Wednesday, July 6, 2011

Tanda Cinta Pada Kekasih Dia

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
nampaknya memang blog ini akan diupdate hanya seminggu sekali.
kekurangan masa untuk menaip dan menyusun kata.
idea ada,tapi nak olah tak de masa.
kadang-kadang bila dah ada masa,idea pula tak de =.= *mungkin hari ni pun short post je*
pertama sekali syukur ke atas hadrat Ilahi kerana sehingga saat ini kita masih dikurniaankan dua nikmat terbesar iaitu nikmat iman dan islam :)
******************************************************************************

"betapa besarnya pengorbanan رسول الله memperjuangkan islam sehingga *alhamdulillah* dapat kita merasai nikmat islam sehingga hari ini.insyaAllah~"

*jom fikir sejenak!*

di sebalik pengorbanan rasulullah menegakkan agama islam,adakah kita menghargai segala perjuangan baginda sehingga kita dapat merasai nikmat iman dan islam sehingga hari ini?

antara halangan dugaan yang rasulullah hadapi ketika berdakwah :
dibaling dengan batu.rasanya kita semua tahu tentang perkara ni,cuma beza nya,adakah kita menghayati?
rasulullah,KEKASIH ALLAH.dibaling dengan batu?sedang kita?*fikir-fikirkan sejenak*

ketika baginda sedang sujud,rasulullah dikelilingi orang kafir quraisy.kemudian datang uqbah bin abi mu'it,lalu baginda dicampak dengan najis unta.najis tersebut dicampak ke belakang nabi dan tidak terangkat kepala baginda sehingga datanglah fatimah membuang najis-najis tersebut dan berdoa.
masyaAllah~

cerita seterusnya.
ketika rasul sedang solat di hajar al-ka'bah,tiba-iba datang uqbah bin abi mu'it meletakkan pakaian/kain pada tengkuk baginda dan mencekik nabi :'(
lalu,datang abu bakar menerkam dan menolak bahu uqbah.

sumber cerita:kitab sirah nabawiyah.*baru lepas belajar isnin lepas* ^.^
touching~
statement prof.madya dr.muhiden:"kita ni,nak keluarkan setitik peluh untuk islam pun,mengeluh"-.-'

terlaluuu banyak pengorbanan rasulullah.
HATTA,sehingga detik-detik kewafatan pun,baginda masih memikirkan tentang umat sedang kita?
jarang mengingati baginda,jauh sekali mengamalkan sunnahnya.

renung2kan*
~maaf tak dapat ulas panjang~
-post ni lebih bertujuan untuk menyeru sahabat-sahabat mengkaji dan menghayati kisah-kisah perjuangan rasulullah serta nabi2 terdahulu-
-maaf atas pengisian yang kurang tersusun-

أنا مشغولة   ^.^
namun,tetap meluangkan masa untuk menyampaikan sesuatu :)

لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة"

apa bukti kita mencintai rasulullah sekiranya masih melalukan kemungkaran?
adakah kita ni 'sebenarnya' orang yang menghargai pengorbanan rasulullah?

wallahu 'alam~

*mood hayati sirah nabi memandangkan sejak masuk nilam puri ni banyak didedahkan dengan kisah para nabi serta perjuangan nabi.alhamdulillah ^.^ sirah nabawiyah turut menjadi subjek wajib di asasi*

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 comments:

theUnexpected said...

ak plak tringin gler nk blaja sira nabawiyyah..rindu

INTAN NADZIRAH said...

the unexpected:
blaja la,,seronok~
semoga Allah permudahkan jalan :)