Wednesday, June 29, 2011

fitrah manusia-cenderung kebaikan

"aku nak jadi baik,tapiii..mm,seganlah~mesti orang cakap aku skema la apa la"

"aku nak berubah,tapi,,nanti kawan-kawan lama aku cakap apa pula"

"aku nak berubah tapi mcm tak de kekuatan la,tak de siapa nak support aku"

assalamualaikum,rasanya sejak masuk universiti ni,blog ni hanya akan di'update' seminggu sekali je kot.
tambah-tambah minggu ni akan berlangsungnya HARI TERBUKA UNIVERSITI MALAYA,NILAM PURI.jemputlah datang.macam2 ada =p mula esok(30 jun-2 julai)ada finalis AQ5,adik MUHAMMAD,kumpulan nasyid feelhoney,kumpulan nasyid elhamz,dikir barat dan banyak lagi pertandingan antaranya pertandingan debat and bla..bla**normally event macam ni,gerai-gerai tu wajib la kan :) mai2~
ok2,,proceed dengan tajuk blog ni.

firman Allah s.w.t:
إن الله لا يغير ما بقوم حتى يغيروا ما بأنفسهم

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
surah ar-ra'd:ayat 11

memang kadang-kala untuk berubah ke arah kebaikan tu,kita sangat memerlukan kekuatan dan sokongan dari sahabat,ahli keluarga dll.
tapi jangan ambil elemen2 negatif.
contohnya,takut hilang kawan yang sekepala dengan kita,takut kawan ejek(usik2)

ingatlah bahawa,
PANDANGAN ALLAH ITU LEBIH UTAMA.

lagipun kita nak berubah,LILLAHI TA'ALA.
bukan kerana orang lain :)

"ee~alim 'gile' kau sekarang"
hmm~pedulikan lah.

"betul ke apa yang aku nampak ni?macam tak percaya je"
*ayat perli la tu kan*biasalah manusia~

"ei~ko nak jadi budak baik ke?ala~tak sekepala la nanti"
ha!masalah sekepala?
hmm~tak menjadi masalah pun rasanya.patutnya kitalah yang akan bawa sahabat-sahabat kita tu sama nanti.
lagipun,tak nak jadi budak baik ke?habis tu,hidup kat dunia ni bukan nak kejar kebaikan ke?-.-'
fikir-fikir kan :)

hidup di dunia jika tidak bermatlamat kan akhirat,maka sia-sia~
apa lagi yang nak dikejar kat dunia ni melainkan kebaikan.

فاستبقوا الخيرات
"maka berlumba-lumbalah dalam kebaikan"
surah al-maidah:48

{إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ} [الحجرات: 13].
"sesungguhnya,orang yang paling mulia di kalangan kamu ialah orang yang paling bertaqwa"

tak kan kita tak nak rebut peluang jadi insan yang paling bertaqwa?


islah2!inilah masanya.
masa kita sangat suntuk,kiamat semakin hari semakin hampir.
kematian juga makin hampir.mungkin esok,mungkin sebentar sahaja lagi?
hanya DIA yang mengetahui.

dan ingatlah bahawa,dalam firman Allah ada juga mengatakan bahawa:

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
 Dan orang yang berjihad untuk Kami (Allah), benar-benar Kami (Allah) akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami (Allah). Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang muhsinin (yang berbuat baik).
surah al-ankabut:69

fitrah manusia itu,memag cenderung kepada kebaikan.

"kenapa tak pakai tudung?"
jawapan:"tak sampai seru lagi"

aik!-.-' habis,firman Allah dalam surah al-ahzab:ayat 59 tu bukan seruan ke?
mm~
(يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

berdoalah agar kita sentiasa dalam hidayahNya :)
sekadar perkongsian sepintas lalu.maaf segala kekurangan.
kesuntukkan masa untuk huraian.
semoga bermanfaat.
sikit itu kadang-ala lebih bermakna jika memberi kesan.

wallahu a'lam~

*nantikan fesyen terbaru dari saya ^.^*
siapa kata saya tak mampu~masih dan sentiasa memohon kekuatan dariNya.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments: