Friday, March 23, 2012

Mendambakan Insan Seteguh 'Ibrahim' Walau Diri Tidak Sekuat 'Hajar'~

'Bukanlah aku sengaja,
melindungi rasa di jiwa
namun bimbang diri kan terleka
hanyut dibuai angan dan mimpi indah
hingga terabai segala ciya
sedang khayalan tak menjanjikan
segunung kebahagiaan
sebagai mahar hantaran'
-mahar cinta-devotees

teringat roomate suka dengar lagu ni. :)

banyak betul rancangan,pengisian,ceramah tentang cinta sejak kebelakangan ni.
atau mungkin saya yang baru perasan perkara ni sering dibincangkan terutamanya di IPTA&IPTS.
(nilam puri je jarang buat kot ;p) tapi pernah juga sekali,kami jemput pensyarah dalam untuk sesi forum.

saya ingat lagi,anak sepupu saya(sekarang di tingkatan 5) mengajukan soalan:
'kak intan,sebenarnya couple ni salah ke?'


dan saya masih belum menjawab soalan dia secara jelas.ternyata saya rasa,mungkin dia masih samar-samar.atau mungkin sudah jelas lantaran terlalu banyak pengisian ceramah & entry-entry blog tentang isu ini.soalan mudah,nampak remeh,tapi sukar untuk saya jawab.
secara ringkasnya,dan semua sudah maklum,
cinta itu tidak salah,tapi manusia yang bercinta sering melakukan kesalahan.
cinta itu tidak salah,tapi couple itu ada salahnya.
cinta itu tidak salah,tapi biar kena dengan syariatNya.
cinta itu fitrah,tapi jangan sampai jadi fitnah.
jom raikan cinta!


saya tetarik dengan entry terbaru dari laman blog ini.
apabila kita jatuh cinta
ternyata ramai manusia gagal meletakkan cinta pada tempatnya.
ramai yang berpendapat,jangan terlalu syadid dengan isu cinta.saya setuju!kerana saya sendiri meraikan perasaan cinta.tapi cinta yang bagaimana harus diraikan?

isu cinta isu lemau.
isu cinta dianggap remeh,enteng,membosankan.
sejak dari zaman sekolah menengah,memang membosankan.isu cinta tiada henti,sentiasa menjadi isu terhangat
tapi sungguh!
cinta telah memakan banyak jiwa anak muda hingga anak muda jadi lesu dan lemah.
jangan menafikan andai cinta mampu buat anak muda 'liat' untuk hadiri ceramah agama.jangan menafikan andai cinta mampu buat anak muda sentiasa beralasan untuk menghadiri usrah.

sempat saya dan beberapa orang sahabat bertemu murabbi dan berbincang mengenai isu ini.

kata ustaz:
isu ini remeh,tapi bukan mudah.Kita nak berlawan dengan nafsu manusia,memang payah.umpama orang sedang minum arak,mabuk.kita cakap apa pun,tak dengar.
saya suka dengan analogi ustaz.
tapi tak bermakna kita tidak perlu berusaha.bangunkan mereka dari mimpi!bantu mereka.
saya nak bantu anda.
kami nak bantu anda.
tapi kalau kamu tidak mahu membantu diri sendiri .........

''Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. ''
ar-ra'd:11

hakikatnya,segala isi dalam entry ini,semua orang sudah maklum isinya.
apatah lagi golongan agamawan.semua sudah maklum,siap habis semua dalil sudah dihadam kalau untuk isu ini
cuma kita kurang mujahadah.kuatkan hati!hidup bukan untuk dihabiskan dengan perkara sia-sia.
jom lakukan perubahan!jangan drastik,istiqamah mohon doa padaNya.

Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka. 
surah al-hadid:16

manusia yang berusaha mohon keredhaan(jalan kebaikan)pasti Allah akan bantu.(surah al-ankabut:69)
alhamdulillah atas hidayah ini :)

'jangan pandang serong'
kadang-kadang,bila kita berada di posisi yang salah,kita selalu rasa orang pandang serong,kita rasa orang tak suka kita.hakikatnya tidak begitu.kita rasa dipandang serong kerana memang apa yang kita lakukan itu salah tanpa perlu menunggu orang lain beritahu apa yang kita buat itu salah.saya pernah jelaskan pada sahabat saya,hanya dua perkara 'kenapa rasa orang pandang serong' :
1)kerana memang ada orang pandang serong
2)sebab memang apa yang kita buat itu salah.

"Orang yang beriman melihat dosanya umpama gunung yang besar yang akan menghempapnya manakala ahli maksiat melihat dosanya umpama lalat yang hinggap di hidungnya; apabila ia mengisyaratkan dengan tangannya, maka lalat itu akan lari."
(Hadis riwayat Bukhari)

Allah Allah~bimbangnya akan dosa tanpa sedar.
.
simpankan aku seorang mujahid


semua orang mendambakan yang terbaik.buktinya,semua tetamu majlis ceramah dan pengisian tentang cinta itu pasti menghadirinya kerana mahu yang terbaik.mahu cinta didasari iman,mahu mencintai & dicintai kerana Dia. manusia makin mengerti dan mahu meletakkan cinta pada tempatnya.fitrah.manusia semua cenderung pada kebaikan.


'aku lihat dia,dari awal sudah ditarbiyah,
sedang aku baru mengenali apa itu tarbiyah.
aku lihat dia,dari awal sudah kenal erti perjuangan,
sedang aku baru kenal apa itu perjuangan.
aku lihat dia,sudah banyak ilmu & kefahaman,
sedang aku,baru merangkak mencari ilmu & kefahaman.
apakah layak mendambakan insan seteguh 'Ibrahim' walau diri tidak sekuat 'Hajar'?~


fokus pada akademik dan perjuangan!
study nombor satu tapi jalan juang bukan nombor dua.
masih banyak kerja hendak dilaksanakan dan belum selesai.
bukan menafikan perasaan cinta,tapi saya bukan insan yang cukup kuat untuk meletakkan cinta pada tempatnya bila diuji.
jadi!insan-insan seperti saya perlu bijak mengambil pelbagai inisiatif untuk memastikan cinta pertama hanya untuk Dia dan cinta suci hanya pada yang selayaknya.

bimbanglah saat cinta itu melalaikan,
menangislah andai cinta itu melebihi dari cinta pada Nya,
gelisahlah andai cinta itu merosakkan ibadah.
:'(

orang mukmin itu sentiasa berhati-hati menjaga hatinya.
 
ayuh mujahadah!
hijabkanlah hati ini pada insan yang belum tentu halal bagiku~

salam perjuangan buat mujahid.moga engkau juga memilih jalan juang.
salam rindu buat sahabat seperjuanganku! 
saat bersama kalian adalah saat terindah bagiku.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

4 comments:

serikandi Asma' said...

ukhtiku yg ku cintai =)
teguhkan hatimu.
cinta Ilahi yg utama..
InsyaAllah cinta dan kasih yg lain akn hadir jua.^^
ltu fitrah Intan.tak dpt dinafikan,tp bergantung kpd diri kte,sejauh mana kte mampu n kuat utk mgurusnya.
saat yg paling indah ble Allah sentuh hati kte..ana nk antunna semua kuat hadapi prkara2 mcmni..dktkn diri pd Dia..ana yakin..enti kuat.:) cuba bce buku kak Im.mgkn dpt membantu enti.smakin kte dekatkn diri pdNya n meniti jln ni..smkn kte akn diuji..ujian itu adlh Tarbiyah Allah..mendidik hati dan jiwa..tanda cinta dan syg Allah pd Intan..ana nk kongsi satu doa.."Ya Allah kau hijabkanlah hatiku dan diriku drp melakukn maksiat slamanya..dan kau hijabkanlah hatiku dan diriku drp dipandang atau memandang lelaki/ajnabi yg bkn engkau takdirkan utk diriku sblm tiba pd waktunya,,krna aku yakin apbla smp waktunya..ketentuanMu adlh yg terbaik Ya Allah.jadikanlah bisikan rinduku hny padaMu..ungkapan cintaku hny untukMu."

INTAN NADZIRAH said...

syukran ya sodiqati al-mahbubah <3
insyaAllah :)
pd ana,ujian mcm ni,bukan menjadikan ana lemah,malah,insyaAllah menjadikan ana lebih kuat!Alhamdulillah..
insyaAllah,kami kuat!bukan wanita biasa^^
menyediakan ruang hati ini sepenuhnya untuk cintaNya.

moga kita thabat dalam perjuangan! :)

INTAN NADZIRAH said...
This comment has been removed by the author.
saya said...

:')

suka sangat entri nie.
suka suka suka >:)

(kak qila)