Saturday, June 25, 2011

bingkisan rindu

*edit gambar sampai tak buat lagi assignment =p*tapi tak se 'semat' anda2 buad :D
mutiara kata:
Sahabat yang menunjukkn kebaikan kepada kamu, adalah sahabat yg baik. Dan sahabat yang menunjukkn kesalahan kamu, adalah sahabat yg paling baik ~ hukuma~

untuk zealous ♥



Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa

Sudah bertahun lama
Kita tidak lagi bersua
Hanya tinggal kenangan
Yang tak mungkin kita lupa

Kirimkan khabar selalu
Seiringan hembusan bayu
Sekadar pengubat rasa rindu dikalbu

Pantas masa berlalu
Meninggalkan kita semua
Tanpa disedari bertambahlah usia kita

Potret lama masih kusimpan
Kubingkaikan kenangan
Hingga terkadangku
Tersenyum sendirian

Oh perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapanku kau kan bahagia selalu

Padaku engkau penghibur duka
Pengubat hati resah kecewa
Dikala malamku kau bawa cahaya

Sematkanlah bingkisan rindu dikalbu


version SOUTHUL JIHAD smap labu ^.^
 ***************************************************************

Daripada Abu Hurairah r.a. yang maksudnya, bahawasanya  ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya yakni sahabatnya di sebuah kampung yang lain. Lalu Allah menyuruh seorang malaikat untuk memerhatinya di dalam perjalanan. Lalu malaikat itu bertanya kepada lelaki itu, “Hendak ke mana engkau?” Lelaki tersebut menjawab, “Aku hendak menemui seorang sahabatku di kampung itu”. Malaikat bertanya lagi, “Adakah bagimu bumi kepadanya yang engkau mengharap balasan daripadanya?” Tidak, aku mencintainya kerana Allah SWT. Maka berkatalah malaikat itu kepadanya, “Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau. Bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai dia kerana Allah”. (Hadith riwayat Muslim).

short post sahaja sekadar menyatakan rasa rindu kepada sahabat :)

*btw,selamat jalan buat sahabat yang bakal ke perancis pada hari isnin.
semoga Allah memudahkan urusanmu di sana.
ingatah bahawa,di mana bumi di pijak,di situ iman dijunjung.
pesanan buat:farhan ibrahim. :) semoga dapat meneruskan kecemerlangan anda.

~dah dua orang dah 'fly'~

all the best zealous :)
ke mana sahaja kita berada,ingatlah bahawa kita sentiasa membawa kalimah لا اله الا الله
jadi contoh yang terbaik :)
stiap dari kita adalah pemimpin,sekurang-kurangnya pemimpin untuk diri sendiri ^.^

with love ♥ ~nun jauh dari kelate(HAHA)jao  la sangat~~ +.+
intan

wallahu 'alam~
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments: