Sunday, July 31, 2011

!!رمضان كريم ~الله أكرم



Daripada Abu Hurairah ra berkata: telah bersabda Rasulullah saw:((Allah swt telah berfirman: Setiap amalan anak Adam itu baginya (ganjaran pahala yang ada hadnya), kecuali puasa, kerana sesungguhnya puasa itu untuk-Ku, dan Akulah yang akan memberikan balasannya, dan puasa itu perisai, dan apabila seseorang itu berpuasa, maka janganlah ia mengeluarkan kata-kata lucah dan tidak juga bercakap kasar. Sekiranya ada orang lain yang mengejinya atau ingin berkelahi dengannya, maka katakanlah: Sesungguhnya aku berpuasa. Dan demi jiwa Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada haruman kasturi, untuk orang yang berpuasa itu dua kegembiraan: ketika dia berbuka, satu kegembiraan baginya, dan tatkala dia bertemu dengan Tuhannya, dia akan gembira dengan ibadah puasanya)).(Riwayat al-Bukhari & Muslim).


indahnya bulan ramadhan :)
bulan di mana,seluruh umat islam mengejar-ngejar  melakukan kebaikan.
orang yang mungkin tidak bertudung sebelum ni,boleh pakai tudung masa bulan puasa.
orang tak pernah menunaikan solat fardhu,boleh ke masjid untuk menunaikan solat tarawih.
orang yang jarang bersolat jemaah*especially kat asrama ke* boleh rajin turun ke surau hari-hari.


kadang-kadang rasa macam kelakar jugak,,hehe =p
tapi itulah kelebihan ramadhan yang dinanti bagi orang yang berebut2 mahukan keberkatan padanya.
elok buat,daripada tak de kesedaran langsung,betul tak?
tapiiii....janganlah buat masa bulan ramadhan sahaja.
semoga kita dapat terus istiqamah melakukan ibadah-ibadah meskipun ramadhan meninggalkan kita.
jadikan ramadhan kita kali ini sebagai satu wasilah untu kita meng'islah'kan diri menjadi hamba yang lebih bertaqwa.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ 
" Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,"
-surah al-baqarah:183-


semoga ramadhan kita kali ini,lebih baik dan lebih luar biasa dari biasa ^.^


sedikit perkongsian ilmu:


ustaz saya pesan dalam kelas tadi :)
lazimkanlah mengatakan " أنا صائم/أنا صائمة" -(saya berpuasa) sepanjang bulan ramadhan ni.
tujuan:bagi mengingatkan diri sendiri dan orang sekeliling bahawasanya kita sedang menjalani ibadah puasa.
maknanya kalau ada yang ajak mengumpat ke,buat perkara lagho ke,semoga bila kita cakap macam tu,perkataan tu dapat mengelakkan diri kita dgn sahabat lain dari mencacatkan ibadah puasa :)


berusahalah menjadikan ramadhan kita,ramadhan yang sempurna.chaiyok2! ^.^
فاستبقوا الخيرات
"maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebaikan"
surah al-baqarah :ayat 143


semoga kita tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi.
berpuasalah dengan sebenar-benar sebagaimana kita gembira menunggu ramadhan :)
bukan hanya gembira,tapi tiada apa2 tindakan dengan kegembiraan tu.



عن أبي هريرة: قال النبي كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صَوْمِهِ إِلا الْجُوْعُ وَالْعَطَشُ 

[ Berapa ramai orang yang berpuasa , tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga ]
-riwayat nisaaii dan ibn majah-


inilah bulan yang paling menggembirakan  umat islam.
besar hikmah nya.bersatunya hati umat islam pada bulan ramadhan kerana masing-masing gembira meraikannya.
bersatunya hati umat islam kerana masing-masing mengejar kebaikan dan meninggalkan larangan.
subhanallah.
indahnya nikmat islam dan iman.alhamdulillah. :)




semoga ramadhan kita lebih bermakna.
selamat menjalani ibadah berpuasa.
jom kumpul momentum!
semoga kita bersemangat menjalani ibadah.


*agak risau andai persediaan ramadhan saya ala kadar sahaja untuk menghadapi ramadhan secara luar biasa!tapi tak pe!
chaiyok2! ^.^"
jangan lupa sahur yea :)




تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِى السَّحُورِ بَرَكَةً
“ Bersahurlah kamu, maka sesungguhnya pada makan sahur itu ada keberkatan”. Riwayat al-Bukhari dan Muslim



sangat merindui ramadhan di smap labu :'(
solat di dataran,sahur sama2,berbuka sama2,imam sedap2,hehe..
huwa~rindu ramadhan di bumi smap labu :"(



petang2 adek2 f1 tolong bentang tikar :)


huu~rindu solat dekat dataran :')
di bawah kerlipan bintang2,,cewah~

:')
tak dapat berimamkan ustaz amirahman tahun ni.
imam favourite..hehe,,*ustaz amir,nafi'(f5),imam muda najdi.
ada ramai lagi..alah~imam kat smap sume best!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, July 28, 2011

manusia dan tanggungjawab

"setiap orang ada tanggungjawab" mama cakap sebab nak sejukkan hati saya yang tengah malas nak berangkat pulang ke UM,nilam puri ni -.-'

intan suka duduk sana :) tapi kesimpulan yang intan boleh buat.
seronok mana pun tempat intan pergi,kalau tinggalkan rumah mesti rasa malam/berat hati/touching2 sikit.
it's a normal thing i guess~semua orang pun macam tu kan? ^.^ seorang bapa yang pergi outstation dan terpaksa meninggalkan keluarga pun rasa berat hati kan,betul x? okay!saya betul! :p

berbekalkan semangat dan kekuatan yang Allah pinjamkan membuatkan kita mampu melangkah :)


manusia dan tanggungjawab?
semua orang ada tanggungjawab dan semua tanggungjawab tu sangat penting untuk dilaksanakan.

kenapa semua orang ada tanggungjawab?
 di sebalik semua ciptaan Allah itu ada peranan dan hikmah nya.
Allah tidak pernah menciptakan sesuatu dengan tujuan yang sia-sia.

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
az-zariyat:56
hmm,kadang-kadang rasa letih dengan tanggungjawab yang kita pikul ni.
tapi,takkan kita nak jadi manusia yang tewas!
teruskan membina semangat untuk melakar kejayaan. ^.^
chaiyok!

semoga Allah terus-menerus mengurniakan kekuatan.
stop acting like a child,intan.sekarang bukan masa untuk senang-lenang.
setiap kesusahan tu pasti ada kesenangan :)

إن مع العسر يسرا
"sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan."


-surah al-insyirah:ayat 6-

*sedih juga nak balik U ni~haish -.-' tu la,cuti ni tak banyak spend time dengan mama.sibuk nak jumpa kawan.and now,bila nak balik nilam puri,sedih pulak..
mm,sekarang dah dapat rasa macam2 tanggungjawab.sebagai hambaNya,anak,pelajar,da'ei,sahabat,kakak kepada junior2,adik kepada abang2 saya.kalau boleh,semua saya nak laksanakan dengan baik :)
jadilah manusia yang dapat memberi manfaat pada orang lain ^.^ *cita2 sebenar*


ma~i'll miss you. mama kata "tahun ni mama puasa sorang2,at least intan puasa dengan kawan2."
*tipu la intan tak touching -.-'*
tapi mama cakap
"semua orang ada tanggungjawab masing-masing"
and now!tanggungjawab intan,belajar!
*bila balik rumah ni,rasa tak sabar nak degree,sebab degree kat UM kt KL :D
tapi bila balik nilam puri,rasa macam,banyak lagi ilmu yang belum kaut kat nilam puri tu..
hmm~macam2 -.-'

عن ابن عمر رضي الله عنهما عن النبي صلّ الله عليه وسلم أنه قال: ((ألا كلكم راع، وكلكم مسئول عن رعيته، فالأمير الذي على الناس راع، وهو مسئول عن رعيته، والرجل راع على أهل بيته، وهو مسئول عنهم، والمرأة راعية على بيت بعلها وولده، وهي مسئولة عنهم، والعبد راع على مال سيده، وهو مسئول عنه، ألا فكلكم راع مسئول عن رعيته)) متفق عليه


Dari Abdullah bin Umar r.a, ia berkata ”saya mendengar rasulullah SAW, bersabda: ”setiap kamu adalah pemimpin dan bertanggung jawab atas apa yang dipimpinnya. Imam adalah pemimpin dan bertanggung jawab atas rakyatnya. Lelaki adalah pemimpin dalam keluarganya dan bertanggung jawab atas semua keluarganya. Seorang bawahan adalah pemimpin bagi harta majikannya, da ia bertanggung jawab atas keselamatan dan keutuhan hartanya itu.Dan kamu adalah pemimpin dan bertanggung jawab atas segala yang dipimpinnya”. (H.R.Bukhari Muslim)



dan ingatlah bahwa,setiap apa yang kita lakukan pasti akan disoal oleh Allah kelak.
sentiasalah mencari redha Allah dalam setiap pekerjaan dan amanah yang dilaksanakan ^.^

mahasiswa/mahasiwi!jom sibukkan diri dengan menuntut ilmu! ^.^
semoga ramadhan kali ini mampu menambahkan lagfi kekuatan dan semangat pada diri
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, July 26, 2011

manisnya pertemuan keranaNya

cuti yang puas tak puas ^.^
puas sebab banyak aktiviti intan buat :)
tak puas sebab tak jalan-jalan dengan mama lagi :(
tapi macam mana pun,masih berbaki lebih kurang 3 hari sebelum pulang ke bumi tarbiyyah nilam puri.

sejak balik rumah ni,baru hari ni je yang melekat kat rumah =p
sabtu hari tu dah pergi SMAP.tidur dekat smap sampai ahad ^.^
HARI TERBUKA ASRAMA.
tak pernah tak rindu smap!
mm,tak reti nak ulas apa.
letak gambar je la :)





lagi seronok kalau semua datang.tapi tak pe la.
ada yang dah fly,ada yang study jauh2.
sekarang semua dah jauh2.
lepas ni,budak mesir,jordan pulak nak fly.
lagi 2 tahun,budak UK ngan german pulak.
but insyaAllah,i'm still here :)tak pa.belajar mana-mana pun sama ^.^
nanti kita tukar2 pengalaman okeyh! hehe.

then,semalam :)
25 julai.
menjalinkan ukhuwah baru bersama kak farah ain nordin.
pelajar tahun 3 medic mesir yang sedang bercuti sekarang.*wink2*
so,semalam pergi shah alam dengan asyiqin atikah.
sampai salah naik tren -.-'
hehe..tapi x pe la..insyaAllah,Allah berkati kan sepanjang perjalanan semalam.
so,pergi jumpa sahabat2 zealous 0610 yang sedang buat persediaan di intec.
sampai-sampai je dekat pal li kopitiam *kedai dekat dengan kolej dorang*
besides kak farah,ada jugak kak maryam rasyadah :) *senior 2006 smap labu*
dah 5 tahun tak jumpa kak maryam.

so,lepas order2 makanan,ada kan sedikit sesi taa'ruf dengan seditkit pengisian.
ouh,lupa nak mention ahli2 nya :)

tetamu istimewa: kak farah ain & kak maryam rasyadah. (medic mesir)

tetamu kurang istimewa..hehe..
x de la..istimewa jugee :)
aina nazurah,afifah nasuha (bakal ke mesir)
wan alia amalina,nur azizah (dentist jordan) tapi keempat2 ni belajar di intec.
asyiqin atikah (A-level econs)*ekonomi* UK insyaAllah.
intan nadzirah *me*=p anak jati malaysia..hehe..UM :) syariah.

biarpun bidang kita berlainan,namun,kita bertemu atas aqidah yang satu.
semoga sesi taaruf kita semalam dapat memanjangkan lagi ukhuwah antara kita.
actually,orang yang baru kenal seorang je antara kami,iaitu kak farah ain.
yang lain semua,satu sekolah..hehe..
tapi macam mana pun,seronok sebab dapat berkenalan dengan orang baru.
dapat memanjangkan lagi ukhuwah saudara sesama islam.
perkongsian semalam pun seronok..
tak sama pertemuan orang yang cakap perkara biasa2 dengan pertemuan dengan insan-insan yang mengajak kepada mengingati Allah :)

kak maryam & kak farah :)

jieja & alia

qien & aina :)


ok,,mm,,ni pipah kot,,hehe..blur sbb dye tgh taaruf ^.^
 manisnya pertemuan keranaNya,indahNya perkongsian tentangNya ♥
kami muslimat yang power ! ^.^

"Demi masa
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran."

(surah al-asr ayat 1-3)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, July 22, 2011

i'm home

assalamualaikum.
tak sangka rupanya sudah hampir dua bulan saya berada di universiti malaya,nilam puri. :)
rasa macam baru sahaja habis menjalani minggu haluan siswa,hari ni dah aa kat rumah untuk cuti mid sem ^.^
memang seronok balik rumah,excited :) tambah-tambah dah lama tak jumpa mama dan nak pergi hari terbuka asrama SMAP labu esok*wink2* rindu rasanya pada sahabat-sahabat,guru-guru dan adik-adik junior :)

SMAP LABU-bumi tarbiyah pertama.di situ lah jatuh bangun ku.di situlah bermulanya kesedaran membina jati diri,di situlah bermulanya latihan sebagai pemimpin.

kini,alhamdulillah.
masih ditakdirkan untuk berada di bumi tarbiyah.ALHAMDULILLAH.
seperti ada suatu hikmah besar di sebalik semua yang telah diaturkan.
setiap kejadian Allah itu tidak pernah sia-sia. :)

hari ni,abang-abang intan pun balik rumah juga.seronok dapat kumpul satu family bila dah lama berjauhan.
betul lah pepatah mengatakan,
زر غبّا تزدد حبّا~
"jarang ziarah bertambah sayang"

mama pun nampak seronok.mama kata,bila duduk sorang-sorang kat rumah,mma susah nak tidur.
tapi bila anak-anak balik,tengok tv kejap je pun dh tidur :)


ok lah,just a short post.
semoga cuti2 kita lebih bermanfaat,insyaAllah.
teruskan bermujahadah dan buat persediaan menghadapi ramadhan. :)

*esok pergi smap,jumpa rakan2 dan guru2 ^.^*

~sedang merindui nilam puri~
*bumi tarbiyah,,penuh dengan tazkirah,penuh dengan majlis ilmu,penuh dengan tarbiyah!* ♥
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, July 14, 2011

kesempurnaan itu hanya milikNya

apabila kita terlalu mencari kesempurnaan dalam diri,ingatlah dan sedarlah bahawa kekecewaan itu akan sentiasa menghampiri.memang setiap insan mendambakan yang terbaik buat dirinya,namun kesempurnaan itu hanyalah milik Allah.

Rasulullah bersabda maksudnya: Setiap anak Adam tidak akan terlepas daripada melakukan dosa dan sebaik-baik orang daripada kalangan yang berdosa itu ialah yang bertaubat kepada Allah. (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)
setiap manusia pasti akan melaukan kesilapan,namun setiap kesalahan itu mestilah disusuri dengan taubat nasuha selepasnya.dan siapakah yang layak menilai bahawa itu adalah taubat nasuha?hanya Allah yang layak menilai DAN yakinlah pada rahmat Allah kerana sesungguhnya :
Allah itu bersifat الرحمن الرحيم.

satu kata-kata dari mufti mesir.saya dengar dari youtube yang di-'post'kan oleh senior saya d facebook.

"Jangan berputus asa dengan rahmat Allah sekalipun kita telah melakukan maksiat.. dan sesungguhnya kita masuk syurga dengan rahmat Allah , bukan dengan amalan kita semata-mata..." -Syeikh Ali Jumu'ah- Mufti Mesir

ingatlah bahawa kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya.namun jangan salah tafsir kata-kata ini sehingga kita tidak menghambakan diri adaNya.tidak malukah kita menerima segala nikmat dan kasih sayangNya sedang kita tida memberi apa?


malam semalam,universiti malaya,nilam puri telah mengadakan pertandingan nasyid untuk muslimat.tertarik rasanya pada lirik lagu 'puteriku sayang' *seperti yang sedang berkumandang di blog ini.*

dilema yang dihadapi kini hampir ditemui jawapannya.
"saya nak jadi muslimah terbaik!"
namun,saat tertewas seketika,rasa hancur hati,rasa kecewa,rasa malu,rasa letih,rasa hampa.
rasa malu untuk menyampaikan dakwah,rasa tidak layak.rasa mahu mendiamkan diri untuk seketika.
segala perasaan datang,hanya air mata mampu menemani hampir setiap minggu.
mula terfikir "kenapa aku tidak sebaik dia,dia,dan dia" :'(
adakah aku yang terlalu mencari kesempurnaan?
mampukah aku mencapai kesempurnaan itu?
jawapannya ada pada 'text' di atas sebentar tadi.*peringatan untuk diri sendiri*

kita hanya mampu mengejar kebaikan dan berjihad lah dengan sekuat-kuat jihad!
ingatlah janji Allah dalam surah al-ankabut : ayat 69

والذين جهدوا فينا لنهدينّهم سبلنا وإن الله لمع المحسنين
maksudnya:dan orang-orang yang berjihad untuk mendapatkan keredhaan Kami,Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami,dan sungguh Allah beserta orang-orang yang berbuat kebaikan.

bukan mudah bermujahadah,kerana MUJAHADAH ITU PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS :)
namun,andai kita tidak mampu berjihad untuk diri sendiri,apatah lagi untuk agama.
jangan sesekali berputus asa andai kau belum temui jawapan,teruskan berusaha dan berdoalah padanya.
 "ya Allah,andai dugaan ini dapat mendekatkan lagi diriku denganMu,aku redha.namun ya Allah,kau bantulah aku ketemui jawapan dan kebenaran di sebalik dugaan ini"


dalam sabda rasulullah s.a.w
“...Apabila Allah telah menyintai hambaNya, maka Allah turunkan bala ke atas hamba tersebut. Apabila hamba itu berdoa, maka para malaikat pun berkata:
wahai tuhanku, sampaikan hajat hambaMu itu.
Allah menjawab: usah campuri urusan hambaKu itu. sesungguhnya Aku cinta dan sayang mendengar suaranya berdoa dan bermunajat.
Apabila hamba itu berkata: wahai Tuhanku!
 Maka Allah menjawab:Selamat dan bahagialah wahai hambaKu. Tidak kamu seru melainkan sesuatu melainkan Aku perkenankan buatmu..."
berusahalah!
bermujahadahlah wahai mujahidah!selagi mana ada kemampuan,selagi mana ada kekosongan,selagi mana ada kekuatan,selagi mana ada kesempatan,teruskan berusaha mencari kebenaran.

اللهم أرنا الحق حقا وارزقنى اتباعة،وأرنا الباطل باطلا وارزقنى اجتنابة
"ya Allah,tunjukkanlah yang benar itu tetap benar dan rezekikan kami mengikutinya,dan tunjukkan lah yang batil itu tetap batil dan rezekikan kami menjauhinya"

cakap mengenai perkara haq(benar) dan batil(tidak benar),kulah subuh pagi tadi,ustaz hazrul ada menyatakan bahawa sangat penting bagi seorang da'ei untuk mengetahui kebenaran dan kebatilan.
point ini merupakan point ke-4 daripada 40 point dari tajuk 'bagaimana untuk berjaya dalam dakwah'
setakat ni ustaz baru bentang 4 tajuk beserta huraian.
dengan rasa gembira saya hendak berkongsi 4 'point' tersebut ^.^:
1.yang jauh kita dekat-dekatkan.
seditkit ulasan:walaupun seseorang itu bukan ahli keluarga kita saudara-mara kita(kiranya kita tidak pernah kenal)tapi kita boleh untuk menegur dia atas rasa kasih sayang walaupun tidak mengenali dia.(panjang lagi ulasan,tapi setakakt ini sahaja dahulu)

2.yang dekat kita tarbiah dan ubati hati.
sedikit ulasan:orang yang sentiasa berada di sekeliling kita,kita sama-sama memperingatkan.dan jangan lah menjadi 'batu api'.jadilah pengubat hati :) contoh:jadilah penyejuk tatkala seseorang itu sedang marah.jangan jadi penghasut untuk menaikkan lagi kemarahan.contoh ayat ustaz bagi "eh,,kau tak perasan ke dia cakap apa tadi?au tak dengar ke?"sedar tak sedar,ini juga merupakan ayat berbentuk hasutan.

3.menyayangi dan anggap semua orang adalah insan yang paling disayangi.
bukan mudah untuk menyayangi semua orang nak2 pada orang yang kita tidak kenali.tapi hakikatnya melalui rasa kasih dan sayang itulah akan ter'sampai'nya dakwah kita kepada dia.dan ingatlah bahawa berprasangka buruk itu merosakkan dakwah.namun,tak dinafikan,walaupun kita tidak menzahirkan rasa prasangka kita,prasangka di dalam hati itu pun sudah cukup mendatankan dosa.didiklah hati kita agar tidak mudah buruk sangka :)

4.mengetahui kebenaran dan orang-orang yang benar serta kebatilan.sedikit ulasan:dapat membezakan perkara yang haq dan batil.penting untuk mendalami ilmu dan kaji.

bukan mudah jalan menjadi da'ei,namun kemanisannya akan kita rasai satu ketika nanti ^.^
 berkata imam asy-syahid hasan al-banna:
"perbaikilah dirimu di samping kamu menyeru seseorang ke arah kebaikan"

wallahu 'alam~



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, July 9, 2011

pembentukan jiwa itu satu jihad

"ya Allah,tunjukkanlah aku jalan kebenaran.bimbing langkahku agar sentiasa dalam kebenaran."

letih rasanya bila hidup dalam keadaan sebersalah.
rasanya dah sebulan hidup dalam situasi dengan sebersalah.
kadang-kadang bukan kerana perkara yang dilakukan itu salah,tapi dek kerana rasa
 "apa pandangan orang?''
"betul ke apa yang aku buat ni?"
"salah tak apa yang aku buat?"

letih rasanya -.-'
boleh dikatakan setiap hari,ada sahaja perkara yang hendak difikirkan.
adakah aku ini tidak menjaga?
adakah aku memamg salah?
atau perkara tu biasa je,tapi aku yang terlalu memikirkan?
 *aku tak sebaik mereka,aku biasa-biasa sahaja*
tapi hakikatnya memang begitu kerana aku bukan kamu,dan kamu bukan aku.
latar belakang kita juga berbeza tapi  kita terikat atas aqidah yang sama!
namun,aku tidak pernah henti-henti berusaha ke arah yang lebih baik yang terkadang aku menang dan terkadang aku tewas.

ish~tak jumpa penyelesaian.
rasa seperti ingin mencari seseorang yang boleh khabarkan aku tentang kebenaran itu.
rasa jiwa lemah~
ya Allah,
aku terlalu lemah saat ini.

aku sentiasa mencari kebenaran di sebalik konflik yang aku hadapi~
bimbinglah langkahku ya Allah.
janganlah dosa-dosa ku menjadi hijab untk aku mendapatkan hidayahMu~

tiada lagi tempat pergantungan selain dari MU~
Engkau sebaik-baik tempat kembali,tiada yang kedua.

merangkak-rangkak aku mencari kebenaran,ketemukan lah aku dengan kebenaran itu,
ketemukanlah aku dengan jawapan itu,ketemukanlah aku dengan jalan penyelesaian itu.
andai langkah ku benar-benar salah,bombinglah aku,tunjukkan aku jalan untuk memperbaikinya.
namun,jika aku benar-benar berada pada landasan yang benar,kurniakan lah aku ketenangan tanpa memikirkan pandangan manusia terhadapku.

terkadang aku diuji dengan kata-kataku sendiri.
benarlah apa yang pernah aku dengari,"setiap apa yang kita cakap/nasihat/beri tazkirah,kita juga pasti akan diuji dengan kata-kata itu kerana kita hanyalah hambaNya"
saat Allah menguji,cepat-cepatlah kembali padaNya,tapi adakalanya setelah sekian lama baru aku sedar aku sedang diuji dengan kata-kata ku.astaghfirullah~

"dia baik,dia pendiam,tak macam aku"
tapi tak salah andai aku banyak bercakap untuk memberi pendapat.
tapi tingkah laku mereka yang diam itu menampakkan mereka baik.eh~aku nak jadi pendiam juga lah.
"jadi diri sendiri je lah" mm,,betul juga.selagi aku maih berada di landasan yang benar.tidak salah!
tapi.......betul ke apa yang aku buad.
"ana takut difitnah"
"ish,enti ni,,bukannya apa pun.berani kerana benar!"
betul juga!ish~konflik2!

terasa ingin jauh berlari~
keluar dari zon buat sementara untuk mencari sesuatu.
nak nangis :'( sungguh aku lemah ya Allah~
bimbing langkah ku..

tolong bawa aku ke daerah yang baru~

*mama,intan tak saba nak balik*
bukan sebab homesick,tapi cuma rasa nak ke satu tempat untuk berfikir dengan tenang.

i tried to find the truth.
kadang saya jumpa,kadang-kadang saya tak jumpa.
saya letih~
semoga Allah terus memberi kekuatan untuk terus mencari kebenaran,kerana aku yakin hidayahMu itu terlalu luas dan datang dalam pelbagai bentuk :)
namun,janganlah aku jadi manusia yang rugi tatkala hidayah itu diberi.

timbang-tara guna neraca Allah,bukan neraca manusia :)
-pesan kak ayu amiza -

wondering~
*saya baik tak?*
*saya tak sebaik mereka ke?*
tapi saya sentiasa berusaha.


-post peribadi-
konflik jiwa,pembentukkan identiti dalam usaha menjadi yang lebih baik.
sabar yea~jangan hukum saya terlalu awal.beri masa.saya sedang merangkak mencari.
semoga sentiasa dalam bimbingan Allah.

mesti ada yang terfikir besar sangat ke salah saya?
hmm~tak de siapa pun cakap saya salah.
hanya perasaan sendiri dan khuatir andai saya memang salah tapi tak de orang ingatkan,atau mungkin ini memang hanya perasaan sendiri,atau terlalu rendah diri dengan merasakan diri tak sebaik macam dia,dia,dia.

khuatir persepsi orang. ,DAN MENCARI SEMULA KETENGANGAN HAKIKI :)







Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, July 6, 2011

Tanda Cinta Pada Kekasih Dia

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
nampaknya memang blog ini akan diupdate hanya seminggu sekali.
kekurangan masa untuk menaip dan menyusun kata.
idea ada,tapi nak olah tak de masa.
kadang-kadang bila dah ada masa,idea pula tak de =.= *mungkin hari ni pun short post je*
pertama sekali syukur ke atas hadrat Ilahi kerana sehingga saat ini kita masih dikurniaankan dua nikmat terbesar iaitu nikmat iman dan islam :)
******************************************************************************

"betapa besarnya pengorbanan رسول الله memperjuangkan islam sehingga *alhamdulillah* dapat kita merasai nikmat islam sehingga hari ini.insyaAllah~"

*jom fikir sejenak!*

di sebalik pengorbanan rasulullah menegakkan agama islam,adakah kita menghargai segala perjuangan baginda sehingga kita dapat merasai nikmat iman dan islam sehingga hari ini?

antara halangan dugaan yang rasulullah hadapi ketika berdakwah :
dibaling dengan batu.rasanya kita semua tahu tentang perkara ni,cuma beza nya,adakah kita menghayati?
rasulullah,KEKASIH ALLAH.dibaling dengan batu?sedang kita?*fikir-fikirkan sejenak*

ketika baginda sedang sujud,rasulullah dikelilingi orang kafir quraisy.kemudian datang uqbah bin abi mu'it,lalu baginda dicampak dengan najis unta.najis tersebut dicampak ke belakang nabi dan tidak terangkat kepala baginda sehingga datanglah fatimah membuang najis-najis tersebut dan berdoa.
masyaAllah~

cerita seterusnya.
ketika rasul sedang solat di hajar al-ka'bah,tiba-iba datang uqbah bin abi mu'it meletakkan pakaian/kain pada tengkuk baginda dan mencekik nabi :'(
lalu,datang abu bakar menerkam dan menolak bahu uqbah.

sumber cerita:kitab sirah nabawiyah.*baru lepas belajar isnin lepas* ^.^
touching~
statement prof.madya dr.muhiden:"kita ni,nak keluarkan setitik peluh untuk islam pun,mengeluh"-.-'

terlaluuu banyak pengorbanan rasulullah.
HATTA,sehingga detik-detik kewafatan pun,baginda masih memikirkan tentang umat sedang kita?
jarang mengingati baginda,jauh sekali mengamalkan sunnahnya.

renung2kan*
~maaf tak dapat ulas panjang~
-post ni lebih bertujuan untuk menyeru sahabat-sahabat mengkaji dan menghayati kisah-kisah perjuangan rasulullah serta nabi2 terdahulu-
-maaf atas pengisian yang kurang tersusun-

أنا مشغولة   ^.^
namun,tetap meluangkan masa untuk menyampaikan sesuatu :)

لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة"

apa bukti kita mencintai rasulullah sekiranya masih melalukan kemungkaran?
adakah kita ni 'sebenarnya' orang yang menghargai pengorbanan rasulullah?

wallahu 'alam~

*mood hayati sirah nabi memandangkan sejak masuk nilam puri ni banyak didedahkan dengan kisah para nabi serta perjuangan nabi.alhamdulillah ^.^ sirah nabawiyah turut menjadi subjek wajib di asasi*

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed