hidup ibarat roda.kadang kita di atas,kadang kita di bawah.
betul kan?
seperti aku,yang pernah merasai kegagalan sehingga aku pernah hampir berputus asa.
hari ini,selesai solat maghrib,tiba-tiba,aku teringat zaman sekolah dulu.
(cewah~macam dah lama betol meninggalkan zaman sekolah..hee =D)
orang sejara cakap,
"siapa yang melupai sejarah,pasti akan mengulanginya"
teringat zaman kegagalan dulu,
masa tingkatan 1:
tak rasa sangat.banyak fikir homesick kot.tekanan senior.HAHA.
tekanan kawan-kawan.pernah digelar sombong!erk -.-'
intan nadzirah sombong?sangat tidak logik!mungkin kurang senyum masa f1,tekanan2:D
baru masuk sekolah,senior kata 'gedik'..wah!apakah itu?tak paham.saya kenal lelaki pun tak lagi,tersengih-sengih pun tak,dah digelar gedik.senior lain kata,biarkan~tu perkara biasa kena dengan senior2 macam tu.
okay intan!cool~, :)
masa ni,ranking exam pun tak lah teruk sangat kot.tapi teperanjat juga la,dapat nombor 40 lebih~50 lebih~huh!-.-' okay,lupa pula,NI SBP. pandai2 budaknya!hmm~cool lagi~hehe..
masa tingkatan 2:
tingkatan 2 ni intan selalu sinonimkan ia sebagai zaman kemunduran/kejatuhan/ke 'apa lagi'.
tahun 2007 adalah = zaman kekecewaan.nampak macam teruk sangat kan?mm,pada pandangan intan macam tu lah.
*menangis di public phone setiap kali mendapat keputusan peperiksaan adalah perkara biasa yang berlaku kepada intan nadzirah.teresak-esak(sangat kuat!)sampai semua orang yang lalu on the way nak pergi prep tu mesti tengok intan!popular dulu kat public~HAHA
*fobia sebelum exam,perkara biasa sebab takut nak dapat result.belum lagi exam,dah fobia dapat result.
dulu,setiap kali habis exam,intan selalu yakin insyaAllah,result ok.
tapi setiap kali tengok markah,mesti sangat22x kecewa!kadang-kadang pelik!
orang lain,kalau yakin,insyaAllah,mesti dapat baik punya!kalau tak yakin pun,dapat baik juga!intan?yakin ke,tak yakin ke,teruk juga.so,intan nak rasa macam mana pun serbesalah time ni.balik dorm,mesti nangis!teresak-esak.pernah juga terjerit-jerit
"bodoh ke aku ni?"
(jahilnya aku,belum mengenal erti takdir -.-')
pernah juga terfikir,"ntah2 dulu upsr dapat 5A sebab nasib je!"
(astaghfirullah al-'azim)
macam-macam la jadi zaman ni,tapi ada juga gemilang nya,hehe.
memang aktif KRS sampai pergi kebangsaan!pernah la dalam sebulan tak masuk kelas sebab pergi kem.tu je la gemilang nya,,tapi akademik?zaman ni la merasa dapat nombor SERATUS LEBIH DALAM BATCH!100??memang banyak!nak nangis pun sampai dah tak de air mata!
sampaikan,periksa akhir tahun tu,dapat nombor 96 pun kira bersyukur sebab better than 100!hmm -.-' zaman lower form ni,pencapaian paling tinggi pun intan pernah dapat 3/4 A SAHAJA!tak BM,PAI,tak ingat apa lagi satu,,hehe.so,masa belajar dengan ustaz amirahman dulu,pernah dapat PAI 'D',Allah~
"apalah lagi harapan A aku untuk test kali ni"
(ustaz sangat skema menande;p)
tak ingat la apa lagi yang jadi!tapi tahun ni adalah tahun dukacita!
tingkatan 3:
mm,,adala peningkatan,orang kata tahun exam ni semangat tu lain macam sikit!
tapi pencapaian paling tinggi pun masa ni,5A,tu pun masa trial.
tapi,saya pernah menjadi pelajar yang ..............(tiada label sebenarnya)hehe.
masa duduk dalam utp(bkn universiti tu,ni bilik unit teknologi pendidikan),
kami satu batch dibentangkan markah mathematics,dan SAYA lah orang pertama yang tersenarai dalam kalangan pelajar yang
...................
...................
GAGAL ITU! malu?hmm,tipu la kalau tak malu.senarai pertama tu!pertama tu markah gagal yang paling tinggi la..haha,,masa tu dapat 44%. -.-'
tapi masa tu ramai la jugak join club gagal math ni,,:D
tapi malu la~
mm,masa trial,alhamdulillah,B,,hehe,ada la peningkatan,namun~
masa result PMR terus memperkenalkan aku dengan erti kekecewaan & kegagalan.
6A 3B,,'B' untuk bi,sc,sejarah.cakap pasal subjek sejarah ni,sebenarnya,sampai ke hari intan nak exam tu,saya masih tidak faham apa yang saya belajar!teruk x?
dah la masa paper sejarah ni intan MENGANTUK!
entah la~
tapi bukan maksud intan sambil lewa masa lower form ni,tah la,SAYA BELAJAR!
mungkin,belum lagi rezeki.
so,ketika itu,air mata menjadi saksi perjalanan ku dari smap labu ke kuala lumpur,(cewah~)haha:D.betol!intan nangis sepanjang jalan.bangun subuh esoknye pun intan nangis! :'(
tingkatan 4:
masih ditemani air mata sampai bulan 3!haha,,lama kan?tahun ni pun teruk juga sebab effect dr PMR.segan dengan orang-orang dekat sekolah.6A tu kalau duduk SBP macam failed la jugak!setiap kali cikgu datang masuk kelas sastera ni,bagi motivasi,meleleh air mata.hehe..
tahun ni pun,memang Allah nak uji,masuk zanji pun dapat num 3 je,,kawad pun kalah -.-'
memang down,sampai rasa macam bawa malang,,ish,,tak baik kan dulu fikir macam tu?
(taubat ku pinta pada Mu ,ya Allah) sampai tahun ni juga intan rasa nak resign jadi KP.sebab rasa macam terbeban.tapi alhamdulillah la,tak letak jawatan :)
dan yang paling melampau sekali,PMR ni juga bagi kesan sehinggakan hubungan intan dan rakan baik intan,jadi renggang seketika,maafkan saya :(
test bulan 3 menaikkan semangat bila saya peroleh 8A 2C,,HAHA.,C tu sejarah kot,lagi satu kesusasteraan melayu kot,tak ingat.memang semangat masa ni!hu ha!hu ha!(hehe);p
jadi,kejayaan itu sentiasa menjadi inspirasi sehinggalah aku peroleh keputusan SPM.
BANYAK BETUL PENGAJARAN DARI KEGAGALAN NI.
kegagalan ini mengenalkan aku kepada erti
*"setiap kejadian Allah itu tidak pernah sia-sia intan nadzirah!"
*"kejayaan selepas kegagalan itu lebih manis dan bermakna.
*qiam itu kunci kejayaan
*hablumminallah,hablumminannas~
masa form 4 ni juga,banyak la perubahan2 yang intan alami,x pe lah,x nak cerita bab ni,
intan nak cerita pasal akademik je. :)
bukti:
AKU PERNAH RASAI KEGAGALAN/KEKECEWAAN.
AKU PERNAH BERADA BI BAWAH.
MALAH AKU PERNAH BERADA DALAM KALANGAN YANG GAGAL.
AKU PERNAH RASAI KEPERITAN KEGAGALAN.
percayalah,bagi yang sedang hampa.
kejayaan sedang menantimu ANDAI kau berusaha.
untuk mendapatkan sesuatu yang luar biasa bagimu,berusahalah secara luar biasa.
andai kau belum kecapi lagi kejayaan itu,bersabarlah~
ia pasti akan tiba.setidak-tidaknya,berkat kesabaranmu itu,menjadikan kau orang yang berjaya ni akhirat kelak :)
gagal sekali,tidak bermakna gagal selama-lamanya.
kejayaan kali ini,tidak menjamin kejayaan selama-lamanya.
kerana AKU BUKAN SENTIASA DI ATAS!
doaku supaya cemerlang SPM sehari sebelum result keluar:
"ya Allah,semoga kejayaanku ini menjadi inspirasi buat insan yang pernah gagal suatu ketika dahulu"
ini harapan saya :)
kerana MUMTAZKU UNTUK UMMAH =)
saya tak mahu berjaya seorang!jadi,untuk rakan-rakan,especially zealous,
intan sentiasa doa kita semua berjaya dan dapat apa yang dihajati andai itu yang terbaik~
so,teruskan usaha kerana :
doakan intan terus berjaya ye :)
zealous,terima kasih sebab SENTIASA bagi semangat dan sokongan! :)
kenangan ni intan ingat balik tadi selepas solat maghrib dengan tersenyum sambil bergenang air mata.
mungkin ni lah makna kejayaan selepas kegagalan.
kenapa intan boleh teringat kenangan ni ek?
sempena hari menerima keputusan JPA.hari ni kan result jpa keluar,jadi alhamdulillah,,
intan layak pergi interview,selain tu,amir,aina,farhan ibrahim,azizah,najmuddin,izzaty norizan,asyiqin,mm,,yang lain intan tak tau lagi,semoga kita berjaya :) tapi intan tak mengharap sangat kot,,hehe,,sebab bukan ada pengajian islam;p tapi sebagai pengalam interview tu boleh kot.jpa taja intan untuk bidang undang-undang.mm,,saya mahu syariah :)
so,intan teringat kenangan lalu ni sebab tak sangka kini aku dalam kalangan pelajar cemerlang di smap!(tapi saya tidak mensinonimkan nama saya dengan cemerlang)sbb ini baru permulaan.
bukan riak!x langsung sebab semua ni "haza min fadhli rabbi"
cumanya,intan terfikir,sekarang ni berada sama2 dengan kawan-kawan lain yang memang excellent dari dulu,sedangkan saya baru bermule...semoga kejayaan ni terus menjadi inspirasi!
chaiyok2!
4 comments:
tahniah intan...=)
tahniah intan..=)
bersyukur atas kurniaan Allah
Allah knows best my dear =DD
kak fit :
tq kak fit :)
betul,kegagalan ni mengajar erti supy sy lebih bersyukur =)
shud:
tq dear :)
Post a Comment