Monday, January 31, 2011

how i wish~


hmm..tibe2!teringin sangat nak satu barang niyh!
macam ramai je da tau apa yang intan teringin
hehe;p
DSLR??
yes!
HAHA:D
intan pun tatau la kenapa nak sangat memiliki barang niyh~


maybe nampak smart kot!
gambar pun smart!
tapi!!
body je RM1000++
belum lens lg??
HAHA..
tunggu i ade anak la jawabnye!
ha!lagi satu...i wish my husband suke begambo!
HAHA:D
klaka kan??

ye la..nampak sporting ngan cool kan lelaki suka bergambar ;)
pada intan la~
nak2 yang dalam posisi apa pun gambar dia tu akan nampak cantik!
macam~~mm..lupakan!HAHA:D
mana nak cati duit?kerja pun tak kan??
hehe..sabar je la..ni nafsu je niyh~~~

*************** ******************** *****************

harapan kedua..
mm,sekarang ni kan mesir alami masalah politik yang sangat dahsyat!
rakyat malaysia pun semua sedang risau akan keselamatan rakyat malaysia
yang ada di sana,,
apatah lagi yang ada anak2 atau ahli keluarga yang belajar/berkhidmat di sana
semoga mereka semua dalam lindungan Allah :)

hmm..anda terfikir tak ni sume antara tanda2 kiamat...
saya x pasti..
tapi apabila negara islam/bumi barakah/bumi anbiya' mengalami masalah/huru-hara yang sangat dahsyat..bahkan,umat islam bergaduh sesama sendiri..
kadang2 perkara2 kecil juga kita tidak sedar bahawa ianya merupakan petunjuk dunia semakin tua!
lihat cuaca..tidak menentu..malaysia pula sering alami banjir..
semoga kita semua sentiasa berada dalam redhaNya :)
sekadar renungan~

so intan...DSLR TU..X PENTING OK..hehe;p
kalau ada rezki..beli ok :)
kalau x de..x payah la..tggu je suami punye!HAKHAK..
mengarut btol la intan ni;p

mm..kak ain ok ke kat mesir sekarang? :'(
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, January 27, 2011

DAPATKAN DI PASARAN!!

wah!!saya sudah jadi bisneswoman ke sekarang ni??
hehe;p
coming soon kot,,insyaAllah ;)
tujuan post kali ni,intan nak cerita tentang novel yang intan sudah baca.
dalam sebulan ni dah 3 novel intan habiskan :)
sy bukan ulat buku okay :)
take 1 :
take 2 :
mm,,kedua2 novel ni ni bawah pengarang yang sama,,
novel hakikat cinta ni merupakan kesinambungan daripada novel tasawuf cinta,,
saya tak mahu bercerita panjang mengenai kedua-dua novel ni kerana sejujurnya,
pada pandangan saya,mesej nya kurang sampai,
ada nilai yang baik,tetapi jadi keliru pula bila lelaki dan perempuan masih boleh keluar berdua..
mungkin tu kekurangan novel ni,
tapi mesej yang saya dapat,tak semua cinta pertamamu,
akan menjadi milikmu :)

ok2!saya sebenarnya nak cerita tentang novel seterusnya ni,
take 3:

fakta mengenai novel ni:

sangat bermakna.
sangat menyentuh perasaan.
mesej yang sangat baik.
cara pengolahan yang baik.
berjaya menyentuh perasaan secara mendalam & tajam.
cara pengolahan berjaya meletakkan pembaca di dalam situasi.
the most important thing is:
novel pertama yang berjaya buat saya menitiskan air mata :')

ok,intan akan ceritakan sikit-sikit pasal novel ni.
senang cerita,macam sinopsis la.
tapi saya bukan penulis yang baik,jadi saya tak dapatlah nak menyentuh hati anda
melalui penceritaan ringkas saya ni..hehe..
kalau nak rasa,beli novel ni!!
penulis: nurul aini k.azhari&aimi nabihah mohamad
watak utama: aima insyirah&naufal mustaqim
watak tambahan:walid,umi,ibu fatimah,azzahra,humaira,ammar,izudin,nurul hannan,
general rifa'il,amin (banyak lagi nama-nama watak yang berjaya
membangkitkan emosi)
sinopsis:
opps!maaf,,saya tak pandai sangat cerita..hehe..tp boleh la nak kongsi-kongsi sikit :) cuba
pendapat intan,tema novel ni CINTA,,ha!yang menariknya,cinta yang cuba ditunjukkan dalam novel ni,sangat luas!biasanya kita lihat,kebanyakan novel cerita cintanya hanya tertumpu kepada cinta manusia,kalau ada pun cinta Allah,mesej cinta kepada manusia paling banyak cuba ditonjolkan..

TETAPI,berbeza dengan novel ni :)
3/4 daripada novel ni menceritakan tentang kisah AIMA yang sejak dari sekolah lagi sering menyatakan hasrat hendak membantu rakyat palestin,akhirnya,impiannya tercapai apabila dia berjaya menjadi antara golongan mujahidah di palestin,,part dekat palestin ni la yang banyak menyentuh perasaan,cara pengolahan cerita ni 'real'!macam mane wanita diperkosa,wanita mengandung dirobek perutnya.janin yang baru mencecah 5 bulan ditarik dan dibelit dengan tali pusat.masyaAllah.betapa kejamnya tentera zionis!

novel ni juga memaparkan semangat para mujahid/mujahidah yang sangat kuat!!
mereka tidak takut syahid kerana percaya dengan janji Allah.

mm,,act,buat intan terfikir~
mampukah aku mempunyai semangat jihad seperti mereka??
cerita ni berjaya tunjukkan betapa para mujahid tidak gentar langsung terhadap tentera zionis,
malah AMMAR(watak paling muda,masih kecil)sudah mempunyai semangat jihad yang sangat tinggi..bayangkan kalau malaysia satu hari nanti diperangi??na'uzubillah,,sejujurnya saya gerun!takut!kuatkah umat islam di malaysia mempertahankan islam atau sanggup menggadaikan agama kerana tidak mempunyai semangat/cinta terhadap agama.
seorang demi seorang ahli keluarga terkorban :'(

dalam novel ini juga AIMA ada terfikir,bagaimanakah keadaan di malaysia tatkala dia dan para mujahidah di palestin sedang sibuk mempertahankan agama sedangkan umat islam di malaysia sedang sibuk melakukan maksiat!(mesej ini amat baik dan merupakan tazkirah buad umat islam di malaysia)
tak mustahil kalau ada yang sanggup murtad!NA'UZUBILLAH!!!
takutnya~sy tidak mahu berada dalam golongan itu..kuatkah aku??
novel ni ada jugak babak di mana seorang wanita derita menghidap penyakit syphilis(penyakit kelamin)kalau ikut apa yang saya belajar,penyakit ni kena akibat jangkitan kuman,,inilah balasan bagi orang yang suka melakukan zina.babak ini dimuatkan dalam novel bagi memberi gambaran terhadap perbezaan situasi di PALESTIN dan MALAYSIA!
tentang cinta,kisah percintaan dalam novel ni melibatkan antara aima dengan naufal :)
selepas habis persekolahan,mereka tidak berjumpa langsung sehinggalah menikah.
habis,macammana boleh kawin??mm..rumit nak cerita..hehe..
mereka ni sebenarnya dua2 ahli pengaman dunia,,aman palestin la~
bezanya,aima berada d palestin,dan naufal di malaysia.satu hari naufal menghantar emel kepada aima setelah sekian lama tidak berhubung sejak habis zaman persekolahan.mereka hanya berhubung melalui emel dan bercakap mengenai misi masing2 iaitu misi aman palestin.disingkatkan cerita,Allah melahirkan perasaan cinta ke dalam jiwa mereka berdua,,intan pun tidak tahu macam mana nak cerita,tapi itu semua kuasa Allah.naufal amat mengagumi semangat jihad aima mempertahankan AQIDAH yang satu!
satu hari,umi aima menghubungi aima yang masih berada d palestin untuk menyampaikan hajat naufal yang ingin memperisterikan aima,(alamak..cane nak cite ni..sush2!AHAHA)aima akui dia juga ada menyimpan perasaan terhadap naufal,namun perjuangannya di palestin adalah lebih utama padanya.aima hanya menyerahkan takdir pada Allah kerana naufal juga tidak menghalang perjuangannya di palestin,sampailah satu hari aima ditangkap oleh tentera zionis.walaupun di pukul,di sebat,aima hanya menyatakan ALLAH AHAD!ALLAH AHAD!,,begitu juga dengan para mujahid yang lain,,mm,,ada juga cerita mengenai salah seorang daripada tentera zionis yang kembali kepada agama islam(indah sungguh part ni)ada juga part di mana salah seorang mujahidah yang baru sahaja berkahwin selama 48 jam,kemudian telah menjadi balu akibat syahid..namun cinta mereka terus utuh di syurga firdausi.gambaran kepada senua para syuhada amat indah apabila jenazah mereka berbau wangi,tersenyum indah,SUBHANALLAH :)
mm..baiklah,intan da tak pandai macam nak olah cerita ni sebab saya bukan penulis yang baik..hehe;p eh2..jap..ending nya,mestilah aima dan naufal nikah..hehe..aima selamat :)
apa yang boleh intan simpulkan,novel ni menceritakan pasal penderitaan rakyat palestin,semangat juang mempertahankan aqidah,isu palestin isu islam,,
adakah kita bersedia?sudah bersedia menggadai nyawa mempertahankan agama?
gentar atau tidak jika nyawa di hujung senapang?mm..banyak tazkirah2 membina dalam cerita ni,cerita percintaan juga hanya ber'visi'kan cinta Allah..MELAKAR CINTA FIRDAUSI..dapat x msg di sebalik tajuk ni??
maaf ya kalau post kali ni jalan cerita agak kucar kacir,,intan x pandai bercerita..HAHA..
kalau boley nak cerita balik satu novel..HAHA..

SEDANG MEMBACA NOVEL :

any suggestion novel best2 yang saya patut baca selain WARKAH CINTA BERBAU SYURGA,KALA CINTA WAHYU BERSATU :)

MAAF KALAU POST KALI NI TIDAK MENARIK~

psst2:esok ade reunion ngan kawan2 sekolah rendah dekat hotel lagend(depan the mall)..minggu depan suda busy dengan orang kawen!!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, January 26, 2011

tolabal 'ilmi faridhotu 'ala kulli muslim :)

(ala,,laptop saya tiada tulisan jawi :( kalau tidak,mesti saya dapat gunakan tulisan yang indah itu~)
mm,,tak mengapa!itu bukanlah satu penghalang bagi saya untuk post entry pada kali ini :)
pernah tak dengar orang cakap,
"makin banyak kita belajar,makin banyak kita tak tahu"


dalam firman Allah S.W.T:
"dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan,
ditambahkan kepadanya tujuh lautan(lagi)
setelah keringnya,niscaya tidak akan habis-habis dituliskan kalimat-kalimat Allah,
sesungguhnya Allah maha perkasa,maha bijaksana"
Surah luqman:ayat 27
Memang tidak dapat dinafikan lagi ilmu Alah ni terlalu luas kerana segalanya-galanya
yang ada di muka bumi ini adalah milikNya :)
sebenarnye saya nak mengupas pasal ilmu ni,kesinambungan sikit la daripada post
ISMEP OH ISMEP..
memandangkan program ini pun pasal ilmu kan :)


antara-antara tazkirah/dalil/mutiara kata/kata-kata semangat
yang saya peroleh semasa program tersebut:


1.barangsiapa yang menempuh jalan yang di dalamnya ada ilmu,
Allah mudahkan jalan ke syurga

2.tanamkan punca-punca keghairahan kepada ilmu
(mcm kami BDK2 ISMEP YG SGT GHAIRAH UTK KE TIMUR TENGAH mengejar cita2
dan capai misi & visi msing2 :)

3.niat yang sejahtera & tanggungjawab
sebagai hamba Allah,
menghilangkan kejahilan.


4.sentiasa perbaharui niat
(x dinafikan,sebagai manusia ada kalanya kita mudah lupa dengan niat asl,
bak kata pepatah,,hangat2 tahi ayam..jd!sentiasa perbaharui niat agr semngt
akan terus kekal dlm menimba ilmu!)

5.sentiasa bersama para ilmuwan &
sahabat yang ingatkan kepada akhirat
penting ni!kan ade kata2..sahabat melambangkan diri kita..

6.sediakan satu masa menghafaz sekurang2nya
1/2 jam sehari..
ha ni mcm tips la..tiap2 hari kita mcm amek ms untk
hafal sub2 yg kite blaja.

7.jadikan kemarahan&kegeraman sebagai
penaik semangat!


8.Al-Aula fal aula
utamakan yg lebih utama,maknenye dlm konteks menuntut ilmu,,
utamakan belajar berbanding tugas2 lain,,mungkin ade yg kate kite pentingkan diri..
tp kita menuntut ilmu ni pun,,bkn utk diri sndiri,tp utk org lain jgk :)
cth:jika diberikan tugas utk mengendalikan sesuat sdgkan exam lg 2 hari..
utamakan lah yg lbih utama..tp ni dlm konteks kalau mcm cth td..exam lg 2 hari..
tp kalau laaaambaaat lg..jgn pulak djadikan alasan..
ikut pertimbangan hati & akal yg waras :)

"siapa yang menuntut ilmu untuk menyaingi ulama'
atau berbahas dengan orang jahil atau supaya dengan ilmu tersebut
wajah orang ramai tertumpt kepadanya,
Allah akan memasukkannya ke dalam neraka"
maafnye,sy x sempt salin sanad nye dan sape meriwayatkan hadith ni :)


toyyib!saya harap kita semua sentiasa berada dalam golongan yang cintakan ilmu :)
cintalah sesuatu ilmu itu,mescaya kamu akn peroleh kebaikan daripadanya..
pada intan paling untung orang yang belajar medic sebab dia dapat lihat banyak kebesaran Allah :) itupun jika kamu menghayati keindahan ciptaan tuhan~
neway,,saya harap semangat saya untuk belajar syariah sentiasa berkobar2 dalam jiwa saya,
dan semestinya semangat melangkah ke bumi 'anbiya yang sedang mengalir ini akan terus mengalir dalam jiwa saya dalam menuntut cita-cita mencapai keredhaanNya~Allahuakbar!
semoga saya menjadi yang lebih baik :)


inilah dia universiti impian :)
jordan~

RABBUNA YUSAHHIL :)

PERMUDAHKANLAH AKU DAN SAHABAT2(ISMEP) KU YANG BERCITA2 MELANGKAH KE BUMI 'ANBIYA'
SEMANGAT KAMI SANGAT KUAT,YA ALLAH..
INNALLAHA SAMII'UN 'ALIIM :)


KAU PERMUDAHKAN JUA SAHABAT2 KU(ZEALOUS) DALAM MENERUSKAN JIHAD MEREKA
DAN KURNIKAN KECEMERLANGAN KEPADA BATCH KAMI!
INNALLAHA 'AZIIZUN HAKIM :)
SEMOGA UKHUWAH KITA BERPANJANGAN..
YA ALLAH,IKATLAH KEMAS2 HATI2 KAMI :)
semoga aku sentiasa cenderung ke arah kebaikan,,namun aku masih keliru dan malu *
pss2:ustaz tu kate,smpy kt sane t,x dinafikan,rase terdorong nk membina baitulmuslim..
apekah itu??ha~kawen la mksudnye..hehe..pndy2 la handle ye..pelihara hati & iman,,
ya muqollibal quluub,thabbit qulubanaa 'ala diinik!


IKHLAS
YANG MENYAYANGI ZEALOUS KERANA ALLAH,
INTAN NADZIRAH AMRAN :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, January 24, 2011

ISMEP OH ISMEP~(post 1)

pengalaman yang intan x kan lupekan :)
hmm..memang sesat la nak pegi seksyen 19 shah alam niyh..
SHAH ALAM SANGAT BESAR!!
byk betol seksyen2 nye..
tp alhamdulillah..bi iznillah..smpy juge sy ke masjid ubudiah,shah alam :)
mmg berdebar pertama kali sy sampai sebab sy pergi dengan mak sy je..
x de kawan...tp sy tggu kak zahra'..
ha..ni je la yang sy kenal..itupun kami x pernah berjumpe sebelum niyh..
tp dah excited nak jumpe :))
ok!tym tuh..kak zahra' x smpy lg..nk tau x..perkara yang intan sangat tkut mmg btol2 dtg tym tu..nk tau ape dye..
sy berhadapan dengan majoriti yang bertudung labuh dan berjubah..
sy sangat maloo tym tu..segan..RASE NAK BALIK!!
kak zahra'..cepad la smpy..itula perasaan intann..
bukan sebab intan x tutup aurat..insyaAllah..intan pun bukan jenis yang x tutup aurat..
cume sy tidak memakai tudung labuh mcm sy berada d smap..
sy cume segan sebab mungkin sy x se'solehah' mereka..
tapi x pe...semoga berkat saya d kelilingi orang2 yang solehah akan menambahkan lg
keimanan dan ketaqwaan kepadaNya..
sememangnya saya nak berkawan dengan rmai2 insan2 yang solehah dan dikelilingi oleh mereka :) insyaAllah~
then ape yg intan takutkan ek kalau mereka ni sume baik2??
mm..intan just segan~;p
tapi pape pun...memg best kawan ngan dorg..
rase mcm da lame berkenalan n mcm penh jumpe pulak sebelum ni..

mm..kebanyakan mereka ni lepasan STAM,,yg lepasan spm x smpy 10 pun kot..
so,rmai akak2 la..bes2!
memandangkan sy x de kakak,sy sgt suke bertemu akak2..;p

mereka sgt baik dan sporting~


nak djadikan cite,tym solat zohor peruntukan kain telekung kurg,
jadi sy pun terpakse la tggu turn..sy ckp la..
"mm,,x de kain pulak..x bawak pulak stokin lebih utk solat"
sekali dtg la seorang akak yg berpurdah ni(satu2nya peserta berpurdah;)
dye offer"ana ade stokin bersih"
wa~tgk...klu berkawan dengan org2 yang baik hati..inilah ganjaran dye..
bukan mksud ambil kesemptan,,tp nk tunjuk betape pentingnya saudara sesame islam..
ade ke orang yg sggup pinjamkan stokin kt org lain??
ade..tp sush kan?memg seronok dpt kenal dengan mereka..


ha!dorg ni majo gune ana,enti...sy rase indah sgt gune bahase tu..kt smap x dididik gune bhase tu..mungkin lepas sy akn gune bahase tu bersama mereka dlu..dgn kwn2 len..mm..nanti la..segan jgk..hehe;p
apa2 pun..sgt sronok! :)


pengajarannya:sentiasalah bersangka baik terhadap semua manusia :)
macam ade terlintas kat hati intan nak bertudung labuh lengkap mcm mereka lepas ni..
doakan ye :)
kurg lawo gmbo..ade ikhwah mane tah amek..HAHA. PAPE PUN OK LA..
asl ade kenangan :)

ok2!suda bosan??

intan truskan pada tujuan utama iaitu untuk berkongsi ilmu bersama rakan2..
cewah...mcm dalam rancangan tv lak..hehe..

sesi pertama: bersama USTAZ KHAIRUL SYAZWAN.
UNIVERSITI AL-ADZHAR & MADINAH
SYARIAH (YES2!BIDANG SY;P)
baiklah,tajuk yang di bwa oleh ustaz iaitu FIQH-AL MUQARIN.
ma ma'na fiqh al-muqarin??
toyyib,al-muqarin maknahu "perbandingan"
perbandingan ni biasanya antare 4 mazhab yang masyhur la kan..

IMAM SYAFI'E,HANBALI,MALIK,HANAFI
ok,sebenarnya ustaz bawak tjuk ni sebab tjuk ini adalah one of subject yg memang kita akan belajar bagi sesiapa yang akan mengambil syariah :)
jadi,ustaz ada bagi soalan.

1.KENAPA MASALAH2 DIBANDINGKAN?

-supaya tahu kedudukan sebagai ahli fiqh
-hormat dan hargai mazhab lain
-adil dalam menilai dalil yang kuat
-jwpn2 dlm buku teks PSI pun ade kan..hehe;p
2.MENGAPA TIDAK DISATUKAN MAZHAB2 MENJADI SATU.
-JAWAPANNYA MUDAH...masing2 ade pandangan sendiri :)

ok,,,ma ma'na mazhab??ha2!!asyik sebut je..mazhab2..tapi x tau makna..hehe..same la kitorg yg hadir tym tu..

MA'NAHU:
BAHASA-JALAN
ISTILAH-JALAN PARA ULAMA' MELAHIRKAN PANDANGAN TERHADAP HUKUM.

ok,,lepas tu kami didedahkan dengan sejarah munculnya mazhab2 fiqh.
ok..ade 6 peringkat..rasenye..x perlu la sy ceritakan peringkat2 tersebut..pnjg~lgpun,,sy kurang 'arif la nk ulas2 sejarah..kang slh fakta;p
tapi kita ade belajar sejarah pertamanya apabila rasulullah memerintahkan mu'az bin jabal ke yaman dan apabila sesuatu mslh otu tidak dinytakan dalam al-qur'an mahupun sunnah,baginda menyuruh mu'az ijtihad..igt lg x fakta tu?
ok..kemudian berlaku la d zaman KHULAFA' AR-RASYIDIN,dan seterusnya..
nanti antum akan belajar lah mende2 ni :)
KATEGORI PENUNTUT ILMU FIQH
1.mujtahid-peringkat tertinggi..
2.muttabi'-kita digalakkan berada d peringkat ini selepas mempelajari syariah.
3.muqallid-orang yang hanya mengikut sahaja.
ha!tips exam pun ada tau..

1.kaitkan dengan masalah kehidupan realiti.
2.ingat (ni utk las minute preparation..x digalakkan..hehe)
3.nota ringkas.ustaz kate..ade 200 masalah tym dia belaja yang kita kene igt,jd buad nota..
(wa~200~~)hehe;p caiyok!
SESI KEDUA:USULUDDIN
bersama USTAZAH NAZIHAH
UNIVERISITI AL-ADZHAR.

baiklah,sesi kali ni.kami agak takut pada mulanya kerana slide show nya fil lughatil arabiyyah.fully mmg dalam bahase arab.


kami didedahkan dengan one of subject dalam usuluddin iaitu AL-KHITOBAH.
ma ma'na al-khitobah??

syarahan la aw pidato..hehe..
mm..intan pun kurang jelas kenape al-khitobah ni ade dalam sub usuluddin.
tapi syarahan ni kan penting dalam menyampaikan da'wah.
kirenya mcm tajuk ni nak terangkan beyapa pentingnye percakapan dalam menyampaikan sesuatu.
menariknya slot kali ini,dengan slide show dalam bahasa arab ni,kami semua pun sibuk la mengumpulkan vocab2.mm..memg tkut pd mulenye tgk slide show bahase arab ni,tp alhamdulillah,,insyaAllah..x sush mane kot..ntah la..haha..rjen2 la tgk kamus blaja nanti!
mm,sy x reti nk ceritakan psl usuluddin sbb memg kami hanya ditergkan psl tjuk al-khitobah,,
psl sejarah,faktor2 ada nya al-khitobah,kepentingan,mcm belajar lah kire.
tapi,ape yang sy bley katekan.,
usuluddin ni ade tiga pecahan.tahun ke-3 da blaja usuluddin nanti,kamu diminta untuk memilih,nak ambil:

1.USULUDDIN AL-QUR'AN
2. " TAFSIR
3. " AQIDAH WA FALSAFAH


tu pengetahuan yang intan tau la.bru tau;p hehe..
SESI KETIGA:LUGHAH
BERSAMA USTAZ RIZAL
UNIVERSITI AL-ADZHAR
toyyib,mm..kami tidak didedahkan mengenai course bahasa arab sebab ustaz ni pun dye ambil course al-qur'an wal qiraat.
kami diberi penerangan BAGAIMANA HENDAK MENGUASAI BAHASA ARAB DI BUMI 'ANBIYA :)

cara menguasai bahasa arab:


-catat kalimah baru dalam buku nota
-ambil la markaz lughah kt sane nanti
-cari kawan org arab
-membaca,tonton tv
-muamalah dengan penduduk
-membaca&tadabbur al-qur'an
-paksa/wajibkan diri bercakap arab
-sungguh2
-istiqamah & doa.


penting ni.kita kene rajen la pastinya kalau nk kuasai bahase arab.nak2 kalau ditakdirkan ke timur tengah (ameen).mcm pengajian islam sedah tentu kitab2nya dalam bahasa arab.nk komunikasi dgn penduduk lg..penting2!
moral:rjen2 lah ke pasar kalau ke sane nanti.bley muamalat dgn penduduk..hehe..
btol ni!:)

yang pastinya dalam pengajian islam ni,kalau nk ke mesir kene ade STAM,
yang x de STAM tu bley la pergi selain mesir.yg lelaki lg ade lg tmpt kt madinah.
madinah ni cara nak mohon plik ckit,antum kene buad sndiri la,,sama ada antum dowbload borang through internet atau pergi buad umrah dan lawat ke madinah..sesi interview universiti madinah ni x de tarikg luput..sentiasa ada aslkan office hour,,

antare tempat2 yg ade kt middle east ni,mesir,jordan,yaman ,syria,maghribi/morocco.
x terase,x terase..HAHA..X PNTG!ASTAGHFIRULLAH~


cume nye ade macam di yaman dan syria pengiktirafan U oleh kementerian pengajian tinggi tu x de kot..bley la cek dekat web kementerian pengajian tinggi U mane yang diiktiraf.
tapi x diiktiraf ni bukn sebab pembelajaran..pembelajaran same je.sume bgus..cume dr segi kemudahan,mcm care belajar...gune papan hijau,seng cite facilities la.
pentingnye iktiraf ngan x iktiraf ni untuk dpt kerja nanti je :)


ape lg ek nak share..untuk ilmu setakat ni je kot..post kemudian nanti mungkin lebey kepada pengalaman & kata2 pujangga..haha..cm lirik lgu lak..mutiara kata yang intan dpt sepnjg prog ismep ni.kata2 pujangga ni mungkin bley bg semngt untuk kita sentiasa cintakan ilmu :)


syukran :)


sy rase post ni akan di sambung pada post yg len..panjang sgt..mesti boring kan?hehe..


PSS2:macam formal ckitkan post kali ni..haha...nak tanye pape lg tanye la..insyaAlah..intan jawab n kalau x tau i'll try tanye senior2 :)
semoga saya ditakdirkan ke jordan bersama rakan2 seperjuangan dengan destinasi maseng2!
berkhidmat utk zealous dan muslim :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, January 17, 2011

mak kau eyh?

semalam pergi la jumpe ustazah tym skola rendh (KAFA)
tolong type nota arab..
al-'adad wal-arqam~
mm..hebad budk2 slang..silibus makin tggi..
bilangan arab pon da blaja 600-2000
intan dulu blaja smpy 100 je..
silibus feqah pun da ade nikah,muamalat,faraid..
uih..kite pun blaja tym f5..
x pe2..otak bersih..elok blaja tym kcik2..mudh igt ;p
ok..pastu..pejalanan blik..intan blik la ngan sepupu kesygn niyh..
manje2!haha..(mcm adek sendiri da)
gmbo ni amek semalam tym dye belajar tajwid & imla' kt umah intan =D
bru drjh 4..besar la tu kan..hehe..
on d way blik tu...
kawan ikram:ikram,mak kau eyh?
haha...tekejot akuh!(cis!bdk niyh)haha:D

ikram kate:x lah!

intan:ikram..kak intan nmpk tua ke??
ikram:haha..(sengih2)x de la..dorg tak tau tu k.intan..

haha..saba je la..
tp i da bese da situasi mcm ni..mmg muke lg tua pd usia..haha..
tp bes jgk kgkdg..ley badget2 ckit konon da besa..haha:D
haha..
tp segan jgk kgkdg;p
mm..sy sgt ske budak2!(tp ske jd ank bongsu!)haha..

ha..ni daniel..(anak sedara ikram)maknenye..ank sedara i jgk la kan;p


tym daniel da besa!!

huu~

haha..ni malas ckp ar..i admittttt cm mak org..ni adek pd daniel ;)

amende la intan~gemok2!haha..diet!

QISTINA!

HANI~NI KAKAK NYE~

HAHA..tah pape~

hak2!

pss2:ikram jgn lupe kak intan tau :) mm..tp ikram da besa...nanti da x bley hug,kiss2 ikram..kdg2 kak intan lupe ikram ni bkn muhrim..luv u dear...mayb sbb kak intan da jage ikram dr lahir lg :) blaja rjen2!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, January 12, 2011

siapa lagi tempat menumpang kasih~


rasa2 nya..post kali ni pun pasal ibu..
hehe..banyak touching kot this week :)
ye~saya cepad touching..tengok drama..hari2 nangis..haha..
menjiwai btol~
tengok la tajuk blog..
HATI OH HATI~
saya memang suka berbicara perkara berkaitan hati..
saya hanya akan update blog kalau ade feel nk post..
cewah~haha:D


kadang2 kalau terlalu feel pun susa nak digambarkan dengan kata2..
sejak duduk rumah ni,,selalu kene mrh ngan mama..hehe..
perkara biasa la tu kan as i'm the only girl in my family..
da tau da..gado2 ngan mama tu perkara biase..
haha..
(eh..bukan gado2 trok tu,..bkn smpy anak derhaka tu)
bese la..pmpuan ngan puan kan..kalau laki..
they will tend to shut their mouth..
but me??hehe..
kalau nk senyap..sy hanya mampu beristighfar~ ;)
bukan niat intan melawan....
tp mama penah pesan..kalau bukan salah intan..intan kene pertahankan..
and mama pun paham..
tp kalau kami gado...saya akn cepad2 minta maaf :)
mama pun kate..bese la tu~hehe..see!kami mmg mcm tu...

mungkin ade yg berpendapat..
"x elok la intan ni melawan~"
mm...situasi ni len..
ntah la......susah nk cerita...
sebelum cuti abes SPM,intan da piki..
mm..blik ni mesti ade gado2 ngan mama ckit..haha..
memg x ley lari la...sbb sy duduk rumah..
kdg2 tu terlupe ckit nk buad keje rumah..mesti mama mrh :(
bese la tu..slh sy~;p
tapi..sy berusaha buad yang terbaik! ;)
situasi kali ni sedikit berbeza sebab mama sekarang sakit..
mama kene THYROID..
mm..bukan yg dekat leher tu....
ni thyroid len....x de ape sgt...cume mama cepad letih...
cepad mengah2,,kdg2 kaki mama bengkak,,yang pastinye..mama sgt x selesa dengan keadaannya sekarang...mama kene mkn 7 biji ubat sehari
dalam masa setahun setengah....
tp dlm masa 1 bulan..insyaAllah..mama will feel better..
but,,she has to work!hmm~sian mama...
mungkin faktor keadaan mama yang sangat tertekan..mama jadi cepad marah..
dan saya pulak,,jadi semakin sensitif sebab selaloo kene marah..
contohnya..pagi td,,lepas subuh sy nangis teresak-esak sebelum bc ma'thurat~ :'(
sebab intan sedey...pg2 da kene marah...
mama kata intan iron bju dye x ikhlas..
(act,intan iron smlm..pastu pg ni kedut2 ckit..intan pun tatau nape..mayb kain tu jenis cm tu)
mama kate pg ni dye kene nek pentas..
hmm..mane intan tau mama kene nek pentas..ma x ckp..
jd,,seperti biasalah..kalau mama ckp sy x ikhlas..mestila sy nak pertahankan bhwa sy ikhlas!
itu saje~
hari2 kene mrh..blik keje nk mrh..pegi keje nak marah..
hmm~sbb tu sy sedey :(
tp bile piki balik.....
keadaan mama sangat tertekan sekarang..
mama sakit,,tapi kene hantar nasri pergi giat mara kt pandan..jao tu dr ofis mama..
so..pukul 6.30 da kene kuar rumah..
intan x tau..intan sebesalah..
kdg2,,intan terfikir..salah intan ke??
tp bukan jugak slh mama..mama nak yg terbaik utk intan..
tapi intan pun dah cuba yang terbaik :)
how i wish everyday setiap kali mama blik keje mama x mrh2...
sebelum intan tido....mesti intan tgk muke mama
(intan tdo ngan mama :p)
mama nampak letih...how can i help u,mama~

mama sabar ye...tggu intan habis belajar..then,u don't have to work..
mama nak cari rumah...kita x de rumah lagi kan..menyewa je skrg...
tapi mama kate..
"psl rumah tangguh dlu..simpan duit..mane tau intan nak blaja jauh2.."
intan tau mama tertekan nak cari rumah~

lagi satu..
mama nk tau x.....
bile intan dengar kawan2 intan yg parents dorang pergi haji...
mesti hati intan tersentuh....
"bile mama nak pergi haji kan?"
sian mama~
ma...ade rezki..kite g sesame keyh...
rasenye utk arwah ayah da ade org buad niabah haji tahun lepas kan ;)


ma....sakit ni ujian dr Allah...
jgn persoalkan kenape kite yang dpt...
setiap kali kita ditimpa musibah....we should say..
"ya Allah..seandainya..sakit ini penghapus dosa2 ku yang lalu,,kurniakanlah kesabaran padaku..
dan aku bersyukur atas kesempatan ini"
intan selalu doa mama cepad sembuh....

siapa lagi tempat intan menumpang kasih...
intan hanya ada mama je dekat dunia ni.....
igt x mama pernah ckp..
"intan jangan tinggalkan mama k,mama x de sesiapa dlm dunia ni.."
ma~x pernah intan dengar ibu yang ckp mcm tu kepd anknya..
i won't leave you...sbb intan pun x de sesiapa kt dunie ni...

klaka kan..kdg2 intan doa..bia intan mati dulu sbb intan x nk rase hilang mama..
tp intan pun x nk mama rase hilang intan...
so...intan doa..kita mati same2 :)
ma~i hope to meet u in jannah~
smpykan kdg2 intan penah terfikir....hari kiamat nanti...
intan tkut kalau jadi mcm ape yang digambarkan..
yg mane seorg ibu sggup melepaskan anknya yg sedg menyusu..
tp memg btol..itulah kedahsyatan hari kiamat yg x dpt sesiapa sangkal...

mama..intan minta maaf ye...
intan selalu nak buad yang terbaik untuk mama...
take care..i miss you :)

ya Allah,ya rahman,ya rahim~ampunilah dosa2 ayah dan ibu ku...kasihanilah mereka ya Allah sepertimana mereka mengasihiku..ya Allah..semoga segala kebaikan dan amal ibadah ku kepada MU pahalanya kau salurkan lah juga kepada ayah dan ibuku...semoga ibuku sentiasa berada dalam hidayahMu...jadikanlah aku seorang ank yang solehah...tempatkanlah ayahku bersama orang2 yang beriman :)

kembali ke rahmatullah pada 11/2/2004

psst2:tgk!sy boley nges type post ni..sy mmg cepad nges lah!pelik btol~sekrg suda pening+mata pedih ;p


ma..as i always said before...
YOU ARE EVERYTHING TO ME...



pagi td intan msg mama..intan ckp sori...

then mama reply...

mama pun sebeslh..mama harap intan saba..sbb mama pun tertekan skang..
mama sakit...so on....
intan kene sabar k :)

ma~how can i live without u???
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, January 10, 2011

kasih ibu~

ok~ari ni letih sangat sebab pagi tadi ada amali..
yup!my lesen "L" is coming~~!!hehe ;)
L??bukan lelaki!!lesen2...


so,isnin depan sudah bermula lah menekan 'CLUCTH'
tatau la nape intan takut sangat ngan mende tu..
mayb sebab tu antara faktor orang boleh failed kot~hehe;p
caiyok!!

aik??ape kene mengena cerita saya di atas dengan tajuk entry kali nie??
mm..mesti la ade kaitan nye kan,kan..
ye..ade..
orang kata,,jao perjalanan luas pemandangan..
haha:D
jao mendenye!takat g amek lesen la pagu tadi kt SETAPAK kan..
jao la tu..;p

ok2...nak dijadikan cerita..
masa menunggu kelas bengkel mula (2.30)
saya duduk la sebelah sorang mak cik ni~
kitorg tgk la org yg tgh test memandu kt litar kan~
makcik tu ckp la..dye bedebar..ok la..intan pun lyn mak cik tu..
(sy suke lyn org tua ;)

tibe2 mak cik tu ckp:
M:makcik ni terpakse belajar kereta sebab nak hntr mak senang g hospital mlm2
(tibe2 terlintas kt hati *sian mak cik ni...mesti dia rase susah nk blaja tua2 ni*)
nak tau x ape dlm hati intan tym niyh..
*blaja kete ni lame..sempat ke mak dia hidup lg*
atau mungkin ini persediaan awl kan..
memang x patut kan intan piki camtu..
tp logik x??logik kan,,kan..bukan intan niat x jahat..x niat..
TAPI...ITULAH DIA..KASIH IBU~ ;)

troskan perbualan~
I:mak cik ade anak?
M:ade,,6 orang...

I:pling tua umo berape makcik (bertanye tanpe unsur2 ingin menjadi menantu atau ape2..haha..sekadar igin tahu~)

M:pling tua umur 23...blaja lgi..pling kecik 6 tahun..
semua belajar lg..ade yang baru abes diploma..

(dalam hati intan *alhamdulillah..semoga anak2 makcik ni..akn dpt bantu acik ni kelak;)*)

*tapi x silap intan sepanjang perbualan tu (act,susa ckit nak phm makcik ni ckp ape..
jawa dia pekat juge~hee~)ank dia kerja sambil belaja kot..then..ttbe makcik ni sambung..*
M:tapi anak mak cik yang perempuan tu..susah betol nak jaga,,
lagi senang jage anak lelaki..
yang perempuan tu asyik keluar je..malas belajar..x mcm anak yang lelaki..
rjen belajar,,x merokok..x keluar rumah pulak tu..

I:ye la makcik..perempuan~mestila risaukan..(macam ni la perasaan seorang ibu kan,
tergambar jelas kekecewaan di wajah seorang ibu..i can see it*saya takut dia nangis td*)


M:asyik leluar rumah je..bukan nye tau kite ni risau ke ape..yang laki tu dah umo 20 pun tatau
pakwe-makwe ni..lepas SPM ni kalau nak belaki sangat..ha..belaki lah..

(*uih...mcm mane la ank mak cik ni..mak cik ni nmpk mcm x larat btol nk jage da..
intan pulak yang riso... :( *)
yang selalu keluar dari mulut mak cik ni..

"mak cik da x larat da nak jage..lebey baik jage ank lelaki"

tbe~intan terase..susah ke...(hmm..mungkin ank dye je kot)
bkn2!mksud intan...intan terpiki..
intan menyusahkan mama x?
mama rase mcm tu x jage intan...
intan selalu nak buad yang terbaik utk mama..
wlupun kdg2 mls ckit;p hehe..ckit je! tp buad tau!

setakat tu je la perbualan intan dengan mak cik tu..mak cik tu ade suami..
tp dye mcm,,ade pun mcm x de..mm..tah..intan pun x fhm sgt..kurg jelas..

pengajaran:

*mm...walau kat mana pun kita berada...sebenarnya..banyak hikmah2 yg Allah
sediakan utk kita lihat..contohnya kisah manusia lain,perilaku manusia lain..
contoh mcm ni la..walaupun tujuan sy nak pergi belajar memandu..saya dpt x pengajaran lain??
kalau kamu seorang yang berfikir..insyaAllah..u'll get it..
kerana hidayah Allah terlalu luas ;)

*kasih ibu :) walaupun makcik ni da tua..intan dpt buad kesimpulan..
mestila mak mak cik ni dok ngan dia kan..beruntung nye makcik dpt menjage ibu..
(mcm mama intan jgk..dulu aki ngan wan intan dok ngan intan ;)
tapi nak jage parents dah tua ni perlu banyak kesabaran..
intan ade x kesempatan tu??
mm..tgk mak cik ni..walaupun dah tua..dia sanggup belajar kereta semata-mata kerana ibu nya
sakit..senang nak hantar ke hospital kalau sakit malam2..katanya~
*anak2~hmm...intan akui..kdg2 intan pun x fhm ape perasaan seorang ibu..
kdg terfikir..
"la..mama..itu pun nk riso"
cntoh nye cm kalau intan balik outing x call mama..
pada intan..x kan la mama riso..intan mesti la kt smap..
tp pada fikiran seorang ibu..mestila riso kan...ntah la..
mama selalu cakap..

"nanti intan da ade anak..intan tau la macam mane rase nye"
pernah terlintas kat hati intan..
"ya Allah..kurniakanlah aku zuriat yang soleh&solehah dan menjadi penyejuk mata
dan hati"
HA!!TAU PULAK NAK ANAK YANG BAIK..
ABES..KAMU TU BUAD BAIK X PADA IBU KAMU..
*saya berkata di dalam hati*
(harap maklum..x slh nye berfikiran begini..sesiapa yang x matang je akn kate..
"amboi..kecik2 da piki mende cmni"
ini semua hakikat kehidupan yang setiap insan akan lalui..
dan untuk mencapai yang terbaik..permulaannya dr sekarang :)
jika tidak..mengapa disediakan doa..
"ROBBANA HABLANA MIN AZWAJINA~~ila akhir ayat~
mm...ape lagi ye nak bebel...panjang sangat da post kali ni..nanti bosan pulak!
pandai2 la ambil iktibar ye~
sesungguhnya..setiap kejadian ALLAH itu sentiasa ade hikmahnya jika kamu pandai berfikir :)
amalkan lah doa:
ROBBANA HABLANA MIN AZWAJINA WAZURRIYATINA QIRRATA 'AYUN..
WAJ'ALNA LILMUTTAQINA IMAMA~
(Terdapat kelemahan di mana laptop sy tiada tulisan jawi..
teringin nk download tp x reti;p ade sesiapa boleh membantu??;p)
ya Allah..kurniakanlah aku suami yang soleh dan cinta yang membawa kami dan zuriat keturunan kami ke syurga-Mu..
*teringat cerita ustazah salwa:
suami adiknya(adik ipar) didik anak2 mereka dengan cara...setiap seorang anaknya mesti membentang tazkirah selepas solat jemaah subuh dan maghrib..wah~masih ade lagikah lelaki seperti ini~mesti anak2 hebad kelak..insyaAllah ;)


*mama...you to me are everything...


saya tatau la post ni da mcm rojak agaknye...ade psl rumah tgge dan kaseh ibu..haha..x pe la..semoga mendapat manfaat darinya..
maaf..penyampaian saya memg kurg bgus..sy x hebad menulis..tp usaha ade :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, January 3, 2011

sebuah impian~SPM & JORDAN

impian..
hmm..mestila semua orang ade impian..
hatta orang gile pun bley cakap pasal impian kan ;)
tapi bila cakap pasal impian nie..tkut~
takut kecewa :(
tapi..ape salah nya..
tu semua ketentuan Allah..
man proposes,god disposes ;)

okeyh!mm..kali ni intan nak berbicara tentang impian yang dekat2 ni je..
bukan yang lagi bebebebeberapa tahun..hehe..
tapi impian tahun nie..
bukan azam!sbb sekarang tggl keputusan je..
hmm~mesti da dpt agak kan..mestila SPM!!
mm..tapi tah la..x brani nak ckp jgk psl spm ni..
mestila sy mengharap 10A+ tu..
intan x nk kecewa lg mcm tym PMR...
itu kesa lalu..hanya 6A 3B..
tp byk pengajaran.. ;)
let say..alhamdulillah ;)

mm..trial ari tu...intan da dpt straight 9A- 1A..
mm..mestila intan mgharapkan yg lebey baik..
sume orang ckp..insyaAllah..i'll get it..
tp intan tkut..mcm mane pun..intan da usaha..
sy hanya mampu berdoa & bertawakkal kpd Allah..
act,intan pun x sangke trial dpt mcm tu..
intan x ley nk riak ke ape..sbb SPM sbenar..
anything can happen..wa~tkut..
and result trial tu sebenanye sedikit sebyk memberi tekanan pd intan utl result sebenar t..
fuh3x..menaip sambil berdebar..hehe ;)
stay calm~cool~
cikgu2 sume mengharap~wa~tkut~
Ya Allah~Ya Rahman~Ya Rahim~
ya latif~ya karim~ya rozzaq~
Ya Allah~Ya Zaljalali wal ikram~
atas segala kekuasaanMu ya Allah..kurniakanlah aku
10A+ dalam SPM~
namun,Kau redhakanlah aku atas apa jua keputusan yang bakal tiba nanti..
kurniakanlah juga keputusan yang cemerlang kepada sahabat2ku Ya Allah :)



sebenarnye..sy nak cerita pasal impian saya belajar ke Jordan..
act,pada mulanya..saya x nk pun fly..ms f4 ni..
lepas tu tym ade program usrah..tym tu jemput DR.ZAINURRASHID sbagai penceramah..
masya-Allah..mmg hebad la dye ni..
mm..tbe2 ade semngt ckit nk merantau ke negara orang menimba pengalaman..
tym f5 pulak..klu orang tanye.."nak fly x"
intan akn jawab..mm..x kesa..klu ade rezki..pergi..mama pun ckp camtu..
kalau x de rezki..MALAYSIA pun ok..
intan x kesa..ok2 saje ;)

tapi lepas SPM ni,,,ntah la..tibe2 macam mane tah..
bile tgk fb akak2 kot..bile da tau ade kak faeiqa kt jordan,rmai la senior2 kt jordan..
mcm mint nak g sane tu makin tggi!tatau nape..
start dr tu..intan pun saloo tanye kak faeiqa psl mcm mane dok sane..nk g sane..
ade jgk tanye kak nur fadhilah(ex-samtaj&kisas,kawan kak fit ;))
byk jgk info dpt..
n thnx jugak dekat senior intan fahmie coz semangat tolong bg2 maklumat..
so,bila da dapat byk support from senior..jadi lagi minat!!

tapi......
intan takut sebenarnye..
intan x nak terlalu mengharap...nanti x dpt intan kecewa..
bukan intan x redha..tp intan tkut kecewa..
sbb x dpt fly pun x pe la kan..malaysia pun ok..intan x kesa pun..
tapi nape intan cm mangat betol cari2 maklumat pasal nak ke sane..
eh!tapi x salah kan..usaha tu penting!
Allah akan bagi yang terbaik utk sy nanti..aslkan sy usaha..
mana tau..berkat kesungguhan saya..insyaAllah dpt ke kan..
tp x kesa la(ubat hati ke ni??x kn..haha..ntah)
pastu ...mcm segan jugak..sbb skrg mcm rmai jgk kot yang tau sy teringin nak ke jordan..
tp kalau x dpt t...segan x??
haha.
(kau memang klaka intan..ni fikiran orang yang x matang tau x?)
x dpt..it's ok la..tu semua kan..Allah tentukan..
Ya Allah..sesungguhnya Kau lah sebaik2 perancangan dan sebaik2 penentu ..

hmm...
kenape tibe2 aku rase sebak tulis post niyh..
ok!
mm..kenape sy nak ke sana?
sebab saya nak berada d zon selamat..
malaysia bukan zon selamat ke??
bukan cam tu la~ntah la..
sy mencari2 tempat sy boleh mencari cintaNya dengan LEBIH DEKAT..
kenape intan bold kan 'lebih dekat' tu?
sbb nanti..mesti ade orang persoalkan..ala..kalau nak cari cinta Allah..kt mane2 boley..
(ceh~org yang ckp tu mcm hebad je kan)
ye~mungkin anda boley...sy??
sebelum nie,,tmpt pertama sy berjumpe cintaNya adalah di SMAP LABU..
sbb tu sy xkan lupe smap ila yaumil qiamah ;)
sekarang ni..bile da klua?mm..pengisian rohani kurang..
memg la ade membaca qur'an..ma'thurat..solat sunat..
tp tazkirah kurg...kene cri sndiri kt internet ni..
tp kene semngt dan dorongan yang kuat la kan..
intan lebih suke kalau persekitaran tu mmg sentiasa mentarbiah(bi'ah solehah;)
i miss it~
ala..blaja kt sini pun boley dpt..intan x nafikan..
btol~rmai je yg bgus2..nanti msuk fakulti syariah tu..rmai yang baik2..btol x??
mm..intan rase macam nk berhijrah kot..ntah la..
hmm..`tkut la nak ckp psl niyh..
kang byk ngarot je ckp byk2 niyh..haha..

then..intan nak jgk dpt pengalaman..klu ikut ilmu tu..
insyaAllah..blaja kt malaysia pun..da bgus..
extra nye blaja kt lua negara ni..
pengalaman kan,kan?
mm..itu sebenarnye ;)
wa~nape sy rase sdey..
adekah sy tkut kecewa..
intan mengharap keputusan yang cemerlang SPM..
x slhkan...sy x mau kecewa lg..
kecewa pmr dlu sgt2 memedihkan..cewah~
lg pedih drpd dtinggalkan pakwe..haha..
mmg la!!setakat kene tggl manusia..ape brg!
asal x hilang cinta Allah..
Allah~♥
semoga aku sentiasa dalam redhaMu~

k lah..pnjg btol post kali nie...
hehe..da mcm luah perasaan..

act,nak say thnx dekat kak hanan and wan arief imran sbb tag iklan nie utk intan ;)





thnx sgt..intan bermint!tp sape nak g ngan intan..
sape nak tengok iklan nie..boley lihat d wall sy atau gmbo2 tag tu..hehe..
setakat ni intan da ajak amalina..(my bes fren eva dr skola rendah;)


(knl x??hehe..kami same2 nak amek syariah nanti ;) hope kite dpt belajar same2 lgi..kalau dpt fly same2 lg bgus!;)
jom2!pergi dengan intan jom!
tgk!mangat kan...wa~
semoga semangat intan ni diberkati ;)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, January 2, 2011

siblings..

TARRA!!
AMRAN'S GENERATION ;)
tbe2 kali nie rasa macam nak cerita pasal abang2 saya pulak..
ye la..asyik cerita pasal kawan je..hehe..
neway,x rmai pun adek bradik..hanya ade dua abang n i'm the youngest..
ha!i'm the only princess..(haha..perasan puteri konon!)

no..mayb i'm jus....

x rmai kan adek bradek??
sbb tu nanti saya nak anak 8!!haha..byk kan?
ok la..pling ckit pun 5 la~haha...ngarot!lambat lg okeyh!!
this is my eldesy brother!!

ensem x???
ensem kan,kan,kan...
haha...aku memang suke puji abang aku ensem..so,what??;p

act,abang aku nie sejibik macam arwah ayah..
kalau tgk album arwah ayah masa kecik..mcm ni lah muke nye..
wa~ensem2..haha..
perangai pun sama..abg aku ni sangat pendiam..berat mulut..
berat tulang pun sikit..haha:D
tahun ni abang da 21!!wow!sy ade abang yg suda tua okie :)
tp lmbt lg..besday abg 4/12..
my bro ni pun..mm..suke dudok rumah..
sangat menjaga mukenye..tp tym sekolah menengah la..skang ntah la..
skrg dye blaja kt IKBN REMBAU..
since dye blaja kt situ..dye nmpk kurus skit!
jeles??yess~ofcourse~haha:D
x de ape da nk cite kot..
x ley cite lbey2..kang dye mrh..


ha!ni abang yang kedua..
semangat x??haha..semangat kan..tp comel..haha..
again~i luv puji2 my bro..haha;p
nasri ni special ckit..special mcm mane?
mm..x pe la..yang kawan ngan sy tau la :)
tp dye sgt indipendent..n he's more indi then the eldest..
rjen jgk..bertanggungjawab la..
ha!today,,dye bru je start blaja kat giat mara kt pandan..
amek BAKERY!!
dye mmg mint msk..tgk badan la~hehe..no la~;p
tahun ni..nasri 20 tahun!wa~nasri pun da 20..tp lmbt lg..18/12..
haha..lg lmbt...
intan je yg lahir bulan mei..
ha!ha!igt x bile??

ok la~tatau ape motif post kali nie..tp saje je..
memperkenalkan abg2 ku yg e**** &c****..
haha...tgk adek la~~haha...;)


tidak!aku suda gemok..(dlm proses menguruskan bdn!)haha..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, January 1, 2011

JANGAN GANGGU HATIKU..


wahai Adam,,jangan ganggu hatiku..
jangan datang dengan harapan2 mu,
jangan hampiri dengan janji2 yang belum kau pasti,
aku selesa begini,sendri..
jangan kembalikan aku pada kisah lalu..

kisah lalu??
ya,aku pernah rasa bercinta..
sia2?ya..
namun..itu semua menjadi pengajaran dalam hidupku..
aku bukan seperti yang dulu..

Ya Allah..terima kasih atas hidayahMu..
namun..teruskanlah aku untuk membenci kembali pada kemungkaran itu..
kerana itulah tanda kemanisan iman ;)

wahai Adam,kau perlu tahu hasrat hatiku..
aku belum perlu cinta darimu..
izinkan aku mengejar cintaNYa..


wahai Adam,andai kau benar menyayangiku,
kau akan berusaha membawaku ke syurgaNYa
dan membina cinta dalam keredhaanNya..
cinta dalam redha Allah??
bagaimana?
fikir2kanlah wahai Adam..


wahai Adam,,aku juga insan yang lemah..
jika kali ini..aku bernekad menolak kamu,
hari esok,aku terlalu khuatir saat ini jika aku tertewas..
ya!kerana aku juga insan biasa..
namun,aku harus bermujahadah! ;)
tapi,,kau juga harus bersama-sama membantuku dalam bermujahadah..
jadi,jangan katakan apa2 tentang perasaanmu..
kerana perjalanan itu masih jauh untukku..
jika kau tidak yakin aku milikmu..
maka,JANGAN!

jangan taburi aku dengan janji2mu,
jangan lalaikan aku dengan cintamu,
jangan mengharapkan penantian dariku,
jangan katakan apa2 padaku..

hmm...ape yang intan merepek ni..
haha..merepek ke??x la~org yang matang pndai menilai ;)
kadang2 rase beruntung jd kak midee yang berkahwin awal..
intan gatal??kamu akan tahu kebaikannya jika kamu mengetahuinya..
perempuan yang menikah awal akan dpt menjaga kemuliaan dirinya..
sekurang2nya..dye da tau jodoh Nya di usia muda..

(puisi ni sahabat saya bagi kat saya..saya x pernah lupe puisi ni
pernah jgk post puisi ni las year ;)

TELAHKU PILIH JALANMU
Ya Tuhan ku,
Telah ku pilih jalanMu
jalan yang mendekatkanku padaMu
jalan orang yang beriman dan beramal soleh,
dan aku yakin sebenar-benarnya cintaku padaMu
takkan pernah dikecewakan.
Namun Tuhan,
fitrah ini terlalu berat untuk kubuang
Terlalu pahit untuk ditelan
tapi, terus-terusan aku gagahkan
demi mencapai cintaMu Yang Maha Esa
Bantulah aku Tuhan,
jika rinduku ini imaginasi syaitan
ku minta agar ia dilenyapkan
andai kasihku ini berlandaskan nafsu
kumohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku
Tolonglah aku wahai Tuhan,
untuk mengisi rasa cintaku untukMu
agar aku takkan pernah dahagakan cinta dari insan yang belum tentu halal bagiku
Teguhkanlah kasihku untukMu Ya Allah,
agar aku tidak kecundang dijajah cinta yang dusta
yang menjadi hijab antara kita
tetapkanlah langkahku di jalan ini
gagahkan aku Tuhan,
untuk menenggelamkan kapal cinta manusia
walau ia seGah bahtera Titanic
tetapku pinta ia karam
jika belayar ia di lautan dosa
Dan ku mohon Tuhan,
damaikanlah ombak di hati
walaupun ribut datang mengundang
agar kasihku diikat di dasar Rabbi
kerana ia adalah lumrah ujian
dan akanku terus tekadkan janji....
Ya Allah,
kurniakanlah aku perasaan cinta kepadamuMu
cinta yang melebihi cinta kepada seluruh ciptaanMu
dan jadikanlah aku hambaMu yang engkau redhai..
:)



p/s:harap maklum..'ADAM' itu tidak saya tujukan kepada sesiapa..setakat ini belum ada lagi yang mendekati..mungkin ada..tapi tidak jelas..sy,insan yang lemah ini,,hanya khuatir ;)
terlalu khuatir sampai rase nak nangis je tadi..sy tahan nanges smpy nak migrain..tp sy suda ok :)
alhamdulillah~


kadang2 tu ade jgk rase mcm tertewas!tapi intan x kn biakan tertewas tross...ape sebanarnya yang berlaku antare kite..


CAYOK!
MUJAHADAH ITU PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS :)

Kepada bakal suami saya,,cepad2 la selamatkan sy ye~haha :D



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed