Monday, March 21, 2011

layakkah aku menjadi bidadarimu?


sedang aku melangkah ke memasuki dewan kuliah,tiba-tiba aku terdengar alunan suara yang merdu sedang membaca ayat-ayat cinta dari Allah.ingin sekali hati ini mengetahui siapakah gerangan yang sedang membacakan ayat suci al-qur'an itu.sudah tentunya lelaki kerana bacaannya boleh didengari satu dewan.aku memandangnya dengan sekilas pandangan.ouh,dia..

kelas belum lagi bermula.
'bgus betul pemuda itu,mengisi kekosongan masa dengan mendekatkan diri kepada Allah.'
tetapi bukanlah jadi satu perkara yang memeranjatkan kerana dia seorang tahfiz.
masyaAllah!
akhlaknya juga sungguh baik.berbudi bahasa.tidak pernah meninggikan suara.malah,setiap percakapannya disusun rapi agar kelihatan jelas maknanya.
aku hanya berasa kagum,insyaAllah,tidak lebih dari itu.

dalam situasi yang lain,masih di tempat yang sama,tapi pemuda yang lain.
ustaz bertanya,
"si pulan,ni surah apa ya?(ustaz pun membacakan beberapa potong ayat"

si pulan:
"surah at-taubah,juzuk 10"
masyaAllah,sepantas itu!subhanallah~

aku mula terfikir,
masih ada lagi pemuda seperti ini rupanya?
satu dalam seribukah?mungkin tidak~
ramai lagi yang aku belum ku ketemui.


                                                *****************************************
LAYAKKAH AKU MENJADI BIDADARIMU?
MU tidak lagi aku tujukan kepada sesiapa,tapi MU itu ditujukan kepada insan yang soleh sepertinya.

layakkah aku?atau begini sebenarnya soalanku..
tak layakkah aku?
berbeza bukan maknanya,,mm..apa?x dpt?
cuba ulang,,ada perbezaannya..


kalau kau seorang tahfiz,mahukah kau seorang insan biasa sepertiku yang masih terkejar-kejar,merangkak-rangkak mencari kebenaranNya?
mahukah kau menerimaku dengan dosa-dosa semalam yang pernah ku lakukan?andai dapat ku putarkan waktu,pasti akan ku campakkan ia jauh dari dalam hidupku,namun,setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya,malah hidayah Allah itu lebih indah :)
mahukah kau memiliki insan sepertiku yang masih terumbang-ambing mencari identiti?

insan sepertimu memang terlalu baik untukku,
sehinggakan aku rasa tidak layak dan mustahil memiliki insan sepertimu,
tapi,aku tidaklah begitu jahat sehingga tidak layak memiliki insan sepertimu,
dan aku perlukan yang terbaik itu agar aku juga dapat mengikuti jejak langkahmu yang soleh itu,
tidak mengapa,Allah itu sebaik-baik perancangan.pasti ada yang terbaik,insyaAllah :)

Allah tidak pernah mensia-siakan hambanya,namun kita?
tepuk dada tanya iman~

"perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji,dan laki-laki yang keji untuk perempuan yang keji,sedangkan perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik,dan laki-laki yang baik untuk perempuan yang baik...."
(surah an-nur:26)

aku hanya mampu menyediakan diri dengan ilmu-ilmu dan pengisian rohani,
bukan hanya semata-mata untukmu,malah untuk diriku dan menambahkan lagi rasa taqwa ku padaNya,
aku hanya mampu memandang insan sepertimu dari jauh sahaja,
agar terpelihara hatiku,dan tidak aku melebihkan cintaku selain dariNya,
aku masih berusaha sekuat-kuatnya ke arah itu.

wahai insan yang tidak aku kenali,
bimbinglah aku ke syurgaNya~
semoga cinta ini menambahkan lagi rasa cinta padaNya.


"aku mencintai mu,kerana agamamu,jika kau hilangkan agama dalam dirimu,
hilanglah cintaku padamu"



*ok2..dah2..abaikan episod ni,hanya selingan..

PELIHARA HATI HIASI PERIBADI!
berusahalah ke arah kebaikan~

*errk..geli sikit ayat jiwang di sini,tapi untuk mencantikkan bahasa..hehe..
walauapapun...dahulukanlah cinta kepada PEMILIK SEGALA CINTA!

(maaf,nama2 watak pemuda tidak boleh dinyatakan demi kemaslahatan bersama terutama tuan punya blog..hehe)bagi sesiapa yang dapat detect watak-watak di atas,minta jasa baik,dirahsiakan..tapi rasanya,tak kot..ini hanya sekadar satu inspirasi menjadi diri lebih baik..

duhai mata,menunduklah engkau,
duhai hati,menunduklah dikau..
jangan dicemari dengan keindahan2 yang boleh merosakkan jiwamu~
sesungguhnya Allah itu maha cantik dan suka pada kecantikan :)

wanita solehah impianku~


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 comments:

penselkayu said...

is this a short story dear?
what a nice cerpen one...
may Allah bestow you with His bless...
wanita solehah itu bkn pd pkaiannya shj,tp pd akhlak,fikrah,dan ttur bicara...

INTAN NADZIRAH said...

do you find it as a cerpen?
wa~bley continue ni.hehe..
mm..bkn cerpen actually..cume mcm pendahuluan la dr ape yg intan nak ceritakan..hehe..
pengalaman hidup~:)
kalau intan jumpa dan rasai smbungan nye,i'll share it..insyaAllah :)

tq kak husna :) semoga kita sentiasa usaha ke arah kebaikan...