Sunday, June 3, 2012

Mulakan Langkah dan Azam Baru

oleh: multimedia MPP APIUMNP
Selamat Kembali ke kampus Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,Nilam Puri buat sahabat-sahabat seperjuangan dan masih 'bermakna' untuk saya ucapkan Selamat Datang Ke APIUM Nilam Puri buat adik-adik yang baru sahaja mendaftar minggu lepas dan adik-adik dari Borneo yang baru sahaja mendaftar hari ini dan esok,insyaAllah.


    “Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.”
    [Riwayat Muslim]


InsyaAllah,esok bermulalah kuliah bagi pelajar semester 1 & semester 3.Tanamkan azam & semangat baru.Ikhlaskan niat hanya kerana Allah.Semoga setiap langkah sentiasa dalam redhaNya.Ayuh!sama-sama menjadi insan yang 'baru' dan berkualiti untuk Islam.


  • Elakkan berborak semasa pensyarah mengajar.
  • Jika tidak faham,jangan malu untuk bertanya pada pensyarah.
Seperti sabda Rasullulah s.a.w “Sesungguhnya ilmu itu adalah umpama gedung dan anak kuncinya adalah pertanyaan.Empat jenis golongan yang diberikan pahala di dalam menuntut ilmu,iaitu golongan yang suka bertanya akan sesuatu ilmu,Orang yang ada ilmu dan mengajar kepada orang lain,golongan yang yang mendengar orang yang mengajar ilmu dan orang yang suka dan kasih akan majlis ilmu.
  • Berikan sepenuh perhatian semasa dalam bilik kuliah terutamanya bagi yang malas mengulangkaji pelajaran.(fokus dalam kelas sangat penting!)-cara yang terbaik untuk berjaya-
  • Jangan tidur dalam kelas.keberkatan guru perlu dititikberatkan.
  • Manfaatkan pensyarah sebaiknya dengan bertanyakan soalan-soalan mengenai pelajaran atau isu-isu lain.
  • Jadi ahli kelas yang aktif dengan melibatkan diri dalam setiap perbincangan yang dilakukan.
  • Hadir ke kelas awal sekurang-sekurangnya 5 minit lebih awal.
  • Ikhlas kerana ALLAH. 
“Jangan mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan para ulama’, atau untuk berdebat dengan orang-orang bodoh, atau untuk memilih majlis yang terbaik (demi mendapat pujian orang). Sesiapa melakukan hal itu maka nerakalah tempatnya.”


Tips yang paling penting ingin ditekankan ialah,fokus dalam kelas.Tak kisah di posisi mana anda duduk dalam kelas ,sama ada di depan atau belakang,sila tumpukan perhatian.Lazimnya, kita kekurangan masa untuk ulangkaji pelajaran semula(kecuali bagi yang bijak menguruskan masa),jadi manfaatkan masa yang ada di dalam kelas.Apa yang kita dapat di dalam kelas,tidak sama nilainya dengan ulangkaji semula.Apa yang kita terima dari pensyarah tu,lebih berkualiti isinya.Jangan berborak terutamanya perkara yang tiada kena-mengena dengan apa yang sedang pensyarah bincangkan.Kurangkan ketawa(terbahak-bahak) pada perkara yang lucu semasa sedang belajar.Elakkan juga berjenaka yang melampau semasa sedang belajar.

Setiap orang pasti ada cara tersendiri.Saya mungkin agak syadid semasa sesi pembelajaran kerana jujurnya saya seorang yang kurang mengulangkaji selepas kelas.Saya berpendapat,jika tumpuan 100% telah diberikan dalam kelas,selepas kuliah saya boleh isikan dengan gerak kerja islam yang lain.Saya yakin,fokus di dalam kelas itu,ada keberkatannya tersendiri.

Semoga Allah sentiasa bersama kita.Selamat menempuhi medan tarbiyah di bumi ini.
Rasailah kelazatan & kenikmatannya.ayuh siswa/siswi!jadi agen perubahan pada generasi anak muda.Moga dalam diri kita ini menjadi cerminan yang baik untuk menggambarkan keindahan Islam.Kitalah generasi Islam yang ditunggu-tunggu.

Memetik kata-kata dari sebuah novel 'Musafir Perindu' :

''Amanah kita pada Allah adalah amanah terhadap gerak kerja islam dan akademik.tapi,amanah kita terhadap ibu dan ayah adalah amanah kita untuk cemerlang dalam akademik''


hadis:
“Barangsiapa yang mati di dalam keadaan menuntut ilmu untuk menghidupkan agama Islam, maka dia berada di dalam Syurga kelak satu darjat dengan para nabi.”


jaga hati,jaga iman,jaga tarbiyah,jaga solat,jaga sahabat :)


#lama tak update blog,skill seakan-akan tumpul,bahasa agak hambar.walaubagaimanapun,semoga bermanfaat.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

4 comments:

Nadzimah BNadz said...

selamat berjaya!!!!
:)

Afifah Muhamad said...

Sekali terjebak ke alam kepimpinan, ibarat melalui sebuah titian di bwhnya lautan berapi.

tersilap langkah mungkin juga tersadung, tp jgn tersungkur.

Slm juang adkku. =)

Afifah Muhamad said...

Sekali terjebak ke alam kepimpinan, ibarat melalui sebuah titian di bwhnya lautan berapi.

tersilap langkah mungkin juga tersadung, tp jgn tersungkur.

Slm juang adkku. =)

INTAN NADZIRAH said...

syukran kak pip :) sama2 saling mendoakan insyaAllah.