hanya Allah tempat aku memohon agar ditetapkan dan dikukuhkan binaan hati.
ketika itu hanya Allah sahaja tempat aku bertawakkal agar dikurniakan hati dan jiwa yang kukuh!
mengapa aku seperti anak-anak kecil yang takut pada cabaran baru?
sedangkan aku tahu aku bukan seperti itu.
tatkala hati begitu resah,
rasa seperti ingin menangis tanpa sebab~
apa sebenar yang terjadi wahai hati?apa yang terbuku di hati?
hanya Allah yang mengerti hati ini.mungkin kerana aku lalai dan tidak sedar bahawa aku telah mengabaikanNya untuk beberapa ketika.
mungkin aku telah alpa seketika dengan nikmat-nikmat kurniaanNya,
mungkin kerana aku terlalu sibuk sehingga tidak pandai mencuri ruang membaca ayat-ayat cintaNya walau sehari.
mungkin juga kerana aku melakukan ibadah dengan sambil lewa.
Allah~pimpinlah aku menuju redhaMu.
hanya ENGKAU tempat aku meminta.
lindungilah hati ini ya Allah.
kurniakanlah semangat jihad pada hati.
jauhilah kegelisahan di dalam hati.
cintakanlah aku pada segala kebaikan dan timbulkanlah rasa benci dan gelisah pada perkara mungkar.
kurniakanlah kekuatan hati dan kekukuhan binaan jiwa.HANYA ALLAH TEMPAT BERGANTUNG :')
*usah terlalu khuatir terhadap pandangan manusia sedang manusia itu belum mengenalimu,,
tetapi bimbanglah jika Allah tidak memandangmu~
usah bersangka buruk,kerana itu merosakkan jiwa,melemahkan hati*
1 comment:
Allah matlamat kita
Post a Comment