Thursday, July 14, 2011

kesempurnaan itu hanya milikNya

apabila kita terlalu mencari kesempurnaan dalam diri,ingatlah dan sedarlah bahawa kekecewaan itu akan sentiasa menghampiri.memang setiap insan mendambakan yang terbaik buat dirinya,namun kesempurnaan itu hanyalah milik Allah.

Rasulullah bersabda maksudnya: Setiap anak Adam tidak akan terlepas daripada melakukan dosa dan sebaik-baik orang daripada kalangan yang berdosa itu ialah yang bertaubat kepada Allah. (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)
setiap manusia pasti akan melaukan kesilapan,namun setiap kesalahan itu mestilah disusuri dengan taubat nasuha selepasnya.dan siapakah yang layak menilai bahawa itu adalah taubat nasuha?hanya Allah yang layak menilai DAN yakinlah pada rahmat Allah kerana sesungguhnya :
Allah itu bersifat الرحمن الرحيم.

satu kata-kata dari mufti mesir.saya dengar dari youtube yang di-'post'kan oleh senior saya d facebook.

"Jangan berputus asa dengan rahmat Allah sekalipun kita telah melakukan maksiat.. dan sesungguhnya kita masuk syurga dengan rahmat Allah , bukan dengan amalan kita semata-mata..." -Syeikh Ali Jumu'ah- Mufti Mesir

ingatlah bahawa kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya.namun jangan salah tafsir kata-kata ini sehingga kita tidak menghambakan diri adaNya.tidak malukah kita menerima segala nikmat dan kasih sayangNya sedang kita tida memberi apa?


malam semalam,universiti malaya,nilam puri telah mengadakan pertandingan nasyid untuk muslimat.tertarik rasanya pada lirik lagu 'puteriku sayang' *seperti yang sedang berkumandang di blog ini.*

dilema yang dihadapi kini hampir ditemui jawapannya.
"saya nak jadi muslimah terbaik!"
namun,saat tertewas seketika,rasa hancur hati,rasa kecewa,rasa malu,rasa letih,rasa hampa.
rasa malu untuk menyampaikan dakwah,rasa tidak layak.rasa mahu mendiamkan diri untuk seketika.
segala perasaan datang,hanya air mata mampu menemani hampir setiap minggu.
mula terfikir "kenapa aku tidak sebaik dia,dia,dan dia" :'(
adakah aku yang terlalu mencari kesempurnaan?
mampukah aku mencapai kesempurnaan itu?
jawapannya ada pada 'text' di atas sebentar tadi.*peringatan untuk diri sendiri*

kita hanya mampu mengejar kebaikan dan berjihad lah dengan sekuat-kuat jihad!
ingatlah janji Allah dalam surah al-ankabut : ayat 69

والذين جهدوا فينا لنهدينّهم سبلنا وإن الله لمع المحسنين
maksudnya:dan orang-orang yang berjihad untuk mendapatkan keredhaan Kami,Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami,dan sungguh Allah beserta orang-orang yang berbuat kebaikan.

bukan mudah bermujahadah,kerana MUJAHADAH ITU PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS :)
namun,andai kita tidak mampu berjihad untuk diri sendiri,apatah lagi untuk agama.
jangan sesekali berputus asa andai kau belum temui jawapan,teruskan berusaha dan berdoalah padanya.
 "ya Allah,andai dugaan ini dapat mendekatkan lagi diriku denganMu,aku redha.namun ya Allah,kau bantulah aku ketemui jawapan dan kebenaran di sebalik dugaan ini"


dalam sabda rasulullah s.a.w
“...Apabila Allah telah menyintai hambaNya, maka Allah turunkan bala ke atas hamba tersebut. Apabila hamba itu berdoa, maka para malaikat pun berkata:
wahai tuhanku, sampaikan hajat hambaMu itu.
Allah menjawab: usah campuri urusan hambaKu itu. sesungguhnya Aku cinta dan sayang mendengar suaranya berdoa dan bermunajat.
Apabila hamba itu berkata: wahai Tuhanku!
 Maka Allah menjawab:Selamat dan bahagialah wahai hambaKu. Tidak kamu seru melainkan sesuatu melainkan Aku perkenankan buatmu..."
berusahalah!
bermujahadahlah wahai mujahidah!selagi mana ada kemampuan,selagi mana ada kekosongan,selagi mana ada kekuatan,selagi mana ada kesempatan,teruskan berusaha mencari kebenaran.

اللهم أرنا الحق حقا وارزقنى اتباعة،وأرنا الباطل باطلا وارزقنى اجتنابة
"ya Allah,tunjukkanlah yang benar itu tetap benar dan rezekikan kami mengikutinya,dan tunjukkan lah yang batil itu tetap batil dan rezekikan kami menjauhinya"

cakap mengenai perkara haq(benar) dan batil(tidak benar),kulah subuh pagi tadi,ustaz hazrul ada menyatakan bahawa sangat penting bagi seorang da'ei untuk mengetahui kebenaran dan kebatilan.
point ini merupakan point ke-4 daripada 40 point dari tajuk 'bagaimana untuk berjaya dalam dakwah'
setakat ni ustaz baru bentang 4 tajuk beserta huraian.
dengan rasa gembira saya hendak berkongsi 4 'point' tersebut ^.^:
1.yang jauh kita dekat-dekatkan.
seditkit ulasan:walaupun seseorang itu bukan ahli keluarga kita saudara-mara kita(kiranya kita tidak pernah kenal)tapi kita boleh untuk menegur dia atas rasa kasih sayang walaupun tidak mengenali dia.(panjang lagi ulasan,tapi setakakt ini sahaja dahulu)

2.yang dekat kita tarbiah dan ubati hati.
sedikit ulasan:orang yang sentiasa berada di sekeliling kita,kita sama-sama memperingatkan.dan jangan lah menjadi 'batu api'.jadilah pengubat hati :) contoh:jadilah penyejuk tatkala seseorang itu sedang marah.jangan jadi penghasut untuk menaikkan lagi kemarahan.contoh ayat ustaz bagi "eh,,kau tak perasan ke dia cakap apa tadi?au tak dengar ke?"sedar tak sedar,ini juga merupakan ayat berbentuk hasutan.

3.menyayangi dan anggap semua orang adalah insan yang paling disayangi.
bukan mudah untuk menyayangi semua orang nak2 pada orang yang kita tidak kenali.tapi hakikatnya melalui rasa kasih dan sayang itulah akan ter'sampai'nya dakwah kita kepada dia.dan ingatlah bahawa berprasangka buruk itu merosakkan dakwah.namun,tak dinafikan,walaupun kita tidak menzahirkan rasa prasangka kita,prasangka di dalam hati itu pun sudah cukup mendatankan dosa.didiklah hati kita agar tidak mudah buruk sangka :)

4.mengetahui kebenaran dan orang-orang yang benar serta kebatilan.sedikit ulasan:dapat membezakan perkara yang haq dan batil.penting untuk mendalami ilmu dan kaji.

bukan mudah jalan menjadi da'ei,namun kemanisannya akan kita rasai satu ketika nanti ^.^
 berkata imam asy-syahid hasan al-banna:
"perbaikilah dirimu di samping kamu menyeru seseorang ke arah kebaikan"

wallahu 'alam~



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments: