alhamdulillah,setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah ats dua nikmat terbesar yang masih kita miliki insyaAllah yakni nikmat islam dan iman :)
okeyh!hari ni bermula lah episod baru dalam kehidupan saya,(cewah=p) iaitu sebagai mahasiswi...
selain kuliah,ada satu lagi pengisian baru iaitu halaqah ma'thurat selepas subuh dan asar serta perkongsian ilmu di dalam halaqah bersama para sahabat dan akak2~kira rutin harian jugak la ni.
perkongsian ilmu itu sangat menarik! :) nanti kalau ada masa intan kongsikan :) insyaAllah~ |
kuliah bermula dengan kelas sirah nabawiyyah bersama prof.madya dr.muhiden hari ni.
hari pertama ni biasalah,sesi ta'ruf kan..tapi kelas sirah ni dalam dewan kuliah,so tak de la ta'ruf dengan semua pelajar.
antara input yang dapat :
1) ilmu mendorong kepada iman,dan iman membawa kepada syurga :)
2)manusia merancang dan dia merasakan itulah yang terbaik,sedang Allah yang menentukan dan itulah sebaik-baik ketentuan.
3)belajar untuk mencapai mardatillah :) -bukan semata-mata untuk skor,ilmu dan lain2-
yang kelakarnya,(mm,,tak de la kelakar,tapi..mm,,kelakar la jugak:D)kitorang ni kan semua lepasan SPM,masih lagi rasa aura2 sekolah,ustaz masuk semua berdiri,mm,,macam nak bagi salam kat cikgu2 tu..
"selamat pagi cikgu"(ala2 upin ipin,,)mm,,tipu jea =ptime nak berdiri tu ustaz cepat2 suruh duduk,,mm,,stail U kot la kan cm tu,,tak payah berdiri,,hoho..
kelas doktor nawi untuk subjek usus al-aqidah,tapi ustaz ada hal.then ikhwan suruh buat perlantikan untuk jawatankuasa kelas.lantik mas'ul~(ketua kelas)dan seterusnya,,dan saya??hehe,,menjadi exco informasi & maklumat.hoho..tak tahu la apa tugas ni,agaknya untuk beritahu kala ada apa2 info pembatalan atau kelas tambahan kot~kot la~
next kelas bersama ustazah shukriah untuk subjek 'kalam'(arab)
seronok juga sub ni,banyak pasal perbualan,MACAM x de la sush sangat,tapi x tau la kalau usah nak last2 nanti kan =p tapi ustazah sangat baik :))
antara tips duduk d U ustazah pesan:
baik-baik dengan pensyarah~hehe,,biasa lah dengar ni kan,,
tapi pensarah2 sini sgt baik hati.setiap kali kelas pasti ada nasihat,tazkirah,,,banyak la untuk pengisian rohani,,alhamdulillah..(jgn diri ni yg leka dah -.-')
lastly!english class with teacher saifulnazirah :)
mm,tak de ape sangat,,ta'ruf jugak,tapi ada juga belajar tadi,,biasa2 je,,ehehe,,
sebenarnya nak tekankan pasal pesanan prof muhiden tu betapa pentingnya ILMU,,
tanpa ilmu segalanya menjadi susah..solat juga memerlukan ilmu,setiap ibadah memerlukan ilmu :)
طلب العلم فريضة على كل مسلم
tuntutlah ilmu kerana Allah..
macam mana nak niat kerana Allah?
ingat lah bahawa segala/semua ilmu yang kita pelajari itu datangNya dari Allah,maka jika tiada redhaNya,sia-sialah segala ilmu yang dipelajari.niatlah untuk menuntut ilmu itu unuk capai redha Allah,,dan berazam lah untuk meng'kongsi'kan ilmu tersebut kepada sahabat2,ahli keluarga atau sesiapa sahaja demi untuk kemaslahtan agama.
"Sampaikanlah dariku walaupun cuma satu ayat." (Riwayat Bukhari
"Barangsiapa yang menuntut ilmu yang pelajari hanya kerana Allah SWT, sedangkan ia tidak menuntutnya kecuali untuk mendapatkan harta benda dunia, ia tidak akan dapat mencium bau Syurga pada hari kiamat."(Riwayat Ahmad, Abu,Daud dan Ibnu Majah
wallahu 'alam~
comel kan gambar ni,,manisnya wanita menutup aurat~ |
No comments:
Post a Comment