Wednesday, January 4, 2012

telah ku pilih jalan ini


bismillahi walhamdulillah.
hampir sebulan jari tidak menari untuk laman ni.
mencari seribu jawapan pada seribu persoalan yang bermain dalam fikiran.
mencari hati yang kadang hilang.Allah.puas aku mencari di mana dia.
terkadang senang,terkadang susah untuk menemuinya.doa sentiasa dipanjatkan agar sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya.
ya Allah,jangan tinggalkan aku,dan jangan biarkan aku lama meninggalkanMu.
izinkanlah hati ini sentiasa mengingatiMu tanpa terlalai walau sesaat cuma.
aku takut~

terinspirasilah dengan ayat-ayat Allah ini:
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. -surah as-saff ayat 4-


Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
 surah as-saff ayat 10&11

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: “Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah”, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.
surah at-taubah ayat 38


kenapa aku di sini?
kenapa aku memilih jalan ini?
jalan ini asing,aneh.tidak semua orang sanggup untuk berada di jalan ini.
Allah~peritnya jalan ini.
sakitnya pengorbanan.letih berfikir.
ya!aku sudah maklum tiada langsung kelebihan berada di jalan ini,malah lebih banyak kesusahannya.
adatlah berjuang adanya musuh,adatlah berjuang adanya sakit,adatlah berjuang berasa letih.
tapi aku masih memilih untuk berada di sini,memilih untuk bersama mereka.
kenapa?

kerana aku tahu,ganjarannya memang tiada di dunia.TIADA.
tapi sedang menanti di akhirat sana.aku juga tahu,islam pasti akan menang.
tapi kenapa aku masih memilih jalan ini.
walhal,islam tidak rugi tanpa aku.perjuangan tidak rugi tanpa aku.masih ramai lagi pejuang-pejuang yang lebih ikhlas,lebih istiqamah semangatnya di luar sana.
hakikatnya, aku yang rugi jika meninggalkan kedua-duanya.
islam pasti akan menang,tapi aku tidak mahu menjadi penontonnya sahaja.
aku mahu jadi antara orang yang bersama-sama mereka,merasai kenikmatan saat kemenangan islam!

masih aku ingat,sewaktu aku hampir ke 'destinasi' itu.
aku khabarkan kepada naqibah,
'akak,saya rasa saya semakin menghampiri sesuatu.'
tapi aku sendiri tidak begitu faham dengan perasaan yang aku alami.
rasa takut,bimbang,gembira.bercampur-baur perasaan.

Alhamdulillah,aku telah sampai ke 'destinasi' itu.
aku yakin dengan jalan yang kupilih.
namun,melihat pada situasi sekeliling,isu-isu semasa yang ada.aku merasa bimbang.
apa yang aku bimbangkan bukan bermakna aku tidak yakin dengan jalan yang aku pilih,
tapi aku bimbang lemah berhadapan jalan ini dengan melihat semangat-semangat orang yang di dalamnya begitu tinggi.bagaimana aku nanti?

eh!mungkin aku sudah lupa yang aku pernah katakan yang aku takkan bimbang kerana aku tidak keseorangan.aku bersama mereka.
ya!kita telah berjanji untuk saling menguatkan.mengisi lompong-lompong yang masih tidak tertutup kemas.

aku rindu suapan pertama dari kalian.
walaupun masing-masing lapar,masih mampu menghulurkan suapan pertama untuk sahabat.kita sedang belajar untuk 'itsar'.ini namanya tarbiyah.
aku rindu gabungan kata-kata semangat yang kita laungkan di saat kita sama-sama melihat sahabat kita menangis kerana ditarik musuh.'kuat!kuat!jangan lemah!' lalu kita sama-sama menolak musuh yang cuba melemahkan benteng untuk merampas panji.masih kuatkah kita di medan realiti? insyaAllah!kita kuat!

sekadar ini mampu aku coretkan.mungkin sukar untuk difahami.
susunan kata juga tidak teratur.mungkin tanda kecelaruan minda.
moga fikrah sentiasa dalam jagaan Allah.
salam mujahadah.salam ukhuwah.salam mahabbah.
mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis.


ayuh sahabat bawa aku bersama menempuh era baru =)
susah senang kita bersama.terima kasih kerana mengenalkan kepadaku erti sebuah perjuangan.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

6 comments:

serikandi islam said...

subhanaAllah.smoga kte sama2 kuat mmprjuangkan kalimah la ilahailallah

INTAN NADZIRAH said...

ni aishah yea?

insyaAllah,,sama2 saling menguatkan ye aishah...

Nadzimah BNadz said...

ingat surah as saff ayat 3 dan 4...

jalan yang penuh onak dan pelbagai keperitan bakal dilalui...itu pasti....serahkan jasad dan jiwa seikhlas hati....moga memeperoleh redhaNya...salam perjuangan dik.. :)

Nadzimah BNadz said...

istiqamah....

INTAN NADZIRAH said...

mgkin yang akak maksudkan tu ayat 4 kot :)
ayat 3 kesinambungan dr ayat 2~

syukran kak ;)

Nadzimah BNadz said...

eh..salah taip..hehe..bukan..akak nak cakap ayat 2 dan ayat 3...:)..asifah....