Thursday, March 31, 2011

merindui dirimu yang dulu~

kenapa awak dah tak macam dulu?
sekarang ni emosi awak asyik tak stabil je.
dulu kan awak ni penyabar,
awak tak cepad marah.

tapi sekarang,awak macam cepat emosional,
kenapa ye awak?
lepas tu,kalau awak marah,mesti awak susah nak kawal.
awak macam rasa nak marah je,
selagi awak rasa tak puas,awak nak marah lagi.

intan~intan~
what happened to you?
kali ini aku menangis bukan kerana menahan marah,
tapi aku menangis kerana aku rindu sifat sabar yang yang dulu~

mungkin sebab dulu,kalau intan tengah marah,
ada kawan-kawan dekat sekeliling,semua bagi support,tenangkan,
intan nak jerit-jerit pun boleh,kan?hehe,,
sebab saya memang bukan jenis simpan,
meluahkan itu lebih baik kadang-kadang,
tapi sekarang?
mm,bukan tak boleh cerita dekat mama,tapi serbasalah,
kesian mama,nanti mama mesti tension,
jadi saya simpan la~tapi kadang-kadang saya tak kuat,
saya mesti luah~lalu,air mata itu kadang-kadang jadi peneman tatkala sedang marah.
air mata juga menjadikan diri ini lebih kuat!

ya Allah,hiasilah akhlakku dengan sebaik-baik perhiasan,
pinjamkanlah keindahan sifat sabar dalam diriku,
berikanlah ketenangan pada diriku,
sesungguhnya,mengingatimu itu menjadikan aku tenang,
maka biarlah hati ini menjadi milikMU ya Allah~

intan nak sabar macam dulu,
intan tak boleh cepat emosional macam ni,
mungkin sebab intan duduk rumah je,
tak keluar mana-mana,,,buat intan tension sebab kat sekolah dulu selalu ada kawan-kawan,
tapi intan kene sabar jugak!
intan tak suka cepat marah!sebab nanti intan rasa intan jahat,
intan kan nak jadi solehah~
intan kena jadi lebih baik,
saya sentiasa usaha ke arah itu,namun~saya cuma insan biasa yang tidak lepas dari kesilapan.

jauhkan aku dari bisikan syaitan!
kurniakan aku sifat-sifat mahmudah :)
semoga intan lebih dihiasi dengan sifat sabar ye lepas ni :)
jangan sampai tegang urat leher menahan kemarahan~hehe:D
ingat janji Allah!

"dan seseungguhnya KAMI akan memberi balasan kepada orang yang sabar kepada pahala yang baik dari apa yang telah mereka kerjakan"
surah an-nahl:96

"sesungguhnya hanya orang bersabarah dikurniakan pahala kepada mereka tanpa batas"
surah az-zumar:

"dalam kesabaran pada perkara yang tidak disukai itu banyak kebaikannya"
hadis riwayat at-tarmizi daripada ibn abbas

dan hadis yang paling selalu kita dengar!

"sabar itu separuh dari iman"
hadis riwayat abu na'im daripada ibn mas'ud

betol!sebab tu kadang-kadang hilang sabar ni boleh jadi punca kepada hura-hara,kadang-kadang boleh jadi pembunuhan,na'uzubillah,sebab kalau kita tak dapat kawal kemarahan,masa ni lah syaitan sedang seronok meraikan kejayaan mereka.jika kita tidak bersabar,hilanglah rasa iman ketika itu,sebab tu,intan cakap tadi,intan rasa jahat ada perasaan tak sabar tu!

sebab tu tadi,bila intan tak sabar,intan rasa sedih :(
tak suka rasa macam tu,walaupun intan boleh kawal~tapi,rasa marah tu tetap ada,
tu yang sampai nangis tu.

"sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku"
surah yusuf :86

SEMOGA ALLAH IZINKAN INTAN MEMINJAM SIFAT SABAR ITU :)
SEMOGA HATI INI MENJADI MILIKMU =)

ayat-ayat qur'an ni sebagai peringatan untuk diri sendiri dan pembaca blog :)
*maaf kalau pengisian kali ni bersifat peribadi,sebenarnya tak puas hati dengan abg intan semalam!huh -.-'
adat la adik bradik gado kan;p
pasal benda kecik je,hehe,intan drive semalam,pastu dia macam cuak2,,ee,,cool la~saya pun da ada lesen tau~jangan la gelabah,,sila percayakan saya!ha,one thing sebab intan tak suka kot orang macam ragu-ragu dengan kebolehan intan,bagi la intan peluang,adooyy,jangan gelabah sangat yea :) hehe,,hal kecik kan?hmm,,pastu ada la sebab2 lain*tapi ari ni da ok :)

apa2 pun,semangat saya nak ke jordan naik semula!yeah~
pelik la semangat ni kan,kejap naik,kejap turun,bila turun tu,rasa tak mau gi jordan!
tapi bila semangat tu,kobar juga :) apa2 pun,let's do istikharah,,perancangan Allah itu lebih baik :)
andai aku telah ditakdirkan ke sana,pasti akan ku jejak bumi anbiya' itu,jika tidak,pasti ada hikmah Allah yang lebih indah sedang menanti :)
wassalam~
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, March 29, 2011

bila hati berbicara~

semoga sinaran mentari hari ini dapat menerangi hati.


duhai hati~
masih mampukah aku bertahan lagi?
jangan terlalu mudah menyerah kalah.
teruskan bermujahadah!

Allah~izinkan aku terus berpeluang mencari hikmah-hikmah kehidupan.
izinkan aku tuk terus menikmati nikmat iman.
izinkan aku tuk terus merasai manisnya beribadah~

menunduklah aku wahai hati~

Allah~semoga hati ini terus berpeluang untuk di isi dengan cahaya keimanan.
tingkatkan lah keimanan dan rasa ketaqwaanku pada MU,
usah kau biarkan hati ini lalai dan terus hanyut dari matlamat sebenar,
lindungilah hati ini,ya RAHMAN~

siapakah aku sebenarnya?

terkadang diri ini terasa begitu kecil tatkala mengenang luka-luka semalam~
berilah aku kekuatan agar dapat terus bermujahadah menentang bisikan-bisikan syaitan,
kurniakan aku ketenangan agar dapat ku nikmati indahnya istirehat ketika beribadah~
agar aku dapat merawat semula noda-noda hitam sehingga menjadi cahaya.
maka ketiku itu,hanyalah kebenaran sahaja yang mampu mengisi ruang-ruang hati ini.


terkadang hati tercari-cari,apa sebenarnya yang terjadi,
apakah yang ada di dalam hatimu,wahai hati?
segala perkara menjadi serba tidak kena!
apa lagi yang kau mahukan~
bertenanglah ,wahai hati dengan mengingati Allah.
itu janjiNya!
apa lagi yang kau mahukan?
nikmat apakah lagi yang kau mahu persoalkan?
sedangkan masih banyak lagi nikmat yang belum kau syukuri!

semoga diri dapat terus istiqamah dalam menikmati kemanisan beribadah,
jangan mengalah!
tunjukkanlah yang benar itu tetap benar ya Allah,
yang batil itu tetap batil.

duhai hati~
saat kau jauh pergi,aku seperti hilang arah.
aku khuatir jika aku terus leka.

duhai hati~
teruskanlah merasai kenikmatan iman,dan jauhkanlah dari merasai keasyikan hasutan syaitan.
jangan mudah terpedaya dengan nikmat dunia yang sementara,
rasailah kenikmatan dan keindahan ketika mendengar ayat-ayat cintaNya,
rasailah kenikmatan dan keindahan ketika bersujud kepadaNya,
rasailah kenikmatan dan keindahan ketika mendengar peringatan untuk mengingatinya,
sehingga segala anggota tubuhmu turut dapat merasakan hadirnya sebuah ketenangan,
rasailah segalanya hingga ada getaran dihati hingga kau dapat mengeluarkan mutiara jernih yang mampu memadamkan api neraka kelak!

duhai hati~
usah mudah terpedaya dengan keindahan senyuman dan tutur bicara manusia,
jika ianya dapat menganggu dirimu,wahai hati!
lekaslah beristighfar~
agar cinta itu dapat selayaknya diserahkan kepada pemilik segala cinta ABADI,
agar kau bisa terhindar dari segala penyakit yang boleh memudaratkan dirimu,wahai hati~
JANGAN GANGGU HATIKU!
pertahankan prinsipmu!
 
BER'MUJAHADAH'LAH WAHAI HATI!

duhai insan~mengertilah,hati ini masih terus mencuba dan mencuba~
tatkala aku tiba-tiba terjatuh,usah kau lekas bersangka buruk padaku,
INGATKAN LAH AKU!
kerana aku juga terkadang lemah dalam mengharungi liku kehidupan yang kian mencabar,
andai kau tahu luka-luka ku yang semalam,
ku minta agar ianya dijadikan satu kenangan silam yang tak mungkin akan berulang,
ku minta agar ianya dijadikan salah satu liku-liku kehidupan agar aku dapat merasai betapa indah dan nikmatnya hidayahNya~
terkadang luka semalam menjadikan aku terlalu kecil untuk mengharungi kehidupan seterusnya dengan lebih baik,
namun!
itu bukanlah satu penghalang andai itu bisikan syaitan.
 
"carilah hatimu di tiga tempat,iaitu ketika membaca al-qur'an,ketika solat,dan ketika mengingati Allah,
jika tidak diketemui,berdoalah kepada Allah untuk diminta hati yang baru"

perbaiki diri,hiasi peribadi :)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

tempat jatuh lagi dikenang~

assalamualaikum,sekarang ni macam malas je nak update blog kan?
hehe,actually,weekend lepas pergi smap labu dengan aina :)
bermalam kat sana dari jumaat sampai ahad,asal tujuannya nak ajar kawad ,tapi mari kita tengok apa yang jadi..hehe..

awal-awal sampai smap,ofcourse pergi bilik guru.jumpa guru2 yang dah banyak sangat berjasa :)
memang betol,guru2 nie akan rasa gembira sangat sekiranya anak murid mereka dapat kejayaan yang cemerlang.masa masuk bilik guru tu,intan jumpa teacher fatimahwati.teacher pulak yang cakap 'thank you' dekat intan sebab dapat A+ untuk science hati tu.sepatutnya intan yang ucapkan terima kasih kan?
mm,then,borak lama2 dengan cikgu ayu dan teacher mas :)
alamak!intan lupa bawak kek untuk cikgu shamsuri..sory cikgu~ ;)
saya sempat beli KFC je untuk junior2 saya sebab saya dah berjanji dengan adik2 ni..hehe..
cikgu punya kek,insyaAllah nanti ye..hehe..
so,mula2 solat zohor di musolla,rasa rindu sangat~musolla sangat cantik sekarang!langsir baruu!!hehe..
tapi walaupun dah sampai smap yang memang intan rindu sangat walaupun baru 3 bulan x jejak smap,
perasaan gembira tu lain,tak sama dengan perasaan ketika bergelar pelajar smap labu dengan bekas pelajar.
life as a student tu jauuuuuuhhhhh lebih seronok~

ok,petang tu lepas asar,seperti yang intan janjikan,ajar bdk KRS kawad~
tapi nampaknya,hehe..ajar kawad jumaat petang je;p (ala~bukan susah pun kan,korang kan excellent..hehe)
sebab nya,,sabtu tu disebabkan ada beberapa pelajar smap yang akan bertanding peringkat daerah untuk MTAQ,kami pun offer la untuk jadi pasukan sorak!cewah~bukan ley sorak pun,,hehe..tapi kira supporters la~tak pernah tengok budak mtaq lawan kat luar..hehe..

acara yang paling excited sekali intan dan aina nak tengok ialah nasyid & tilawah lelaki dan perempuan.
tapinya,kami sempat tengok soutul jihad je buat persembahan,,well~as usual,,soutul jihad memang best!!
hehe..(SAYA PEMINAT SETIA SOUTUL JIHAD SMAP LABU!)


southul jihad smap labu :)
-duhai anak permata bangsa,
berjuanglah demi agama,
bercahaya di awan mega,
menyinari alam semesta -
 

then,kitorang nak pergi tengok tilawah!giliran dorang ni serentak~haiya~pergi la tengok nafi',,sekali dia da habis,then,pergilah la pulak tengok husna(tilawah perempuan...f4 baru :),,masuk2 je bilik tilawah tu..kedengaran suara qariah kita~"SODAQALLAHUL 'AZIM~"
maka dengan ini.,tiada rezeki lah intan dan aina ingin mendengar bacaan tilawah qari&qariah smap labu:(

setelah semua acara habis dipertandingkan,tibalah masa yang dinanti..cewah~hehe,,
malangnya,menunggu keputusan tu,,2 jam menunggu nya,ustaz amir dah msg2 da tanya keputusan,tapi saya hanya mampu reply "lambek bona keputusan nak kua",,memang lambat,sampai ngantuk2 tggu..hehe,,
sebanyak 10 acara yang smap masuk,semuanya tak dapat sijil lagi,itu tandanya smap akan mendapat tempat johan,.naib atau ketiga dalam semua acara..sebabnya,kalau tempat ke-4 dan ke bawah,dorang dah bagi sijil siap2..hehe..

TAHNIAH KEPADA ADIK2 KERANA BERJAYA MEMBANGGAKAN SMAP LABU:

nasyid:SHOUTUL JIHAD-JOHAN
tilawah:MOHAMAD NAFI'-JOHAN
tilawah:HUSNA(maaf,tak tau nama penuh,f4 baru)-JOHAN
hafazan:MOHD JUWAIDI-JOHAN
hafazan:KHADIJAH ANIS AISYAH(f4 baru)-TEMPAT KETIGA
marhaban-JOHAN
khat:BASIL-JOHAN
khat:AQILA-JOHAN
syarahan:ANWAR RIDZUAN-JOHAN
syarahan:SYAFIQAH NASRUDIN-NAIB JOHAN

bergambar dengan para pemengang :)
macam nilah keputusannya,,memang seronok!dah jadi ex-smap pun lagi semangat nak tepuk tangan..hehe..
semua acara yang smap hantar,semua menang,jadi bagi yang johan mereka bakal berentap di peringkat negeri pada 9APRIL insyaAllah~ :) semoga kejayaan adik2 ni memberi inspirasi untuk terus berjaya mengembagkan bakat di samping memartabatkan islam :) all the best adik2..

malam tu pulak,saya dan aina diminta untuk berucap di hadapan musolla(musolla puteri shj)untuk memberi beberapa nasihat dan pandangan serta pengalaman kepada adik2,,pukul 10 malam pula,kami jumpa dengan adik2 junior(f2)..kesian dorang..tahun ni x de senior nak bela..hehe,,dengarlah aduan2,,and kak aina cabar mereka supaya mid year ni sekurang2nya 10 orang dari kalangan puteri dapat straight A's..ha??kenape 10 je??haish~lagi banyak lagi bgus...eh,bkn senang tau nak dapat straight A's walaupun time lower form!
sebab saya pun tak de la excellent tym lower form..hehe;p
jadi,adik2..semoga jadi adik2 yang solehah,,kalau akak2 f5 tu fire pada bende yang tak penting~biar je la~ambil yang penting je~~hehe..

hari ketiga:sedih pulak nak balik~nak2 meninggalkan ahli bilik amisya(bilik penginapan)kami dah dengar dah luahan2 MT tahun ni,kesian mereka,,x pe adik2...jangan jadikan tanggungjawab sebagai alasan untuk tidak cemerlang,malah~tanggungjawab itulah sebenarnya menjadi inspirasi untuk adik2 untuk jadi insan yang hebad!!cewah~sayang smapian!! :) ♥
korang boleh straight A's punye,,batch korang pandai!! :)


selamat menjalankan tugas MT MPP 2011.
chaiyok! :)



bersama adek2 junior sebelum balik :)
rindu jugak f2 ni..hehe..


so,harapnya,dapat datang lagi ke smap labu!
seriusly~walaupun seronok dapat datang smap~tapi tak sama keseronokan tu macam masa jadi student~
bila dah keluar ni~'rushing2' tu pun jadi kenangan yang sangat indah!
PERINGATAN UNTUK ADIK2:
disiplin itu tidak menjamin akhlak yang baik!
tapi tidak berdisiplin,memang menjamin akhlak yang tidak baik,,

maknanya,kalau kita zero disiplin pun kat sekolah,tapi kalau tidak beradab dengan guru,sesama manusia,tak de akhlak yang baiklah senang cerita,x guna juga~
pelihara akhlak~

intan ingat lagi ada sorang senior ni pernah pesan,tapi laki la,and intan memang tak pernah baik dengan dia,i mean,x pernah pun ada pape urusan,dia pesan "leave a trail,so others may follow"
so,harapnya,kita semua dapat tinggalkan perkara yang baik-baik je lepas kuar smap :)

ALL THE BEST SMAPIAN!!

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, March 24, 2011

ALHAMDULILLAH 'ALA KULLI HAL~

assalamualaikum,.
PERTAMANYA,rasa syukur yang tidak terhingga saya panjatkan kepada Allah S.W.T.
maaf lambat 'update blog'.hari rabu hari tu seperti masih di awang-awangan,hidup seperti mimpi,,
cewah~hehe,,tak de lah.rasanya,semua orang macam dah dapat agak apa yang intan nak ceritakan.
dan rasanya,macam ramai juga yang tahu keputusan SPM intan semalam.
tapi secara rasminya di blog,(tak de la rasmi pun,,haha)

ALHAMDULILLAH,INTAN NADZIRAH MEMPEROLEH
STRAIGHT A'S :))
 
nak tahu satu2 ke?hehe..

BAHASA MELAYU:A+
BAHASA INGGERIS:A
SEJARAH:A
MATHEMATICS:A-
SCIENCE:A+
GEOGRAFI:A+
KESUSASTERAAN MELAYU:A
BAHASA ARAB TINGGI:A
PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH:A+
PENDIDIKAN AL-QUR'AN DAN AS-SUNNAH:A+

TOTAL:5A+,4A,1A-

mathematics tu i know kenapa A-..hehe,,sebab intan ada tertinggal soalan..haha..
what??tertinggal soalan intan,ni SPM TAU~hmm,nak buat macam mana..past is past~
ada lah tu dosa-dosa semalam yang dilakukan,mungkin di hijab..dah la soalan yg intan TERtinggalkan tu senang,soalan 'mean' dengan 'lukis plan combines solid' haha..total dalam 7 marks la tinggal dua2 ni.
xtak pe lah,apa-apa pun,alhamdulillah..

keadaan time nak ambil result:
mm,,dari pagi tu macam agak tenang~berdebar juga tapi ok la,boleh kawal.
recite yasiin masa on the way tu~
sampai sekolah jumpa kawan-kawan,borak-borak tapi tak nak gelak-gelak sangat,,takut~
lama jugak tunggu,dalam pukul 11 lebih kot,ke 12..tiba-tiba cikgu-cikgu kelas semua dah turun kat darul qiadhah!then,tau2 je budak kelas intan dah ambil result,dah peluk-peluk dah,,haha,,biar betol kan??
dah ke?sampai intan x nak pergi ambil sebab macam tak percaya je,lepas tu,intan beratur je la,haida dah nangis gembira dah dapat straight A's (TAHNIAH HAIDA!)
masa tu terfikir:"ish,,dapat ke ni..dapat ke??"
then,my turn..salam la cikgu sarilawati,,assisstant cikgu sarilawati(cikgu zubaidah)hehe,tanya
"ni name siapa ek?"(dalam nada gurauan)
saya pun dengan lurusnya beritahu"intan nadzirah binti amran"
(macam la cikgu tak tahu nama,hehe,,time ni intan dah blur2 kot,,hehe;p
then cikgu tengok2 slip tu,,buad muka suspen..aish~
then,i received the slip..ALHAMDULILLAH!
air mata pun berlinangan~(cewah~)tak tau rasa apa time tu!tapi boleh nangis~hehe..

wajah2 straight A's..tp ade yg x dtg~

peluk kawan2,then jumpe mama pun peluk jugak!ofcourse lah nangis kan~

ok la,sampai tu je lah yang boleh cerita,,
apa-apa pun bangga dengan batch zealous!!walaupun peratusan menurun sikit berbanding tahun lepas,
tapi dalam keadaan bacth kita yang agak membimbangkan ni,Alhamdulillah..
seramai 21orang dapat straightA's and pointer 1.75 :)
tak de lah jauh sangat kot berbanding tahun lepas-1.63..ok la..
alhamdulillah2~

tapi sedih juga sebab ramai budak batch yang tak dapat hadir,
tak pe lah,ada rezki kite jumpa lagi yea?;)
rasa macam tak nak balik semalam..hehe..
x pe,esok intan pergi smap,nak ajar kawad,,(cewah~)


JUNIOR SIAPKAN BUATKAN BANNER!SEMANGAT! :)
TQ~

intan nak ucap terima kasih dekat insan-insan yang sentiasa memberi inspirasi untuk intan berjaya
especially mama..i love you!!
guru-guru SMAP LABU,
adik-adik junior ku di smap labu,
sahabat zealous memang tak boleh dinafikan lah!
kamu semua sahaba yang sangat baik!sentiasa menjadikan hari2ku tersenyum :)
zealous tiada pengganti~

tapi intan nak specific nama orang boleh tak?tapi yang tak disebut jangan terasa!hehe,
AINA!thanks selaluuuu support ana!uhibbuki fillah~congrats dapat straight A's,ana doakan enti jadi pakar sakit puan tau,jap,,awak nak jadi ni kan?hehe..hope kita akan terus baik sampai bila2,insyaAllah,bertemu keranaNya,berpisah jua keranaNya,,ana percaya apa yang pernah berlaku merupakan ujian buat kita bersama dan mungkin bisikan syaitan yang dengki melihat persahabatan yang boleh membawa ke arah kebaikan.insyaAllah~tegurla

secondly~mm,,MAGHRIBI!thnx a lot,,anda juga antara insan yang sentiasa membakar semangat saya untuk lebih berjaya!-mungkin tanpa anda sedari(nak fight senanya!haha,nak2 kita satu set BI dlu,arghh!tekanan~segan la mrkh rendah pada bie en..hehe,tapi pernah sekali je kot markah intan lagi tinggi,tu pun beza satu markah!!haha)thnx juga mengajar erti kehidupan agar lebih matang.congrats jugak dapat straight A's,,intan doa bie dapat jadi doktor/pharmacists ok :) dan mengertilah,kita akan jadi sahabat selamanya.

thirdly~ANIZAN~thnxs ejay for being a good listener :) minta maaf andai tidak dapat menjadi sahabat yang baik,tapi intan sayang ejay!congrats dapat 8A 2B,,tahniah sangat2!you have work hard for it dear,,intan doa ejay berjaya okay,la tahzan~ada yang terbaik akan datang untuk ejay.

forth:QIEN~qien!!thnx 4 being such a nice friends and a good listener,qien banyak membantu :)
congrats result..9A 2B..tahniah2!bkn senang kan,bidang sc tu..fuh~intan doakan qien berjaya pasni..qien kuat!!yeah~chaiyok2!mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis~ :)

sape lagi ni,,rmai la..haha,ni yang susah buat list,,sume orang banyak membantu,,thnx dekat fadh,fikree,teah,albiy,amir,dan ramai lagi,,hehe..zealous sangat bermakna dalam hidup saya,,

semoga kejayaan ini menambahkan keimanan dan ketaqwaan ku padaMu,ya Allah.
semoga rasa kesyukuran ku sentiasa mengalir dalam darah tiada henti agar aku tidak tergolong dalam golongan orang yang kurang mensyukuri nikmatMU,usahkan golongan tidak mensyukuri,golongan KURANG mensyukuri juga ku munta jauh ya Allah~
kejayaan juga dugaan,moga kejayaan ini menjadi kesempatan untuk ku menimba ilmu yang lebih luas di bumi anbiya' untuk diri,agama dan bangsa.
MOGA MUMTAZKU UNTUK UMMAH!

doakan intan dapat biasiswa and kalau ada rezeki dapat pergi jordan,,
kalau tak de rezeki macam mama cakap"maknanya,Allah tu nak intan dekat dengan mama"
hehe..
setiap perancangan Allah itu ada hikmahnya,Allah itu sebaik2 perancangan~

UNTUK LEBIH BANYAK GAMBAR,SILA KLIK INI
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, March 22, 2011

waktunya telah tiba.

rasanya semua orang pun tahu apa yang intan nantikan selama ini.
well,bukan intan je yang nantikan,semua calon spm 2010 memang menantikan saat2 ni!
mm,tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan sekarang,

berdebar tu berdebar lah juga,but i try to calm myself..
macam mana ek agaknya esok??
nanti dah dapat slip tu,nak tengok dulu ke bagi mama tengok dulu?
tak sanggup pula nak tengok dulu rasanya..hehe..

but,i'm really hoping that result esok tidak mengecewakan,
kalau tak de rezeki straight A's t,hope perasaan syukur tu melebihi dari segala perasaan yang lain,
semoga dijauhi dari hasutan dan bisikan syaitan.

ya,Allah,kurniakanlah aku kekuatan dalam menerima segala ketentuanMu,
dan jika aku peroleh kecemerlangan,jauhilah aku dari sifat ria' ,ujub,takabbur serta segala sifat yang tidak layak untuk diriku sebagai hambaMu.

hmm,nak fikir positif sangat kang,kena berdesia hadapi sebarang kemungkinan,
nak fikir negatif kang,tak sanggup pun ada.
semoga segalanya berjalan dengan baik hari esok.
(macam heartless la tulis post ni...tak tahu nak rasa macam mana)HAHA..


RABBUNA YUSAHHIL,YA ALLAH.
BERIKANLAH KEJAYAAN KEPADA KU DAN SAHABAT-SAHABAT KU.
BERKATILAH SEGALA USAHA KAMI :)

KAU SEBAIK-BAIK PENENTU DAN SEBAIK KESUDAHAN~

semoga kejayaan yang diperoleh dapat memberi kebaikan dan manfaat pada orang lain!

doakan yang terbaik buatku~doa+tawakkal adalah jalan yang terbaik dalam keadaan macam ni.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, March 21, 2011

layakkah aku menjadi bidadarimu?


sedang aku melangkah ke memasuki dewan kuliah,tiba-tiba aku terdengar alunan suara yang merdu sedang membaca ayat-ayat cinta dari Allah.ingin sekali hati ini mengetahui siapakah gerangan yang sedang membacakan ayat suci al-qur'an itu.sudah tentunya lelaki kerana bacaannya boleh didengari satu dewan.aku memandangnya dengan sekilas pandangan.ouh,dia..

kelas belum lagi bermula.
'bgus betul pemuda itu,mengisi kekosongan masa dengan mendekatkan diri kepada Allah.'
tetapi bukanlah jadi satu perkara yang memeranjatkan kerana dia seorang tahfiz.
masyaAllah!
akhlaknya juga sungguh baik.berbudi bahasa.tidak pernah meninggikan suara.malah,setiap percakapannya disusun rapi agar kelihatan jelas maknanya.
aku hanya berasa kagum,insyaAllah,tidak lebih dari itu.

dalam situasi yang lain,masih di tempat yang sama,tapi pemuda yang lain.
ustaz bertanya,
"si pulan,ni surah apa ya?(ustaz pun membacakan beberapa potong ayat"

si pulan:
"surah at-taubah,juzuk 10"
masyaAllah,sepantas itu!subhanallah~

aku mula terfikir,
masih ada lagi pemuda seperti ini rupanya?
satu dalam seribukah?mungkin tidak~
ramai lagi yang aku belum ku ketemui.


                                                *****************************************
LAYAKKAH AKU MENJADI BIDADARIMU?
MU tidak lagi aku tujukan kepada sesiapa,tapi MU itu ditujukan kepada insan yang soleh sepertinya.

layakkah aku?atau begini sebenarnya soalanku..
tak layakkah aku?
berbeza bukan maknanya,,mm..apa?x dpt?
cuba ulang,,ada perbezaannya..


kalau kau seorang tahfiz,mahukah kau seorang insan biasa sepertiku yang masih terkejar-kejar,merangkak-rangkak mencari kebenaranNya?
mahukah kau menerimaku dengan dosa-dosa semalam yang pernah ku lakukan?andai dapat ku putarkan waktu,pasti akan ku campakkan ia jauh dari dalam hidupku,namun,setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya,malah hidayah Allah itu lebih indah :)
mahukah kau memiliki insan sepertiku yang masih terumbang-ambing mencari identiti?

insan sepertimu memang terlalu baik untukku,
sehinggakan aku rasa tidak layak dan mustahil memiliki insan sepertimu,
tapi,aku tidaklah begitu jahat sehingga tidak layak memiliki insan sepertimu,
dan aku perlukan yang terbaik itu agar aku juga dapat mengikuti jejak langkahmu yang soleh itu,
tidak mengapa,Allah itu sebaik-baik perancangan.pasti ada yang terbaik,insyaAllah :)

Allah tidak pernah mensia-siakan hambanya,namun kita?
tepuk dada tanya iman~

"perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji,dan laki-laki yang keji untuk perempuan yang keji,sedangkan perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik,dan laki-laki yang baik untuk perempuan yang baik...."
(surah an-nur:26)

aku hanya mampu menyediakan diri dengan ilmu-ilmu dan pengisian rohani,
bukan hanya semata-mata untukmu,malah untuk diriku dan menambahkan lagi rasa taqwa ku padaNya,
aku hanya mampu memandang insan sepertimu dari jauh sahaja,
agar terpelihara hatiku,dan tidak aku melebihkan cintaku selain dariNya,
aku masih berusaha sekuat-kuatnya ke arah itu.

wahai insan yang tidak aku kenali,
bimbinglah aku ke syurgaNya~
semoga cinta ini menambahkan lagi rasa cinta padaNya.


"aku mencintai mu,kerana agamamu,jika kau hilangkan agama dalam dirimu,
hilanglah cintaku padamu"



*ok2..dah2..abaikan episod ni,hanya selingan..

PELIHARA HATI HIASI PERIBADI!
berusahalah ke arah kebaikan~

*errk..geli sikit ayat jiwang di sini,tapi untuk mencantikkan bahasa..hehe..
walauapapun...dahulukanlah cinta kepada PEMILIK SEGALA CINTA!

(maaf,nama2 watak pemuda tidak boleh dinyatakan demi kemaslahatan bersama terutama tuan punya blog..hehe)bagi sesiapa yang dapat detect watak-watak di atas,minta jasa baik,dirahsiakan..tapi rasanya,tak kot..ini hanya sekadar satu inspirasi menjadi diri lebih baik..

duhai mata,menunduklah engkau,
duhai hati,menunduklah dikau..
jangan dicemari dengan keindahan2 yang boleh merosakkan jiwamu~
sesungguhnya Allah itu maha cantik dan suka pada kecantikan :)

wanita solehah impianku~


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

kem i'rob -bahagian 1-

assalamualaikum~kaifa halukum?
hehe,lama rasanya saya dah tak update blog ni,,
maaf,agak busy sebab baru balik dari kem i'rob as i have told in my last post :)
and internet pula kena potong untuk dua hari,hehe,,lambat bayar beberapa hari je pun,
actually macam salah faham je tu~
alhamdulillah,akhirnya,bi iznillah, dapat juga attend walaupun pada mulanya agak berbelah bagi,
nak cerita secara detail tu tak kot walaupun kadang-kadang saya ni memang tercerita detail2..hehe,,
as i had told too in my last post,kem ni (actually,it was not a camp,it was like a seminar/'kursus')
mula-mula intan ingat kem ni sampai hari rabu,tiba-tiba dah sampai sana,mereka kata sampai hari khamis!wa~dah la homesick..HAHA.kelakar kan?homesick??
hehe,biasalah kot hari pertama..hari kedua dah tak homesick sebab seronok sangat belajar!
masa homesick ni teringat kenangan jadi f1 di smap labu,tapi intan tak de la pula sampai nangis masa kat SDAR ni,well~sekolah yang intan teringin sangat nak pergi masa duduk smap dulu,intan dah pun berkesempatan nak pergi,ALHAMDULILLAH :)

sebenarnya,kalau nak diikutkan,apa yang berlaku selama 4 hari pembelajaran,
jadualnya adalah sama sahaja.
kuliah:8.00-10.30,11.00-12.30,2.30-4.30(but hari isnin dan rabu free),5.00-6.30(except on tuesday,kami ada ridhah!:),8.30-11.00..
macam ni la hari2!walaupun jadualnya nampak macam bosan!
but,it was very exciting(bagi orang yang minat belajar arab la kan)hehe..tak de la..
tapi normally,yang datang ni mesti minat arab kot,lagipun nak belajar dekat timur tengah especially dalam bidang agama ni mesti kena pandai arab!kitab2 nya semua dalam bahasa arab..
ha!inilah antara objektif kem i'rob sebenarnya~
*supaya kita mampu/malah mahir membaca kitab arab bila belajar di sana nanti.
*lepas tu,dapat mahirkan diri rujuk kamus dengan lebih mudah(emm...emm..rujuk kamus pun ada caranya~)
*tambah vocab~
*banyak lagi manfaat yang kami boleh dapat,,
secara peribadinya,memang seronok especially sebab kami refresh balik tajuk-tajuk nahu&sorof!ALHAMDULILLAH~ingat lagi,insyaAllah :)
kelebihan ustaz rushdi ni mengajar yang intan nampak,beliau sangat meraikan pertanyaan,malah..awal-awal lagi ustaz dah cakap,siapa yang bertanya beliau akan raikan orang yang bertanya dulu!
jadi,rasa malu ke segan ke memang hilang masa belajar selama 4 hari ni kalau ada apa2 nak tanya,lagipun,soalan tu memberi maklumat dan manfaat juga untuk orang lain,,
sebenarnya,nak promot2 juga ni..bagi sesiapa yang nak attend class ni..ada lagi untuk sesi 2..
insyaAllah,buad dekat SDAR jgk kot,tapi tak pasti lagi,tapi tarikh nya insyaAlah 3-8 jun..
tapi,sebelum nak attend yang sesi 2 ni,kena jugak tahu apa yang dah dipelajari masa sesi pertama ni,,jadi,kalau nak intan tolong,boleh juga..hehe..insyaAllah~
insyaAllah,sepanjang pembelajaran ni,mungkin akan di'cd'kan(ada ke perkataan tu)hehe..tapi masih dalam proses kot cd tu,sebab cd tu ikhwah(lelaki) yang buat,,
mm,susah nak beri gambaran keseronokkan time belajar ni..tapi sangat seronok..
ha!lupa nak cerita!
antara bahan2 yang kami guna,
ustaz ada provide buku nota yang ustaz buat,and 3 helai kertas(nota) yang sangat bgus isinya
and bahan yang paling penting ialah!!
KITAB ARAB KISAH NABI SULAIMAN DAN BALQIS,,
jadinya,kitab ni lah yang kami kena baca,fahami dan bariskan..
tapi kebanyakannya sudah dibariskan,tapi yang tak berbaris tu,kami kene lah bariskan mengikut kesesuaian nahu&sorof nya,,maknenya,kalau berbaris atas,kenapa?bawah kenape?ala~yang belajar arab tinggi faham lah kan..jadi objektifnya,supaya kita mudah nak baca kitab arab yang tak berbaris nanti :) jadi,untuk sesi kedua,insyaAllah,akan belajar kitab yang tak berbaris kot!
chaiyok2!
untuk hari pertama,memang slow kami i'rob!setengah muka surat 4 jam!!
baru setengah muka surat~jumlah helaian buku tu,ada 15 muka surat..tapi dah malam dan hari-hari seterusnya,dah makin laju,,dan akhirnya berjaya dihabiskan pada hari terakhir,itulah bukti kualiti yang ada pada ustaz rushdi dengan kebijaksaan strategi pembelajarannya~malah pendekatan dua hala yang digunakan oleh ustaz,amat berkesan!
mm,,nak cerita apa lagi ek,banyak sebenarnya,,tapi nanti berjela2~ini pun,intan rasa cerita ni macam kelakar je...hehe..hope dapat memberi gambaran pada orang lain :)
kalau berminat untuk sesi 2,haiya2!jom2!nak beritahu intan pun boleh,tapi as i had told before,intan kena juga bagi penerangan sikit2 apa yang dah belajar before ni,and yang attend kursus ni semuanya yang ingin melanjutkan pelajaran ke timur tengah dalam bidang agama..but,kalau sesiapa yang memang nak belajar pun boleh :)
sebelum tu,program ni under ISMA :)
(ikatan muslimin malaysia)
harapnya,program ni dapat menambah rasa cinta terhadap bahasa al-qur'an!!
and menambah semangat dan keinginan untuk mengkaji ilmu-ilmu islam jika ada rezki belajar di bumi anbiya'
haiya2 takallam fil lughatil 'arabiyah~
*antara output yang baik nye,,sebebnarnya intan semakin berminat menggunakan 'ana-enti' ketika bercakap..cuma dalam blog tak guna la..intan baru mula dengan rakan2&akak2 yang sertai i'rob di mana mereka memang guna sejak sekolah..ang intan dah ajak sahabat saya,AINA untuk guna bahasa mcm ni,,sounds interesting dan 'zuk' islam tu terasa~*
*another onformation..majoriti yang sertai kem ni lepasan STAM!hehe..hanya 3 orang sahaja lepasan SPM,dari kalangan akhawat la~ikhwah intan tatau sangat~seronok dapat berkenalan :)
ukhuwah fillah~
MARI BELAJAR BAHASA ARAB!!
LUGHATUL JANNAH~
LUGHATUL QUR'AN~
MUMTAZ UNTUK UMMAH!
orang yang sentiasa menuntut ilmu itu,,akan sentiasa berada di jalan Allah..
teruskan menuntut ilmu dan jangan berputus asa!
untuk malkumat lanjut boleh lawat ke laman wed ini
web ni mungkin lebih detail and proper cara ceritanya..hehe..
gambar sepanjang kem:sila ke link ini.(lama sangat nak tunggu gambar ni loading,tengok kat fb je la ye :p)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed