sambil baca,dengar lagu ni ei,,hehe,,,
“Tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
masa terlalu mencemburui detik kita bersama.
kini,kau dan aku terpaksa berpisah.namun,yang berpisah itu hanyalah jasad.
kerana hati kita sentiasa terpaut atas dasar cinta kita kepadaNya,insyaAllah.
ya Allah,terima kasih kerana mengirimkan sahabat seperti dia.
terima kasih kerana mengirimkan aku sahabat yang boleh mengingatkan aku kepadaMu.
nikmat ukhuwah ini terlalu indah sehingga tiap detik saat berlalu walau berjauhan,tidak pernah sehari pun aku melupakan dia.semuanya atas dasar ukhuwah fillah yang telah kau takdirkan.
dia.
AINA NAZURAH.
aina~terima kasih sebab selalu jadi pendengar yang setia.walaupun kita jauh,tapi setiap kali ada masalah mesti kita buat karangan sama-sama. :) saya harap awak tak bosan baca karangan saya.terima kasih atas segala nasihat,dorongan dan sokongan.terima kasih atas segalaNya,rasa syukur yang tak terhingga juga pada Allah yang telah mempertemukan kita.
bulan 9 nanti,awak nak pergi mesir dah.makin jauh.tapi kalau ada masalah,hantarlah karangan pada saya.
saya mesti baca! ^.^ bila awak cerita masalah awak,itu tanda awak ingat saya. :)
Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu, satu kerumitan daripada kerumitan Akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutupkan keaibannya di dunia dan akhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya. (Riwayat Muslim)
kalau nanti awak dah berkenalan dengan lebih ramai sahabat baru,jangan lupakan saya yea.pasti mereka jauh lebih solehah dari saya.terima saya seadanya.
hari akhirat kelak,andai saya hampir tersungkur ke neraka,dan awak hampir ke pintu syurga,hulurkanlah tangan awak dan bantulah saya kerana saya juga mengharapkan yang sama.semoga kita sentiasa menjadi sahabat yang saling memperingati agar sentiasa berada di landasanNya.
andai saya salah,tegurlah saya.
andai saya lupa,ingatkan saya.
andai saya leka,kejutkan saya.
andai saya putus asa,bantulah kembalikan semangat saya.
terima kasih kerana mendoakan saya dari jauh.
terima kasih kerana memaafkan saya.
terima kasih kerana memahami saya.
terima kasih kerana menjadi inspirasi.
terima kasih kepadaNya atas ukhuwah yang tak ternilai ini.
awak akan sentiasa dalam doa saya.doakan saya juga :)
*tadi kan aina,sebenarnya ada slot bidadari kat sini,ada sebut asal sahabat.pastu dia pasang lagu sahabat yang sy bagi kat awak ritu~^.^
saya ingat awak~rasa nak peluk awak masa tu,saya cari orang supaya dapat menggantikan tempat itu,tapi tak jumpa.hanya sekadar boleh melepaskan rasa sedih sahaja.saya teringat kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi antara kita.biarpun kenangan tu kadang-kadang terlalu pahit,tapi bila di ingat semula,jadi perkara yang manis dengan ukhuwah yang terjalin sekarang.saya yakin apa yang pernah berlaku itu,usaha syaitan yang cuba memisahkan dua roh yang bersatu atas kalimah لا اله ال الله محمد الرسول الله dan memisahkan dua jasad yang bersatu atas jalan dakwah.
semoga hati kita kuat ^.^
doakan saya berjaya :)ingat!dah jadi doktor sakit puan nanti,saya cop!haha :D
bantu agama yang kekurangan doktor muslimah :)kejayaan kita bukan untuk diri sendiri,tapi untuk agama dan ummah,insyaAllah~
"ya Allah,sahabatku buah hatiku,mesra kami penawar duka,
rindu kami menambah cinta,rajuk kami membawa ceria,ya Allah!silaturrahim kam ukhuwah fillah,
permusuhan kami,nauzubillah,berspisah hanya dengan mati,insyaAllah.pengikat hati kami,rabithah mardhotillah ♥"
sayang aina :)
Sabda Rasulullah: “Jika seseorang itu kasih akan saudaranya, beritahulah kepadanya bahawa dia kasih kepadanya.” (Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi)
*semoga ukhuwah fillah yang terbina antara kita dapat membantu juga sahabat2 lain mencapai mardhatillah :)*dan semoga sahabat-sahabat baru kita juga sentiasa mengingatkan kita tentang DIA :)
*malu la senanya aina bc post ni,,haha..tp mmg post ni utk dia pun.
No comments:
Post a Comment