Tuesday, June 26, 2012

Muhasabah sambil berlari.

Membuka langkah seribu,bimbang hujan sedang mengekori dari belakang.Kalau boleh,biar langkah lebih laju supaya sempat bergegas mencari tempat berbumbung,bimbang kehujanan ke kelas.Angin bertiup kencang seakan meraikan kegelisahan yang melanda hati sejak sore tadi.

Tiba-tiba hati bermuhasabah,
kalau hujan,kita masih mampu menyusun langkah seribu untuk memecut agar tiitisan hujan tidak menimpa.Andailah kematian juga kita boleh lakukan perkara yang sama,maka berapa ramai manusia yang sedang berlari-lari untuk mencari tempat berteduh?
Seperti juga hari kiamat,kalaulah mampu kita berlari sekuat hati tatkala bumi mengeluarkan isinya,tatkala langit tidak lagi mampu menanggung isinya.masihkah ada tempat berteduh dalam menghadapi dua keadaan ini?

ouh!terlupa untuk lakukan persediaan,sepatutnya sediakan payung sebelum hujan +.+
jadi tidak perlu runsing untuk mencari tempat berteduh bukan?

begitulah juga kematian/hari kiamat.bagaimanakah persediaan kita?
bimbang kita runsing nanti kerana persediaan tidak mantap.kalau sudah mantap,maka kita pasti tenang seperti si pembawa payung :)

Allah.Allah.yang bertanya ini juga sedang terasa dengan soalan sendiri.

'Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.' -surah al-A'raf:34-


moga bunga terus mekar menghiasi alam walau dilanda hujan & ribut.

hati bermuhasabah,kurang tenang.
kadang-kadang ingin berlari ke satu tempat yang tenang dan aman.
melupakan seketika segala masalah/kerja.
namun mungkin saat itu kita lupa,ada yang lebih dekat.
tidak perlu berjalan jauh,
kerana Dia sentiasa ada bersama. ♥
proses mendidik memakan masa,sabarlah duhai hati,jangan terlalu mudah berkecil hati.
sebenarnya,kau juga sedang dididik dalam mendidik.

p/s:dah lama meninggalkan dunia sastera melayu,hampir 2 tahun,sudah berkarat.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, June 14, 2012

Perginya seorang Murobbi

Lebih kurang jam 6.35 petang tadi,menjadi lakaran sejarah buat pejuang-pejuang Islam apabila menerima berita kehilangan Sang Murobbi Tarbiyah gerakan islam,Allahyarham Ustaz Yahya Othman.Walaupun hanya sempat bersama dua kali,namun,keterikatan jiwa itu sudah cukup melahirkan rasa hiba pada setiap insan yang pernah mendapat sentuhan tarbiyah beliau walaupun sekali.

Pengalaman pertama melihat susuk tubuh ini,masyaAllah,kelihatan uzur sekali.Terketar-ketar berjalan di atas pentas untuk beri pengisian.tapi masih mahu berdiri semasa beri pengisian.hebat semangat juangnya!Beliau sentiasa menghargai semangat juang anak muda.katanya,Rasulullah dahulu sangat utamakan orang muda.pernah juga beliau berpesan,jangan anggap nasihat itu remeh,walaupun sekecil-kecil perkara,jangan remehkan 'nasihat' orang lain.

Kali kedua bertemu,agak takut sebab kali ni dapat duduk lebih dekat berbanding pengalaman pertama.teringat sahabat ditanya:

'enta dah baca buku amal jama'ei?!'

ya Allah,kali ni rasa macam nak sorokkan kepala bawah kerusi pun ada,bimbang ditanya.

'ada soalan?kalau antum tak soal,ana akan soal!'

memang part ni paling gerun sikit rasanya.

Kata-kata yang paling bermakna dan saya masih ingat & pegang kata-kata ini :

'bersedialah untuk dilemparkan ke mana sahaja dengan harapan agar tempat itu diterangi dengan cahaya islam'

kalau perasan,saya abadikan kata-kata beliau di header blog ni.saya pun tak tahu kenapa saya memilih kata-kata beliau ni masa nak buat header blog lebih kurang 2 bulan lepas.tapi seminggu selepas header ni siap,saya dah dapat hujah kenapa saya pilih kata-kata ni.biarlah saya simpan dahulu hujah itu,insyaAllah,bila tiba masa yang sesuai,saya akan kongsikan.(kecuali kalau yang betul-betul nak tahu,boleh tanya secara peribadi)

antara pesanan lain yang tercatat dalam buku dan semasa pengisian:

beliau suruh catat apa yang disampaikan.
banyakkan membaca.
da'ei perlu baca al-qur'an dengan betul.
hendaklah bersabar dengan penentang/penghalang gerak kerja islam,Allah nak bagi pahala.

Tentang murobbi


Datuk Haji Yahya Othman merupakan bekas Exco Kerajaan Negeri Kelantan.
namun beliau lebih dikenali sebagai Murabbi Tarbiyah Gerakan Islam.pernah mendapat tarbiyah terus dari Ikhwanul Muslimin.


''Di kota Mekah, beliau berpeluang untuk menadah kitab di Masjidil Haram. Beliau sempat berguru dengan Syeikh Alawi al-Maliki yang mensyarah kitab hadis Sunan Abi Daud dan Syeikh Hassan Masyat yang mengajar kitab Mustalahul Hadis serta mengikuti siri-siri ceramah oleh Syeikh Muhammad al-Maliki. Guru yang turut berjasa dalam membentuk jati diri dan keperibadian beliau ialah Mudir (Pengetua) Madrasah Darul Ulum al-Diniah iaitu Syeikh Muhammad Yasin bin Isa al-Fadani (berasal daripada Padang, Indonesia) yang begitu alim dalam bidang ilmu falak dan usul fiqh. "....Temubual Ustaz Yahya Othman pada 23 Okt 2011 (diambil dari facebook cikgu Nazeli)


''ana nak(ingin) mati dalam jemaah dan perjuangan islam'' 


''jangan bagi sumpah setia kalau tak faham.kita tak mahu pondan.kita mahu lelaki dan perempuan tanggungjawab atas baiah'


untuk mengetahui banyak lagi tentang diri beliau,boleh la lihat di facebook.(banyak maklumat tentang diri beliau yang di post oleh anak-anak didik yang pernah mendapat sentuhan tarbiyah beliau.saya hanya sempat bersama dua kali sahaja,belum sempat mengenali banyak tentang diri beliau.




semoga rohnya dicucuri rahmat.ditempatkan dalam golongan beriman.
panjangkanlah usia ulama' yang masih ada.
masyaAllah,beliau pergi meninggalkan banyak jejak-jejak yang boleh diikuti,banyak sumbangan yang telah disumbangkan untuk islam,bagaimana dengan kita?


Daripada Abdullah ibnu ‘Amru ibnu Al-‘Ash R.A bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya ALLAH tidak mengangkat ilmu dengan mencabutnya dari (dada) hamba-hambaNya. Tetapi ALLAH SWT mencabut ilmu dengan mencabut (nyawa) para ulamak...." (Riwayat Bukhari)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, June 3, 2012

Mulakan Langkah dan Azam Baru

oleh: multimedia MPP APIUMNP
Selamat Kembali ke kampus Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,Nilam Puri buat sahabat-sahabat seperjuangan dan masih 'bermakna' untuk saya ucapkan Selamat Datang Ke APIUM Nilam Puri buat adik-adik yang baru sahaja mendaftar minggu lepas dan adik-adik dari Borneo yang baru sahaja mendaftar hari ini dan esok,insyaAllah.


    “Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.”
    [Riwayat Muslim]


InsyaAllah,esok bermulalah kuliah bagi pelajar semester 1 & semester 3.Tanamkan azam & semangat baru.Ikhlaskan niat hanya kerana Allah.Semoga setiap langkah sentiasa dalam redhaNya.Ayuh!sama-sama menjadi insan yang 'baru' dan berkualiti untuk Islam.


  • Elakkan berborak semasa pensyarah mengajar.
  • Jika tidak faham,jangan malu untuk bertanya pada pensyarah.
Seperti sabda Rasullulah s.a.w “Sesungguhnya ilmu itu adalah umpama gedung dan anak kuncinya adalah pertanyaan.Empat jenis golongan yang diberikan pahala di dalam menuntut ilmu,iaitu golongan yang suka bertanya akan sesuatu ilmu,Orang yang ada ilmu dan mengajar kepada orang lain,golongan yang yang mendengar orang yang mengajar ilmu dan orang yang suka dan kasih akan majlis ilmu.
  • Berikan sepenuh perhatian semasa dalam bilik kuliah terutamanya bagi yang malas mengulangkaji pelajaran.(fokus dalam kelas sangat penting!)-cara yang terbaik untuk berjaya-
  • Jangan tidur dalam kelas.keberkatan guru perlu dititikberatkan.
  • Manfaatkan pensyarah sebaiknya dengan bertanyakan soalan-soalan mengenai pelajaran atau isu-isu lain.
  • Jadi ahli kelas yang aktif dengan melibatkan diri dalam setiap perbincangan yang dilakukan.
  • Hadir ke kelas awal sekurang-sekurangnya 5 minit lebih awal.
  • Ikhlas kerana ALLAH. 
“Jangan mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan para ulama’, atau untuk berdebat dengan orang-orang bodoh, atau untuk memilih majlis yang terbaik (demi mendapat pujian orang). Sesiapa melakukan hal itu maka nerakalah tempatnya.”


Tips yang paling penting ingin ditekankan ialah,fokus dalam kelas.Tak kisah di posisi mana anda duduk dalam kelas ,sama ada di depan atau belakang,sila tumpukan perhatian.Lazimnya, kita kekurangan masa untuk ulangkaji pelajaran semula(kecuali bagi yang bijak menguruskan masa),jadi manfaatkan masa yang ada di dalam kelas.Apa yang kita dapat di dalam kelas,tidak sama nilainya dengan ulangkaji semula.Apa yang kita terima dari pensyarah tu,lebih berkualiti isinya.Jangan berborak terutamanya perkara yang tiada kena-mengena dengan apa yang sedang pensyarah bincangkan.Kurangkan ketawa(terbahak-bahak) pada perkara yang lucu semasa sedang belajar.Elakkan juga berjenaka yang melampau semasa sedang belajar.

Setiap orang pasti ada cara tersendiri.Saya mungkin agak syadid semasa sesi pembelajaran kerana jujurnya saya seorang yang kurang mengulangkaji selepas kelas.Saya berpendapat,jika tumpuan 100% telah diberikan dalam kelas,selepas kuliah saya boleh isikan dengan gerak kerja islam yang lain.Saya yakin,fokus di dalam kelas itu,ada keberkatannya tersendiri.

Semoga Allah sentiasa bersama kita.Selamat menempuhi medan tarbiyah di bumi ini.
Rasailah kelazatan & kenikmatannya.ayuh siswa/siswi!jadi agen perubahan pada generasi anak muda.Moga dalam diri kita ini menjadi cerminan yang baik untuk menggambarkan keindahan Islam.Kitalah generasi Islam yang ditunggu-tunggu.

Memetik kata-kata dari sebuah novel 'Musafir Perindu' :

''Amanah kita pada Allah adalah amanah terhadap gerak kerja islam dan akademik.tapi,amanah kita terhadap ibu dan ayah adalah amanah kita untuk cemerlang dalam akademik''


hadis:
“Barangsiapa yang mati di dalam keadaan menuntut ilmu untuk menghidupkan agama Islam, maka dia berada di dalam Syurga kelak satu darjat dengan para nabi.”


jaga hati,jaga iman,jaga tarbiyah,jaga solat,jaga sahabat :)


#lama tak update blog,skill seakan-akan tumpul,bahasa agak hambar.walaubagaimanapun,semoga bermanfaat.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed