Saturday, July 9, 2011

pembentukan jiwa itu satu jihad

"ya Allah,tunjukkanlah aku jalan kebenaran.bimbing langkahku agar sentiasa dalam kebenaran."

letih rasanya bila hidup dalam keadaan sebersalah.
rasanya dah sebulan hidup dalam situasi dengan sebersalah.
kadang-kadang bukan kerana perkara yang dilakukan itu salah,tapi dek kerana rasa
 "apa pandangan orang?''
"betul ke apa yang aku buat ni?"
"salah tak apa yang aku buat?"

letih rasanya -.-'
boleh dikatakan setiap hari,ada sahaja perkara yang hendak difikirkan.
adakah aku ini tidak menjaga?
adakah aku memamg salah?
atau perkara tu biasa je,tapi aku yang terlalu memikirkan?
 *aku tak sebaik mereka,aku biasa-biasa sahaja*
tapi hakikatnya memang begitu kerana aku bukan kamu,dan kamu bukan aku.
latar belakang kita juga berbeza tapi  kita terikat atas aqidah yang sama!
namun,aku tidak pernah henti-henti berusaha ke arah yang lebih baik yang terkadang aku menang dan terkadang aku tewas.

ish~tak jumpa penyelesaian.
rasa seperti ingin mencari seseorang yang boleh khabarkan aku tentang kebenaran itu.
rasa jiwa lemah~
ya Allah,
aku terlalu lemah saat ini.

aku sentiasa mencari kebenaran di sebalik konflik yang aku hadapi~
bimbinglah langkahku ya Allah.
janganlah dosa-dosa ku menjadi hijab untk aku mendapatkan hidayahMu~

tiada lagi tempat pergantungan selain dari MU~
Engkau sebaik-baik tempat kembali,tiada yang kedua.

merangkak-rangkak aku mencari kebenaran,ketemukan lah aku dengan kebenaran itu,
ketemukanlah aku dengan jawapan itu,ketemukanlah aku dengan jalan penyelesaian itu.
andai langkah ku benar-benar salah,bombinglah aku,tunjukkan aku jalan untuk memperbaikinya.
namun,jika aku benar-benar berada pada landasan yang benar,kurniakan lah aku ketenangan tanpa memikirkan pandangan manusia terhadapku.

terkadang aku diuji dengan kata-kataku sendiri.
benarlah apa yang pernah aku dengari,"setiap apa yang kita cakap/nasihat/beri tazkirah,kita juga pasti akan diuji dengan kata-kata itu kerana kita hanyalah hambaNya"
saat Allah menguji,cepat-cepatlah kembali padaNya,tapi adakalanya setelah sekian lama baru aku sedar aku sedang diuji dengan kata-kata ku.astaghfirullah~

"dia baik,dia pendiam,tak macam aku"
tapi tak salah andai aku banyak bercakap untuk memberi pendapat.
tapi tingkah laku mereka yang diam itu menampakkan mereka baik.eh~aku nak jadi pendiam juga lah.
"jadi diri sendiri je lah" mm,,betul juga.selagi aku maih berada di landasan yang benar.tidak salah!
tapi.......betul ke apa yang aku buad.
"ana takut difitnah"
"ish,enti ni,,bukannya apa pun.berani kerana benar!"
betul juga!ish~konflik2!

terasa ingin jauh berlari~
keluar dari zon buat sementara untuk mencari sesuatu.
nak nangis :'( sungguh aku lemah ya Allah~
bimbing langkah ku..

tolong bawa aku ke daerah yang baru~

*mama,intan tak saba nak balik*
bukan sebab homesick,tapi cuma rasa nak ke satu tempat untuk berfikir dengan tenang.

i tried to find the truth.
kadang saya jumpa,kadang-kadang saya tak jumpa.
saya letih~
semoga Allah terus memberi kekuatan untuk terus mencari kebenaran,kerana aku yakin hidayahMu itu terlalu luas dan datang dalam pelbagai bentuk :)
namun,janganlah aku jadi manusia yang rugi tatkala hidayah itu diberi.

timbang-tara guna neraca Allah,bukan neraca manusia :)
-pesan kak ayu amiza -

wondering~
*saya baik tak?*
*saya tak sebaik mereka ke?*
tapi saya sentiasa berusaha.


-post peribadi-
konflik jiwa,pembentukkan identiti dalam usaha menjadi yang lebih baik.
sabar yea~jangan hukum saya terlalu awal.beri masa.saya sedang merangkak mencari.
semoga sentiasa dalam bimbingan Allah.

mesti ada yang terfikir besar sangat ke salah saya?
hmm~tak de siapa pun cakap saya salah.
hanya perasaan sendiri dan khuatir andai saya memang salah tapi tak de orang ingatkan,atau mungkin ini memang hanya perasaan sendiri,atau terlalu rendah diri dengan merasakan diri tak sebaik macam dia,dia,dia.

khuatir persepsi orang. ,DAN MENCARI SEMULA KETENGANGAN HAKIKI :)







Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments: