Saturday, January 1, 2011

JANGAN GANGGU HATIKU..


wahai Adam,,jangan ganggu hatiku..
jangan datang dengan harapan2 mu,
jangan hampiri dengan janji2 yang belum kau pasti,
aku selesa begini,sendri..
jangan kembalikan aku pada kisah lalu..

kisah lalu??
ya,aku pernah rasa bercinta..
sia2?ya..
namun..itu semua menjadi pengajaran dalam hidupku..
aku bukan seperti yang dulu..

Ya Allah..terima kasih atas hidayahMu..
namun..teruskanlah aku untuk membenci kembali pada kemungkaran itu..
kerana itulah tanda kemanisan iman ;)

wahai Adam,kau perlu tahu hasrat hatiku..
aku belum perlu cinta darimu..
izinkan aku mengejar cintaNYa..


wahai Adam,andai kau benar menyayangiku,
kau akan berusaha membawaku ke syurgaNYa
dan membina cinta dalam keredhaanNya..
cinta dalam redha Allah??
bagaimana?
fikir2kanlah wahai Adam..


wahai Adam,,aku juga insan yang lemah..
jika kali ini..aku bernekad menolak kamu,
hari esok,aku terlalu khuatir saat ini jika aku tertewas..
ya!kerana aku juga insan biasa..
namun,aku harus bermujahadah! ;)
tapi,,kau juga harus bersama-sama membantuku dalam bermujahadah..
jadi,jangan katakan apa2 tentang perasaanmu..
kerana perjalanan itu masih jauh untukku..
jika kau tidak yakin aku milikmu..
maka,JANGAN!

jangan taburi aku dengan janji2mu,
jangan lalaikan aku dengan cintamu,
jangan mengharapkan penantian dariku,
jangan katakan apa2 padaku..

hmm...ape yang intan merepek ni..
haha..merepek ke??x la~org yang matang pndai menilai ;)
kadang2 rase beruntung jd kak midee yang berkahwin awal..
intan gatal??kamu akan tahu kebaikannya jika kamu mengetahuinya..
perempuan yang menikah awal akan dpt menjaga kemuliaan dirinya..
sekurang2nya..dye da tau jodoh Nya di usia muda..

(puisi ni sahabat saya bagi kat saya..saya x pernah lupe puisi ni
pernah jgk post puisi ni las year ;)

TELAHKU PILIH JALANMU
Ya Tuhan ku,
Telah ku pilih jalanMu
jalan yang mendekatkanku padaMu
jalan orang yang beriman dan beramal soleh,
dan aku yakin sebenar-benarnya cintaku padaMu
takkan pernah dikecewakan.
Namun Tuhan,
fitrah ini terlalu berat untuk kubuang
Terlalu pahit untuk ditelan
tapi, terus-terusan aku gagahkan
demi mencapai cintaMu Yang Maha Esa
Bantulah aku Tuhan,
jika rinduku ini imaginasi syaitan
ku minta agar ia dilenyapkan
andai kasihku ini berlandaskan nafsu
kumohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku
Tolonglah aku wahai Tuhan,
untuk mengisi rasa cintaku untukMu
agar aku takkan pernah dahagakan cinta dari insan yang belum tentu halal bagiku
Teguhkanlah kasihku untukMu Ya Allah,
agar aku tidak kecundang dijajah cinta yang dusta
yang menjadi hijab antara kita
tetapkanlah langkahku di jalan ini
gagahkan aku Tuhan,
untuk menenggelamkan kapal cinta manusia
walau ia seGah bahtera Titanic
tetapku pinta ia karam
jika belayar ia di lautan dosa
Dan ku mohon Tuhan,
damaikanlah ombak di hati
walaupun ribut datang mengundang
agar kasihku diikat di dasar Rabbi
kerana ia adalah lumrah ujian
dan akanku terus tekadkan janji....
Ya Allah,
kurniakanlah aku perasaan cinta kepadamuMu
cinta yang melebihi cinta kepada seluruh ciptaanMu
dan jadikanlah aku hambaMu yang engkau redhai..
:)



p/s:harap maklum..'ADAM' itu tidak saya tujukan kepada sesiapa..setakat ini belum ada lagi yang mendekati..mungkin ada..tapi tidak jelas..sy,insan yang lemah ini,,hanya khuatir ;)
terlalu khuatir sampai rase nak nangis je tadi..sy tahan nanges smpy nak migrain..tp sy suda ok :)
alhamdulillah~


kadang2 tu ade jgk rase mcm tertewas!tapi intan x kn biakan tertewas tross...ape sebanarnya yang berlaku antare kite..


CAYOK!
MUJAHADAH ITU PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS :)

Kepada bakal suami saya,,cepad2 la selamatkan sy ye~haha :D



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments: