Saturday, September 24, 2011

semua untukMu

assalamualaikum :)
lama rasanya meninggalkan blog.*setiap kali tulis blog,mesti ulang ayat ni*
mungkin saya merasakan penulisan blog ni antara komitmen saya.bukan membebankan,tapi saya sendiri rasa 'tak keruan' andai jarang update blog.yang menambahkan lagi kebimbangan andai blog ini tidak diisi dengan pengisian-pengisian yang bermanfaat.pada saya,meng'update' blog memerlukan beberapa kajian terutamanya jika hendak mengeluarkan ayat-ayat qur'an atau hadis,atau mungkin juga fakta-fakta mengenai sesuatu perkara.maka,kerja meng'update blog' ni,tidak cukup satu jam andai ingin memberi pengisian-pengisian yang baik serta hujah-hujah yang mantap.jadi,dek kerana sibuk dengan assignment,dan tidak boleh memberi komitmen yang terlalu lama untuk update blog,saya tangguhkan dulu penulisan.walaupun saya masih terlalu muda dan kurang ilmu,tapi saya lebih senang andai diberi kebebasan fikrah untuk mengeluarkan pendapat melalui penulisan.Allah menciptakan manusia pelbagai untuk kita saling berkenalan,tukar pandangan untuk melahirkan umat yang mantap.akal yang Allah kurniaakan kepada manusia merupakan ciptaan yang paling istimewa untuk manusia manfaatkannya untuk perkara-perkara yang berfaedah.


"Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal"-surah al-hujurat : ayat 13



 semoga kehidupan kita sentiasa diisi dengan perkara bermanfaat dan dapat memberi manfaat pada orang lain.

” Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain ” (HR. Bukhari).

jumaat lalu,tamatlah sesi kuliah untuk semester 1.minggu ni merupakan 'study week' sebagai persediaan hadapi peperiksaan akhir yang berlangsung 2/10-11/10/doakan yea ;)
cepatnya masa berlalu.rasanya macam baru sahaja habis SPM.dah nak hadapi exam dekat Universiti.

********************************************************************
cepatnya masa berlalu~
apakah pengisian kehidupan kita sepanjang perjalanan kehidupan?
kalau soalan untuk saya,"apa yang saya dah lakukan selama 18 tahun saya hidup di muka bumi Allah,menghirup udara Allah,makan makanan rezeki dari Allah,berjalan berbumbungkan langit Allah bertapakkan darat milik Allah,mempelajari ilmu milik Allah,dan macam-macam lagi yang segalanya milik Allah." anda bagaimana?mungkin sebaya dengan saya,atau mungkin 20++/30++,yang mana lebih lama dari saya..apakah pengisian hidup anda? :)

faktor umur bukanlah satu ukuran untuk menjamin kehidupannya lebih bermanfaat atau lebih berkat.kita buka sikit satu kisah tokoh iaitu imam nawawi.beliau seorang yang wara',zuhud dan bertaqwa.kehidupannya tidaklah terlalu lama.beliau meninggal ketika berusia 45 tahun,kalau nak ikutkan,45 tahun tu masih muda.tapi kehidupannya diisi dengan penuh perkara-perkara bermanfaat.sepanjang kehidupannya yang singkat itu,beliau telah menghasilkan banyak kitab-kitab.malam harinya pula diisi dengan ibadah dan penulisan kitab.maka sepanjang hidupnya itu,tiada apa pun yang sia-sia.

teringat masa sesi kuliah 'usus aqidah' tajuk 'العمر لا يزيد و لا ينقص' (umur tidak bertambah dan berkurang) ustaz saya ada memberi sedikit penerangan.tapi tak berapa ingat kata-katanya.tapi penerangannya lebih kurang macam ni.sejak azali lagi,hidup dan mati kita telah ditentukan oleh Allah.ajal maut semuanya telah ditentukan oleh Allah.memang kita berdoa pada Allah "ya Allah,panjangkanlah umurku" tapi panjangnya umur itu bukan lah dengan menambah bilangan umur dengan jangka yang lebih lama.sebaliknya,umur itu dirasakan lebih panjang atau lebih lama dengan adanya keberkatan pada umur itu. ~wallahu 'alam~
*berdoalah agar umur kita,perjalanan hidup kita sentiasa dalam redha dan keberkatanNya*

bagaimana pula dengan orang yang hidup lama?bermanfaat atau tidak,bermakna atau tidak kehidupan kita itu,hanya kita dan Allah sahaja yang tahu.kita juga boleh memilih dan mencorak bagaimana kehidupan yang kita kehendaki.andai hidup lama,tapi diisi dengan penuh kemaksiatan,tiada gunanya.kita perlu sentiasa ingat,bahawasanya Allah menjadikan kita tidak lain tidak bukan hanya untuk beribadah padaNya.
dalam firman Allah:

و ما خلقنا الجن والإنس إلا ليعبدون
"TIDAK AKU CIPTAKAN JIN DAN MANUSIA MELAINKAN UNTUK BERIBADAH KEPADAKU"
surah az-zariyat:56






dulu masa zaman sekolah,ustaz/ustazah selalu pesan "buat sesuatu mesti kerana Allah"
"belajar mesti kerana Allah" pelajar pun angguk-angguk kepala.'baik-baik,aku buat ni kerana Allah la ni' tapi,dari hati ke?bukan nak cakap orang lain,saya pun dulu kurang menghayati konsep lillahi ta'ala.macam belajar kerana Allah.selalu terfikir,'hmm~macam mana nak belajar kerana Allah ni' tapi bila dah naik f5,rasanya matlamat tu lebih jelas.dan lepas SPM dan sejak masuk U ni saya lebih jelas,apa itu 'lillahi ta'ala :)
indahnya hidup kerana Allah ^.^


saya bagi contoh:
seorang muslimah yang ingin menutup aurat.dia ingin memakai tudung labuh.tapi yang menjadi kebimbangannya ialah,dia merasakan dia tidak kelihatan 'hot',dia rasa tak boleh nak melawa di usia mudanya,dia rasa kelihatan gemuk andai memakai tudung labuh.
cuba fikir semula,apa erti menutup aurat?untuk melawa ke?berfesyen?
andai kita sedar hadaf(matlamat) utama menutup aurat,maka,segala pemikiran2 tadi,akan lenyap.menutup aurat itu syariat Allah.pentingkah aku kelihatan cantik/'hot' di mata manusia sedangkan Allah murka.Allah itu cantik dan suka pada kecantikan.tapi sama ke penilaian cantik Allah dengan cantik manusia?


perlu dingingatkan semula,segala yang kita lakukan mestilah bermatlamatkan Allah.kehidupan yang tidak jelas matlamat hingga penghujungnya umpama perbuatan yang sia-sia.seperti manusia yang bermatlamatkan kekayaan di dunia.jadi kemana akhirnya kekayaan tu?hidup perlu bermatlamatkan akhirat.itulah kehidupan yang hakiki.


mentor saya di nilam puri,prof.madya dr.shukri(pakar siasah syariah) pernah bertanya:
"seronok ke kehidupan di dunia?"
kehidupan di dunia ni hanya sementara untuk kita kejar semua perkara.seperti tiada apa-apa pun yang perlu kita kejar untuk dunia.semua perkara yang kita lakukan di dunia ini,bekalannya untuk hari akhirat nanti :)
beliau juga menceritakan gambaran2 di syurga.lelaki yang paling kurang amalannya,akan ditemani oleh 70 000 bidadari.itu yang paling kurang imannya,kalau yang lebih banyak amalannya?
betapa Allah maha pengasih lagi maha pemurah :) kejar dunia,hanya dunia yang kita akan dapat,tapi kalau kejar akhirat,dunia akan ikut serta ^^


andai esok  tiada lagi,sudah cukupkah bekalan kita untuk bertemuNya?
andai esok ajal kita,apakah bermanfaat sepanjang kehidupan kita?
andai esok nafas terhenti,sudah cukupkah bakti kita pada ibu bapa?
andai esok tiada lagi cahaya,layakkah kita ke syurgaNya?
andai esok hari penipuan dajjal,adakah aku di pihak yang benar atau sudah buta dengan penipuan dajjal?
andai esok hari penamat dunia,adakah syafaat untukku?
andai esok aku di padang mahsyar,di golongan manakah aku berada?


*post ini bukan sahaja peringatan untuk anda,tetapi juga untuk saya yang masih lagi mencari sinar-sinar jalan ke syurgaNya*


sekian.
-time to study! :) doakan intan untuk final exam ni :)
.semoga kejayaan ni menjadi wasilah untuk intan berjaya dan buka peluang untuk beri manfaat pada orang lain!


ممتاز لأمة،خدمت الإسلام
mumtaz untuk ummah,berkhidmat untuk islam! :)






-ramainya ibu bapa dah ke mekah untuk menunaikan haji,seronok intan dengar .bila mama intan nak pergi?arwah ayah dah buat dah niyabah haji.mama,nanti kita pergi sama-sama yea-semoga Allah buka jalan dan mudahkan urusan-
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, September 13, 2011

SELAMAT JALAN :)

suka sangat lagu ni.setiap lirik yang sangat bermakna.
intan nak tujukan nasyid ni untuk sahabat2 yang akan fly ke mesir dan jordan esok pagi.
*tapi dah pergi airport malam ni kan?*


AINA,AMIR,SHAZREEN,IKRAAM,AZIZAH,FAKHIRAH,WAN ALIA AMALINA,ARIF IMRAN,ARIEJ,NASYRAF,ZAHIRAH ALIA.^.^

untuk sahabat2 yang dah pun fly ke sana.

SOLEHAH,KHUSYAIRI,SALMI,KAK ZAHRA' :)

AMIRUL ARIF -24 HB.



sedikit ucapan.hoho *

semoga sentiasa diiringi keberkatan dan redha dariNya.
jaga diri.jaga hati.
chaiyok!jangan tak balik malaysia pulak :D
jangan lupa saya :'( *haha*
semoga pengalaman dan ilmu yang dapat kat sana nanti,dapat kita sama-sama kongsi bila dapat jumpa nanti.
ikhlaskan hati menuntut ilmu keranaNya.kalau ikhlas hanya untuk Nya,insyaAllah,kejayaan lain akan turut mengiringi anda :)
manfaatkanlah bumi anbiya' sebaiknya.
carilah mutiara-mutiara indah di sana.
semoga tarbiyah itu sentiasa mengalir untuk pengislahan diri :)
doakan saya di sini ♥

*sedihnya korang nak pergi* jujur^^
tapi bila piki,kalau nak sedih sangat pun,hari2 jumpa kat FB.haha.skype pun ada nanti :)

to aina:
saya dah nak nangis semalam.hehe.
tapi tahan :D sape nak jalan2 dengan sy lepas ni? :')
hehe,ok!tak nak buat aina sedih!saya kena bagi semangat! :)
i'll miss you.

I'LL MISS YOU ALL.
ZEALOUS 0610 ADALAH PERTEMUAN TERINDAH DALAM HIDUP SAYA.

bertemu dan berpisah keranaNya.

bak kata syamirul =p

'walau raga kita terpisah jauh,
namun hati kita selalu dekat'
:D

Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)


SELAMAT JALAN.
:)



MEMANG SUKA LAGU BANYAK2 NI =p
banyak sangat lagu untuk sahabat kalau nak letak :)

INTAN SENTIASA DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK ZEALOUS 0610.

SMAP LABU 0610.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, September 12, 2011

cari masa untukNya

assalamualaikum~
sibuk nyaaaaaa minggu ni.smpai kurang terurus rasanya.


sampai intan rasa nak cakap macam ni :

maaflah kalau ada ter kecilkan hati sesiapa,tak layan ke..memang kelam-kabut +.+

lagi2 hari ni,terkejar2 nak hantar assignment aqidah +.+
alhamdulillah,submitted! :)

lepas tu,kena siapkan video untuk dokumentari pulak~
penting betul IT zaman sekarang ni,belajar bidang agama pun kena pandai movie maker + cyberlink ni.-.-'
tapi untung juga,dapat belajar.
DAN tak semestinya orang belajar bidang agama ni tak pandai IT.*cewah^.^*
(baru belajar sikit je -.-)
IT pun penting zaman sekarang untuk sebarkan dakwah :)

memang sangat busy lepas raya ni,blog pun dah kurang pengisian -.-
sedih sebenarnya tinggalkan blog dengan tak de pengisian,
*post kali ni pun macam x de pengisian -.-*

tapi sesibuk mana pun kita,MESTI KENA ADA MASA UNTUKNYA! :)
setiap masa kita biarlah untukNya.

insyaAllah,lepas final exam,cuti sebulan! *yeay!:D*
boleh la buat pengisian,itupun andai Allah beri ilham untuk mengarang :)
within 3-4 weeks ni pun,kalau ada kesempatan,ada idea,akan buat pengisian pada blog..

lagi 2 minggu nak exam~
paling risau exam aqidah..macam mana nak jawab,,tolonggggg~
kalau dalam bahasa melayu tu,mungkin la boleh kuasai,tapi bila dalam bahasa arab ni,takut jugak +.+

belum cuti lagi,gambar je over :D
2/10/2011-11/10/2011
doakan yea :)
selasa malam tu jugak nak balik rumah!hehe =p
nak jumpa mama.
belum cukup berbakti lagi pada mama :(

panjangkan umurku ya Allah agar aku sempat berbakti pada ibuku.
panjangkan umurku ya Allah kerana masih kurang lagi amal ibadahku :(
semoga perjalanan hidup ini sentiasa terpimpinan dengan hidayah dariMU.

ربّي يسّر ولا تعسّر!

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, September 1, 2011

bukan mudah

TELAHKU PILIH JALANMU.

kadang-kala bukan mudah untuk istiqamah,
terlalu lemah untuk melawan.

ya Allah,bimbinglah langkahku untuk terus istiqamah.
untuk terus kuat berada di jalanMu.

aku akui aku bukan yang terbaik.
malah aku tidak pernah merasakan aku terbaik.
memang mudah untuk berkata-kata.
aku berpesan kepadamu supaya aku juga kuat untuk melakukannya.
namun aku juga insan biasa.naik dan turun imannya.
kadang-kala aku juga lalai,aku juga teralpa.
bukan niat sengaja,mungkin juga tidak sedar.
kadang-kala sengaja,memang aku insan yang lemah :'(

aku insan yang lemah yang masih amat memerlukan perlindungan tuhan.
yang masih amat memerlukan bimbingan.

ingatkanlah aku.
tegurlah aku.
katakanlah padaku.

sungguh,bukan mudah menerima teguran.
namun,andai kata-kata itu benar,aku berdoa pada Ilahi,
agar hati ini terbuka selua-luasnya untuk menerimanya.
قل الحق ولو كان مرّ!!
katakanlah benar walaupun pahit.

kepada yang berburuk sangka:

tidak mampu aku untuk menahan mereka yang berburuk sangka padaku.
aku hanya mampu mengatakan,hanya Allah leih mengetahui.
maka,itu sudah cukup menjadi pengubat hati :)

"lelaki itu saudaraku"

perlukah aku khabarkan kepada semua orang 'dia saudara ku'
tak mampu aku untuk meng'iklan'kan sepanjang masa.

"mm,sekarang je bertudung labuh,kerja nanti makin pendek la tudung"

memang aku tidak kuat tanpa pertolonganNya.
ya Allah,kuatkanlah aku untuk meneruskan jalan yang telah ku pilih ya Allah.

ya Allah~hanya kau yang mengenali hambaMU...
لا حول ولا قوة إلا بالله العليّ العظيم

AKU BUKAN INSAN YANG SEMPURNA..
jangan meletakkan harapan yang tinggi.
tapi aku amat memerlukan semangat dan sokongan.

bukan mudah di jalan dakwah.

"SESUNGGUHNYA AKU MENCINTAI ORANG SOLEH,
PADAHAL AKU BUKAN DARIPADA MEREKA.
HARPANKU AGAR AKU MENDAPAT SYAFAAT APABILA BERSAMA MEREKA NANTI.
DAN AKU MEMBENCI MEREKA YANG MELAKUKAN MAKSIAT WALAUPUN AKU SENDIRI MUNGKIN BUKAN DARIPADA MEREKA"
-IMAM SYAFI'E-




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed