Tuesday, October 30, 2012

Umpama Seuntai Tasbih

Umpama seuntai tasbih,tiada penghujungnya.


Bila kau menangis,ukirkan senyuman agar hati terhibur jua,
Bila kau kecewa,bisikan pada diri agar kau tabah menghadapinya,
Bila kau terluka pujuklah hati agar merawatnya,
Bila kau bersendirian,gunakan akal memikirkan keagungan pencipta,
Bila kau sedang ketawa,ingatlah akan kedukaan yang bakal tiba,
Bila kau terima bicara ini ketahulah bahawaku tidak melupakanmu,
Bila kau menyedari kehadiranku untukmu,inilah ukhuwah yang telah Allah tentukan untuk kita,
Rindu kerana Allah.

Ya Allah,terima kasih atas anugerah ukhuwah yang kau berikan padaku.
Namun ya Allah,Kau ampunkanlah dosaku lantaran kelalaian menjaga anugerah dariMu ini,
Jauhkanlah aku dari menjadi orang yang tidak bersyukur kerana mengabaikan ukhuwah yang Kau hadiahkan.
Ya Allah,namun aku akui kekhilafanku,cuma insan yang lemah,dan aku tidak mampu menjaga ukhuwah ini sebaiknya.Ampunkan daku,ya Allah.Oleh itu ya Allah,aku berserah kepadaMu untuk menjaganya kerana sememangnya aku tidak layak dan tidak mampu untuk itu.

#Nota cinta dari sahabat sejati,lalu ku nukilkan buat sahabat seperjuanganku.

Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh). l 43:67 l
Allahu Allah,bantulah kami.

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. l 3:103 l

Nikmat Allah.





Moga Allah ketemukan kita di syurga.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed