Monday, May 9, 2011

apabila banyak meminta tapi kurang memberi

ya Allah,jadikanlah aku hamba yang sentiasa bersyukur atas segala nikmat-nikmatmu,
aku tahu aku selalu meminta tetapi kurang memberi,
namun,pada siapa lagi ya Allah harus ku panjatkan doa dan permintaan,
hanya padaMU selayaknya,wahai tuhan sekalian alam.

aku sering sedaya upaya menjadi hambaMu yang terbaik,
sering mencari jalan untuk menambahkan rasa iman dan taqwa padaMu,
namun sering kali juga langkah yang ku atur itu tersasar dari landasan yang ENGKAU redhai
masih layakkah lagi untuk aku meminta sedangkan aku kurang memberi?
sudah lah kurang memberi,kurang bersyukur pula pada apa yang telah Kau berikan!

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur.
surah an-nahl:78


*(adakah kita menggunakan pendengaran&pendengaran serta hati untukNya dan tidak menyalahgunakan nikmat tersebut??-.-')*

sedang kekasihMU,rasulullah yang telah dijanjikan syurga dan insan yang ma'sum
tidak henti-henti melaksanakan ibadah padaMU,
inikan pula aku yang belum tentu mendapat tempat disyurgaMU,,

bimbinglah langkahku ya Allah,
hanya padaMu tempat aku meminta,
ringankanlah tubuh badan ku untuk sentiasa beribadah padaMu,
datangkanlah rasa indah dan rindu untuk sujud pada setiap 1/3 malam,
semoga aku sentiasa dalam hidayahMU.


cuba muhasabah diri semula,layakkah kita sentiasa meminta nikmatnya sedangkan kita kurang memberi
ya'ni meninggalkan laranganNya dan melakukan segala suruhanNya~sudahlah selalu meminta sambil melakukan kemungkarannya,tidak bersyukur pula,
memang Allah tidak pernah meminta apa-apa,malah Allah tidak akan rugi sekiranya kita memberi apa-apa pdaNya,namun,tidak malukah kita kerana sentiasa menjadi penerima sahaja tanpa memberi apa-apa?
fikir-fikir kan~
tazkirah untuk diri sendiri sebenarnya :)

sentiasalah berusaha dan berlumba menjadi hambaNya yang terbaik :)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments: