Tuesday, June 7, 2011

kaitan mata+hati+ibadah

kekuatan untuk memberi pengisian terus dilakukan walaupun minggu ini dirasakan seperti tiada apa-apa yang istimewa.walhal memulakan hidup baru sebagai mahasiswa itu sepatutnya dirasakan satu perkara yang menggembirakan,namun ada satu lagi perkara yang lebih dirasakan penting untuk dirasai tapi macam tak tercapai.

kemanisan beribadah?
kemana hilangnya?
pernah tak anda mengalami satu keadaan di mana,anda tidak merasai apa-apa?
senang cerita macam heartless~bila solat rasa macam tak rasa apa-apa,bila berzikit tak rasa apa-apa,bila baca al-qur'an tak rasa apa-apa,hatta sampai bacaan solat yang cuba dihayati pun tak dapat rasa!
ish -.-' 'something wrong somewhere niyh' (ok,don't use this sentence~ ^.^)
kene cek balik!kene muhasabah diri balik..


tiba-tiba teringat satu pesanan imam al-ghazali :

"Carilah hatimu di tiga tempat… Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!”

lalu terfikir,mana hatiku sebenarnya saat ini,apa yang tak kena,apa dosa yang telah dilakukan sampai tak de rasa.tapi aku terus berusaha,tapi jika sampai ke akhirnya masih belum ku ketemui,dengan rendah hati dan hinanya aku memohon padaNya agar di kurniakan hati yang baru~

tidak tahu di manakah salahnya~tidak tahu apakah silapnya sampai terpaksa mencari-cari dimanakah hati,pasti ada sesuatu tanpa kita sedari.

Allah itu maha kaya :) maha pengasih lagi maha penyayang,hidayanh Allah terlalu luas dan petunjukNya boleh datang dalam pelbagai cara.

dalam satu perkongsian halaqah selepas bacaan ma'thurat selepas solat asar,ada seorang senior mengupas tajuk kepentingan menjaga hati & ikhtilat.
ya!apa yang disebutkan hampir seperti masalah yang saya alami.(ouh,intan jatuh hati kah?)haha,,bukan la.

serang ukhti ni ada menyebut tentang kepentingan menjaga pandangan.dalam tanpa kita sedari,walaupun kadang-kadang pandangan kita tu bukan lah disebabkan kita 'suka' terhadap mana-mana ikhwah la kan,tapi kalau disengajakan memandang pun kadang boleh menganggu hati.memang la,saya pun terfikir tadi,
"eh,kalau aku pandang pun bukan sebab aku suka dia pun" tapi kadang-kadang kita tak sedar,benda-benda kecil macam ni lah yang mampu merosakkan hati sedikit demi sedikit.itu nasib baik pandang tak rasa apa-apa,kalau pandang lepas tu 'ter'jatuh hati ke??hmm~lagi parah!tak salah jatuh hati,itu fitrah,tapi sebagai manusia,setakat mana kemampuan kita untuk menghalang dan mengawal perasaan,maka kita terpaksa pula bermujahadah sekuat-kuatnya!
sebab tu ada pepatah mengatakan :
"mencegah lebih baik daripada mengubati"

dalam firman Allah S.W.T

dalam surah an-nur ayat 30-31
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."(30)
"  Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram).....(31)

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda kepada Ali Radhiyallahu Anhu, “Wahai Ali, janganlah kamu ikuti pandangan pertama dengan pandangan berikutnya, karena yang pertama itu boleh (dimaafkan) sedangkan yang berikutnya tidak.” (HR. Tirmidzi dan Abu Dawud dan dinyatakan hasan oleh al-Albani).
 
betul kan?ye la,kalau kita elak dari awal,insyaAllah,,hati pun terjaga. :)
memang dari awal lagi intan macam dah pasang niat kalau boleh,nak jauh perkara-perkara macam ni,dan teruskan bermujahadah,sebab perasaan 'ehem2' macam ni memang SANGAT menggangu hati masa nak ibadah,susah nak rasa dzuk masa ibadah,lepas tu rasa hilang nikmat kemanisan iman.saya tak suka rasa macam tu!ini pun belum lagi tertarik dengan sesiapa pun~haha,,alhamdulillah,,masih kuat untuk menjaga hati!
tapi duduk sini 2 tahun,perjalanan masih lama!chaiyok!bukan hendak menidakkan fitrah yang Allah beri,namun~biarlah hati ini tidak diganggu dengan sebarang perasaan lain selain menambahkan cinta sepenuh pada YANG MEMBERI RASA CINTA,PADA PEMILIK CINTA.

ini,baru pandang...dah terhijab hati,,'na'uzubillah~'tapi intan pun tak pasti lah sama ada intan pandang secara sengaja atau tidak.mungkin intan tak sedar.tapi memang tak de la perasaan2 over2 ni kan,,hehe..cuma nak tegaskan,betapa pentingnya menjaga hati dan menjaga pandangan.nak jaga hati bukan setakat mengenai hal-hal macam ni je.kalau ada rasa hasad/buruk sangka pada orang lain,dendam pun boleh merosakkan hati.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.” - H.R Bukhari dan Muslim

carilah jalan dimana kita rasa itulah jalan untuk mengelakkan dari penyakit hati/gangguan pada hati :)

Dari Jarir bin Abdillah ra berkata: “Aku bertanya kepada Rasulullah saw tentang pandangan tiba-tiba (tanpa sengaja), lalu beliau memerintahkanku untuk memalingkannya. (HR. Muslim).

teruskan bermujahadah,perjalanan masih jauh.
dalam proses menuntut ilmu :)
"ilmu itu cahaya,dancahaya itu tidak akan memasuki hati-hati yang melakukan maksiat"

entry kali ni sangat ditujukan juga pada diri sendiri yang lemah -.-'

wallahu 'alam,,


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments: