Thursday, January 27, 2011

DAPATKAN DI PASARAN!!

wah!!saya sudah jadi bisneswoman ke sekarang ni??
hehe;p
coming soon kot,,insyaAllah ;)
tujuan post kali ni,intan nak cerita tentang novel yang intan sudah baca.
dalam sebulan ni dah 3 novel intan habiskan :)
sy bukan ulat buku okay :)
take 1 :
take 2 :
mm,,kedua2 novel ni ni bawah pengarang yang sama,,
novel hakikat cinta ni merupakan kesinambungan daripada novel tasawuf cinta,,
saya tak mahu bercerita panjang mengenai kedua-dua novel ni kerana sejujurnya,
pada pandangan saya,mesej nya kurang sampai,
ada nilai yang baik,tetapi jadi keliru pula bila lelaki dan perempuan masih boleh keluar berdua..
mungkin tu kekurangan novel ni,
tapi mesej yang saya dapat,tak semua cinta pertamamu,
akan menjadi milikmu :)

ok2!saya sebenarnya nak cerita tentang novel seterusnya ni,
take 3:

fakta mengenai novel ni:

sangat bermakna.
sangat menyentuh perasaan.
mesej yang sangat baik.
cara pengolahan yang baik.
berjaya menyentuh perasaan secara mendalam & tajam.
cara pengolahan berjaya meletakkan pembaca di dalam situasi.
the most important thing is:
novel pertama yang berjaya buat saya menitiskan air mata :')

ok,intan akan ceritakan sikit-sikit pasal novel ni.
senang cerita,macam sinopsis la.
tapi saya bukan penulis yang baik,jadi saya tak dapatlah nak menyentuh hati anda
melalui penceritaan ringkas saya ni..hehe..
kalau nak rasa,beli novel ni!!
penulis: nurul aini k.azhari&aimi nabihah mohamad
watak utama: aima insyirah&naufal mustaqim
watak tambahan:walid,umi,ibu fatimah,azzahra,humaira,ammar,izudin,nurul hannan,
general rifa'il,amin (banyak lagi nama-nama watak yang berjaya
membangkitkan emosi)
sinopsis:
opps!maaf,,saya tak pandai sangat cerita..hehe..tp boleh la nak kongsi-kongsi sikit :) cuba
pendapat intan,tema novel ni CINTA,,ha!yang menariknya,cinta yang cuba ditunjukkan dalam novel ni,sangat luas!biasanya kita lihat,kebanyakan novel cerita cintanya hanya tertumpu kepada cinta manusia,kalau ada pun cinta Allah,mesej cinta kepada manusia paling banyak cuba ditonjolkan..

TETAPI,berbeza dengan novel ni :)
3/4 daripada novel ni menceritakan tentang kisah AIMA yang sejak dari sekolah lagi sering menyatakan hasrat hendak membantu rakyat palestin,akhirnya,impiannya tercapai apabila dia berjaya menjadi antara golongan mujahidah di palestin,,part dekat palestin ni la yang banyak menyentuh perasaan,cara pengolahan cerita ni 'real'!macam mane wanita diperkosa,wanita mengandung dirobek perutnya.janin yang baru mencecah 5 bulan ditarik dan dibelit dengan tali pusat.masyaAllah.betapa kejamnya tentera zionis!

novel ni juga memaparkan semangat para mujahid/mujahidah yang sangat kuat!!
mereka tidak takut syahid kerana percaya dengan janji Allah.

mm,,act,buat intan terfikir~
mampukah aku mempunyai semangat jihad seperti mereka??
cerita ni berjaya tunjukkan betapa para mujahid tidak gentar langsung terhadap tentera zionis,
malah AMMAR(watak paling muda,masih kecil)sudah mempunyai semangat jihad yang sangat tinggi..bayangkan kalau malaysia satu hari nanti diperangi??na'uzubillah,,sejujurnya saya gerun!takut!kuatkah umat islam di malaysia mempertahankan islam atau sanggup menggadaikan agama kerana tidak mempunyai semangat/cinta terhadap agama.
seorang demi seorang ahli keluarga terkorban :'(

dalam novel ini juga AIMA ada terfikir,bagaimanakah keadaan di malaysia tatkala dia dan para mujahidah di palestin sedang sibuk mempertahankan agama sedangkan umat islam di malaysia sedang sibuk melakukan maksiat!(mesej ini amat baik dan merupakan tazkirah buad umat islam di malaysia)
tak mustahil kalau ada yang sanggup murtad!NA'UZUBILLAH!!!
takutnya~sy tidak mahu berada dalam golongan itu..kuatkah aku??
novel ni ada jugak babak di mana seorang wanita derita menghidap penyakit syphilis(penyakit kelamin)kalau ikut apa yang saya belajar,penyakit ni kena akibat jangkitan kuman,,inilah balasan bagi orang yang suka melakukan zina.babak ini dimuatkan dalam novel bagi memberi gambaran terhadap perbezaan situasi di PALESTIN dan MALAYSIA!
tentang cinta,kisah percintaan dalam novel ni melibatkan antara aima dengan naufal :)
selepas habis persekolahan,mereka tidak berjumpa langsung sehinggalah menikah.
habis,macammana boleh kawin??mm..rumit nak cerita..hehe..
mereka ni sebenarnya dua2 ahli pengaman dunia,,aman palestin la~
bezanya,aima berada d palestin,dan naufal di malaysia.satu hari naufal menghantar emel kepada aima setelah sekian lama tidak berhubung sejak habis zaman persekolahan.mereka hanya berhubung melalui emel dan bercakap mengenai misi masing2 iaitu misi aman palestin.disingkatkan cerita,Allah melahirkan perasaan cinta ke dalam jiwa mereka berdua,,intan pun tidak tahu macam mana nak cerita,tapi itu semua kuasa Allah.naufal amat mengagumi semangat jihad aima mempertahankan AQIDAH yang satu!
satu hari,umi aima menghubungi aima yang masih berada d palestin untuk menyampaikan hajat naufal yang ingin memperisterikan aima,(alamak..cane nak cite ni..sush2!AHAHA)aima akui dia juga ada menyimpan perasaan terhadap naufal,namun perjuangannya di palestin adalah lebih utama padanya.aima hanya menyerahkan takdir pada Allah kerana naufal juga tidak menghalang perjuangannya di palestin,sampailah satu hari aima ditangkap oleh tentera zionis.walaupun di pukul,di sebat,aima hanya menyatakan ALLAH AHAD!ALLAH AHAD!,,begitu juga dengan para mujahid yang lain,,mm,,ada juga cerita mengenai salah seorang daripada tentera zionis yang kembali kepada agama islam(indah sungguh part ni)ada juga part di mana salah seorang mujahidah yang baru sahaja berkahwin selama 48 jam,kemudian telah menjadi balu akibat syahid..namun cinta mereka terus utuh di syurga firdausi.gambaran kepada senua para syuhada amat indah apabila jenazah mereka berbau wangi,tersenyum indah,SUBHANALLAH :)
mm..baiklah,intan da tak pandai macam nak olah cerita ni sebab saya bukan penulis yang baik..hehe;p eh2..jap..ending nya,mestilah aima dan naufal nikah..hehe..aima selamat :)
apa yang boleh intan simpulkan,novel ni menceritakan pasal penderitaan rakyat palestin,semangat juang mempertahankan aqidah,isu palestin isu islam,,
adakah kita bersedia?sudah bersedia menggadai nyawa mempertahankan agama?
gentar atau tidak jika nyawa di hujung senapang?mm..banyak tazkirah2 membina dalam cerita ni,cerita percintaan juga hanya ber'visi'kan cinta Allah..MELAKAR CINTA FIRDAUSI..dapat x msg di sebalik tajuk ni??
maaf ya kalau post kali ni jalan cerita agak kucar kacir,,intan x pandai bercerita..HAHA..
kalau boley nak cerita balik satu novel..HAHA..

SEDANG MEMBACA NOVEL :

any suggestion novel best2 yang saya patut baca selain WARKAH CINTA BERBAU SYURGA,KALA CINTA WAHYU BERSATU :)

MAAF KALAU POST KALI NI TIDAK MENARIK~

psst2:esok ade reunion ngan kawan2 sekolah rendah dekat hotel lagend(depan the mall)..minggu depan suda busy dengan orang kawen!!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 comments:

amersayraf said...

amboi...byknye novel...haha...
bgus2..membace kunci pengetahuan..
bace lah jinta malang!! =D

fatinahjannahrosely said...

intan, ak baru baca, "Bawa Hatimu Kepada Tuhan..", "Tuhan itu dekat", " Langit Tuhan"...bes sangat.....sies...rse nk nages pun ada, sebab dy sumer motivasi....totally....