Monday, January 31, 2011

how i wish~


hmm..tibe2!teringin sangat nak satu barang niyh!
macam ramai je da tau apa yang intan teringin
hehe;p
DSLR??
yes!
HAHA:D
intan pun tatau la kenapa nak sangat memiliki barang niyh~


maybe nampak smart kot!
gambar pun smart!
tapi!!
body je RM1000++
belum lens lg??
HAHA..
tunggu i ade anak la jawabnye!
ha!lagi satu...i wish my husband suke begambo!
HAHA:D
klaka kan??

ye la..nampak sporting ngan cool kan lelaki suka bergambar ;)
pada intan la~
nak2 yang dalam posisi apa pun gambar dia tu akan nampak cantik!
macam~~mm..lupakan!HAHA:D
mana nak cati duit?kerja pun tak kan??
hehe..sabar je la..ni nafsu je niyh~~~

*************** ******************** *****************

harapan kedua..
mm,sekarang ni kan mesir alami masalah politik yang sangat dahsyat!
rakyat malaysia pun semua sedang risau akan keselamatan rakyat malaysia
yang ada di sana,,
apatah lagi yang ada anak2 atau ahli keluarga yang belajar/berkhidmat di sana
semoga mereka semua dalam lindungan Allah :)

hmm..anda terfikir tak ni sume antara tanda2 kiamat...
saya x pasti..
tapi apabila negara islam/bumi barakah/bumi anbiya' mengalami masalah/huru-hara yang sangat dahsyat..bahkan,umat islam bergaduh sesama sendiri..
kadang2 perkara2 kecil juga kita tidak sedar bahawa ianya merupakan petunjuk dunia semakin tua!
lihat cuaca..tidak menentu..malaysia pula sering alami banjir..
semoga kita semua sentiasa berada dalam redhaNya :)
sekadar renungan~

so intan...DSLR TU..X PENTING OK..hehe;p
kalau ada rezki..beli ok :)
kalau x de..x payah la..tggu je suami punye!HAKHAK..
mengarut btol la intan ni;p

mm..kak ain ok ke kat mesir sekarang? :'(
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, January 27, 2011

DAPATKAN DI PASARAN!!

wah!!saya sudah jadi bisneswoman ke sekarang ni??
hehe;p
coming soon kot,,insyaAllah ;)
tujuan post kali ni,intan nak cerita tentang novel yang intan sudah baca.
dalam sebulan ni dah 3 novel intan habiskan :)
sy bukan ulat buku okay :)
take 1 :
take 2 :
mm,,kedua2 novel ni ni bawah pengarang yang sama,,
novel hakikat cinta ni merupakan kesinambungan daripada novel tasawuf cinta,,
saya tak mahu bercerita panjang mengenai kedua-dua novel ni kerana sejujurnya,
pada pandangan saya,mesej nya kurang sampai,
ada nilai yang baik,tetapi jadi keliru pula bila lelaki dan perempuan masih boleh keluar berdua..
mungkin tu kekurangan novel ni,
tapi mesej yang saya dapat,tak semua cinta pertamamu,
akan menjadi milikmu :)

ok2!saya sebenarnya nak cerita tentang novel seterusnya ni,
take 3:

fakta mengenai novel ni:

sangat bermakna.
sangat menyentuh perasaan.
mesej yang sangat baik.
cara pengolahan yang baik.
berjaya menyentuh perasaan secara mendalam & tajam.
cara pengolahan berjaya meletakkan pembaca di dalam situasi.
the most important thing is:
novel pertama yang berjaya buat saya menitiskan air mata :')

ok,intan akan ceritakan sikit-sikit pasal novel ni.
senang cerita,macam sinopsis la.
tapi saya bukan penulis yang baik,jadi saya tak dapatlah nak menyentuh hati anda
melalui penceritaan ringkas saya ni..hehe..
kalau nak rasa,beli novel ni!!
penulis: nurul aini k.azhari&aimi nabihah mohamad
watak utama: aima insyirah&naufal mustaqim
watak tambahan:walid,umi,ibu fatimah,azzahra,humaira,ammar,izudin,nurul hannan,
general rifa'il,amin (banyak lagi nama-nama watak yang berjaya
membangkitkan emosi)
sinopsis:
opps!maaf,,saya tak pandai sangat cerita..hehe..tp boleh la nak kongsi-kongsi sikit :) cuba
pendapat intan,tema novel ni CINTA,,ha!yang menariknya,cinta yang cuba ditunjukkan dalam novel ni,sangat luas!biasanya kita lihat,kebanyakan novel cerita cintanya hanya tertumpu kepada cinta manusia,kalau ada pun cinta Allah,mesej cinta kepada manusia paling banyak cuba ditonjolkan..

TETAPI,berbeza dengan novel ni :)
3/4 daripada novel ni menceritakan tentang kisah AIMA yang sejak dari sekolah lagi sering menyatakan hasrat hendak membantu rakyat palestin,akhirnya,impiannya tercapai apabila dia berjaya menjadi antara golongan mujahidah di palestin,,part dekat palestin ni la yang banyak menyentuh perasaan,cara pengolahan cerita ni 'real'!macam mane wanita diperkosa,wanita mengandung dirobek perutnya.janin yang baru mencecah 5 bulan ditarik dan dibelit dengan tali pusat.masyaAllah.betapa kejamnya tentera zionis!

novel ni juga memaparkan semangat para mujahid/mujahidah yang sangat kuat!!
mereka tidak takut syahid kerana percaya dengan janji Allah.

mm,,act,buat intan terfikir~
mampukah aku mempunyai semangat jihad seperti mereka??
cerita ni berjaya tunjukkan betapa para mujahid tidak gentar langsung terhadap tentera zionis,
malah AMMAR(watak paling muda,masih kecil)sudah mempunyai semangat jihad yang sangat tinggi..bayangkan kalau malaysia satu hari nanti diperangi??na'uzubillah,,sejujurnya saya gerun!takut!kuatkah umat islam di malaysia mempertahankan islam atau sanggup menggadaikan agama kerana tidak mempunyai semangat/cinta terhadap agama.
seorang demi seorang ahli keluarga terkorban :'(

dalam novel ini juga AIMA ada terfikir,bagaimanakah keadaan di malaysia tatkala dia dan para mujahidah di palestin sedang sibuk mempertahankan agama sedangkan umat islam di malaysia sedang sibuk melakukan maksiat!(mesej ini amat baik dan merupakan tazkirah buad umat islam di malaysia)
tak mustahil kalau ada yang sanggup murtad!NA'UZUBILLAH!!!
takutnya~sy tidak mahu berada dalam golongan itu..kuatkah aku??
novel ni ada jugak babak di mana seorang wanita derita menghidap penyakit syphilis(penyakit kelamin)kalau ikut apa yang saya belajar,penyakit ni kena akibat jangkitan kuman,,inilah balasan bagi orang yang suka melakukan zina.babak ini dimuatkan dalam novel bagi memberi gambaran terhadap perbezaan situasi di PALESTIN dan MALAYSIA!
tentang cinta,kisah percintaan dalam novel ni melibatkan antara aima dengan naufal :)
selepas habis persekolahan,mereka tidak berjumpa langsung sehinggalah menikah.
habis,macammana boleh kawin??mm..rumit nak cerita..hehe..
mereka ni sebenarnya dua2 ahli pengaman dunia,,aman palestin la~
bezanya,aima berada d palestin,dan naufal di malaysia.satu hari naufal menghantar emel kepada aima setelah sekian lama tidak berhubung sejak habis zaman persekolahan.mereka hanya berhubung melalui emel dan bercakap mengenai misi masing2 iaitu misi aman palestin.disingkatkan cerita,Allah melahirkan perasaan cinta ke dalam jiwa mereka berdua,,intan pun tidak tahu macam mana nak cerita,tapi itu semua kuasa Allah.naufal amat mengagumi semangat jihad aima mempertahankan AQIDAH yang satu!
satu hari,umi aima menghubungi aima yang masih berada d palestin untuk menyampaikan hajat naufal yang ingin memperisterikan aima,(alamak..cane nak cite ni..sush2!AHAHA)aima akui dia juga ada menyimpan perasaan terhadap naufal,namun perjuangannya di palestin adalah lebih utama padanya.aima hanya menyerahkan takdir pada Allah kerana naufal juga tidak menghalang perjuangannya di palestin,sampailah satu hari aima ditangkap oleh tentera zionis.walaupun di pukul,di sebat,aima hanya menyatakan ALLAH AHAD!ALLAH AHAD!,,begitu juga dengan para mujahid yang lain,,mm,,ada juga cerita mengenai salah seorang daripada tentera zionis yang kembali kepada agama islam(indah sungguh part ni)ada juga part di mana salah seorang mujahidah yang baru sahaja berkahwin selama 48 jam,kemudian telah menjadi balu akibat syahid..namun cinta mereka terus utuh di syurga firdausi.gambaran kepada senua para syuhada amat indah apabila jenazah mereka berbau wangi,tersenyum indah,SUBHANALLAH :)
mm..baiklah,intan da tak pandai macam nak olah cerita ni sebab saya bukan penulis yang baik..hehe;p eh2..jap..ending nya,mestilah aima dan naufal nikah..hehe..aima selamat :)
apa yang boleh intan simpulkan,novel ni menceritakan pasal penderitaan rakyat palestin,semangat juang mempertahankan aqidah,isu palestin isu islam,,
adakah kita bersedia?sudah bersedia menggadai nyawa mempertahankan agama?
gentar atau tidak jika nyawa di hujung senapang?mm..banyak tazkirah2 membina dalam cerita ni,cerita percintaan juga hanya ber'visi'kan cinta Allah..MELAKAR CINTA FIRDAUSI..dapat x msg di sebalik tajuk ni??
maaf ya kalau post kali ni jalan cerita agak kucar kacir,,intan x pandai bercerita..HAHA..
kalau boley nak cerita balik satu novel..HAHA..

SEDANG MEMBACA NOVEL :

any suggestion novel best2 yang saya patut baca selain WARKAH CINTA BERBAU SYURGA,KALA CINTA WAHYU BERSATU :)

MAAF KALAU POST KALI NI TIDAK MENARIK~

psst2:esok ade reunion ngan kawan2 sekolah rendah dekat hotel lagend(depan the mall)..minggu depan suda busy dengan orang kawen!!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, January 26, 2011

tolabal 'ilmi faridhotu 'ala kulli muslim :)

(ala,,laptop saya tiada tulisan jawi :( kalau tidak,mesti saya dapat gunakan tulisan yang indah itu~)
mm,,tak mengapa!itu bukanlah satu penghalang bagi saya untuk post entry pada kali ini :)
pernah tak dengar orang cakap,
"makin banyak kita belajar,makin banyak kita tak tahu"


dalam firman Allah S.W.T:
"dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan,
ditambahkan kepadanya tujuh lautan(lagi)
setelah keringnya,niscaya tidak akan habis-habis dituliskan kalimat-kalimat Allah,
sesungguhnya Allah maha perkasa,maha bijaksana"
Surah luqman:ayat 27
Memang tidak dapat dinafikan lagi ilmu Alah ni terlalu luas kerana segalanya-galanya
yang ada di muka bumi ini adalah milikNya :)
sebenarnye saya nak mengupas pasal ilmu ni,kesinambungan sikit la daripada post
ISMEP OH ISMEP..
memandangkan program ini pun pasal ilmu kan :)


antara-antara tazkirah/dalil/mutiara kata/kata-kata semangat
yang saya peroleh semasa program tersebut:


1.barangsiapa yang menempuh jalan yang di dalamnya ada ilmu,
Allah mudahkan jalan ke syurga

2.tanamkan punca-punca keghairahan kepada ilmu
(mcm kami BDK2 ISMEP YG SGT GHAIRAH UTK KE TIMUR TENGAH mengejar cita2
dan capai misi & visi msing2 :)

3.niat yang sejahtera & tanggungjawab
sebagai hamba Allah,
menghilangkan kejahilan.


4.sentiasa perbaharui niat
(x dinafikan,sebagai manusia ada kalanya kita mudah lupa dengan niat asl,
bak kata pepatah,,hangat2 tahi ayam..jd!sentiasa perbaharui niat agr semngt
akan terus kekal dlm menimba ilmu!)

5.sentiasa bersama para ilmuwan &
sahabat yang ingatkan kepada akhirat
penting ni!kan ade kata2..sahabat melambangkan diri kita..

6.sediakan satu masa menghafaz sekurang2nya
1/2 jam sehari..
ha ni mcm tips la..tiap2 hari kita mcm amek ms untk
hafal sub2 yg kite blaja.

7.jadikan kemarahan&kegeraman sebagai
penaik semangat!


8.Al-Aula fal aula
utamakan yg lebih utama,maknenye dlm konteks menuntut ilmu,,
utamakan belajar berbanding tugas2 lain,,mungkin ade yg kate kite pentingkan diri..
tp kita menuntut ilmu ni pun,,bkn utk diri sndiri,tp utk org lain jgk :)
cth:jika diberikan tugas utk mengendalikan sesuat sdgkan exam lg 2 hari..
utamakan lah yg lbih utama..tp ni dlm konteks kalau mcm cth td..exam lg 2 hari..
tp kalau laaaambaaat lg..jgn pulak djadikan alasan..
ikut pertimbangan hati & akal yg waras :)

"siapa yang menuntut ilmu untuk menyaingi ulama'
atau berbahas dengan orang jahil atau supaya dengan ilmu tersebut
wajah orang ramai tertumpt kepadanya,
Allah akan memasukkannya ke dalam neraka"
maafnye,sy x sempt salin sanad nye dan sape meriwayatkan hadith ni :)


toyyib!saya harap kita semua sentiasa berada dalam golongan yang cintakan ilmu :)
cintalah sesuatu ilmu itu,mescaya kamu akn peroleh kebaikan daripadanya..
pada intan paling untung orang yang belajar medic sebab dia dapat lihat banyak kebesaran Allah :) itupun jika kamu menghayati keindahan ciptaan tuhan~
neway,,saya harap semangat saya untuk belajar syariah sentiasa berkobar2 dalam jiwa saya,
dan semestinya semangat melangkah ke bumi 'anbiya yang sedang mengalir ini akan terus mengalir dalam jiwa saya dalam menuntut cita-cita mencapai keredhaanNya~Allahuakbar!
semoga saya menjadi yang lebih baik :)


inilah dia universiti impian :)
jordan~

RABBUNA YUSAHHIL :)

PERMUDAHKANLAH AKU DAN SAHABAT2(ISMEP) KU YANG BERCITA2 MELANGKAH KE BUMI 'ANBIYA'
SEMANGAT KAMI SANGAT KUAT,YA ALLAH..
INNALLAHA SAMII'UN 'ALIIM :)


KAU PERMUDAHKAN JUA SAHABAT2 KU(ZEALOUS) DALAM MENERUSKAN JIHAD MEREKA
DAN KURNIKAN KECEMERLANGAN KEPADA BATCH KAMI!
INNALLAHA 'AZIIZUN HAKIM :)
SEMOGA UKHUWAH KITA BERPANJANGAN..
YA ALLAH,IKATLAH KEMAS2 HATI2 KAMI :)
semoga aku sentiasa cenderung ke arah kebaikan,,namun aku masih keliru dan malu *
pss2:ustaz tu kate,smpy kt sane t,x dinafikan,rase terdorong nk membina baitulmuslim..
apekah itu??ha~kawen la mksudnye..hehe..pndy2 la handle ye..pelihara hati & iman,,
ya muqollibal quluub,thabbit qulubanaa 'ala diinik!


IKHLAS
YANG MENYAYANGI ZEALOUS KERANA ALLAH,
INTAN NADZIRAH AMRAN :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, January 24, 2011

ISMEP OH ISMEP~(post 1)

pengalaman yang intan x kan lupekan :)
hmm..memang sesat la nak pegi seksyen 19 shah alam niyh..
SHAH ALAM SANGAT BESAR!!
byk betol seksyen2 nye..
tp alhamdulillah..bi iznillah..smpy juge sy ke masjid ubudiah,shah alam :)
mmg berdebar pertama kali sy sampai sebab sy pergi dengan mak sy je..
x de kawan...tp sy tggu kak zahra'..
ha..ni je la yang sy kenal..itupun kami x pernah berjumpe sebelum niyh..
tp dah excited nak jumpe :))
ok!tym tuh..kak zahra' x smpy lg..nk tau x..perkara yang intan sangat tkut mmg btol2 dtg tym tu..nk tau ape dye..
sy berhadapan dengan majoriti yang bertudung labuh dan berjubah..
sy sangat maloo tym tu..segan..RASE NAK BALIK!!
kak zahra'..cepad la smpy..itula perasaan intann..
bukan sebab intan x tutup aurat..insyaAllah..intan pun bukan jenis yang x tutup aurat..
cume sy tidak memakai tudung labuh mcm sy berada d smap..
sy cume segan sebab mungkin sy x se'solehah' mereka..
tapi x pe...semoga berkat saya d kelilingi orang2 yang solehah akan menambahkan lg
keimanan dan ketaqwaan kepadaNya..
sememangnya saya nak berkawan dengan rmai2 insan2 yang solehah dan dikelilingi oleh mereka :) insyaAllah~
then ape yg intan takutkan ek kalau mereka ni sume baik2??
mm..intan just segan~;p
tapi pape pun...memg best kawan ngan dorg..
rase mcm da lame berkenalan n mcm penh jumpe pulak sebelum ni..

mm..kebanyakan mereka ni lepasan STAM,,yg lepasan spm x smpy 10 pun kot..
so,rmai akak2 la..bes2!
memandangkan sy x de kakak,sy sgt suke bertemu akak2..;p

mereka sgt baik dan sporting~


nak djadikan cite,tym solat zohor peruntukan kain telekung kurg,
jadi sy pun terpakse la tggu turn..sy ckp la..
"mm,,x de kain pulak..x bawak pulak stokin lebih utk solat"
sekali dtg la seorang akak yg berpurdah ni(satu2nya peserta berpurdah;)
dye offer"ana ade stokin bersih"
wa~tgk...klu berkawan dengan org2 yang baik hati..inilah ganjaran dye..
bukan mksud ambil kesemptan,,tp nk tunjuk betape pentingnya saudara sesame islam..
ade ke orang yg sggup pinjamkan stokin kt org lain??
ade..tp sush kan?memg seronok dpt kenal dengan mereka..


ha!dorg ni majo gune ana,enti...sy rase indah sgt gune bahase tu..kt smap x dididik gune bhase tu..mungkin lepas sy akn gune bahase tu bersama mereka dlu..dgn kwn2 len..mm..nanti la..segan jgk..hehe;p
apa2 pun..sgt sronok! :)


pengajarannya:sentiasalah bersangka baik terhadap semua manusia :)
macam ade terlintas kat hati intan nak bertudung labuh lengkap mcm mereka lepas ni..
doakan ye :)
kurg lawo gmbo..ade ikhwah mane tah amek..HAHA. PAPE PUN OK LA..
asl ade kenangan :)

ok2!suda bosan??

intan truskan pada tujuan utama iaitu untuk berkongsi ilmu bersama rakan2..
cewah...mcm dalam rancangan tv lak..hehe..

sesi pertama: bersama USTAZ KHAIRUL SYAZWAN.
UNIVERSITI AL-ADZHAR & MADINAH
SYARIAH (YES2!BIDANG SY;P)
baiklah,tajuk yang di bwa oleh ustaz iaitu FIQH-AL MUQARIN.
ma ma'na fiqh al-muqarin??
toyyib,al-muqarin maknahu "perbandingan"
perbandingan ni biasanya antare 4 mazhab yang masyhur la kan..

IMAM SYAFI'E,HANBALI,MALIK,HANAFI
ok,sebenarnya ustaz bawak tjuk ni sebab tjuk ini adalah one of subject yg memang kita akan belajar bagi sesiapa yang akan mengambil syariah :)
jadi,ustaz ada bagi soalan.

1.KENAPA MASALAH2 DIBANDINGKAN?

-supaya tahu kedudukan sebagai ahli fiqh
-hormat dan hargai mazhab lain
-adil dalam menilai dalil yang kuat
-jwpn2 dlm buku teks PSI pun ade kan..hehe;p
2.MENGAPA TIDAK DISATUKAN MAZHAB2 MENJADI SATU.
-JAWAPANNYA MUDAH...masing2 ade pandangan sendiri :)

ok,,,ma ma'na mazhab??ha2!!asyik sebut je..mazhab2..tapi x tau makna..hehe..same la kitorg yg hadir tym tu..

MA'NAHU:
BAHASA-JALAN
ISTILAH-JALAN PARA ULAMA' MELAHIRKAN PANDANGAN TERHADAP HUKUM.

ok,,lepas tu kami didedahkan dengan sejarah munculnya mazhab2 fiqh.
ok..ade 6 peringkat..rasenye..x perlu la sy ceritakan peringkat2 tersebut..pnjg~lgpun,,sy kurang 'arif la nk ulas2 sejarah..kang slh fakta;p
tapi kita ade belajar sejarah pertamanya apabila rasulullah memerintahkan mu'az bin jabal ke yaman dan apabila sesuatu mslh otu tidak dinytakan dalam al-qur'an mahupun sunnah,baginda menyuruh mu'az ijtihad..igt lg x fakta tu?
ok..kemudian berlaku la d zaman KHULAFA' AR-RASYIDIN,dan seterusnya..
nanti antum akan belajar lah mende2 ni :)
KATEGORI PENUNTUT ILMU FIQH
1.mujtahid-peringkat tertinggi..
2.muttabi'-kita digalakkan berada d peringkat ini selepas mempelajari syariah.
3.muqallid-orang yang hanya mengikut sahaja.
ha!tips exam pun ada tau..

1.kaitkan dengan masalah kehidupan realiti.
2.ingat (ni utk las minute preparation..x digalakkan..hehe)
3.nota ringkas.ustaz kate..ade 200 masalah tym dia belaja yang kita kene igt,jd buad nota..
(wa~200~~)hehe;p caiyok!
SESI KEDUA:USULUDDIN
bersama USTAZAH NAZIHAH
UNIVERISITI AL-ADZHAR.

baiklah,sesi kali ni.kami agak takut pada mulanya kerana slide show nya fil lughatil arabiyyah.fully mmg dalam bahase arab.


kami didedahkan dengan one of subject dalam usuluddin iaitu AL-KHITOBAH.
ma ma'na al-khitobah??

syarahan la aw pidato..hehe..
mm..intan pun kurang jelas kenape al-khitobah ni ade dalam sub usuluddin.
tapi syarahan ni kan penting dalam menyampaikan da'wah.
kirenya mcm tajuk ni nak terangkan beyapa pentingnye percakapan dalam menyampaikan sesuatu.
menariknya slot kali ini,dengan slide show dalam bahasa arab ni,kami semua pun sibuk la mengumpulkan vocab2.mm..memg tkut pd mulenye tgk slide show bahase arab ni,tp alhamdulillah,,insyaAllah..x sush mane kot..ntah la..haha..rjen2 la tgk kamus blaja nanti!
mm,sy x reti nk ceritakan psl usuluddin sbb memg kami hanya ditergkan psl tjuk al-khitobah,,
psl sejarah,faktor2 ada nya al-khitobah,kepentingan,mcm belajar lah kire.
tapi,ape yang sy bley katekan.,
usuluddin ni ade tiga pecahan.tahun ke-3 da blaja usuluddin nanti,kamu diminta untuk memilih,nak ambil:

1.USULUDDIN AL-QUR'AN
2. " TAFSIR
3. " AQIDAH WA FALSAFAH


tu pengetahuan yang intan tau la.bru tau;p hehe..
SESI KETIGA:LUGHAH
BERSAMA USTAZ RIZAL
UNIVERSITI AL-ADZHAR
toyyib,mm..kami tidak didedahkan mengenai course bahasa arab sebab ustaz ni pun dye ambil course al-qur'an wal qiraat.
kami diberi penerangan BAGAIMANA HENDAK MENGUASAI BAHASA ARAB DI BUMI 'ANBIYA :)

cara menguasai bahasa arab:


-catat kalimah baru dalam buku nota
-ambil la markaz lughah kt sane nanti
-cari kawan org arab
-membaca,tonton tv
-muamalah dengan penduduk
-membaca&tadabbur al-qur'an
-paksa/wajibkan diri bercakap arab
-sungguh2
-istiqamah & doa.


penting ni.kita kene rajen la pastinya kalau nk kuasai bahase arab.nak2 kalau ditakdirkan ke timur tengah (ameen).mcm pengajian islam sedah tentu kitab2nya dalam bahasa arab.nk komunikasi dgn penduduk lg..penting2!
moral:rjen2 lah ke pasar kalau ke sane nanti.bley muamalat dgn penduduk..hehe..
btol ni!:)

yang pastinya dalam pengajian islam ni,kalau nk ke mesir kene ade STAM,
yang x de STAM tu bley la pergi selain mesir.yg lelaki lg ade lg tmpt kt madinah.
madinah ni cara nak mohon plik ckit,antum kene buad sndiri la,,sama ada antum dowbload borang through internet atau pergi buad umrah dan lawat ke madinah..sesi interview universiti madinah ni x de tarikg luput..sentiasa ada aslkan office hour,,

antare tempat2 yg ade kt middle east ni,mesir,jordan,yaman ,syria,maghribi/morocco.
x terase,x terase..HAHA..X PNTG!ASTAGHFIRULLAH~


cume nye ade macam di yaman dan syria pengiktirafan U oleh kementerian pengajian tinggi tu x de kot..bley la cek dekat web kementerian pengajian tinggi U mane yang diiktiraf.
tapi x diiktiraf ni bukn sebab pembelajaran..pembelajaran same je.sume bgus..cume dr segi kemudahan,mcm care belajar...gune papan hijau,seng cite facilities la.
pentingnye iktiraf ngan x iktiraf ni untuk dpt kerja nanti je :)


ape lg ek nak share..untuk ilmu setakat ni je kot..post kemudian nanti mungkin lebey kepada pengalaman & kata2 pujangga..haha..cm lirik lgu lak..mutiara kata yang intan dpt sepnjg prog ismep ni.kata2 pujangga ni mungkin bley bg semngt untuk kita sentiasa cintakan ilmu :)


syukran :)


sy rase post ni akan di sambung pada post yg len..panjang sgt..mesti boring kan?hehe..


PSS2:macam formal ckitkan post kali ni..haha...nak tanye pape lg tanye la..insyaAlah..intan jawab n kalau x tau i'll try tanye senior2 :)
semoga saya ditakdirkan ke jordan bersama rakan2 seperjuangan dengan destinasi maseng2!
berkhidmat utk zealous dan muslim :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed