Sunday, February 27, 2011

didiklah anak2 menunaikan solat~

rasa letih daripada program sampai semalam,,hehe..mcm kem semggu lak.,
weekend lepas (26&27 feb),tempat tinggal intan ni~
selayang pandang la kan~hehe;p
masjid al-muttaqin telah mengadakan satu program khas untuk anak-anak kecil & remaja~
program tu dipanggil~~
KEM SMART SOLAT..

tapi intan bukan jadi peserta,hehe..
memandangkan saya ni lepasan spm(tga free),dan ex smap labu (cewah~)
telah diberikan kepercayaan oleh penduduk kampung sini untuk menjadi fasilitator
bagi program ni..

act,pada mulanya intan ingat sekadar jadi AJK,maknenya..
kejap2 je la..bahagian pendaftaran ke..
tapi pagi sabtu tu,saya diberitahu saya akan jadi fasi..
saya pun,ok je la..
(wlupun pada mulanya ada la rase berat hati sikit kan..tapi apa salahnya menolong bagi melahirkan insan2 cemerlang~rasa berat hati ni bukan ape,,maklumla..da lame kan,,asyik duk rumah je..tibe2 nak sertai aktiviti tu mesti la macam liat ckit..tp alhamdulillah!semuanya ok!insyaAllah..lillahi ta'ala~) semoga ianya menjadi antara amal jariah ku~

program ni berlangsung selama 2 hari 1 malam je,

semua aktiviti diadakan dalam masjid..(fyi,rumah intan selang 2,3 rumah je dengan masjid..x jaoh pun;p)
yang muslimat tidur dalam masjid,muslimin tidur dekat balai raya sebelah :)

antara pengisian yang menarik & sangat bermanfaat: (insyaAllah)
kenapa kita mesti solat
muhasabah diri
qiamullail
ceramah mengingati kematian
pratikal solat&wudhu'
masih ada yang sayang(bersama ibu bapa)
riadah

sesi riadhah bersama ustaz hamdi..ehem3 ^^astaghfirullah~

ni anak buah saya.. ;) kumpulan aisyah humaira'
praktikal solat

macam-macam telatah anak-anak ni,ada budak group yang intan jaga tu nangis pulak~adoyy..biasa la kan,jadi kenelah pandai handle anak2 kecil ni,,memang susah nak kawal~mula2 je senyap..kemudian..hilang fokus..
biasalah~budak2..

ade tu..asyek bertanye je..letih nak jawab..
"ustazah2,pakai baju ni boleh(siap tunjuk pyjamas dye)"hehe..klaka~
"ustazah2,kenape kumpulan dye dapat markah lebih?"
ustazah2,bile boleh mandi?panas la~"
x reti intan nak menjawab nye..hehe..


sesi muhasabah & sesi 'masih ada yang sayang' tu..
antara sessi2 untuk mengalirkan air mata..
rasanya~fasi yang paling banyak menangis..hehe..
biasalah..budak2..ada yang faham,ada yang tidak..
tapi harapnya,ada perubahan pada anak2 kecil ni tentang solat,&tanggungjawab menjadi anak yang soleh/solehah :)

ha!intan sebenarnya fasi yang paling muda sekali!
termasuk lah hazirah(kawan lama)
lagi 5 tu,semua 20 ke atas,fasi muslimin ada 5 je,muslimat ada 7..
seronok kenal dengan akak2 ni,

barisan fasilitator muslimat :)

kak sya,kak faizah,kak nomy,intan,kak nad ustazah abdiah(bekas guru besar KAFA sy;p)&ustazah afiza(guru kelas KAFA saya ms drjh 5;p )

btw,one of fasi ni,ustazah yang ajar intan ms darjah 5(KAFA)segan juga dapat sama2 jadi fasi,tapi memang indah dapat kerjasama..rase lagi rapat ukhuwah tu..ni la hikmah2 sertai aktiviti2 macam ni,dapat berkenalan dengan insan2 yang soleh/solehah :)

telatah anak2 kecil ni apabila di suruh tidur:
masyaAllah...nak suruh tidur pun susah!
sampai kene jerit2~
haha...tapi kene tidur awal!sebab pagi esoknye ada qiam..takut kalau adik2 ni bgun lmbt..
apa2 pun,intan x boleh tidur!hehe..biasalah,tempat x selesa ckit kan..
lepas tu..tiap2 setengah jam..ada je yang datang..

"ustazah..nak pergi tandas"
hmm..naseb baik kak nomy rajin bangun teman dorg..hehe..
tapi apa2 pun..banyak hikmah yang intan dapat dalam kem ni,
walaupun kem ni untuk budak2 ni..tapi setiap yang Allah aturkan tu,,x pernah sia2..

alhamdulillah,dapat jumpe kak nad(one of fasi)
dia kate,pas ni kalau dia ada program2 or usrah boleh la pergi ngan dia..
lagipun tak lama lagi intan pun nak pindah ampang,,kak nad ni pun warden kat one of sekolah swasta kt ampang :)
begitu teratur rancangan Allah ~

tema lagu kem ni,lagu demi matahari..
masa mereka nyanyikan lagu ni penuh semangat,,
ttbe intan touching~(saya memang cepad touching~)
ntah la..intan touching sbb intan sangat menghrapkan anak-anak kecil ni,
dapat jadi insan yang cemerlang satu hari nanti,n tidak terpengaruh dengan gejala2 yang tak baik & ada semangat dakwah yang kuat dalam diri insyaAllah :)

masa sesi dengan ibu bapa tu,macam biasalah..
mesti la nangis2 kan,,hehe..
teringt masa program kat smap dlu~
program berakhir pada jam 3 petang dengan lagu doa perpisahan..
sedih jugak,ada juga adik2 yang sdey~terharu jugak~hehe..
tak sangke fasi2 pun dapat cenderahati..alhamdulillah..
dapat telekung~wa~terharu~


menjadi kenangan~

YA ALLAH,JANGANLAH KAU PALINGKAN HATIKU DI SAAT KAU MEMBERI HIDAYAH PADAKU~
JANGAN BERPUTUS ASA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK MENDIRIKAN SOLAT!~ ;)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, February 24, 2011

senyum :)

hype!salam 'alaik~
hmm,,kecoh kan pasal driving intan niyh..hehe..
hmm,tadi da masuk kereta abang driving tu,dia minta maaf,
jadi intan senyum saja la~


one fact,saya memang bengang!
tapi tak la berdendam,,tak reti simpan lama2..
that's why kalau ada pape yang buad intan marah,,
memang intan bising!
tapi kejap je..sebab da luah kan..hehe..(elak penyakit sakit jantung ok :)
so,x de ape sangat la sekarang,,ok2 je..


pre test td..alhamdulillah..
everything was okey~
bukit pun ok jgk ..hee^^
tp orang yang tolong tgk2 pre test ni..tengok dari jauh je..
"ok lah,terus pegi jalan raya,,saya tengok tadi da ok da tu"
dalam hati:betul ke abang ni?haha..
on the road:mm...abang ni garang la jugak~
saya lambat bagi signal je pun,jangan marah der~hehe;p
so,insyaAlah..the test is coming~just wait and see..
hope everything will be okay..
rabbi yassir wa la tu'assir :)
x sia2 la,bengang2,marah2..hehe..


yang penting,,saya x dendam ok..saya hanya marah hanya ketika itu!
i still can take it positively :)
saya hanya marah di belakang2..hehe..
tak kan nak marah abang tu pulak~da la dia lagi tua...
x sopan~
nasib baik masuk kereta dia,dia pasang ikim~
sojuk hati den..hehe..
tup2 kua nasyid
"hapuskan sengketa dan dendam"
eh..terasa2..hehe..tapi saya tak dendam tau~
abang da pilih siap2 ei suh dj ikim pasang?haha:D


saya masih memilih baju kurung untuk pergi driving hari ni,
sebab saya percaya setiap apa yang Allah redha tu,
akan mendatangkan keberkatan dariNya :)
akan diberi kemudahan...
(eh,tapi bukan la sebelum ni saya tak tutup aurat..kang slh phm pulak;p)
and saya percaya kemudahan yang diberi oleh Allah hari ini,
semuanya datang dari Allah..
act,setiap apa yang berlaku,semuanya boleh jadi perkara untuk dimuhasabahkan~
walaupun drive ni mende simple..tapi kalau goyang(nervous)
x jadi der~hehe..
nikmat,ketenangan,kesusahan,kesenangan dariNya :)
rabbuna yusahhil =)

mai2!baca sat :) dapat pahala~
semoga dikurniakan ketenangan~
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, February 21, 2011

best day :)

assalamualaikum~ :)
hype!sudah lama tak update blog kan?
mm,,maklumla~weekend kan abang sulong balik rumah,jadi dia nak guna!
tapi menimbulkan kemarahan sebenarnya bila dia asyik tukar windows dekat lappy niyh!!
memang marah sangat!tapi tak marah depan dia la kan~
sebab dia abang..!!
wa~~marah ni sebenarnya!sabar2~
sekarang ni nak upload gambar2 dekat FB sekarang LAJU,PANTAS,EFISIEN pun x boleh!
huh!-.-'
****************************************************
okey2!
actually,yesterday i have a great day with kak ain ♥ & kak izzah ♥

ha~kak izzah ni intan baru berkenalan dengan dia hari ni :)kak izzah ni housemate kak ain dekat mesir~saya?saya dormmate kak ain masa dekat smap..hehe;prindu sangat kak ain,sebab tu nak jumpe~minggu depan mereka nak balik al-adzhar suda~yes!mereka belajar di
UNIVERSITI AL-ADZHAR,MESIR :)
-course dentist!
so,hari ni..seperti yang dijanjikan,kami nak dating dekat mid valley..tempat common la kan bagi insan berkasih sayang untuk berjumpe..hehe;p terutama macam kami yang sudah lama terpisah ni;p
mula2,nak decide baju dulu..nak pakai apa agaknya??
so,las2 i decide to choose jubah!yeah~mudah~tutp aurat..hehe..sebenarnya da lama nak try pakai jubah pergi shopping kompleks ni,tengok orang lain ok je pakai,apa kata intan pakai kan..ha..ok je..x la susah pun..tp~~~intan cuba benda baru jugak..pakai shawl..HAHA..
TAPI YANG LABUH LA KAN!
mm..memang agak weird jugak la sebab muka intan kan BULAT!tapi tak kesah la..cube je..janji tutup aurat~tu yang penting!
nak tunjuk gambar ke x?
nak ke tak?
taraaa~



cam da selebet cikit shawl intan tu..hehe..da nak balik~
okay,mula jumpa..kitorang memang nak pergi MPH,,sian orang mesir nak cari buku kan..hehe..alah!intan pun da lama x pergi MPH,asyik pergi popular je~;p
so,intan beli novel
BUMI CINTA,SALJU SAKINAH,PALESTIN KAMI DATANG!

palestin kami datang ni novel terbaru fatimah syarha & suaminya :)
beli jangan tak beli..novel bumi cinta ni act,ustazah salwa suggest..so,i've told her yang intan da beli novel tu malam semalam..so..ustazah pun balas msg..

"ustazah kagum dengan watak ayyas tu...bla..bla..bla..anak mesti baca sampai habis tau,n berdoalah agar dapat suami sesoleh ayyas" :)
insyaAllah..(tp saya kena jadi solehah dlu =) solehah kah aku?
usaha2! ;)
ok!ha..novel palestin kami datang tu kak ain bayarkan!!
tq kak ain! :')
then,kitorang lapar~(kak ain lapar senanye..hehe)jgn mara;pkitorang makan kt food court!borak2 dalam 2 jam kot..HAHA..biasa lah kan.da lame x jumpe~
then jalan2...carik baskin robbins!HAHA..

ni kat secret recipe act,

MAKAN LG!!
tapi intan pilih single junior je..(first tym kot mkn es kem mahal niyh)kalau kt kdai runcit ni,one cone RM1,tp kt baskin ni?RM5.50)haha..rasa same je;p
then!pergi secret recipe pulak!HAHA..teruknye makan hari ni!!
ha~intan pilih kek tiramisu..x pernah rasa sebenarnya~so,
x habis sebab??pening!saya tak suka sangat coffee..(tapi kopi o' suke!;p)
kesian kak izzah,,belanja kek tapi intan x habiskan~
jalan2 lagi,jumpe sepupu kak ain,dia ajak makan kat KFC!!ouh~so,saya pilih snack box je sebab tak larat nak makan da!HAHA..
sharing2 with kak ain :)
tym ni kak izzah da balik :(
mm,,dalam pukul 6 petang gerak pergi KL sentral~
ok~tamat!hehe..
seronok nye dapat dengar pengalaman orang dekat al-adzhar,
intan tak amik STAM,so,x dapat pergi mesir,tapi ke jordan tu insyaAllah ada harapan lg :)
INSYAALLAH:)
dengar cerita dorang,mcm semangat pulak nak pergi merantau ke negara orang~
cewah~;p
tapi betul~
mm,,hari ni STPM suda keluar result,,SPM bila lagi??
just wait n see~
kak ain!!i will miss you~

lepas ni akak nak balik mesir da~bila lagi kita nak jumpa..
atau~kita jumpa kat sana ei nanti..hehe..INSYAALLAH :)
kak izzah,nice to meet you :)
ada rezki kita jumpa lagi..
kak izzah nak jumpa saya lagi x?hehe >.<

**********************************************************
mm..hari ni last belajar kereta~
test nak dekat~
kenapa mesti cuak??
tolong la~
jangan cuak~nanti gelabah~

*************************************************
masa duduk dekat KFC,nampak ada 2 pasang couple ni,
yang perempuan tu pakai seluar lagi pendek pada lelaki!
yang lelaki memang da berseluar pendek!yang perempuan pakai lagi pendek!
astaghfirullah~pelik la manusia..

"jika kamu tidak malu,buatlah apa yang kamu mahu"
-.-'

************************************************************
ok..maaf..post kali ni macam serabut >.<

INTAN NADZIRAH SANGAT BERDEBAR SETIAP HARI
UNTUK TEST JPJ DAN RESULT SPM..
YA ALLAH,,BERGABUNG2 PULAK BERDEBAR NI..
N I CAN'T CONTROL~ :(
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, February 18, 2011

merdunya~ :)



merdunya lagu ni~~dulu selalu jugak dengar syamirul (sahabat di smap labu)
nyanyi2 time lalu2 dekat klas..
rupe2nya,lagu ni pun ada juga dalam video lakonan untuk hari guru yang dilakonkan oleh budak batch :)
terbaik~
enjoy the video :) especially kepada senior2 or sesiapa yang belum tengok :)

bahagian 1/2



bahagian 2/2



Tahniah kepada rakan2 yang telah berjaya berlakon dengan baik sekali..
teringt kawan2 kt smap~ :'(
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, February 16, 2011

bayangan nama seindah akhlak :)

di suatu majlis kenduri nikah sepupunya dua minggu yang lalu,mawaddah dipanggil oleh jirannya,(pak cik yusof).ketika itu,jam menunjukkan 11 malam.Ramai tetamu sudah pulang,namun saudara-maranya masih berada di kawasan rumah bagi mengemaskan peralatan.
mawaddah dan pak cik yusof bercerita dan berboncang mengenai krisis di mesir memandangkan dia tahu mawaddah ada berniat untuk melanjutkan pelajaran ke timur tengah.

pak cik yusof:mm,ada anak jiran kita tu,hamdi nama dia.sekarang sedang belajar di mesir.Al-adzhar.

mawaddah hanya mendengar kerana dia tidak mengenali jirannya itu.mungkin kerana dia tidak bergaul sangat dengan anak2 jiran di kawasannya itu.

pak cik yusof:dulu dia belajar di darul qur'an.sedap dia baca al-qur'an.masa ramadhan hari tu ada dia jadi imam di masjid.mawaddah perasan tak?

mawaddah:ouh..bgus tu pelajar darul-qur'an...tapi saya tak perasan sebab saya kan duduk asrama tahun lepas.

di sambung dengan perbualan mengenai pelajaran.mawaddah yang sedang menunggu keputusan spm juga ada bercerita tentang biasiswa2 yang perlu dia mohon.pak cik yusof juga ada sekali-sekala berjenaka.dia memang kuat berjenaka.sejak mewaddah kecil lagi,mawaddah sering ke rumahnya pada waktu petang,berbual-bual dengan anak perempuannya dan isterinya.namun,sejak mawaddah ditawarkan ke salah sebuah sekolah asrama penuh aliran agama,dia jarang keluar rumah dan segan bbertandang ke rumah jirannya itu.mungkin kerana faktor mawaddah sudah bergelar gadis.Namun sekali-sekala..ada juga mereka berbual.

hamdi?siapa dia ye?
hebad orang nya~lulusan darul qur'an..
kini sedang belajar di Al-adzhar..
mm..tak pe lah...
(ada juga terdetik di hati mawaddah untuk mengetahui siapakah orang hebat itu,namun,tidaklah penting baginya)

dua minggu selepas itu,nenek saudara mawaddah meninggal dunia dan di bawa ke rumah nya.
ramai saudara-mara nya datang pada malam tersebut untuk mengadakan kenduri tahlil.selepas orang masjid telah pulang,mawaddah serta saudara-mara mereka duduk berkumpul,berbual-bual bersama sepupu-sepapat dan bapa saudara.(ade ke word sepapat ni;p x kesa la kan)
walaubagaimanapun,pak cik yusof juga turut serta bersama mereka memandangkan pak cik yusof memang sudah sinonim dengan keluarga kami.rumah dia hanya bersebelahan sahaja.
mawaddah duduk berhadapan dengan pak cik yusof.

pak cik yusof:maulidurrasul hari tu intan pergi tak dengar ceramah pagi tu?

mawaddah: tak.

pak cik yusof:yang malam.

mawaddah:tak juga.(sebenarnya mawaddah tidak pergi kerana tiada kawan yang boleh menemani)
siapa yang bagi ceramah?penceramahnya ustaz2 di UIA kan?

pak cik yusof:mm..yang pagi tu ustaz lulusan al-adzhar tau.yang mlm2 ni semua dr UIA.ustaz hamdi pun ada.

mawaddah:ouh..ustaz hamdi tu jadi penceramah ke?(dalam hati intan..mm..kenapa pak cik panggil ustaz ye?bukan ke dia masih muda?mungkin kerana dia lulusan darul-qur'an agaknya)

pak cik yusof:ouh..dia jadi pengerusi majlis.

macam hebad je hamdi ni.pak cik yusof pula dari hari tu pagi asyik menyebut nama tu kepada mawaddah.hairan.siapa dia ni?

mawaddah:dia ambil course apa?

pak cik yusof:dia ambil course medic.baru 6 bulan di sana.

mawaddah:ouh...(kagum!ni mesti golongan protaz.. :)

pak cik yusof:nanti kampung kita akan adakan satu program untuk budak-budak kampung ni.kem bestari solat.kalau perlukan ramai orang nanti,pak cik panggil mawaddah untuk bantu ye?

mawaddah:baiklah,lagipun masa ekolah dulu,mawaddah ada juga tolong budak sekolah rendah untuk kem solat2 ni.

pak cik yusof:yang bagusnya,ustaz hamdi pun ada bantu sekali.
perbualan berakhir.

ustaz hamdi lagi.mm..siapa dia ni..penah tengok tak agaknya?
dah la ambil medic,kebetulan mawaddah memang teringin kalau satu hari nanti suaminya seorang doktor yang soleh.tapi itu hanya harapan sahaja.biasalah,kadang-kadang berangan.hehe..tapi calonnya belum ada.

rasa ingin tahu dalam diri mawaddah semakin menebal.tapi hanya sekadar ingin tahu..mungkin~
dia pun menaip name hamdi di facebook.
'ouh,banyak pulak ni,ada mutual friend..mana satu agaknya.yang ni kot.tekan je la'
mawaddah menekan nama yang paling atas tersiar di paparan skrin.

'ala~tak da gambar pulak,tengok gambar2 tag lah'
tengok gambar pertama:mm..yang ni ke?tapi kalau yang sebelah tu,,aku kenal'
tengok gambar yang lain...

MASYAALLAH!!!
ni ke hamdi??!!Allah,,kenal sangat kalau dia ni,tapi sebelum ni kenal rupa je la.tak tau nama!
mm.,memang dari kecil mawaddah selalu melihat hamdi atau ahli keluarganya kerana mereka memang keluarga yang baik(jika dilihat dari luaran dan insyaAllah,,sudah tentu soleh)dan memang dari kecil pun kalau mawaddah nampak mereka mawaddah akan berasa kagum dengan anak2 muda seperti hamdi dan adik-beradiknya,dan setiap kali bertembung,mawaddah segan untuk memandang mereka kerana tahu mereka dari golongan yang baik2 :)

lihat gambar yang seterusnya..ALLAHUAKBAR!
ini ke ibunya??!baru beberapa hari lepas mawaddah bertemu ibunya di rumah pak cik yusuf.ketika itu mawaddah dan ibunya bertandang ke rumah pak cik yusof kerana adinya ada menjual kain dan tudung.ibu hamdi juga ada bersama kakaknya.mereka hanya berbual untuk memilih kain sahaja.ibunya memakai tudung labuh,tetapi kakaknya..biasa2 sahaja.
tak sangka pula wanita itu merupakan ibu hamdi.mawaddah hanya tahu wanita itu jirannya.kerana muka macam 'familiar'.

rupa-rupanya,mawaddah pernah kenal la hamdi ni.juga ibunya!cuma tak tahu nama selama ni.
pada awalnya.seakan2 berbunga..alah!sekejap je..cuma macam teruja nak tahu siapa orang itu,tetapi rupa2nya..memang kenal~

tapi,mawaddah merasakan bahawa,lelaki seperti itu tidak layak untuknya.
terlalu baik mungkin.penghafaz al-qur'an~mesti baik..sedangkan mawaddah merasakan dirinya hanya insan biasa yang baru hendak berjinak2 dalam bidang dakwah..memang benar mawaddah sedang berusaha menjadi yang terbaik,tapi mungkin masih tak layak untuk orang seperti mereka.(memang usia mawaddah masih muda,tapi biasalah..perkara2 begini biasa datang menguji.bukan niat mawaddah untuk memikirkan perkara2 begini di usianya yang masih muda,sedangkan pemuda tersebut juga baru berusia 21,cuma tidak salah kita berusaha menjadi yang lebih baik,bukan hanya kerana untuk memiliki pemuda yang soleh semata2,tapi juga kerana kerana Allah!!
tapi sebagai wanita,siapa yang tidak menginginkan lelaki yang soleh dan hebad.namun jangan lupa pada janji Allah dalam surah An-nur:ayat 26

"perempuan yang jahat untuk laki-laki yang jahat dan laki-laki yang jahat untuk perempuan yang jahat,sedangkan perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan yang baik"
maka,siapakah diantara kita yang tidak mahu membina baitul muslim serta membawa cinta kepada cintaNya dan syurgaNya? :)
ouh,lupa pula...cerita tadi hanya berakhir di situ setakat ini kerana mawaddah hanya menganggap itu merupakan satu ujian atau selingan dari hidupnya.usia mawaddah yang masih muda membuatkan mawaddah berasa malu memikirkan perkara2 seperti itu..
Allah adalah sebaik-baik perancangan~ :) let's Allah decide!tengok je lah nanti kesudahan cerita mawaddah.mungkin juga cerita ini hanya setakat di sini sebagai pengalaman hidupnya,,atau mungkin ini baru permulaan?mm,,x pe la..masih terlalu awal untuk memikirkannya~~
psst2:cerita ni kisah benar tau,baru sahaja terjadi.atau mungkinkah mawaddah ini bertopengkan intan nadzirah amran??jeng2...hehe...x penting kot..siapa2 pun orangnya,tidak penting.yang penting,semoga Allah menjaga hati2 kita.Allah,,jauhilah aku dari penyakit hati :) sedang perbaiki diri..
MAAF LA..SAYA BUKAN PENULIS YANG BAIK,HATTA KALAU DALAM UPSR INTAN DPT 4A IB TU,INTAN PERNAH TARGET YANG B UNTUK PENULISAN,,TAPI ALHAMDULILLAH..DAPAT 5A..HEHE..
AND BILA DA MASUK SMAP PUN,MEMANG KURANG LA CKIT WRITING2 NI,BM KE BI KE..BESE2 JE ;) MAAF YE KALAU PENYAMPAIAN KURANG SAMPAI..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, February 15, 2011

tak tenang~


mm,kenapa tak tenang ye?
Allah...kalau ikutkan perkara kecil je~
pasal driving..HAHA..
tapi kalau nak buat apa2 mesti ada aim kan??
intan nak lulus!!!
ari ni punya driving test macam kureng ckit la~ :(
x suke!!!
Allah~permudahkan lah segala urusan...
kadang kita tengok cam simple je kan..
contoh cam driving ni..nampak simple je,,
tapi kalau nak achive sumtihng..kene buad sungguh2..wa~
kenapa la i gelabah sangat ni...
nak2 tadi tengok ada dua accident motor,Allah..bedebar2..gigil kot..
hmm...insyaAllah..next week test drive..

ha!all the best la untuk acip nk test drive esk!haha
zati norizan la lulus da..wa~sonoknye~
memang lega lah kalau dah lulus...hehe..
neway...semoga kehidupan lebih mudah...
:)
mohonlah pada Nya :)

RABBI YASSIR WALA TU'ASSIR,YA KARIIM~

ACT,ade orang meninggal ari ni kat rumah intan..
nenek sdara meninggal..
semoga rohNya dicucuri rahmat =)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, February 14, 2011

short post~


let's say~

ALLAHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD :)
WA 'ALA ALI MUHAMMAD :)
MARI BERSELAWAT...

bukan hanya ketika maulidur rasul..
tapi juga hari2 yang seterusnya..
mengingati baginda bukan bermusim!


mari hidupkan sunnah~
*cubalah yang terbaik walaupun kadang kala kita terleka..
berusahalah ke arah kebaikan..
pasti ada pertolongan Allah ke arahNya~
*maaf kurang pengisian..cam sibuk ckit...tatau sibuk dengan ape..hehe;p
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, February 11, 2011

bertemu ayah di dalam mimpi..



baiklah,rasanya..post ni adalah episod akhir mengenai ayah :)
bila dah banyak idea nak tulis blog ni,,letih juga mengarang ;p
tapi intan cuba sampaikan yang terbaik..
first of all,intan minta maaf kalau entry kali ni,agak bosan,atau penerangan terlalu panjang bejele~~sebab saya bukan pengarang yang baik =)

****************************************

ayah,sejak ayah pergi,,intan hanya boleh bertemu ayah,hanya dalam mimpi..
kadang2 bila dah lame x mimpi ayah,rasa rindu jugak..sebab intan hanya boleh jumpe ayah,hanya dalam mimpi..
mama kate...kalau mimpi orang yang dah meninggal,orang tu akan senyap je dalam mimpi..
mungkin ada jgk betulnya..sbb ada yang dalam mimpi tu,ayah diam je..ada yang ayah bercakap..
waallahu 'alam~

antara mimpi yang intan ingat:

1.masa tu f1,intan dekat smap...ada jugak la ngarotnya..
intan mimpi,ayah,mama,ngan sedara-mara..datang melawat intan..datang dorm intan..
dalam mimpi tu,,intan tau ayah dah meninggal..intan pelik..kenape ayah ada??
so,,intan pun cakap dengan mama sambil nanges,,
"mama,kan ayah da meninggal?kenape ayah datang tgk intan"
yang peliknya..mama kate..mane ade ayah..kirenye..dalam mimpi tu..intan sorang je yang nmpk ayah..tp ayah tengok intan dari jauh je..ayah senyum je..intan nanges teresak2..
bila terjage dari mimpi..bantal intan basah dengan air mata..n intan still teresak2 menangis..
lepas tu..akak2 senior yang pujuk :)

*mungkin ayah gembira kan intan dapat masuk smap..ayah datang mungkin~*


2.masa f3,,time tu bulan puasa..ayah datang macam orang kaya! ;)
ayah bawa intan jalan2 naik kereta besar~
lepas tu ayah hantar intan balik rumah ..
intan kata la..ayah..jom la..time tu..intan peluk ayah...dalam mimpi tu..
intan pelik kenape ayah x balik rumah ikut intan..ayah hantar je smpy depan pintu..
"ayah..jom la balik rumah"intan ajak ayah sambil nanges2..
pastu ayah cakap
"intan nak ikut ayah ke??"
x sempat intan nak jawab..ayah terus cakap
(apa jadi kalau intan sempat jawab "ya" agaknya)
"tah payahla..intan kan suke duduk dengan mama"
then...intan nanges je..
smpy la intan terjage dr tidor..
again!basah muke intan dengan air mata..
then intan trus pergi dekat kak qila(senior dorm intan)
nanges dekat dia..lamee intan nges dekat kak qila..
mm...x silap intan dua mimpi ni je yang intan nges dalam mimpi..
ada mimpi ayah yang lain..tapi kejap2 je..
ada tu ayah diam je dalam mimpi =)

tapi mimpi yang paling x boleh lupe yang tym ramadhan tu..
seolah2 Allah memberi gambaran keadaan orang yang sudah meninggal dunia tidak di azab pada bulan ramadhan..
mereka juga dalam keadaan kaya dan gembira..
macam ayah dalam mimpi tu...
datang seperti orang kaya...berpakaian kemas..
slack hitam,kemeja putih sambil membawa kereta mewah..


mcm jugak mimpi first..ms tu itan mule2 masuk smap..
mungkin tu petanda ayah seronok intan masuk smap..
ayah..i'll always pray 4 you=)
semoga ayah diletakkan dalam golongan orang beriman..
ayah tak pernah marah...sebab tu saya x suke lelaki2 marah2!
ayah sangat baik!walaupun orang lain selalu buad khianat kt ayah especially in business...
ayah sggup tinggalkan bisnes tu sbb ayah x nak mkn rasuah..
walaupun at the end..ayah terpakse menganggur hingga ayah meninggal dunia..
bkn ayah x usaha..ayah usaha..tapi bila ayah buad kerja..orang x bagi gaji kan..
orang tu fitnah ayah,akhirnya..mata dia buta akibat perbutan nya sendiri..
ayah buad bisnes public phone..orang curik!sudah mengaku selepas ayah meninggal..
janji akan bayar semula..tapi smpai sekarang x ganti..
Allah akan membalas orang yang makan harta anak yatim!
hanya Allah akan membalas perbuatan jahat mereka..
semoga ayah sentiasa dicucuri rahmat =)
i love you ayah!
ayah~ayah~ayah~semoga kita bertemu di syurga Nya ~
♥ ♥ ♥
nak jerit boleh!!
ayah!!!intan rindu nak peluk ayah!!
*mm..untuk sesiapa yang segan nak peluk and cium ayah/mak dia..
jangan la malu..buad la sementara maseh ada..u'll regret kalau x buad nanti..
siapa lagi kan kalau bukan mak ayah kita yang kita nak peluk/cium :)*
sbb intan saloo dga orang segan nak peluk/cium ayah dye..
dulu masa intan kcik..ayah saloo suh cium pipi..kalau raye..satu kali cium..dpt RM! =)
*******************************************
anyway...pesanan penaja cket..hehe;p
esok insyaAllah saya berada d mid valley...
bukan keje..tapi tolong2 sedara..act,intan ada gune produk muke sedara intan..since f3 lg..
so..mcm jd duta la pulak..hehe..meh la dtg mid!ley try produk tu..
sabtu,ahad ade this weekend.. :)
tq..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, February 10, 2011

panggil hari apa ye?


mm,,hari ni nak panggil hari apa ye?
hari lahir atau hari kematian..
as i had told in my last post,,hari ni 11/2
genap umur ayah 51 tahun & 7 tahun ayah telah kembali ke rahmatullah..
post saya bukan untuk minta simpati ye..peringatan..tapi sekadar peringatan dan iktibar..
kehidupan mesti d teruskan..
pemergian ayah bukan lah untuk ditangisi,
sebaliknya menjadi iktibar dan pengajaran kepada kita kami sekeluarga yang masih hidup.
dalam firman Allah S.W.T dalam surah Al-baqarah:ayat 286,,
yang bermaksud:
Allah tidak akan membebani hambanya melainkan sesuai dengan kesanggupannya.....
ila akhir ayah~

dalam firman Allah yang lain juga ada menyatakan bahawa kematian itu satu kepastian dan kita wajib beriman dengan nya..
surah Ali Imran:185

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahala kamu."

Allah itu bersifat al-hayyu..
yang kekal!

tiada manusia yang boleh lari dari kematian..sejauh mana pun kita berlari..kematian itu adalah pasti!dalam firman Allah:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yangkamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akanmenemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepadaAllah yang mengetahui segala yang ghaib dan yangnyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamutelah lakukan (serta membalasnya) ". - Al-Jumu'ah (62): 8

*************************************************
mama kata,masa awal perkahwinan,ayah ada cakap,,
saya tak kan manjakan awak,,senang apa2 hal berlaku nanti..
betol cakap ayah,,sekarang,mama kuat!she is a superwoman!!
she can do everything!
orang yang akan pergi awal ni,dia memang dapat rasa kan..
mama pun pernah ada cakap jugak,mama rasa nak berhenti kerja..
tapi ayah beria x bagi mama berhenti..mungkin inilah hikmahnya kan :)

SESUNGGUHNYA,BERIMANLAH BAHAWA SETIAP KEJADIAN ALLAH ITU TIDAK PERNAH SIA2 DAN PASTI ADA HIKMAHNYA!

tapi,banyak juga hajat ayah yang tidak kesampaian,
ayah kata nak ambil gambar sekeluarga,,tapi tak sempat,
dan sepatutnya keesokan hari lepas ayah meninggal tu,ayah dapat kerja baru,,tapi x sempat juga..
dan sepatutnya juga,ayah ada medical check up esoknya untuk tau apa sakit ayah,
tapi ayah dah pergi dulu,,
mm..kalau nak dikutkan,ayah meninggal dunia akibat serangan jantung,
time tu ayah sedang driving,,tapi dengan kuasaNYA,,kereta x terbabas dan nasri yang ada dalam kereta pun selamat,,ketika nazak,,hanya nasri yang bersama ayah..
nasri tahan teksi di tepi jalan dan pemandu tersebut bawa ayah ke hospital..doktor kata masa dah sampai hospital tu ayah memang sudah tiada..so,doktor buad CPR ei name dye..tatau la..hehe;p sebanyak 22 kali..mama kate nmpak dada ayah lebam sebab buad mende tu..
ayah sebenarnya heavy smoker,,sebelum meninggal paru2 ayah memg dah rosak,,sampaikan nafasnya agak berbau kerana paru2 nya sudah rosak!
peringatan kepada smoker!!!
sebab tu intan tak suke bau rokok dan saya x suke orang merokok!
pening!

imbau kenangan sikit:

masa ayah dimandikan(mandi jenazah)kami sekeluarga pun diberi kesempatan untuk membuad 3 jirusan ke atas ayah..masa tu,intan nangis ter-esak2..bayangkan kita mandikan ayah sendiri..

abang pulak tanya mama..
"mama,,ayah pengsan kan??"
walhal abang tau ayah sudah tiada...
"tak abang,,ayah tak de"
kedengaran kuat tangisan abang
...lelaki nangiskan..bayangkan lah..ketika itu abang berada di tingkatan 2..antara kami 3 beradik,,nasri yang paling rapat dengan ayah,mungkin kerana dia agak istimewa berbanding kami bertiga..sebelum ayah pergi juga,kawan ayah ada cakap,,ayah paling rsau tinggalkan nasri..se awal pemergian ayah,,nasri la paling rasa..apatah lagi dia yang berada di sisi ayah semasa ayah meninggal..nasri lihat ketika nyawa ayah sudah berada di kerongkong..saya pun tak dapat nak bayangkan..nasri kata..masa ayah nazak,ayah mcm nak cakap sesuatu,,tapi tak dengar sebab ayah sudah nazak..

ayah dikebumikan pada hari esoknya sebab nak tunggu saudara-mara dari kelantan tiba..
malam tu,,intan baca yasiin sambil menangis,,sampaikan intan terpakse berhenti sebab x nampak tulisan yasiin kerana asyik menangis..malam tu jugak,,intan tidur di sebelah jenazah ayah...

*********
pagi subuh,intan bangun awal dan hati terdetik..
"intan bangun awal pagi ni sebab nak kebumikan ayah ke?''
rase sebak di hati...
lalu,intan dipeluk oleh ibu saudara dan bapa saudara..
semasa ayah hendak dikebumikan,,terdetik dalam hati..rasa macam x percaya ayah telah tiada..

**********
KEHIDUPAN MESTI DITERUSKAN!
kalau ayah masih ada pun,mesti dia mahu lihat intan berjaya!

intan,ayah& nasri~
****************************
mengingati mati itu dapat menjadikan kita lebih berwaspada dalam menempuh kehidupan agar sentiasa berada dalam redhaNya,,
namun,kadang2 diri ini,,jarang mengingati kematian..YA ALLAH..
sedang dalam hadis ada bersabda:

Dari Ibnu `Umar dia berkata: Aku bersama Rasulullahs.a.w., lalu seorang lelaki Ansar datang kepadabaginda kemudian mengucapkan salam kepada Nabi s.a.w.lalu dia bertanya: Wahai Rasulullah. Manakah di antarakaum mukminin yang paling utama?

Baginda menjawab: Yang paling baik akhlaknya di antaramereka.

Dia bertanya lagi: Manakah di antara kaum mukmininyang paling cerdik?

Baginda menjawab: Yang paling banyak mengingatikematian di antara mereka, dan yang paling baguspersiapannya setelah kematian. Mereka itu orang-orangyang cerdik.

Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah,

antara cara lain untuk lain untuk mengingati mati ialah dengan menziarahi kubur saudara-mara yang telah meninggal dunia,,tapi saya lihat,ramai yang telah salah konsep sekarang..
ada pergi sekadar pergi tanpa membawa hati..
intan cakap macam ni sebab initan dulu pun pernah mcam ni,,sebab intan tak paham konsep menziarahi kubur tu,,setelah intan baca satu artikel dalam solusi,,barulah intan faham konsep menziarahi kubur :)
bukan sekadar ziarah semata2..tapi sebagai iktibar dan pengajran untuk kita yang masih hidup!

****************************************
ok lah..kesempatan ni jugak..
intan nak wish besday dekat sahabat saya niyh!
hehe;)

FIRDAUS MAJID!
SELAMAT HARI JADI~
AKU DOAKAN KAU DAPAT RESULT YANG TERBAIK SPM NIYH..
11A+! ;)

YA ALLAH,KAU AMPUNILAH DOSA2 AYAH,
TEMPATKANLAH AYAH BERSAMA ORANG2 YANG BERIMAN,
AKU BERMOHON AGAR SEGALA AMALAN KEBAIKAN KU,PAHALANYA DISALURKAN JUGA KEPADA AYAH&IBUKU..
YANG MENYAYANGI AYAH
(ARWAH AMRAN HAJI HASSAN)
ANAK AYAH,
INTAN NADZIRAH BINTI AMRAN

bile ayah nak pujuk intan mcm ni lg..i miss ur hug.."intan sayang ayah ckit! "

ayah suke suh cium pipi ayah kan dlu...rindunye..intan saloo duk atas riba ayah..sbb ayah tough wlupun intan debab!haha..

wlupun ayah pendiam..tp ayah ske bergurau :)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, February 9, 2011

100 hari sebelum pemergiannya~

setelah difikir2,,apa entry yang patut intan usulkan kali,,
akhirnya datang juga ilham dari Allah :)
memandangkan esok 11/2
......
..................................
.................
tarikh apa kan ni?
esok genap arwah ayah berusia 51 tahun (jika masih ada)
tapi sebenarnya esok juga genap 7 tahun ayah meninggalkan kami sekeluarga:(
ya,tarikh lahir ayah dan tarikh pemergiaannya sama,,
jadi,,sempena ini..saya rasa macam nak cerita je pasal ayah..

AYAH!!!~

AYAH!!!!!!~

AYAH!!!!~
(jeritku di dalam hati memanggil..ada genangan air mata ketika ini)
ade sesiapa nak sahut...x de kan??
Hmm...da lame intan tak panggil gelaran tu :'(

********************************
dulu,masa dekat smap tengah tunggu turn kt public nak call mama,
pernah terdengar orang yang tengah call..
"hai ayah!"(dye memanggil ayahnya)
tidak tahu mengapa hati ini tersentak,,barangkali sudah lama tidak melaungkan kalimah itu~
kejadian seperti ini,bukanlah sekali dua berlaku :)

*pernah juga dalam situasi..
"mm..mak x angkat telefon la...nak telefon ayah lah"
*dalam hati terdetik,,seronoknya*
sedang aku hanya dapat menghubungi mama~

********************************

kira2 100 HARI SEBELUM AYAH PERGI :

banyaaak sangat perubahan dalam diri ayah,hinggakan perubahan itu sangat menggembirakan kami sehingga kami tidak sedar bahawa itu tanda bahwa ayah akan pergi..

*seratus hari sebelum ayah pergi..ayah siap beli FAIR&LOVELY lg sebab nak bagi mama nampak ayah hensem..HEHE..kelakar kan?

*lepas tu,ayah jeles kalau mama pakai contact lens,,ayah kata pakai la cermin mata..(sebab mama lagi cantik pkai contact lens..ayah jeles ;p)

*sampaikan..ayah potong gambo2 lame mama kalau ada laki dalam tu..padahal gambo tu da lameeee..hehe..dulu ayah tak kesa..

ha...yang bulat putih tu ayah potong la tu;p sebalah tu mama..

*ayah selalu pegang tangan mama,walaupun dalam kereta,,padahal..sebelum ni..ayah x pernah buat macam tu..

*dulu ayah ada buat bisnes public phone,,sebelum ayah meninggal..ayah bawa kami tunjuk semua tempat2 yang ayah pasang public..mungkin,,ayah tahu dia akan pergi :( jadi kami patut tahu..

*ayah bawa kami jalan2..ayah kata tiap2 ahad kite buad english day tau...tp x krsampaian..

*tiba2 ayah bawa kami balik ke kampung ayah di kelantan walaupun sebelum tu..kami jarang sangat balik..

*ayah juga tiba2 nak balik kampung mama,,ayah minta maaf dekat wan dan aki

*seminggu sebelum ayah pergi..ayah cakap dengan kawan dia,

"aku rasa,,aku dah tak lama~"(kawan ayah cerita semula kat kami)

*sehari sebelum ayah meninggal..abang dengan nasri x pergi mengaji..ayah marah sangat..time tu dekat kedai makan..intan ingat lagi ayah cakap..

"ESOK,KALAU ABANG DENGAN NASRI TAK PERGI MENGAJI,AYAH TAK NAK BAGI MAKAN DAH"
rupa2 nya~memang esok ayah dah tak bagi makan dah,ayah~

*di pagi hari sebelum ayah meninggal...mama kata ayah malas sangat nak bangun hantar nasri pergi sekolah..macam berat hati je..tapi lepas tu,x de pape sangat..hari tu pulak,intan ade game kt lua sekolah..jadi intan bawak phone pergi tempat game tu..tiba2..mama msg.."intan dah wish besday ayah"
aah kan..hari ni besday ayah..intan pun hantar msg wish besday ayah..
tapi~~~sampai hari ni,intan tak tau ayah sempat baca tak msg intan bagi tu,sbb ayah x balas...mama kata..dari pagi tu,ayah banyak hantar email kat mama..ayah & mama main email je sampai tengah hari~~~~
ayah meninggal tengah hari masa ambil nasri balik sekolah..

banyak lagi sebenarnya perubahan dalam diri ayah..terlalu banyak untuk diceritakan...

kejadian pada hari ayah meninggal akan di ceritakan pada sambungan post seterusnya~
minggu ni minggu AYAH :)

ALLAH~KAU tempat kan ayahku bersama orang2 yang beriman..

*sayangi ayah sementara masih ada*

KEHIDUPAN MESTI DITERUSKAN!
yang merindui AYAH~,
INTAN NADZIRAH AMRAN

AYAH~~~~~
I MISS UR HUG~ :''(
x ingat la bape taun tym niyh~
p/s:entry ini bukan untuk meraih simpati ye!tapi sekadar perkongsian untuk dijadikan teladan..kadang2 kita hanya boleh belajar melalui pengalaman orang lain :)
sekali-sekali,,tenunglah wajah ibu bapa sementara masih ada..intan hari2 tenung wajah mama b4 tido..sebab intan tido sebelah mama;p
********
dengan ini..intan pasang semula ye lagu "AYAH"..intan penah pasang dlu..
tapi sesuai kot dengan entry kali ni :)
P/s:besday ayah sama dengan sahabat saya..firdaus majid...so,i will never forget his besday..sebab dye je yg sy bley wish :')
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, February 5, 2011

barakallahulakuma :)

sori sebab da lama sangat x update memandangkan sangat sibuk dengan orang kawen...lgpun internet kawasan selayang ni kureng..mood pun kureng..
td blaja drive..huh -.-' alahai bukit..x ske!haha..
aku ni x la lembik..tp x larat nak turunkan handbreak;p
sterang x yah cite la..beratnye~
**********************************************
hmm~letih nya~
nak update blog pun tak tau nak cerita macam mana..hehe..
as i had told in my last post,
minggu ni memang sangat sibuk dengan persiapan kenduri kahwin yang telah berlangsung
HARI SABTU,..jeng2;p
hari nikah tu x la sibuk sgt~sbb bkn aku pun kan yg nikah..hehe;p
semalam jemput menantu pulak kt putrajaya~
ok..persiapan ni dah d buad since hari khamis ari tu..
sedara pun sume da smpy..act,persiapan totally buat kat rumah saya walaupun
bkn saya yang nk kahwin!hehe..

fyi,saya sorang je sepupu perempuan yang belummmm kaweeenn~*wink2* ;)

sepupu yang kawen..dye duduk rumah atas..
huh?saya pun x tau cane nk ckp rumah sy ni mcm mane n name ape..haha..

tuan rumah kt ats..pastu saya menyewa di rumah bwh tuan rumah..phm x??ala,,rumah mcm ni byk kt kwsn kampung yg ada kat KL..

HAHA..abaikan~lgpun nak pindh rumah da x lame lg;p
tapi sedara mara sume tdo rumah saya memandangkan semuanya dah tua & uzur..sume datang dr pahang..tapi act,family kitorg rmai da duduk KL..

ok..cm biasa la kan..persiapan nye..
masak2,,mostly masak untuk anak-beranak mkn jgk sbb kenduri pkai catering..hehe..
so,sebenarnye..kitorg yg letih masak2 ni utk mkn tgh hari and 4 the dinner..HAHA..
MANE NK DIET 3,4 HARI NI..
mmg lari la..dr jarang mkn nasi,,3,4 hari ni je..sume nye nasi..
kawal2~hehe;p
mm..ok la..tatau nak ckp ape..hehe..tgk gmbo je la ek;p


kita semua sepakat,,di kampung hai pening lalat..hehe;p
ni kampung selayang pandang ok;p
my nenek sedara n mak sedara :)

sori la..mcm rugged ckit kan..mklumla..duk umah sndiri..hehe;p
semngt !konon pndy beno la gubah2 tu..tp ok la..hehe..
tym ni rase mcm i yg nk kawen..haha..sbb keje2 ni buad kt umah sy!;p
masak sambal hitam~

sudah nikah..tahmid =)
semangat saya dgr khutbah nikah tau~;p
hanya sekali lafaz..mereka sah bergelar suami isteri..
*nampak bona tosongih abg azriq pas dah lafaz nikah..*cover ckit bang klu epi..hehe;p
(eh..sy bkn org negeri ok;p)

uih..tbe jerk!haha...sje je nyelit..
ni baju hari nikah..tema khemah pink..haha..
plik kan tudung...huh -.-' mls nk control..haha


like sangat33x baju ni..cantek!colour pun cantek!mekap pun cantek!
sume cantek..hehe...ni hari persandingan..(next day)

thnx..bju sponsor kan..bese la..hehe..
bju ni orait!tp padding bju ni tebal sgt...nmpk besar je bahu..
da la gemok..nmpk lg gemok!HAHA:D JUJO CKIT..
HA..ni la deh keje tym org kawen..;p
keje anak dare~
act,sebelah ni my niece..ank sepupu..tp dye lg tua la..21..hehe..
ape??sy nmpk lg tua??ouh!itu perkara normal!hehe..


uih~mmg bz dan sket kaki!;p sape suh pkai heels...(da lame x pkai hels ni senanye)da mls nk lawa2 ni..

sudut gmbo x bes kan..bese la..takat kamera kecik samsung cm i ni..duk tepi je la..
len la DSLR..hehe..ley la duk tgh..;p
abg fitri(my cousin):intan..orang da x pakai da kamera mcm ni..hehe..
ye la abg fitri..intan pun tinginnnnn sgt DSLR tuh..haha..
psst2:tengok majlis2 kahwin ni..uih~RM10 000 pun tak cukup!
even kalau buad x mewah pun..hmm..khemah je da mahal,,mknn lg..cenderahati lg..hmm~mcm2..hehe..

saya suka jumpa ramai2 saudara-mara..! :))

ayah che..thnx dtg...(ayh che ni my uncle belah arwah ayah..walaupun bkn belah ayah...tp kenal la jgk ngan belah mama..ini yg kita mau...hehe;p)


cakap pasal kahwin ni..teringat cakap ustazah maryam..walaupun orang tu dya bercinta sebelum kahwin bagai nak rak dan berjaya berkahwin..tp sush perkahwinan tu nak berkat..mcm tu la lbey kurg..seng cite..msg nye..mule lah sesuatu dengan keberkatan agar ia berakhir dengan keberkatan =)

saya nak suami yang suke jumpe sedare mare ok..HAHA..(pesanan penaja..pesan awl2 utk orang yg aku x ketahui sape..hehe..mcm post dr.cinta punye blog lak!;p)


nak cakap sikit lah pasal kahwin2 ni..hehe..x salah pun,,lgpun ustaz jefridin penah cakap,,berfikir mengenai perkahwinan boleh menjadikan seseorang lebih matang kerna semestinya dia akan memikirkan tanggungjawab yang bakal di galasnya apatah lagi bila sudah ada anak..hmm..mcm mane nak melahirkan anak yang solehah??
bagi yang main kawen je tanpa pikir tanggungjawab yang bakal di galaskan oleh mereka..tu yang gagal melahirkan rumah tangga yang bahagia & diberkati..(cewah..cakap mcm dah kahwin..tp btol la kan :)
kadang2 jadi pelik dengan orang yang kahwin tiada mission..ye la..kalau sebelum kahwin pun sudah hidup macam orang sudah berumah tangga,,then..apa erti indahnya perkahwinan..sama je la kan..mcm x de nikmat perkahwinan tu...hmm...igtkan diri sndiri jgk~ :( tkutnya~btol mcm post dr.conta punya blog..
"kalau boleh..aku mahu Allah kirimkan engkau(x tau sape) kepadaku segera supaya aku selamat dr cinta yang tidak halal"





thnx dtg...dpt jgk aku ngelat buad keje di saat akhir..HAHA..EH..jgn riso..mama intan kenal dorg..ni bkn bf..tp bff..kwn dr skola rendh ni..siap dtg umah!kegelapan gmbo ni bkn sbb mereka..(haha..x bek aku)tp kwn aku kate sbb lighting..ha..yo la tuh..haha..

lupe nak pesan!hehe..gambo byk la...nk tgk..tgk le kt fb k...;p

last word:

SELAMAT PENGANTIN BARU

KAK IDA@ARZA

&

ABANG AZRIQ

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, February 3, 2011

sebesalah..

hmm~tak suke la~
btol ke ape yg aku cakap ni..
tapi itu kan pendapat aku..
suke hati la kan..
ke aku nk rase btol je..
mm..tp x suke jgk..bile kite ckp..org phm len..
sedangkan maksud kite len..
x nk ckp pape la..
tu la intan..x byk kaji!
hmm~




huh -.-'
susa tol fb niyh...mcm2 manusia!
ske hati i la~hehe..

sori...sekadar luahan hati..

maaf entry kurang bermanfaat~abaikan...hehe,,agak sibuk,,

post seterusnye insyaAllah..akan ade pengisian lebih baik :)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, February 2, 2011

just a short post~

hype! :)
sangat busy..
sedara dah ramai sampai kat rumah,,
pagi2 tadi lagi nenek2 sedara semua sudah sampai..
bese la..nak kawen kan,,(eh..bkn intan..sepupu;p)
so,tengah sibuk2 nak buad nasi manis(wajik)
gulai rebung la...and menu wajib orang pahang!! ;)
GULAI TEMPOYAK~
uit2~~diet2!!
controll..hehe...
ok la..ape2 pun..sedikit pesana untuk diri sendiri dan anda semua :)
jaga hati jaga iman..
semoga kita sentiasa dalam golongan hamba yang sentiasa bersyukur atas segala kurniaanNya:)
sori2~sgt busy..
ank dara x kan nak duduk depan laptop je kan..hehe..;p
mak dah marah~~
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

welcome back!

eh!siapa pula yang balik ni kan??
hehe:D
sebenarnya saya seronok sebab kawan yang pergi PLKN dan adik2 junior kat smap
balik cuti raya cina ni,,
dapatlah nak borak2 dengan mereka kan..
sebenarnya intan teringin sangat nak pergi smap..
jumpa adik-adik..
nak dengar luahan perasaan mereka,,
mesti banyak perkara yang nak diceritakn niyh..
hehe..
biasalah,,,tiap2 tahun biasanya smap MESTI ade perubahan dari segi
perlaksanaan sistem rumah,
pengurusan,
majlis pimpinan pelajar (MPP)
mm..macam2 lagi la kan..
x pe..insyaAllah..tu sume ade kebaikannya..hehe;p
dengar cerita boleh balik 10 kali je setahun..
ye la tu~hehe..
ala..ikut je la peraturan tu..bukan susah pun :)
orang yang selalu langgar peraturan je yang kate susah!
anyway,all the best MPP :)
berbaktilah lillahi ta'ala..
******** ********* ********* ********* ********* ************ **********
ok!kawan2 PLKN saya pun da balik..
mesti banyak kan cerita dorang!
tahniah kepada AINA NAZURAH yang dilantik menjadi ketua keseluruhan
di kem PLKN..
anda memang dilahirkan untuk menjadi pemimpin my dear :)
ok la~kurang idea la untuk post2 blog kali ni,
AKTIVITI WEEKEND NI :
3/2 :KENDURI AQIQAH ANAK SEPUPU (PTG)
4/2:AKAD NIKAH SEPUPU (PTG)
5/2:KENDURI KAHWIN (TGH HARI)
6/2:JEMPUT MENANTU DI PUTRAJAYA..
WA~sibuk2...hehe..
so,minggu depan la kot kalau nk post blog yang menarik2 kot :)
abes la diet lari banyak kenduri niy~~ :((
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed