Friday, March 23, 2012

Mendambakan Insan Seteguh 'Ibrahim' Walau Diri Tidak Sekuat 'Hajar'~

'Bukanlah aku sengaja,
melindungi rasa di jiwa
namun bimbang diri kan terleka
hanyut dibuai angan dan mimpi indah
hingga terabai segala ciya
sedang khayalan tak menjanjikan
segunung kebahagiaan
sebagai mahar hantaran'
-mahar cinta-devotees

teringat roomate suka dengar lagu ni. :)

banyak betul rancangan,pengisian,ceramah tentang cinta sejak kebelakangan ni.
atau mungkin saya yang baru perasan perkara ni sering dibincangkan terutamanya di IPTA&IPTS.
(nilam puri je jarang buat kot ;p) tapi pernah juga sekali,kami jemput pensyarah dalam untuk sesi forum.

saya ingat lagi,anak sepupu saya(sekarang di tingkatan 5) mengajukan soalan:
'kak intan,sebenarnya couple ni salah ke?'


dan saya masih belum menjawab soalan dia secara jelas.ternyata saya rasa,mungkin dia masih samar-samar.atau mungkin sudah jelas lantaran terlalu banyak pengisian ceramah & entry-entry blog tentang isu ini.soalan mudah,nampak remeh,tapi sukar untuk saya jawab.
secara ringkasnya,dan semua sudah maklum,
cinta itu tidak salah,tapi manusia yang bercinta sering melakukan kesalahan.
cinta itu tidak salah,tapi couple itu ada salahnya.
cinta itu tidak salah,tapi biar kena dengan syariatNya.
cinta itu fitrah,tapi jangan sampai jadi fitnah.
jom raikan cinta!


saya tetarik dengan entry terbaru dari laman blog ini.
apabila kita jatuh cinta
ternyata ramai manusia gagal meletakkan cinta pada tempatnya.
ramai yang berpendapat,jangan terlalu syadid dengan isu cinta.saya setuju!kerana saya sendiri meraikan perasaan cinta.tapi cinta yang bagaimana harus diraikan?

isu cinta isu lemau.
isu cinta dianggap remeh,enteng,membosankan.
sejak dari zaman sekolah menengah,memang membosankan.isu cinta tiada henti,sentiasa menjadi isu terhangat
tapi sungguh!
cinta telah memakan banyak jiwa anak muda hingga anak muda jadi lesu dan lemah.
jangan menafikan andai cinta mampu buat anak muda 'liat' untuk hadiri ceramah agama.jangan menafikan andai cinta mampu buat anak muda sentiasa beralasan untuk menghadiri usrah.

sempat saya dan beberapa orang sahabat bertemu murabbi dan berbincang mengenai isu ini.

kata ustaz:
isu ini remeh,tapi bukan mudah.Kita nak berlawan dengan nafsu manusia,memang payah.umpama orang sedang minum arak,mabuk.kita cakap apa pun,tak dengar.
saya suka dengan analogi ustaz.
tapi tak bermakna kita tidak perlu berusaha.bangunkan mereka dari mimpi!bantu mereka.
saya nak bantu anda.
kami nak bantu anda.
tapi kalau kamu tidak mahu membantu diri sendiri .........

''Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. ''
ar-ra'd:11

hakikatnya,segala isi dalam entry ini,semua orang sudah maklum isinya.
apatah lagi golongan agamawan.semua sudah maklum,siap habis semua dalil sudah dihadam kalau untuk isu ini
cuma kita kurang mujahadah.kuatkan hati!hidup bukan untuk dihabiskan dengan perkara sia-sia.
jom lakukan perubahan!jangan drastik,istiqamah mohon doa padaNya.

Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka. 
surah al-hadid:16

manusia yang berusaha mohon keredhaan(jalan kebaikan)pasti Allah akan bantu.(surah al-ankabut:69)
alhamdulillah atas hidayah ini :)

'jangan pandang serong'
kadang-kadang,bila kita berada di posisi yang salah,kita selalu rasa orang pandang serong,kita rasa orang tak suka kita.hakikatnya tidak begitu.kita rasa dipandang serong kerana memang apa yang kita lakukan itu salah tanpa perlu menunggu orang lain beritahu apa yang kita buat itu salah.saya pernah jelaskan pada sahabat saya,hanya dua perkara 'kenapa rasa orang pandang serong' :
1)kerana memang ada orang pandang serong
2)sebab memang apa yang kita buat itu salah.

"Orang yang beriman melihat dosanya umpama gunung yang besar yang akan menghempapnya manakala ahli maksiat melihat dosanya umpama lalat yang hinggap di hidungnya; apabila ia mengisyaratkan dengan tangannya, maka lalat itu akan lari."
(Hadis riwayat Bukhari)

Allah Allah~bimbangnya akan dosa tanpa sedar.
.
simpankan aku seorang mujahid


semua orang mendambakan yang terbaik.buktinya,semua tetamu majlis ceramah dan pengisian tentang cinta itu pasti menghadirinya kerana mahu yang terbaik.mahu cinta didasari iman,mahu mencintai & dicintai kerana Dia. manusia makin mengerti dan mahu meletakkan cinta pada tempatnya.fitrah.manusia semua cenderung pada kebaikan.


'aku lihat dia,dari awal sudah ditarbiyah,
sedang aku baru mengenali apa itu tarbiyah.
aku lihat dia,dari awal sudah kenal erti perjuangan,
sedang aku baru kenal apa itu perjuangan.
aku lihat dia,sudah banyak ilmu & kefahaman,
sedang aku,baru merangkak mencari ilmu & kefahaman.
apakah layak mendambakan insan seteguh 'Ibrahim' walau diri tidak sekuat 'Hajar'?~


fokus pada akademik dan perjuangan!
study nombor satu tapi jalan juang bukan nombor dua.
masih banyak kerja hendak dilaksanakan dan belum selesai.
bukan menafikan perasaan cinta,tapi saya bukan insan yang cukup kuat untuk meletakkan cinta pada tempatnya bila diuji.
jadi!insan-insan seperti saya perlu bijak mengambil pelbagai inisiatif untuk memastikan cinta pertama hanya untuk Dia dan cinta suci hanya pada yang selayaknya.

bimbanglah saat cinta itu melalaikan,
menangislah andai cinta itu melebihi dari cinta pada Nya,
gelisahlah andai cinta itu merosakkan ibadah.
:'(

orang mukmin itu sentiasa berhati-hati menjaga hatinya.
 
ayuh mujahadah!
hijabkanlah hati ini pada insan yang belum tentu halal bagiku~

salam perjuangan buat mujahid.moga engkau juga memilih jalan juang.
salam rindu buat sahabat seperjuanganku! 
saat bersama kalian adalah saat terindah bagiku.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, March 3, 2012

AKU TANPA CINTAMU.

bismillahi walhamdulillah :)

bertinta semula setelah  sebulan membiarkan blog tiada pengisian baru.
harapnya entry-entry lama dapat terus memberi manfaat pada diri sendiri dan sahabat-sahabat.

******************                     ***********************                    *******************

sekali-sekala ingin aku memandang ke belakang seketika.
melihat siapa aku yang dulu,supaya lahir rasa tawadu'.
melihat ke belakang hanya seketika,tanpa rasa penyesalan.
agar aku tidak berbangga dengan apa yang aku kecapi dan rasai sekarang.
malah merasakan tiap detik waktu 'jahiliah' itu satu hikmah yang aku sendiri tidak pernah terfikir apa yang sedang Allah aturkan.sungguh indah perjalanan ini.penuh liku tapi ada manis di akhirnya setelah kutemui hikmah-hikmahnya.

hingga aku menjadi aku seperti hari ini.
bukanlah satu perkara yang mudah untuk aku kecapi.
ramai yang berkata : 'jangan ingat kisah lalu,kalau asyik pandang ke belakang,nanti kita 'down' untuk ke hadapan'
saya tidak nafikan,tapi saya mungkin salah seorang yang memandang ke belakang seketika dengan penuh pandangan positif.

bagaimana?

kerna kini baru aku mengerti,kenapa aku pernah gagal masa dulu?
supaya saat aku hampir kecapi kejayaan kini,aku menjadi tertahan untuk mendabik dada.
kerana aku pernah gagal.kalau bukan kerana aku pernah menangis dan merayu minta pertolongan SANG PENCIPTA dahulu,apakah aku masih mahu mengatakan ini semua hasil usahaku semata,tanpa pertolongan dariNya?

kerna kini baru aku mengerti,kenapa aku pernah merasai sedikit waktu-waktu kejahilan?
supaya saat aku sedang hidup dengan kehidupan penuh tarbiyah kini,aku menjadi tertahan untuk mengaku aku lah manusia paling baik/sempurna.
kerna aku bisa memahami mengapa mereka masih dalam kejahilan.kerna mereka tidak mengerti dan tidak faham.mungkin tiada yang beri kefahaman,atau mungkin kita tidak mengerti yang mereka sedang berperang dengan diri untuk ke arah kebaikan dan terkadang tertewas.
jangan lupa,kita dulu juga begitu saat bermujahadah(islah).malah,hingga kini juga kita terkadang masih tertewas.

kerna kini baru aku mengerti,kenapa aku dahulunya aku hanya menjadi orang biasa-biasa (orang bawahan)?
supaya saat aku bercita untuk menjadi orang yang luar biasa,aku menjadi tertahan untuk merasa diri terlalu hebat.
kerna aku masih ingat bahawa aku cuma insan yang lemah.pernah berada di bawah-bawah.tiada kekuatan dan kudrat tanpa DIA.Allahu Allah~
siapalah aku tanpaMU?

walau apapun kisah lalu,itu tetap yang dulu.
aku cuma memandangnya seketika supaya lahir rasa tawadu'.
memandang dengan penuh pandangan positif.
aku bukan sesiapa tanpa bantuan DIA.

aku cuma insan biasa namun punya cita luar biasa.
cita luar biasa itu tidak akan tercapai andai tanpa bantuan DIA.
terima kasih pada DIA kerana membawa aku ke bumi tarbiyah nilam puri ini.
حسبنا الله ونعم الوكيل...ولاحول ولا قوة إلا بالله العلي لعظيم


'jiwa yang besar lahir dari cita-cita yang besar dan mulia' 
masihku ingat kalam itu.

aku sedang memenuhkan hati dengan penuh rasa cinta,
kerna aku mahu kongsikan ia pada semua.
supaya semua dapat merasai cintaku.
kerna dakwah itu cinta.
kerna kehidupan ini satu cinta.
kerna ukhuwah itu satu cinta.
kerna perjuangan itu menuntut cinta.
kerna pengorbanan ini bukti cinta.
kerna islam itu mengajar erti cinta.


dan kerana CINTA teragung itu hanya untuk DIA :)
ya Allah,genapkan dan penuhkanlah hati ini dengan cahaya cinta untukMu




P/S: selamat menduduki imtihan akhir buat semua mahasiswa/mahasiwi APIUM,nilam puri.
moga mendapat keputusan yang terbaik.
'akademik kena jaga.kalau tak sasaran dakwah tak capai.dakwah mantap akademik perkasa'
-pesan ayahanda ustaz zamri-pensyarah apium nilam puri.


to all readers,doakan intan dapat jawab soalan dengan baik sepanjang imtihan akhir ni.cuaks.
imtihan bermula 4-13 mac 2012.
kemahiran al-qur'an,ulum qur'an,matematik,BI,muthalaah,maqal,asas komputer, nahu&sorf.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed