"susah betul nak jaga hati ni" bisik hati sofia
kenapa lah susah sangat.tak boleh ke kalau dalam hati ni tak minat ke suka ke kat sesapa.
mm,macam kelakar je.dia kan kawan aku.dah 5 tahun kot kawan dengan dia.kenapa pula boleh tiba-tiba macam ada perasaan pelik ni.dulu ok je.hmm~abaikan je lah perasaan ni.malas layan.mujahadah sofia!
sofia selalu bermonolog.dia rasa tidak selesa mempunyai perasaan terhadap 'sesiapa' pada waktu begini.dah la masih belajar katanya.malas nak bagi komitmen.lagipun,sofia rasa rimas dan terganggu untuk fokus pada ibadah dan menyerahkan hatinya seluruh pada pemilik cinta yang selayaknya.
ee,kalau dia tahu lah aku ada simpan perasaan dekat dia ni,mesti dia terkejut dan gelak.mm,,sebab memang kelakar pun.aku pun rasa kelakar.padahal dulu tak pernah ada rasa apa-apa pun.biasa je,,ni,dah habis sekolah pulak ada.pelik~tapi hati ini milik Allah.aku pun tak jangka,DIA pemilik hati,namun aku juga bertanggungjawab untuk mengawal hati,memelihara hati dan menjaga hati ini daripada rosak,daripada diserahkan kepada insan yang belum tentu halal bagiku.biarlah aku simpan je perasaan ni,lagipun,bukan ke mana pun.aku dapat rasa.ala~ni perasaan sementara je.tahu sangat.
sebenarnya,sofia dapat merasakan bahawa perasaan dia saat itu hanya sementara sahaja memandangkan insan itu merupakan rakan baiknya sendiri.ya!rakan baik!dia sentiasa menjadi pendengar yang baik kepada masalah sahabatnya itu dan begitu juga 'sahabat' tersebut.malah,mereka sering bertukar-tukar cerita mengenai perasaan mereka terhadap rakan sekolah mereka sendiri.
sofia juga mengambil keputusan untuk melupakan perasaannya itu memandangkan dia merasakan perasaan itu hanya mainan syaitan sahaja untuk menganggu konsentrasi nya terhadap mengejar cinta Ilahi~
pernah tak dengar lagu 'cinta seorang teman' lagu,bob AF....mm,,AF brapa tah,x ingat >.<
Duhai teman
Bisakah kau fahami sandiwara ini
Sejak bila berputiknyacinta kita
Menjadi rahsia yang tersimpan
Mewujudkan kenyataan
Ku tak sanggup kehilanganmu
Bisakah kau fahami sandiwara ini
Sejak bila berputiknya
Menjadi rahsia yang tersimpan
Mewujudkan kenyataan
***********************************************************
wahai muslimat pejuang agama,
bukan lemah!tetapi pada hakikatnya,hati kita dipenuhi dengan rasa kasih dan sayang.
NAMUN,itu bukanlah sebagai alasan untk kita terus melayan perasaan sehingga hanyut di lautan dalam.
lebih menyedihkan lagi apabila perasaan itu kita biarkan ianya terjerlus ke dalam jurang mariana.
teruskan bermujahadah!
masih banyak lagi misi yang perlu digapai sebelum menakluk visi.sesungguhnya,hati ini milikNya dan ciptaanNya.
maka,hanya dia yang berkuasa memegang hati-hati manusia.mohonlah padaNya untuk kekuatan hati.
mohon jua agar dikurniakan kekuatan pada diri untuk menjaga hati.
letakkanlah sepenuhnya rasa keindahan bertawakkal kepada Allah,Allah pasti akan membuka jalan pada hambaNya yang ingin menuju ke arah kebaikan.
janganlah dek kerana wanita,islam itu difitnah.
jangan dek kerana kejahatan dan kelalaian kita,islam itu terus menerus difitnah.
adakah kau mengerti apa erti difitnah?
sebagai contoh:
orang islam berzina,merompak,isap dadah,menipu,pasti akan memberi gambaran negatif pada orang kafir.
lantas,kafir akan berkata.."macam ni ke islam"-.-'
mm,,padahal!yang buat tu segelintir je..
siiru 'ala barakatillah wa mardhatillah ♥
semoga hati-hati kita kuat untuk memperjuangkan islam.
semoga sahabat-sahabat saya yang nun jauh di timur utara selatan barat juga kuat untuk menjaga hati ^.^yang nak fly nanti pun,chaiyok!hehe =p
sama-sama berjuang!
sama-sama menjaga kesucian hati,banyakkan beristighfar ^.^
kalau setakat perasaan2 yang sikit2 tu,cubalah atasi sebaiknya,insyaAllah..kita mampu lakukan.
JANGAN LETIH MENJAGA HATI..
*peringatan untuk diri sendiri juga*
wallahu 'alam..
حسبي رّبي جل الله،ما في قلبي غير الله...
نور محمد صلى الله،لا اله الا الله
cukuplah bagiku~hanya Allah,tiada di hatiku melainkan Allah,
cahaya muhammad,salam ke atasnya,tiada tuhan selain Allah :)
1 comment:
salam'alaik muslimah......solehah
Post a Comment