assalamualaikum,lama rasanya tak update blog.
minggu ketiga selepas bergelar mahasiswi agak memenatkan sudah merasai kehangatan2 kesibukan,hehe =p
walaubagaimanapun,alhamdulillah,masih ada masa untuk berehat cuma tak ada masa untuk 'update' blog.
idea banyak,tapi susah nak olah.
assignment2 pun dah banyak.tapi mujurlah diberi masa 2-3 minggu untuk menyiapkan.
TAPI tak boleh tangguh!kene siapkan fil lughatil 'arabiyah mi'ah fil mi'ah!(dalam bahasa arab)
presentation pun nanti kene prepare dalam bahasa arab,masyaAllah,nak cakap macam mana ni?
tak pe lah,semoga Allah mudahkan urusan.sebab tu tak boleh tangguh!hee^.^
التأجل لص الزمان
"penangguh itu pencuri masa"
banyak juga kerja bertangguh ni,x pe!boleh siap!
chaiyok!minggu depan ada HARI TERBUKA UNIVERSITI MALAYA,NILAM PURI.
mesti lagi sibuk ni.mula tarikh 30 jun-2 julai.
tringat masa hari terbuka asrama SMAP LABU.
rindunyeeeeeee ♥
setiap hari tak pernah melupakan smap labu ^.^
so,siapa yang TAK BERSYUKUR dan masih memperlekehkan sekolah sendiri tu,sila lah muhasabah diri yea.
siapa yang anda perlekehkan sebenarnya?
diri sendiri atau sekolah?
dan kenapa nak perlekehkan sekolah?kerana guru nya kah?pentadbiran nya kah?
mm,,bersyukur lah sekurang-kurang nya kita semua dah berjaya melangkah ke alam universiti dan untuk adik2 junior,gunakan kesempatan yang ada.
لئن شكرتم لأزيدنكم ولئن كفرتم إن عذابي لشديد
"jika kamu bersyukur,AKU akan tambah,tetapi jika kamu kufur,sungguh azabku amat pedih.
baru sahaja tadi salah seorang sahabat saya menyampaikan tazkirah di dalam kelas.(tiap-tiap hari salah seorang ahli kelas akan ditugaskan menyampaikan tazkirah di setiap akhir sesi pembelajaran)
وإن تعدوا نعمة الله لا تحصوها إن الإنسان لظلوم كفار
dan jika kamu menghitung nikmat allah,nescya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, manusia itu sgt zalim dan sangat m'ingkari(nikmat allah)
mm,sebenarnya tak de tajuk specific pun,nak tulis seadar apa yang terlintas di hati.
banyak perkara yang mendatangkan rasa serbesalah minggu ni.
banyak perkara yang perlu dititik beratkan terutamanya hati.
dalam banyak-banyak perkara hati lah perkara yang palinggggg susaaaaahhh nak jaga!
semua Allah sentiasa memelihara hati-hati manusia agar sentiasa berada di landasanNya yang betul.
kadang-kadang intan rasa,intan ni macam aktif sangat pulak dalam kelas,tapi intan memang macam tu kot.x salah kan?insyaAllah intan rasa intan still lagi menjaga batas2.tapi kalau dalam perbincanan takkan nak diam je kan,kene lah juga involve!
hmm~terbawa-bawa sikap semangat batch(ZEALOUS 0610) ke nilam puri.tapi kat sini x de la semangat batch,semangat kelas je cukup.disebabkan ahli kelas pun tak ramai,so senang sikit na belajar.tapi masa form dulu lagi best la,,12 orang je sekelas..HAHA..
kalau boleh,intan nak semua berjaya!jangan ada seorang pun keciciran,,*eh,,pelik ayat ni -.-'
usaha2!
sentiasa dan sentiasa perbaiki diri ke arah yang lebih baik.
وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ } سورة العنكبوت 69"}
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
wallahu 'alam,,
hanya contengan jalanan pada minggu ini.
pengisian bermanfaat insyaAllah pada post seterusnya..
*idea ada,nak olah x de masa*
kuliah2...malam ni ada kelas nahu jam 8-10 malam.
1 comment:
heee...bestnye
Post a Comment