kejahilan?
supaya saat aku sedang hidup dengan kehidupan penuh tarbiyah kini,aku menjadi tertahan untuk mengaku aku lah manusia paling baik/sempurna.
kerna aku bisa memahami mengapa mereka masih dalam kejahilan.kerna mereka tidak mengerti dan tidak faham.mungkin tiada yang beri kefahaman,atau mungkin kita tidak mengerti yang mereka sedang berperang dengan diri untuk ke arah kebaikan dan terkadang tertewas.
jangan lupa,kita dulu juga begitu saat bermujahadah(islah).malah,hingga kini juga kita terkadang masih tertewas.

kerna kini baru aku mengerti,kenapa aku dahulunya aku hanya menjadi orang biasa-biasa (orang bawahan)?
supaya saat aku bercita untuk menjadi orang yang luar biasa,aku menjadi tertahan untuk merasa diri terlalu hebat.
kerna aku masih ingat bahawa aku cuma insan yang lemah.pernah berada di bawah-bawah.tiada kekuatan dan kudrat tanpa DIA.Allahu Allah~
siapalah aku tanpaMU?

walau apapun kisah lalu,itu tetap yang dulu.
aku cuma memandangnya seketika supaya lahir rasa tawadu'.
memandang dengan penuh pandangan positif.
aku bukan sesiapa tanpa bantuan DIA.

aku cuma insan biasa namun punya cita luar biasa.
cita luar biasa itu tidak akan tercapai andai tanpa bantuan DIA.
terima kasih pada DIA kerana membawa aku ke bumi tarbiyah nilam puri ini.
حسبنا الله ونعم الوكيل...ولاحول ولا قوة إلا بالله العلي لعظيم


'jiwa yang besar lahir dari cita-cita yang besar dan mulia' 
masihku ingat kalam itu.

aku sedang memenuhkan hati dengan penuh rasa cinta,
kerna aku mahu kongsikan ia pada semua.
supaya semua dapat merasai cintaku.
kerna dakwah itu cinta.
kerna kehidupan ini satu cinta.
kerna ukhuwah itu satu cinta.
kerna perjuangan itu menuntut cinta.
kerna pengorbanan ini bukti cinta.
kerna islam itu mengajar erti cinta.


dan kerana CINTA teragung itu hanya untuk DIA :)
ya Allah,genapkan dan penuhkanlah hati ini dengan cahaya cinta untukMu




P/S: selamat menduduki imtihan akhir buat semua mahasiswa/mahasiwi APIUM,nilam puri.
moga mendapat keputusan yang terbaik.
'akademik kena jaga.kalau tak sasaran dakwah tak capai.dakwah mantap akademik perkasa'
-pesan ayahanda ustaz zamri-pensyarah apium nilam puri.


to all readers,doakan intan dapat jawab soalan dengan baik sepanjang imtihan akhir ni.cuaks.
imtihan bermula 4-13 mac 2012.
kemahiran al-qur'an,ulum qur'an,matematik,BI,muthalaah,maqal,asas komputer, nahu&sorf.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, January 25, 2012

anak panah islam

bismillahi walhamdulillah :)
assalamualaikum w.b.r
kesibukan tugasan lain menyebabkan blog agak tergendala.kadang-kadang rasa macam tak mampu nak beri komitmen pada blog.tidak mengapalah.barangkali ada tugasan lebih 'aula' berbanding meng'update' blog tanpa menafikan 'blogging' juga antara wasilah dakwah yang baik untuk digunakan.idea seakan-akan banyak,namun masa amat untuk  suntuk untuk saya menaip.jadi,saya mengambil keputusan untuk tidak meletakkan kerja meng'update' blog secara kerap kecuali waktu cuti semester.benarlah kata-kata imam syahid hasan al-banna,الواجبات أكثر من الأوقات.kerja kita terlalu banyak,tapi masa kita terlalu sikitmoga Allah berkati setiap detik yang berlalu.umat islam perlu bijak bahagi masa.kalau mengenangkan perjuangan rasulullah,subhanallah.seperti tiada rehat dalam kehidupan baginda.hanya orang yang yakin dengan janji Allah tidak merasa letih.letihlah wahai pejuang islam.moga letihmu hanya di dunia!
-------------             ------------------               --------------------          -------------------
seakan-akan masih bergema laungan jihad itu!
أنا رمي،(aku adalah anak panah)
من رماية الإسلام،(daripada anak panah2 islam)
فارمي!(panahlah aku!)
أين ما شئت.(ke mana saja engkau mahu)


سبيلنا...سبيلنا...جهاد (jalan kami adalah jihad)
أملنا..أملنا..شهيد!(cita kami adalah syahid)
بالروح بالدم...نفديك يا إسلام!!(dengan nyawa,dengan darah,akan aku pertahankan islam!)




"Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat"
62:10


mendengar banyak keluhan sahabat yang mengatakan mereka rindu untuk 'belajar dalam bidang agama','rasa nak tukar course','rasa menyesal tidak ambil bidang agama' dll.namun,keluhan ini bukanlah satu perkara yang negatif,malah saya boleh katakan 'itu tanda cintanya mereka pada islam'.alhamdulillah.
pada zaman manusia sedang sibuk-sibuk mengejar keduniaan masih ramai rupanya yang memandang dunia dari kaca mata akhirat.aku bangga menjadi sahabat mereka.


namun sahabat-sahabat,kita perlu sedar Islam ini tidak terhad pada ilmu fiqh ,atau ilmu-ilmu dakwah,tauhid,akhlak,sirah sahaja.Islam agama yang menyeluruh dari segenap aspek.Kalaulah semua umat islam berada di satu bidang sahaja,siapa yang akan menguruskan pentadbiran,undang-undang,perubatan,kejuruteraan,ekonomi,politik dll sedangkan semua ilmu tersebut juga amat berkait rapat dengan pembangunan negara Islam.sentiasalah berkata 'siapa lagi kalau bukan aku?'semua bidang-bidang yang disebutkan tadi perlu ditadbir oleh orang yang ada kefahaman agama.ya!orangnya adalah anda.kita.


saya teringat satu kisah yang dikongsikan oleh seorang ustaz(saya lupa namanya)
beliau menceritakan tentang sahabatnya yang merupakan seorang jurutera.dari dulu,saya selalu terfikir,bagaimana seorang jurutera nak menyumbang sesuatu untuk islam?kalau doktor,mungkin agak jelas juga sumbangan yang boleh dilakukan,tapi bagaimana dengan jurutera?mungkin dari segi pembangunan yang bercirikan islam,insyaAllah kita agak jelas jurutera islam boleh membantu.apa lagi tugasan lain yang boleh disumbangkan dari sudut penyampaian ilmu?
sahabat ustaz yang merupakan seorang jurutera tadi telah membuat satu inisiatif untuk dia menyumbang kepada islam.tiap-tiap hari Jumaat,dia akan mengarahkan anak-anak buahnya untuk datang ke pejabat 30 minit lebih awal daripada biasa bagi membuat sesi tazkirah dan sesi kuliah berdasarkan kitab-kitab yang telah dikaji.saya kira orang seperti ini lebih hebat dari seorang ustaz yang kerjanya memang menyampaikan risalah islam.kenapa saya katakan jurutera tadi hebat?
kerana dia ada usaha/inisiatif sendiri untuk menyumbang kepada islam.kesedaran itu perlu,bukan hanya sekadar tahu.tapi kesedaran sahaja kadang-kadang boleh jadi sia-sia andai kita tidak bergerak!
umat islam kena bergerak!bergerak!bergerak!


saya juga turut kagum dengan seorang doktor yang sering beri pengisian pada kami.setiap awal ucapannya beliau mesti menyatakan kerendahan diri untuk menyampaikan tazkirah pada kami(pelajar pengajian islam) namun,pada saya pengisian yang diberikan cukup bagus!kadang-kadang saya terfikir,bagaimana beliau mampu membahagikan masa antara kerjaya sebagai seorang doktor dan da'ei?saya rasa kita semua maklum bahawa kerjaya doktor merupakan antara kerjaya yang paling sibuk.dan orang-orang seperti ini memang hebat!beliau juga selalu menasihatkan pesakit-pesakit agar solat.sahabat-sahabat saya yang bakal bergelar doktor ini perlu sedar,masih ramai pesakit yang tidak tahu bahawa ada rukhsah solat untuk orang yang sakit.ramai sangat pesakit-pesakit yang tidak menunaikan solat semasa berada di hospital khususnya.mungkin juga ada antara mereka yang mahu solat,tapi tidak tahu bagaimana.maka,doktor/jururawat boleh memainkan peranan di sini.


lihatlah kejayaan ikhwanul muslimin pada hari ini.tidak mustahil ianya adalah kerjasama dari semua ahlinya yang berada dalam pelbagai bidang.ahli IM yang berada dalam askar pasti memainkan peranannya,begitu juga doktor,jurutera dll.


kita semua adalah da'ei.
من قال لاإله إلا الله،فهو الداعي.
siapa pun kita,di mana pun kita,bawalah dan sebarkanlah islam di mana sahaja kita berada.umat islam itu perlu ada di setiap penjuru alam bagi memastikan risalah islam ini disebarkan.


kesedaran perlu diketuk!
bergeraklah pejuang islam!


bukan aku mendabik dada mengatakan aku pejuang islam,
diri masih kerdil,diri masih lemah,tarbiyah untuk diri masih belum ampuh!
namun sampai bila aku harus tunggu untuk melayakkan aku bergelar pejuang islam.
aku sedar,andai disuruh berperang pada hari esok,belum tentu aku berani.
tapi aku berdoa,agar aku kuat!berani!umat islam semakin kehilangan pejuang-pejuang&pemuda-pemudi yang cinta pada jalan perjuangan.jalan ini memang susah.kau terpaksa bersengkang mata tatkala orang sedang lena kerana memikirkan masalah ummah,kau akan terkejar-kejar menyiapkan kerja tatkala orang lain masih boleh berjalan lenggang kangkung,kau terpaksa memikirkan banyak perkara dalam satu masa.sibukkanlah diri!korbankanlah kesenangan! hingga tahap kau terpaksa mengorbankan nyawa.itulah pejuang~
ya Allahhhhhhhhh~~~
sampaikanlah aku ke tahap itu.sampaikanlah hatiku ke tahap itu.
seperti pejuang-pejuang yang kental jiwanya,ampuh hatinya!
letakkanlah cinta pada dunia ini sejauh-jauuuuuuhhhhnyaaaaa dari hati iniiiiiiiii.
Allahu Allah!aku lemah.aku tiada apa-apa tanpaMu.


jadilah anak panah islam.
di mana sahaja kau di'panah'kan,kau akan bawa islam bersama.
p/s: tegurlah aku.nasihati aku.ingatkan aku.
sama-sama bina kekuatan.


*maaf andai penulisan tidak teratur.sudah lama tidak berkarya.
moga keikhlasanku terpelihara.peganglah hatiku ya Allah.


*entry khas untuk sahabat-sahabat di smap labu dan adik-adik junior yang bakal menempuh alam mahasiswa tidak lama lagi.kenalkanlah diri kepada erti perjuangan*
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, January 9, 2012

tarbiyah untuk aku dan mereka

bismillahi walhamdulillah.
alhamdulillah atas segala nikmat yang tidak terhitung.
dalam kondisi kurang sihat.demam panas.batuk & selesema.
mengingatkan saya kepada peristiwa 3 tahun lepas(2009) ketika tingkatan empat di smap labu.dorm rabiatul adawiyah(bilik ruby).mengalami demam panas juga.antara demam yang paling teruk saya kira yang pernah saya alami.suhu mencecah 40 darjah celsius.sangat bahaya.sampai susah nak bergerak.mata berair.sejuk.

situasi sekarang(demam) membuatkan saya rindu pada sahabat-sahabat saya yang setia membantu masa saya demam.(teman sebilik)
zety,fadzlin,kak ain,kak murni.


terima kasih sebab lapkan badan.sejuk sangat.tak larat nak pergi bilik air.kak murni lapkan. :)
terima kasih sebab pimpin saya ke bilik air.takut jatuh.macam nak pitam.
terima kasih sebab suapkan makanan.saya masih ingat.saya kurang selera.kak ain buat air milo.campur makanan(macam koko crunch).mereka gilir-gilir suap saya :) mereka tidak tinggalkan saya sorang2 dalam bilik.kalau seorang sudah ke surau(solat maghrib),lepas selesai,giliran orang lain pula ke surau.sangat terharu :')
terima kasih sebab teman pergi hospital pukul 10 malam.cikgu elias(warden) bawa.
terima kasih sebab layan intan merengek macam budak kecil dekat hospital.badan intan sakit.lenguh.mungkin effect demam tu.'(merengek)badan sakit.lenguh.sakit pinggang' zety dan lynn tak tahu nak layan macam mana dah.sebab tak tahu nak cari inisiatif macam mana nak bagi hilang lenguh.kesian mereka dengar saya merengek :'(
terima kasih sebab sanggup siapkan intan dulu walaupun korang nak pergi sekolah.pagi tu semua rushing.semua sibuk nak pergi sekolah.tapi mereka sempat lagi jenguk saya.siapkan saya.suruh solat di katil.

terima kasih cikgu elias(warden) bawa saya pergi hospital.lepas balik dari hospital,cikgu suruh makan sebab saya tak makan lagi.singgah di sebuah gerai makan.makanan yang di'order' sudah sampai.tapi saya tak makan sebab badan lenguh.tak selera.nak tidur dalam kereta.cikgu layan kerenah.tak kisah saya tak makan,walaupun dah order.(membazirkan duit cikgu je intan ni -.-)

terima kasih cikgu azni(warden bertugas) sebab ambil berat.saya sampai asrama jam 3 pagi kot.tak ingat sangat.cikgu naik bilik saya,tanya khabar.tapi masa tu saya dah tidur kot.sahabat yang tolong jawab.(bayangkan cikgu naik bilik jam2/3 pagi untuk tanya khabar)

adakah ini namanya 'itsar' dalam ukhuwah?melebihkan sahabat lebih dari diri sendiri.subhanallah.
indahnya ukhuwah :')
sudah pasti indah.kalau tidak,masa kan saya ingat tiap-tiap detik yang berlaku semasa peristiwa ini.

demam tarbiyah untukku dan tarbiyah untuk mereka.sejauh mana kesabaran mereka melayanku.sejauh mana saya bersabar dengan ujian yang Allah beri.
ternyata mereka lebih sabar dariku!pada mereka masa saya merengek tu,'intan macam budak-budak la' tapi mereka tak marah pun.jujur saya katakan,kalau saya mungkin belum tentu saya sabar.
yelah.bayangkan sudah 16 tahun,merengek seperti anak kecil.malu bila teringat balik. ;p

terima kasih sahabat :') anda anugerah terindah.



*saja imbau kenangan.khas untuk zety,lynn,kak ain,kak murni dan ahli bilik ruby 2009 :)*
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, January 4, 2012

telah ku pilih jalan ini


bismillahi walhamdulillah.
hampir sebulan jari tidak menari untuk laman ni.
mencari seribu jawapan pada seribu persoalan yang bermain dalam fikiran.
mencari hati yang kadang hilang.Allah.puas aku mencari di mana dia.
terkadang senang,terkadang susah untuk menemuinya.doa sentiasa dipanjatkan agar sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya.
ya Allah,jangan tinggalkan aku,dan jangan biarkan aku lama meninggalkanMu.
izinkanlah hati ini sentiasa mengingatiMu tanpa terlalai walau sesaat cuma.
aku takut~

terinspirasilah dengan ayat-ayat Allah ini:
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. -surah as-saff ayat 4-


Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
 surah as-saff ayat 10&11

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: “Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah”, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.
surah at-taubah ayat 38


kenapa aku di sini?
kenapa aku memilih jalan ini?
jalan ini asing,aneh.tidak semua orang sanggup untuk berada di jalan ini.
Allah~peritnya jalan ini.
sakitnya pengorbanan.letih berfikir.
ya!aku sudah maklum tiada langsung kelebihan berada di jalan ini,malah lebih banyak kesusahannya.
adatlah berjuang adanya musuh,adatlah berjuang adanya sakit,adatlah berjuang berasa letih.
tapi aku masih memilih untuk berada di sini,memilih untuk bersama mereka.
kenapa?

kerana aku tahu,ganjarannya memang tiada di dunia.TIADA.
tapi sedang menanti di akhirat sana.aku juga tahu,islam pasti akan menang.
tapi kenapa aku masih memilih jalan ini.
walhal,islam tidak rugi tanpa aku.perjuangan tidak rugi tanpa aku.masih ramai lagi pejuang-pejuang yang lebih ikhlas,lebih istiqamah semangatnya di luar sana.
hakikatnya, aku yang rugi jika meninggalkan kedua-duanya.
islam pasti akan menang,tapi aku tidak mahu menjadi penontonnya sahaja.
aku mahu jadi antara orang yang bersama-sama mereka,merasai kenikmatan saat kemenangan islam!

masih aku ingat,sewaktu aku hampir ke 'destinasi' itu.
aku khabarkan kepada naqibah,
'akak,saya rasa saya semakin menghampiri sesuatu.'
tapi aku sendiri tidak begitu faham dengan perasaan yang aku alami.
rasa takut,bimbang,gembira.bercampur-baur perasaan.

Alhamdulillah,aku telah sampai ke 'destinasi' itu.
aku yakin dengan jalan yang kupilih.
namun,melihat pada situasi sekeliling,isu-isu semasa yang ada.aku merasa bimbang.
apa yang aku bimbangkan bukan bermakna aku tidak yakin dengan jalan yang aku pilih,
tapi aku bimbang lemah berhadapan jalan ini dengan melihat semangat-semangat orang yang di dalamnya begitu tinggi.bagaimana aku nanti?

eh!mungkin aku sudah lupa yang aku pernah katakan yang aku takkan bimbang kerana aku tidak keseorangan.aku bersama mereka.
ya!kita telah berjanji untuk saling menguatkan.mengisi lompong-lompong yang masih tidak tertutup kemas.

aku rindu suapan pertama dari kalian.
walaupun masing-masing lapar,masih mampu menghulurkan suapan pertama untuk sahabat.kita sedang belajar untuk 'itsar'.ini namanya tarbiyah.
aku rindu gabungan kata-kata semangat yang kita laungkan di saat kita sama-sama melihat sahabat kita menangis kerana ditarik musuh.'kuat!kuat!jangan lemah!' lalu kita sama-sama menolak musuh yang cuba melemahkan benteng untuk merampas panji.masih kuatkah kita di medan realiti? insyaAllah!kita kuat!

sekadar ini mampu aku coretkan.mungkin sukar untuk difahami.
susunan kata juga tidak teratur.mungkin tanda kecelaruan minda.
moga fikrah sentiasa dalam jagaan Allah.
salam mujahadah.salam ukhuwah.salam mahabbah.
mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis.


ayuh sahabat bawa aku bersama menempuh era baru =)
susah senang kita bersama.terima kasih kerana mengenalkan kepadaku erti sebuah perjuangan.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed