Friday, April 22, 2011

apa tujuan bertudung andai...

jalan mencari tudung di jalan TAR,
" tudung bidang 60 ada tak?"


kedai pertama:
"tak de lah dik,ramai dah tak pakai"
erk! -.-'


kedai kedua:
"tak laku lah sekarang dik"
ha?? -.-'


kedai ketiga:
"ada!"
dah excited da ni :)
sekali,,JARANG~ -.-' letak balik!


hai~bukan dekat jalan TAR ni dulu bersepah ke tudung-tudung labuh,bidang 60,,
sekarang ni,semuanya tudung singkat2,
tapi intan tengok ada juga pashmina yang labuh,tebal,okay juga tu,
tapi intan tak reti pakai,hehe,,muka pun macam bulat kan,tak sesuai~
"eh,intan,belum cuba belum tau~"
no!no!saya dah cuba,tak okay,,hehe ;p


sebenarnya,makin ramai wanita islam yang memakai tudung zaman sekarang ni kan?
ALHAMDULILLAH,
tapi cuma muhasabah balik,adakah ciri pemakaian tudung tu selari dengan tuntutan syara'?


"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka ............(hingga akhir ayat)"
surah an-nur :ayat 31



apa tujuan bertudung andai masih berpakaian ketat?


apa tujuan bertudung andai berpakaian jarang?


apa tujuan bertudung andai masih menampakkan lengan dan tidak menutup dada?
tak malu ke?mm,lengan tiga suku pun,masih nampak tangan,belilah handsock!
(promotion!hehe;p)


apa tujuan bertudung andai ........mm,tak tahu nak cakap macam mana part ni~
tak malu ke?


apa tujuan pakai tudung tapi masih nampak rambut?
pakai lah anak tudung/scarft!
kalau tudung tu jarang,sekarang kan ada tudung awning untuk pakai cover leher :)
mcm ni~


hehe,macam promotion,sila dapatkan satu! ;p
gambar tadi selain masalah nampak rambut,ada lagi satu masalah kan?
hmm~peringatan,sila lah berbaju labuh :)


fesyen bertudung tapi legging ni lagi kelakar,kadang-kadang rasa nak tergelak tengok orang menggayakan fesyen ni,maaf kalau kasar,tapi fesyen ni memang SANGAT-SANGAT tidak elok.
kenapa mesti pakai legging?-.-'
nak2 kalau yang pakai ni yang bersaiz besar dan mengandung,astaghfirullah~
kenapa ye pakai legging?-.-' tak faham~



jubah pun macam-macam style dah sekarang,
banyak yang jarang dan ketat -.-'



ni pun tak faham juga ni -.-'
ramai juga guna trend pakai baju tak de lengan dengan inner ni.
TAK SETUJU LANGSUNG!


sekarang ni banyak juga fesyen show baju-baju muslimah ni,
tapi kebanyakannya menimbulkan tanda tanya,
boleh ke baju-baju ni?
anda pasti ke ni fesyen MUSLIMAH?

tak de masalah nak berfesyen~
saya pun seorang yang suka melawa ni,HAHA.
tapi renung-renungkan lah~
apa tujuan hidup sebenar?berpatutan atau tidak.
adakah pemakaian tudung itu dilakukan berlandaskan hawa nafsu atau pemahaman konsep terhadap sesuatu pemakaian?
dalam satu kem nuqaba' di smap labu tahun 2009,saya ingat lagi ada alumni smap datang jadi panel forum berkata:
"lakukan sesuatu bukan kerana peraturan,tapi kerana kefahaman"
dengar tu adik-adik junior,,hehe;p

"wahai nabi!katakanlah pada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min "hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh badan mereka "yang demikian itu lebih mudah untuk dikenali,sehingga mereka tidak diganggu.dan Allah maha pengampun lagi maha penyayang"
surah al-ahzab:ayat 59

sayangnya Allah pada kita kerana mensyariatkan kita menutup aurat demi kemaslahatan manusia :)

malukan tengok gambar-gambar dekat atas tadi?
saya pun malu nak tayang,segan juga kalau ada lelaki yang view post ni,
tapi boleh jadi peringatang kepada saudara-saudara perempuan mereka,
dan inilah realiti yang berlaku sekarang,
manusia makin tidak malu.lagipun,tak payah view blog ni pun,
pergi mana-mana pun mesti jumpa!
sebab itu rasulullah pernah bersabda:

عَنْ أَبِيْ مَسْعُوْدٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو اْلأَنْصَارِيِّ الْبَدْرِيِّ رضي الله عنه، قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم: إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ كَلاَمِ النُّبُوَّةِ اْلأُولَى، إِذَا لَمْ تَسْتَحْيِ فَاصْنَعْ مَا شِئْتَ
Dari Abu Mas'ud Uqbah bin Amr al-Anshari al-Badri RA, me-ngatakan, Rasulullah SAW bersabda, "Salah satu perkara yang telah diketahui manusia dari ucapan para nabi terdahulu: Jika kamu tidak malu, maka lakukan apa yang kamu suka." (HR. al-Bukhari)*


hadis ini merupakan berbentuk sindiran.
semoga mendapat manfaat dan pengajaran,
sila pilih? :)

semoga mendapat manfaat~
peringatan untuk diri dan anda semua.

sweet apa orang yang bertudung labuh dan berpakaian longgar ni~
sedap mata memandang :)
cubalah dulu,mesti kelihatan manis :)
tak percaya??
cuba dulu~

ok ke layout baru ni?ke serabut?-.-'

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

7 comments:

Anonymous said...

salaam alaik, shodikati :)
staru here :)
yeeep. agreed with you, sya ya allah, susaaaaah sgt lah nk crik tudung labuh skg. bila tanya the owner kedai msti kata dah xrami yg nk. ya Allah, pk cik. cubalah jual. galaakkan org2 neyh tuk pki tudung yg labuh2. huu. kalau awk jumpa kdi jual tuduh labuh. haa. beli lah saya satu. hahahah . so then, skg sya mcm huuu.. kdg2 dptlah nk pki labuh2, kdg2 x.. sdeyh :'(tq :)

INTAN NADZIRAH said...

staru sape ek?zety ei? :)
mm,,insyaAllah,,ade rezki lbey sy belikan,,hehe,,kt jln TAR tu pun ade kt 3,4 kdai je kot~yg len sume tdung cm kain lgsir je byk,,hehe,,

sYa said...

intan: beli aje kain.. buat sendiri..pastu jahit tepi.. alah.. macam tak biasee.. hehe.... ;)

~dianakhairi~ said...

salam.kalo jarang takpe je intan pakai inner kat dalam.
tp memang susa nk jmpe pon.asal intan tak tarbiyah je peniaga2 tudung tu? kak, besar pahala akak kalo beli tudung yg tutup aurat dengan semporna...
huhu

INTAN NADZIRAH said...

sya:hehe,,betullade terniat jgk tu,,rasenye pas ni nak beli kain la,,

kak midi:betol2,,tu yg sy promot tudung awning tu,,utk bahagian dlm,,hehe..
tarbiyah peniaga?mm,,belum cukup kuat kot,,hehe,,

Anonymous said...

stuje sgt3...

cafiena said...

hari tu saya ke jalan TAR, mencari lengan panjang untuk dipakai dengan t-shirt lengan pendek.

apabila dah tak jumpa, rata-rata kata sbb 'bukan trend'.

garu-garu kepala juga buatnya.

begitu juga dengan t-shirt panjang yang loose. dulu byk sport shirt dibuat dengan pelbagai fitting, slim fit, tight fit, loose fit, very loose fit. sekarang, jarang ada loose fit.

malah sesetengah baju muslimah yang dijual berkain nipis dan potongan bukan longgar.

akhirnya, kena beli kain sendiri dan hantar kedai.