Thursday, February 12, 2015

Penghargaan Terakhir: Inspirasi & Muhasabah dari Perjuangan TGNA

Doa buat  Almarhum Dato' Seri Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, اللهم اغفر له
وارحمه وعافه واعف عنه وأكرم نزله ووسع مدخله وأغسله بالماء والثلج والبرد ونقه من الخطايا كما نقيت الثوب الأبيض من الدنس وأبدله دارا خيرا من داره وأهلا خيرا من أهله وزوجا خيرا من زوجه وأدخله الجنه واعذه من عذاب القبر وعذاب النار





Kesedihan berulang sekali lagi setelah pemergian Murobbi Ummah Ustaz Yahya Othman yang juga pernah saya coretkan kisahnya dalam blog ini ( Klik nama Ustaz Yahya di atas untuk pautan ). Pemergian Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz  membuatkan saya ingin merakamkan kenangan  dalam blog yang hampir 'mati' ini. Moga satu hari nanti, jika saya lalai, tulisan ini menjadi muhasabah buat saya dan berbangga untuk memberitahu anak cucu bahawa kita pernah memiliki insan sehebat ini dalam sejarah perjuangan di Malaysia. Menteri Besar yang pernah  menghapuskan peruntukan untuk Juadah Hari Raya sebanyak RM 30,000 dan Juadah Berbuka Puasa sebanyak RM 15,000. Memotong elaun sewa rumah sebanyak RM 3,000 sebulan dan menghapuskan elaun keraian Timbalan Menteri Besarnya sejumlah RM 18,000 setahun.Selain itu, memotong bonus / elaun Menteri Besar sebanyak 45 peratus yang dibahagikan 40 peratus kepada parti dan 5 peratus kepada Perbendaharaan Negeri manakala wakil rakyat PAS sebanyak RM 500.00 kepada PAS. 


Muhasabah Perjuangan

Sejak menerima berita kematian Allahyarham Tok Guru, selain sedih dengan pemergian Allahyarham, saya berfikir & muhasabah tentang jangka hayat saya dalam perjuangan. Sungguh menakutkan dan jujur saya bimbang kerana tiada siapa pernah menyangka siapa kita hari esok.  Hanya mampu berdoa agar terus tsabat ( diberi ketetapan ) dalam Iman dan Islam.

Sungguh saya baru setahun jagung ini berhadapan proses mujahadah yang amat kuat dalam diri sejak tahun lalu untuk terus bertahan dan tsabat dalam perjuangan yang penuh mencabar ini. Dalam  saya membuat penilaian dan muhasabah, akhirnya saya mengambil keputusan untuk bermula dari bawah semula, bermusafir & mencari erti sebenar perjuangan, mencari jawapan pada kekeliruan cabaran masa kini, membetulkan pandangan yang salah, mencari tarbiyah, tajdid niat dan muhasabah kenapa aku memilih jalan ini. Namun, tidak pernah terdetik untuk berundur. Kata ustaz, dalam perjuangan kena 'sobar,slow biasalah.Ada tempat kena slow, ada tempat boleh laju,macam bawa keto ( kereta )lah.' Mungkin begitulah keadaan kita dalam  perjuangan. Apa sahaja anggapan manusia, saya tidak risau, kerana perjuangan ini antara saya dan Tuhan. Cukup Dia yang tahu cita-cita dan impian saya untuk Islam.

Mengenangkan Rasulullah,para mujahidin dan insan terdekat , Tok Guru Nik Abdul Aziz, sungguh memberi inspirasi. Kekal tsabat hingga akhir hayat. Apalah sangat jika dibanding dengan saya.


Sejenak Bersama TGNA

Bersyukur diberi peluang oleh Allah hidup di Kelantan, bertemu dan berkenalan dengan insan yang dihormati kawan dan lawan. Pengalaman bersama Allahyarham secara langsung hanya ketika menuntut ilmu di Nilam Puri melalui kuliah di Bazar Tok Guru dan program-program tarbiyah seperti di PUTIK ,Kubang Kerian.

Saya masih ingat dalam satu program, YB Mumtaz ( lebih mesra dengan panggilan Kak Taz ) berkongsi bagaimana indahnya akhlak Allahyarham Tok Guru Nik Aziz terhadap muslimat.
Kak Taz bercerita sewaktu Allahyarham ingin bercakap dengan beliau, Kak Taz mahu datang mendekati Tok Guru, namun Tok Guru berkata 'Tak pe, enti duduk situ.Biar ana ke sana'.
Banyak lagi kisah yang lain, tapi sudah lupa. Cerita ini diceritakan pada kami 2-3 tahun yang lalu. Selain berdukacita, moga pemergian ini menjadi muhasabah untuk saya dan  kita untuk terus kuat & bertahan serta mati dalam perjuangan Islam.
Mesej dari ayahanda Ustaz Shukeri : ' Kita tidak ada pilihan lain. Jalan kita jamaah Islam tidak kira apa masalah sekalipun.'

Moga kita terus tsabat memperjuangkan Islam dalam apa jua wasilah, dalam apa jua bidang, dalam apa jua posisi dan penjuru, dalam apa jua 'penentuan sikap' yang telah kita ambil. Moga menjadi muhasabah besar buat abnaul harakah dari muda hingga tua untuk mencontohi Tok Guru yang kita cintai dari segi semangat menuntut ilmu, berakhlak dengan kawan dan lawan dalam perjuangan.

Muhasabah perjalanan menuntut ilmu,adakah saya benar-benar amanah dengan ilmu? Ramai ulama' telah dipanggil pulang, ilmu diangkat ke langit sikit demi sedikit.


إن الله لا يقبض العلم انتزاعا ينتزعه من الناس ولكن يقبض العلم بقبض العلماء حتى إذا لم يترك عالما اتخذ الناس رءوسا جهالا 
فسئلوا فأفتوا بغير علم فضلوا وأضلوا


'Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan cara sekaligus dari manusia, akan tetapi Allah mencabut ilmu denhan mematikan ulama'. Sehingga kalau sidah tidak ada lagi orang yang berilmu agama, orang akan mengangkat orang jahil sebagai pemimpin mereka. Lantas mereka ditanya, kemudian memberi fatwa tanpa berasaskan ilmu, Maka mereka sesat & menyesatkan orang lain'
[HR Muslim]


Bekalan Sepanjang Perjalanan

Dalam jalan mencari kebenaran, musafir saya ke Kelantan tempoh hari memberi jawapan pada saya bahawa, kebenaran hanya datang saat kita hampir dengan 'Dua Harta Agung' peninggalan Rasulullah S.A.W iaitu Al-qur'an dan As-sunnah.


تَرَكْتُ فِيْكُمْ  اَمْرَيْنِ مَا لَنْ تَضِلُّ بَعْدَهُ اِنْ اعْتَصَمْتُمْ بِهِ كَتَابَ اللهِ وَسُنَّةَ رَسُوْلِهِ.

"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya selagi berpegang dengan keduanya, iaitu Kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah RasulNya"


Tersedar, dalam asyik berjuang, bimbang didorong nafsu dan hammasah semata hingga lupa untuk menjadikan 2 harta ini sebagai panduan. Dan segalanya memerlukan ILMU. Cukuplah coretan panjang ini. Meminjam kata-kata isteri kepada pejuang yang dipenjara minggu ini, Datin Seri Wan Azizah , ' Kesat Air Mata, Teruskan Perjuangan' .

#AttsabatHattalMamat. Kata-kata yang masih melekat sejak mendengarnya dalam kuliah 'Tsabat' oleh Pok Su Li sewaktu di Nilam Puri.



Gambar kenangan ( ehsan dari facebook Parti Islam Se-Malaysia ) :









Tribute video buat TGNA ( sumber: Youtube ):


Jemput baca tulisan ustaz Hasrizal .
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, October 30, 2012

Umpama Seuntai Tasbih

Umpama seuntai tasbih,tiada penghujungnya.


Bila kau menangis,ukirkan senyuman agar hati terhibur jua,
Bila kau kecewa,bisikan pada diri agar kau tabah menghadapinya,
Bila kau terluka pujuklah hati agar merawatnya,
Bila kau bersendirian,gunakan akal memikirkan keagungan pencipta,
Bila kau sedang ketawa,ingatlah akan kedukaan yang bakal tiba,
Bila kau terima bicara ini ketahulah bahawaku tidak melupakanmu,
Bila kau menyedari kehadiranku untukmu,inilah ukhuwah yang telah Allah tentukan untuk kita,
Rindu kerana Allah.

Ya Allah,terima kasih atas anugerah ukhuwah yang kau berikan padaku.
Namun ya Allah,Kau ampunkanlah dosaku lantaran kelalaian menjaga anugerah dariMu ini,
Jauhkanlah aku dari menjadi orang yang tidak bersyukur kerana mengabaikan ukhuwah yang Kau hadiahkan.
Ya Allah,namun aku akui kekhilafanku,cuma insan yang lemah,dan aku tidak mampu menjaga ukhuwah ini sebaiknya.Ampunkan daku,ya Allah.Oleh itu ya Allah,aku berserah kepadaMu untuk menjaganya kerana sememangnya aku tidak layak dan tidak mampu untuk itu.

#Nota cinta dari sahabat sejati,lalu ku nukilkan buat sahabat seperjuanganku.

Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh). l 43:67 l
Allahu Allah,bantulah kami.

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. l 3:103 l

Nikmat Allah.





Moga Allah ketemukan kita di syurga.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, September 26, 2012

Ketenangan yang Hakiki

Hati kan tenang dan damai dengan hanya mengingati & mencintai Allah.

Mencintai selain daripada Allah atau mencintai tanpa didasari kecintaan terhadapNya,
hanya menambah kegelisahan & keresahan pada hati.
Rasa cinta yang didasari keimanan & kecintaan pada Allah,hanya akan mampu diperolehi selepas kita mencintai Dia.

'Dari Allah kita datang,dan hanya kepada Allah sahajalah kita akan dikembalikan'

Persis seorang anak/isteri/suami yang tidak sabar pulang ke rumah dengan rasa b
ahagia,pasti kerana kecintaannya.
Begitu juga seorang hamba yang akan kembali ke pangkuan Tuhannya,apakah kita akan bahagia?

Bersama menyuburkan ladang hati,dengan kecintaan kepada Ilahi.





Cintakan Allah,Rasul & perjuangan!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, July 18, 2012

Cinta Itu Satu Komitmen.Jom Bercinta!


Cinta itu Satu Komitmen.

Andai manusia pandai mengurus CINTA dalam HATInya dengan meletakkan yang berhak sahaja di dalamnya,pasti akan penuh hatinya dengan kecintaan kepada Allah & yang berhak hingga TIADA ruang dan masa untuk cinta yang sia-sia.

cinta kepada Allah,Rasulullah,Ulama',Al-Qur'an,Ibu Bapa,Murabbi,Perjuangan,Sahabat Seperjuangan,Mad'u dll yang BERHAK mendapat cinta.

bukankah cinta pada yang berhak ini sahaja sudah menuntut banyak komitmen?

Cinta itu Komitmen yang Bagaimana?


I love Allah.
apakah komitmen kita untuk membuktikan rasa cinta kita pada Allah?
meninggalkan laranganNya,dan melakukan suruhanNya.

I love Rasul.
Apa buktinya?
dengan mengamalkan sunnah-sunnah nya.

I love Al-Qur'an.
Sejauh mana komitmen kita untuk meluangkan masa membaca Surat Cinta dari Dia?

I love Murabbi.
Sejauh mana keakraban dan rasa sayang kita pada murabbi?
Sejauh mana murabbi itu sentiasa menjadi tempat rujukan?

dan lain-lain.

Jom Sibuk Bercinta


Jom!kita ajak ramai-ramai bercinta.
bercinta yang menuntut banyak komitmen hingga ke syurga.
masyaAllah,Subhanallah.
Indahnya dunia andai manusia sibuk bercinta dengan Dia dan yang layak menerima cinta.
pasti dunia penuh dengan kesibukan cinta yang manis hingga ke syurgaNya.


Cinta itu komitmen dan Meletihkan.
carilah keletihan yang menjamin syurga :)
~CUKUPLAH SYURGA SEBAGAI TEMPAT BEREHAT~


#muhasabah bersama.di mana cinta kita?bagaimana komitmen kita terhadap cinta?
p/s:ilham datang untuk bertinta semasa dalam perjalanan ke kelas mutola'ah :)
Ilham dari Allah,boleh hadir bila-bila,maka dinukilkan dalam bentuk kata-kata untuk santapan semua.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed