Wednesday, June 29, 2011

fitrah manusia-cenderung kebaikan

"aku nak jadi baik,tapiii..mm,seganlah~mesti orang cakap aku skema la apa la"

"aku nak berubah,tapi,,nanti kawan-kawan lama aku cakap apa pula"

"aku nak berubah tapi mcm tak de kekuatan la,tak de siapa nak support aku"

assalamualaikum,rasanya sejak masuk universiti ni,blog ni hanya akan di'update' seminggu sekali je kot.
tambah-tambah minggu ni akan berlangsungnya HARI TERBUKA UNIVERSITI MALAYA,NILAM PURI.jemputlah datang.macam2 ada =p mula esok(30 jun-2 julai)ada finalis AQ5,adik MUHAMMAD,kumpulan nasyid feelhoney,kumpulan nasyid elhamz,dikir barat dan banyak lagi pertandingan antaranya pertandingan debat and bla..bla**normally event macam ni,gerai-gerai tu wajib la kan :) mai2~
ok2,,proceed dengan tajuk blog ni.

firman Allah s.w.t:
إن الله لا يغير ما بقوم حتى يغيروا ما بأنفسهم

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
surah ar-ra'd:ayat 11

memang kadang-kala untuk berubah ke arah kebaikan tu,kita sangat memerlukan kekuatan dan sokongan dari sahabat,ahli keluarga dll.
tapi jangan ambil elemen2 negatif.
contohnya,takut hilang kawan yang sekepala dengan kita,takut kawan ejek(usik2)

ingatlah bahawa,
PANDANGAN ALLAH ITU LEBIH UTAMA.

lagipun kita nak berubah,LILLAHI TA'ALA.
bukan kerana orang lain :)

"ee~alim 'gile' kau sekarang"
hmm~pedulikan lah.

"betul ke apa yang aku nampak ni?macam tak percaya je"
*ayat perli la tu kan*biasalah manusia~

"ei~ko nak jadi budak baik ke?ala~tak sekepala la nanti"
ha!masalah sekepala?
hmm~tak menjadi masalah pun rasanya.patutnya kitalah yang akan bawa sahabat-sahabat kita tu sama nanti.
lagipun,tak nak jadi budak baik ke?habis tu,hidup kat dunia ni bukan nak kejar kebaikan ke?-.-'
fikir-fikir kan :)

hidup di dunia jika tidak bermatlamat kan akhirat,maka sia-sia~
apa lagi yang nak dikejar kat dunia ni melainkan kebaikan.

فاستبقوا الخيرات
"maka berlumba-lumbalah dalam kebaikan"
surah al-maidah:48

{إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ} [الحجرات: 13].
"sesungguhnya,orang yang paling mulia di kalangan kamu ialah orang yang paling bertaqwa"

tak kan kita tak nak rebut peluang jadi insan yang paling bertaqwa?


islah2!inilah masanya.
masa kita sangat suntuk,kiamat semakin hari semakin hampir.
kematian juga makin hampir.mungkin esok,mungkin sebentar sahaja lagi?
hanya DIA yang mengetahui.

dan ingatlah bahawa,dalam firman Allah ada juga mengatakan bahawa:

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
 Dan orang yang berjihad untuk Kami (Allah), benar-benar Kami (Allah) akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami (Allah). Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang muhsinin (yang berbuat baik).
surah al-ankabut:69

fitrah manusia itu,memag cenderung kepada kebaikan.

"kenapa tak pakai tudung?"
jawapan:"tak sampai seru lagi"

aik!-.-' habis,firman Allah dalam surah al-ahzab:ayat 59 tu bukan seruan ke?
mm~
(يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

berdoalah agar kita sentiasa dalam hidayahNya :)
sekadar perkongsian sepintas lalu.maaf segala kekurangan.
kesuntukkan masa untuk huraian.
semoga bermanfaat.
sikit itu kadang-ala lebih bermakna jika memberi kesan.

wallahu a'lam~

*nantikan fesyen terbaru dari saya ^.^*
siapa kata saya tak mampu~masih dan sentiasa memohon kekuatan dariNya.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, June 25, 2011

bingkisan rindu

*edit gambar sampai tak buat lagi assignment =p*tapi tak se 'semat' anda2 buad :D
mutiara kata:
Sahabat yang menunjukkn kebaikan kepada kamu, adalah sahabat yg baik. Dan sahabat yang menunjukkn kesalahan kamu, adalah sahabat yg paling baik ~ hukuma~

untuk zealous ♥



Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa

Sudah bertahun lama
Kita tidak lagi bersua
Hanya tinggal kenangan
Yang tak mungkin kita lupa

Kirimkan khabar selalu
Seiringan hembusan bayu
Sekadar pengubat rasa rindu dikalbu

Pantas masa berlalu
Meninggalkan kita semua
Tanpa disedari bertambahlah usia kita

Potret lama masih kusimpan
Kubingkaikan kenangan
Hingga terkadangku
Tersenyum sendirian

Oh perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapanku kau kan bahagia selalu

Padaku engkau penghibur duka
Pengubat hati resah kecewa
Dikala malamku kau bawa cahaya

Sematkanlah bingkisan rindu dikalbu


version SOUTHUL JIHAD smap labu ^.^
 ***************************************************************

Daripada Abu Hurairah r.a. yang maksudnya, bahawasanya  ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya yakni sahabatnya di sebuah kampung yang lain. Lalu Allah menyuruh seorang malaikat untuk memerhatinya di dalam perjalanan. Lalu malaikat itu bertanya kepada lelaki itu, “Hendak ke mana engkau?” Lelaki tersebut menjawab, “Aku hendak menemui seorang sahabatku di kampung itu”. Malaikat bertanya lagi, “Adakah bagimu bumi kepadanya yang engkau mengharap balasan daripadanya?” Tidak, aku mencintainya kerana Allah SWT. Maka berkatalah malaikat itu kepadanya, “Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau. Bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai dia kerana Allah”. (Hadith riwayat Muslim).

short post sahaja sekadar menyatakan rasa rindu kepada sahabat :)

*btw,selamat jalan buat sahabat yang bakal ke perancis pada hari isnin.
semoga Allah memudahkan urusanmu di sana.
ingatah bahawa,di mana bumi di pijak,di situ iman dijunjung.
pesanan buat:farhan ibrahim. :) semoga dapat meneruskan kecemerlangan anda.

~dah dua orang dah 'fly'~

all the best zealous :)
ke mana sahaja kita berada,ingatlah bahawa kita sentiasa membawa kalimah لا اله الا الله
jadi contoh yang terbaik :)
stiap dari kita adalah pemimpin,sekurang-kurangnya pemimpin untuk diri sendiri ^.^

with love ♥ ~nun jauh dari kelate(HAHA)jao  la sangat~~ +.+
intan

wallahu 'alam~
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, June 24, 2011

dia mengingatkan aku tentang DIA

hanya aku sahaja yang mengerti makna di sebalik tangisan ku sebentar tadi.
sungguh,aku merindui dia!



sambil baca,dengar lagu ni ei,,hehe,,,

“Tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

masa terlalu mencemburui detik kita bersama.
kini,kau dan aku terpaksa berpisah.namun,yang berpisah itu hanyalah jasad.
kerana hati kita sentiasa terpaut atas dasar cinta kita kepadaNya,insyaAllah.

ya Allah,terima kasih kerana mengirimkan sahabat seperti dia.
terima kasih kerana mengirimkan aku sahabat yang boleh mengingatkan aku kepadaMu.
nikmat ukhuwah ini terlalu indah sehingga tiap detik saat berlalu walau berjauhan,tidak pernah sehari pun aku melupakan dia.semuanya atas dasar ukhuwah fillah yang telah kau takdirkan.

dia.
AINA NAZURAH.
aina~terima kasih sebab selalu jadi pendengar yang setia.walaupun kita jauh,tapi setiap kali ada masalah mesti kita buat karangan sama-sama. :) saya harap awak tak bosan baca karangan saya.terima kasih atas segala nasihat,dorongan dan sokongan.terima kasih atas segalaNya,rasa syukur yang tak terhingga juga pada Allah yang telah mempertemukan kita.

bulan 9 nanti,awak nak pergi mesir dah.makin jauh.tapi kalau ada masalah,hantarlah karangan pada saya.
saya mesti baca! ^.^ bila awak cerita masalah awak,itu tanda awak ingat saya. :)

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu, satu kerumitan daripada kerumitan Akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutupkan keaibannya di dunia dan akhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya. (Riwayat Muslim)
kalau nanti awak dah berkenalan dengan lebih ramai sahabat baru,jangan lupakan saya yea.pasti mereka jauh lebih solehah dari saya.terima saya seadanya.

hari akhirat kelak,andai saya hampir tersungkur ke neraka,dan awak hampir ke pintu syurga,hulurkanlah tangan awak dan bantulah saya kerana saya juga mengharapkan yang sama.semoga kita sentiasa menjadi sahabat yang saling memperingati agar sentiasa berada di landasanNya.
andai saya salah,tegurlah saya.
andai saya lupa,ingatkan saya.
andai saya leka,kejutkan saya.
andai saya putus asa,bantulah kembalikan semangat saya.

terima kasih kerana mendoakan saya dari jauh.
terima kasih kerana memaafkan saya.
terima kasih kerana memahami saya.
terima kasih kerana menjadi inspirasi.
terima kasih kepadaNya atas ukhuwah yang tak ternilai ini.
awak akan sentiasa dalam doa saya.doakan saya juga :)

*tadi kan aina,sebenarnya ada slot bidadari kat sini,ada sebut asal sahabat.pastu dia pasang lagu sahabat yang sy bagi kat awak ritu~^.^
saya ingat awak~rasa nak peluk awak masa tu,saya cari orang supaya dapat menggantikan tempat itu,tapi tak jumpa.hanya sekadar boleh melepaskan rasa sedih sahaja.saya teringat kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi antara kita.biarpun kenangan tu kadang-kadang terlalu pahit,tapi bila di ingat semula,jadi perkara yang manis dengan ukhuwah yang terjalin sekarang.saya yakin apa yang pernah berlaku itu,usaha syaitan yang cuba memisahkan dua roh yang bersatu atas kalimah لا اله ال الله محمد الرسول الله dan memisahkan dua jasad yang bersatu atas jalan dakwah.

semoga hati kita kuat ^.^
doakan saya berjaya :)
ingat!dah jadi doktor sakit puan nanti,saya cop!haha :D
bantu agama yang kekurangan doktor muslimah :)
kejayaan kita bukan untuk diri sendiri,tapi untuk agama dan ummah,insyaAllah~

"ya Allah,sahabatku buah hatiku,mesra kami penawar duka,
rindu kami menambah cinta,rajuk kami membawa ceria,ya Allah!silaturrahim kam ukhuwah fillah,
permusuhan kami,nauzubillah,berspisah hanya dengan mati,insyaAllah.pengikat hati kami,rabithah mardhotillah ♥"

sayang aina :)

Sabda Rasulullah: “Jika seseorang itu kasih akan saudaranya, beritahulah kepadanya bahawa dia kasih kepadanya.” (Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi)
*semoga ukhuwah fillah yang terbina antara kita dapat membantu juga sahabat2 lain mencapai mardhatillah :)*dan semoga sahabat-sahabat baru kita juga sentiasa mengingatkan kita tentang DIA :)



~SAYA TURUT MENDOAKAN SAHABAT2 LAIN ESPECIALLY ZEALOUS 0610 ^.^

*malu la senanya aina bc post ni,,haha..tp mmg post ni utk dia pun.

WALLAHU 'ALAM~
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, June 22, 2011

kesibukkan melanda

assalamualaikum,lama rasanya tak update blog.
minggu ketiga selepas bergelar mahasiswi agak memenatkan sudah merasai kehangatan2 kesibukan,hehe =p
walaubagaimanapun,alhamdulillah,masih ada masa untuk berehat cuma tak ada masa untuk 'update' blog.
idea banyak,tapi susah nak olah.
assignment2 pun dah banyak.tapi mujurlah diberi masa 2-3 minggu untuk menyiapkan.
TAPI tak boleh tangguh!kene siapkan fil lughatil 'arabiyah mi'ah fil mi'ah!(dalam bahasa arab)
presentation pun nanti kene prepare dalam bahasa arab,masyaAllah,nak cakap macam mana ni?
tak pe lah,semoga Allah mudahkan urusan.sebab tu tak boleh tangguh!hee^.^


التأجل لص الزمان
"penangguh itu pencuri masa"

banyak juga kerja bertangguh ni,x pe!boleh siap!
chaiyok!minggu depan ada HARI TERBUKA UNIVERSITI MALAYA,NILAM PURI.
mesti lagi sibuk ni.mula tarikh 30 jun-2 julai.
tringat masa hari terbuka asrama SMAP LABU.
rindunyeeeeeee ♥
setiap hari tak pernah melupakan smap labu ^.^
so,siapa yang TAK BERSYUKUR dan masih memperlekehkan sekolah sendiri tu,sila lah muhasabah diri yea.

siapa yang anda perlekehkan sebenarnya?
diri sendiri atau sekolah?
dan kenapa nak perlekehkan sekolah?kerana guru nya kah?pentadbiran nya kah?
mm,,bersyukur lah sekurang-kurang nya kita semua dah berjaya melangkah ke alam universiti dan untuk adik2 junior,gunakan kesempatan yang ada.

لئن شكرتم لأزيدنكم ولئن كفرتم إن عذابي لشديد
"jika kamu bersyukur,AKU akan tambah,tetapi jika kamu kufur,sungguh azabku amat pedih.

baru sahaja tadi salah seorang sahabat saya menyampaikan tazkirah di dalam kelas.(tiap-tiap hari salah seorang ahli kelas akan ditugaskan menyampaikan tazkirah di setiap akhir sesi pembelajaran)

وإن تعدوا نعمة الله لا تحصوها إن الإنسان لظلوم كفار
dan jika kamu menghitung nikmat allah,nescya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, manusia itu sgt zalim dan sangat m'ingkari(nikmat allah)

mm,sebenarnya tak de tajuk specific pun,nak tulis seadar apa yang terlintas di hati.
banyak perkara yang mendatangkan rasa serbesalah minggu ni.
banyak perkara yang perlu dititik beratkan terutamanya hati.
dalam banyak-banyak perkara hati lah perkara yang palinggggg susaaaaahhh nak jaga!
semua Allah sentiasa memelihara hati-hati manusia agar sentiasa berada di landasanNya yang betul.
kadang-kadang intan rasa,intan ni macam aktif sangat pulak dalam kelas,tapi intan memang macam tu kot.x salah kan?insyaAllah intan rasa intan still lagi menjaga batas2.tapi kalau dalam perbincanan takkan nak diam je kan,kene lah juga involve!

hmm~terbawa-bawa sikap semangat batch(ZEALOUS 0610) ke nilam puri.tapi kat sini x de la semangat batch,semangat kelas je cukup.disebabkan ahli kelas pun tak ramai,so senang sikit na belajar.tapi masa form dulu lagi best la,,12 orang je sekelas..HAHA..
kalau boleh,intan nak semua berjaya!jangan ada seorang pun keciciran,,*eh,,pelik ayat ni -.-'

usaha2!
sentiasa dan sentiasa perbaiki diri ke arah yang lebih baik.

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ } سورة العنكبوت 69"}
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.

wallahu 'alam,,
hanya contengan jalanan pada minggu ini.
pengisian bermanfaat insyaAllah pada post seterusnya..
*idea ada,nak olah x de masa*
kuliah2...malam ni ada kelas nahu jam 8-10 malam.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, June 16, 2011

terbaik buat ku

assalamualaikum :)
lama rasanya tak update blog~
busy ke?mm,tak de la sangat,cuma busy tengok cerita 'nora elena' je kot.haha.


carikan orang yang ade watak mcm SETH ni,,tapi nak yang soleh =p

lagipun macam kurang ilham nak buat entri apa.dah ada tajuk,tapi tak de idea nak hurai.insyaAllah,akan datang pada post seterusnya.
post kali ni,mm,pasal personal je kot~

just want to share what happened about 2-3 days ago.
mm,,hari rabu petang saya menerima panggilan dari AMANAH RAYA BERHAD untuk panggilan temuduga ke UNIVERSITI AL-ADZHAR untuk course ulum islamiyyah.
mm,actually,sejak tak dapat jordan hari tu and bila dah masuk UM ni,mm,dah tak terfikir pun pasal nak fly ni.cuma fikir untuk teruskan cita-cita and gali ilmu kat UM ni jea~

but then,bila dapat call tu tiba-tiba ragu-ragu -.-'
macam rugi kan kalau tak pergi,tapi betul ke aku nak pergi...

then,intan decide nak bagi jawapan pada keesokkan harinya sama ada setuju atau tak untuk pergi interview tu.interview should be on wednesday(22/6/2011)-banyak jugak urusan kalau nak pegi,nak buat surat lagi mengatakan x dapat hadir ke kuliah,nak beli tiket bas~mm..
tapi hati intan macam berat kat sini jea..
intan rasa intan dah sayang pensyarah2 dekat sini.
tempat ni?nilam puri?mm,,mungkin masih baru,tapi okay je la,,just cool je kat tempat ni.
tapi perkara utama yang intan macam berat hati nak tinggalkan tempat ni sebab intan rasa pensyarah-pensyarah kat sini sangat membantu.(okay~ofcourse semua orang pun nak cakap pensyarah dia bgus kan,,hehe)
mm,,lagipun intan tahu mama berat hati nak bagi intan pergi.

intan decide untuk jumpa beberapa orang pensyarah semalam.
so,i have meet dr.najib,dr.syed,prof dr.shukri and ustazah shukriah.
semuanya macam lebih syorkan intan teruskan di nilam puri WALAUPUN mereka semua ni belajar di timur tengah.Adalah faktor2 yang intan tak patut nyatakan kenapa intan tolak tawaran interview tu untuk jaga sensitiviti kan.tapi sebenarnya kalau nak diikutkan macam ada masalah sikit dengan course yang ditawarkan tu and masa depan.so,intan decide duduk sini.laipun antara tujuan utama intan nak belajar di timur tengah sebab intan nak blaja dalam bahase arab,tapi alhamdulillah,,duduk UM ni,,kitab2 semua 100% in arabic kecuali MUET la kan =p
so,rasanya,insyaAllah,,apa yang intan nak tu dah ada :) besides,macam mama cakap,kalau duduk sini pun act,intan dah ada biasiswa JPA.

insyaAllah,tempat ni adalah yang terbaik.
kadang-kadang takut juga kalau intan menyesal ke dengan keputusan intan ni one day nanti kan~
tapi,,insyaAllah,,yakin pada rahmat dan hikmahNYa :)
PASTI ADA HIKMAH ANG SEDANG MENANTI.

و قل ربّ أنزلنى منزلا مباركا وأنت خير المنزلين
"Dan berdoalah dengan berkata: `Wahai Tuhanku, turunkanlah daku ditempat turun yang berkat, dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi tempat.`"
surah al-mu'minun:29


ustazah syukriah:(lepasan al-adzhar)
"tanya pada hati kecil,dan apa sebenarnya tujuan awak ke sini dan ke sana"

dr.najib:(lepasan degree,master dan PhD di universiti madinah dan menatap di sana selama 13 tahun)
"walaupun saya belajar di sana,kalau saya lebih baik duduk di sini kecualilah awak tak de pilihan yang terbaik lagi,tapi kalau dah duduk UM,sini je lah,tapi terpulang pada kamu.sebab keadaan dah lain sekarang.

tapi macam mana pun,sebenarnya,hati kecil saya memang sudah ada di sini :)

lagipun,intan rasa intan dah ada visi & misi duduk ini,,insyaAllah~
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, June 11, 2011

kasih dalam diam

betul la macam orang cakap "kadang kita pasti akan di uji dengan apa yang pernah kita katakan"
"susah betul nak jaga hati ni" bisik hati sofia
kenapa lah susah sangat.tak boleh ke kalau dalam hati ni tak minat ke suka ke kat sesapa.
mm,macam kelakar je.dia kan kawan aku.dah 5 tahun kot kawan dengan dia.kenapa pula boleh tiba-tiba macam ada perasaan pelik ni.dulu ok je.hmm~abaikan je lah perasaan ni.malas layan.mujahadah sofia!

sofia selalu bermonolog.dia rasa tidak selesa mempunyai perasaan terhadap 'sesiapa' pada waktu begini.dah la masih belajar katanya.malas nak bagi komitmen.lagipun,sofia rasa rimas dan terganggu untuk fokus pada ibadah dan menyerahkan hatinya seluruh pada pemilik cinta yang selayaknya.

ee,kalau dia tahu lah aku ada simpan perasaan dekat dia ni,mesti dia terkejut dan gelak.mm,,sebab memang kelakar pun.aku pun rasa kelakar.padahal dulu tak pernah ada rasa apa-apa pun.biasa je,,ni,dah habis sekolah pulak ada.pelik~tapi hati ini milik Allah.aku pun tak jangka,DIA pemilik hati,namun aku juga bertanggungjawab untuk mengawal hati,memelihara hati dan menjaga hati ini daripada rosak,daripada diserahkan kepada insan yang belum tentu halal bagiku.biarlah aku simpan je perasaan ni,lagipun,bukan ke mana pun.aku dapat rasa.ala~ni perasaan sementara je.tahu sangat.

sebenarnya,sofia dapat merasakan bahawa perasaan dia saat itu hanya sementara sahaja memandangkan insan itu merupakan rakan baiknya sendiri.ya!rakan baik!dia sentiasa menjadi pendengar yang baik kepada masalah sahabatnya itu dan begitu juga 'sahabat' tersebut.malah,mereka sering bertukar-tukar cerita mengenai perasaan mereka terhadap rakan sekolah mereka sendiri.
sofia juga mengambil keputusan untuk melupakan perasaannya itu memandangkan dia merasakan perasaan itu hanya mainan syaitan sahaja untuk menganggu konsentrasi nya terhadap mengejar cinta Ilahi~

pernah tak dengar lagu 'cinta seorang teman' lagu,bob AF....mm,,AF brapa tah,x ingat >.<

Duhai teman
Bisakah kau fahami sandiwara ini
Sejak bila berputiknya cinta kita
Menjadi rahsia yang tersimpan
Mewujudkan kenyataan
Ku tak sanggup kehilanganmu

ayat yang potong2 tu mcm x layak letak di situ je.

***********************************************************

wahai  muslimat pejuang agama,
ketahuilah Allah menciptakan hati seorang wanita itu terlalu lembut.
bukan lemah!tetapi pada hakikatnya,hati kita dipenuhi dengan rasa kasih dan sayang.
NAMUN,itu bukanlah sebagai alasan untk kita terus melayan perasaan sehingga hanyut di lautan dalam.
lebih menyedihkan lagi apabila perasaan itu kita biarkan ianya terjerlus ke dalam jurang mariana.

teruskan bermujahadah!
masih banyak lagi misi yang perlu digapai sebelum menakluk visi.
sesungguhnya,hati ini milikNya dan ciptaanNya.
maka,hanya dia yang berkuasa memegang hati-hati manusia.mohonlah padaNya untuk kekuatan hati.
mohon jua agar dikurniakan kekuatan pada diri untuk menjaga hati.
letakkanlah sepenuhnya rasa keindahan bertawakkal kepada Allah,Allah pasti akan membuka jalan pada hambaNya yang ingin menuju ke arah kebaikan.

janganlah dek kerana wanita,islam itu difitnah.
jangan dek kerana kejahatan dan kelalaian kita,islam itu terus menerus difitnah.
adakah kau mengerti apa erti difitnah?
sebagai contoh:
orang islam berzina,merompak,isap dadah,menipu,pasti akan memberi gambaran negatif pada orang kafir.
lantas,kafir akan berkata.."macam ni ke islam"-.-'
mm,,padahal!yang buat tu segelintir je..
tapi dah cukup memberi gambaran negatif~

siiru 'ala barakatillah wa mardhatillah ♥
semoga hati-hati kita kuat untuk memperjuangkan islam.
semoga sahabat-sahabat saya yang nun jauh di timur utara selatan barat juga kuat untuk menjaga hati ^.^
yang nak fly nanti pun,chaiyok!hehe =p
sama-sama berjuang!
sama-sama menjaga kesucian hati,banyakkan beristighfar ^.^
kalau setakat perasaan2 yang sikit2 tu,cubalah atasi sebaiknya,insyaAllah..kita mampu lakukan.
JANGAN LETIH MENJAGA HATI..

*peringatan untuk diri sendiri juga*

wallahu 'alam..

حسبي رّبي جل الله،ما في قلبي غير الله...
نور محمد صلى الله،لا اله الا الله

cukuplah bagiku~hanya Allah,tiada di hatiku melainkan Allah,
cahaya muhammad,salam ke atasnya,tiada tuhan selain Allah :)


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, June 7, 2011

kaitan mata+hati+ibadah

kekuatan untuk memberi pengisian terus dilakukan walaupun minggu ini dirasakan seperti tiada apa-apa yang istimewa.walhal memulakan hidup baru sebagai mahasiswa itu sepatutnya dirasakan satu perkara yang menggembirakan,namun ada satu lagi perkara yang lebih dirasakan penting untuk dirasai tapi macam tak tercapai.

kemanisan beribadah?
kemana hilangnya?
pernah tak anda mengalami satu keadaan di mana,anda tidak merasai apa-apa?
senang cerita macam heartless~bila solat rasa macam tak rasa apa-apa,bila berzikit tak rasa apa-apa,bila baca al-qur'an tak rasa apa-apa,hatta sampai bacaan solat yang cuba dihayati pun tak dapat rasa!
ish -.-' 'something wrong somewhere niyh' (ok,don't use this sentence~ ^.^)
kene cek balik!kene muhasabah diri balik..


tiba-tiba teringat satu pesanan imam al-ghazali :

"Carilah hatimu di tiga tempat… Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!”

lalu terfikir,mana hatiku sebenarnya saat ini,apa yang tak kena,apa dosa yang telah dilakukan sampai tak de rasa.tapi aku terus berusaha,tapi jika sampai ke akhirnya masih belum ku ketemui,dengan rendah hati dan hinanya aku memohon padaNya agar di kurniakan hati yang baru~

tidak tahu di manakah salahnya~tidak tahu apakah silapnya sampai terpaksa mencari-cari dimanakah hati,pasti ada sesuatu tanpa kita sedari.

Allah itu maha kaya :) maha pengasih lagi maha penyayang,hidayanh Allah terlalu luas dan petunjukNya boleh datang dalam pelbagai cara.

dalam satu perkongsian halaqah selepas bacaan ma'thurat selepas solat asar,ada seorang senior mengupas tajuk kepentingan menjaga hati & ikhtilat.
ya!apa yang disebutkan hampir seperti masalah yang saya alami.(ouh,intan jatuh hati kah?)haha,,bukan la.

serang ukhti ni ada menyebut tentang kepentingan menjaga pandangan.dalam tanpa kita sedari,walaupun kadang-kadang pandangan kita tu bukan lah disebabkan kita 'suka' terhadap mana-mana ikhwah la kan,tapi kalau disengajakan memandang pun kadang boleh menganggu hati.memang la,saya pun terfikir tadi,
"eh,kalau aku pandang pun bukan sebab aku suka dia pun" tapi kadang-kadang kita tak sedar,benda-benda kecil macam ni lah yang mampu merosakkan hati sedikit demi sedikit.itu nasib baik pandang tak rasa apa-apa,kalau pandang lepas tu 'ter'jatuh hati ke??hmm~lagi parah!tak salah jatuh hati,itu fitrah,tapi sebagai manusia,setakat mana kemampuan kita untuk menghalang dan mengawal perasaan,maka kita terpaksa pula bermujahadah sekuat-kuatnya!
sebab tu ada pepatah mengatakan :
"mencegah lebih baik daripada mengubati"

dalam firman Allah S.W.T

dalam surah an-nur ayat 30-31
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."(30)
"  Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram).....(31)

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda kepada Ali Radhiyallahu Anhu, “Wahai Ali, janganlah kamu ikuti pandangan pertama dengan pandangan berikutnya, karena yang pertama itu boleh (dimaafkan) sedangkan yang berikutnya tidak.” (HR. Tirmidzi dan Abu Dawud dan dinyatakan hasan oleh al-Albani).
 
betul kan?ye la,kalau kita elak dari awal,insyaAllah,,hati pun terjaga. :)
memang dari awal lagi intan macam dah pasang niat kalau boleh,nak jauh perkara-perkara macam ni,dan teruskan bermujahadah,sebab perasaan 'ehem2' macam ni memang SANGAT menggangu hati masa nak ibadah,susah nak rasa dzuk masa ibadah,lepas tu rasa hilang nikmat kemanisan iman.saya tak suka rasa macam tu!ini pun belum lagi tertarik dengan sesiapa pun~haha,,alhamdulillah,,masih kuat untuk menjaga hati!
tapi duduk sini 2 tahun,perjalanan masih lama!chaiyok!bukan hendak menidakkan fitrah yang Allah beri,namun~biarlah hati ini tidak diganggu dengan sebarang perasaan lain selain menambahkan cinta sepenuh pada YANG MEMBERI RASA CINTA,PADA PEMILIK CINTA.

ini,baru pandang...dah terhijab hati,,'na'uzubillah~'tapi intan pun tak pasti lah sama ada intan pandang secara sengaja atau tidak.mungkin intan tak sedar.tapi memang tak de la perasaan2 over2 ni kan,,hehe..cuma nak tegaskan,betapa pentingnya menjaga hati dan menjaga pandangan.nak jaga hati bukan setakat mengenai hal-hal macam ni je.kalau ada rasa hasad/buruk sangka pada orang lain,dendam pun boleh merosakkan hati.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.” - H.R Bukhari dan Muslim

carilah jalan dimana kita rasa itulah jalan untuk mengelakkan dari penyakit hati/gangguan pada hati :)

Dari Jarir bin Abdillah ra berkata: “Aku bertanya kepada Rasulullah saw tentang pandangan tiba-tiba (tanpa sengaja), lalu beliau memerintahkanku untuk memalingkannya. (HR. Muslim).

teruskan bermujahadah,perjalanan masih jauh.
dalam proses menuntut ilmu :)
"ilmu itu cahaya,dancahaya itu tidak akan memasuki hati-hati yang melakukan maksiat"

entry kali ni sangat ditujukan juga pada diri sendiri yang lemah -.-'

wallahu 'alam,,


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, June 6, 2011

ilmu,iman,dan syurga

alhamdulillah,setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah ats dua nikmat terbesar yang masih kita miliki insyaAllah yakni nikmat islam dan iman :)

okeyh!hari ni bermula lah episod baru dalam kehidupan saya,(cewah=p) iaitu sebagai mahasiswi...
selain kuliah,ada satu lagi pengisian baru iaitu halaqah ma'thurat selepas subuh dan asar serta perkongsian ilmu di dalam halaqah bersama para sahabat dan akak2~kira rutin harian jugak la ni.

perkongsian ilmu itu sangat menarik! :)
nanti kalau ada masa intan  kongsikan :) insyaAllah~

kuliah bermula dengan kelas sirah nabawiyyah bersama prof.madya dr.muhiden hari ni.
hari pertama ni biasalah,sesi ta'ruf kan..tapi kelas sirah ni dalam dewan kuliah,so tak de la ta'ruf dengan semua pelajar.

antara input yang dapat :

1) ilmu mendorong kepada iman,dan iman membawa kepada syurga :)
2)manusia merancang dan dia merasakan itulah yang terbaik,sedang Allah yang menentukan dan itulah sebaik-baik ketentuan.
3)belajar untuk mencapai mardatillah :) -bukan semata-mata untuk skor,ilmu dan lain2-

yang kelakarnya,(mm,,tak de la kelakar,tapi..mm,,kelakar la jugak:D)kitorang ni kan semua lepasan SPM,masih lagi rasa aura2 sekolah,ustaz masuk semua berdiri,mm,,macam nak bagi salam kat cikgu2 tu..
"selamat pagi cikgu"(ala2 upin ipin,,)mm,,tipu jea =ptime nak berdiri tu ustaz cepat2 suruh duduk,,mm,,stail U kot la kan cm tu,,tak payah berdiri,,hoho..

next,
kelas doktor nawi untuk subjek usus al-aqidah,tapi ustaz ada hal.then ikhwan suruh buat perlantikan untuk jawatankuasa kelas.lantik mas'ul~(ketua kelas)dan seterusnya,,dan saya??hehe,,menjadi exco informasi & maklumat.hoho..tak tahu la apa tugas ni,agaknya untuk beritahu kala ada apa2 info pembatalan atau kelas tambahan kot~kot la~

next kelas bersama ustazah shukriah untuk subjek 'kalam'(arab)
seronok juga sub ni,banyak pasal perbualan,MACAM x de la sush sangat,tapi x tau la kalau usah nak last2 nanti kan =p tapi ustazah sangat baik :))

antara tips duduk d U ustazah pesan:
baik-baik dengan pensyarah~hehe,,biasa lah dengar ni kan,,
tapi pensarah2 sini sgt baik hati.setiap kali kelas pasti ada nasihat,tazkirah,,,banyak la untuk pengisian rohani,,alhamdulillah..(jgn diri ni yg leka dah -.-')

lastly!english class with teacher saifulnazirah :)
mm,tak de ape sangat,,ta'ruf jugak,tapi ada juga belajar tadi,,biasa2 je,,ehehe,,

sebenarnya nak tekankan pasal pesanan prof muhiden tu betapa pentingnya ILMU,,
tanpa ilmu segalanya menjadi susah..solat juga memerlukan ilmu,setiap ibadah memerlukan ilmu :)
طلب العلم فريضة على كل مسلم

tuntutlah ilmu kerana Allah..
macam mana nak niat kerana Allah?
ingat lah bahawa segala/semua ilmu yang kita pelajari itu datangNya dari Allah,maka jika tiada redhaNya,sia-sialah segala ilmu yang dipelajari.niatlah untuk menuntut ilmu itu unuk capai redha Allah,,dan berazam lah untuk meng'kongsi'kan ilmu tersebut kepada sahabat2,ahli keluarga atau sesiapa sahaja demi untuk kemaslahtan agama.

"Sampaikanlah dariku walaupun cuma satu ayat." (Riwayat Bukhari

MUMTAZ LI UMMAH!kejayaan bukan sahaja untuk diri sendiri.jika kita niat untuk capai redha Allah,insyaAllah,kejayaan tu pasti akan seiring berjalan~

"Barangsiapa yang menuntut ilmu yang pelajari hanya kerana Allah SWT, sedangkan ia tidak menuntutnya kecuali untuk mendapatkan harta benda dunia, ia tidak akan dapat mencium bau Syurga pada hari kiamat."(Riwayat Ahmad, Abu,Daud dan Ibnu Majah



wallahu 'alam~


comel kan gambar ni,,manisnya wanita menutup aurat~
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, June 3, 2011

keindahan bertawakkal padaMu

saat hati menjadi lemah,hanya Allah tempat aku berserah.
aku serahkan SEPENUH hati hanya untuk Allah kerana saat itu,hati seperti tidak dapat menahan kesedihan dan sangat lemah  untuk membina semangat.

hati seperti beterbangan~mengikut ke mana sahaja arah tujunya.
"Allah,aku serahkan sepenuh jiwaku saat ini kepadaMu,kerana hati ini amat lemah,Allah~Allah~tawakkaltu 'alallah~~"
berulang kali menyebut sambil menahan linangan air mata,memaksa diri untuk tidur agar air mata itu tidak terus berlinangan.

terus melangkah walau berat hati,seakan-akan tidak percaya sudah tiba masanya.
hati semakin berat untuk meninggalkan.namun aku terus membina kekuatan serta mentarbiyah hati agar kuat dengan melepaskan seluruh jiwa dan raga kepada Allah.kerana saat ini,aku yakin,hanya Allah sahaja yang berkuasa mencampakkan rasa luar biasa ke dalam hati dalam kadar sekelip mata.

teringat doa mathurat :
 ونسألك تمام الغنى عن الناس وهب لنا حقيقة الأيمان بك حتى لانخاف
 ولأ نرجو غيرك"maksudnya : ya Allah,kurniakanah kecukupan yang tidak sampai aku terpaksa meminta jasa orang lain.berilah iman yang sebenar-benar sehingga aku tidak gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau..."

kini,Alhamdulillah :)
kekuatan itu hadir seperti satu kuasa yang luar biasa.tentu sekali kuasa Allah yang tiada tandingnya.  .
.semangat itu seakan hadir tanpa aku sedari
.kesedihan itu telah pergi saat aku meminta ia pergi pada waktu itu

,kini
.aku mampu membina dan terus mebina kekuatan
.malah aku terus bersemangat untuk melakar kejayaan
.tiada sifat/sikap keanak-anakan lagi dalam diriku
:)ALHAMDULILLAH


*?intan cerita pasal apa ni
sebenarnya on the way nak ke nilam puri hari tu,masa dalam perjalanan dalam bas,rasa sedih~huwa~haha,,
bukan sebab tak nak datang sini,tapi sedih na pisah dengan mak,,haha,lgpun sedih/kesian tengok mama tolong angkat beg intan yang berat2 tu,nampak sangat mama letih and x larat.
-.-'
rasa macam tak percaya nak pergi dah.hoho.
tapi masa ni hanya Allah sahaja yang mampu bantu untuk bina kekuatan.
,hanya Allah tempat untuk memohon kekuatan dan intan doa semoga sepanjang berjauhan Allah pelihara mama supaya mama sentiasa sihat

tapi alhamdulilah,lepas mama balik hantar intan mendatar,intan x sedih,,
nikmat kekuatan dan semangat yang diberikan Allah itu harus aku syukuri~
saat diberi kekuatan ini,masih segar dalam ingatan doa2 agar diberi kekuatan yang sering intan ucap dalam perjalanan ke nilam puri
Allah~subhanallah~~
alhamdulillah~

,ingatlah
saat hatimu terlalu lemah,mohonlah padaNya!hanya DIA yang mampu membantu.
saat lemahnya hatimu,mohonlah kekuatan dariNya,
usah terlalu mengharapkan orang lain untuk memberi semangat padamu.
kerana Allah itu sentiasa bersama hambaNya.

MOHONLAH HANYA PADANYA DI SAAT DALAM KESENANGAN MAHUPUN DALAM KESUSAHAN

اياك نعبد واياك نستعين
surah al-fatihah ayat:5
"hanya Allah tempat aku menyembah dan meminta pertolongan"


Surah Al-Mu’min(ghafir), ayat 60
ertinya :dan berdoalah kepada-Ku,nescaya aku akan perkenankan bagimu

*mesti ramai tanya,macam mana life dekat nilam puri intan?hehe
jawapan saya..
Alhamdulillah,kekuatan telah pun diberikan,pertama sekali bersyukur sebab UM dan course yang intan dapat ni adalah pilihan pertama.maknanya intan memang nak pergi sinilah.walaupn dulu sangat bercita-cita nak ke jordan,pasti ad hikmahnya kenapa Allah letakkan saya di sini.life kat sni,ok,alhamdulillah.tak reti nak ulas panjang sebab baru j seminggu,kuliah pun tak start lagi.tapi nampak la pensyarah2nya yang sangat prihatin dan baik hati serta ikhlas mendidik/tarbiah pelajar.insyaAllah,inilah tempat terbaik untuk proses pentarbiahan dan sebagai persediaan untuk melangkah ke alam yang lebih mencabar selepas ini iaitu di UM dekat KL dan alam selepas bergelar mahasiswi.dulu masa dekat smap labu,intan selalu pesan dekat junior "manfaatkan masa selama di smap labu,carilah sebanyak mana ilmu dan sesuatu di sini,kelak anda akan ketemui~"tapi sekarang?senior dekat nilam puri pula yang beri pesanan macam tu..hehe..insyaAllah,,saya akan berusaha mencari dan terus mencari! insyaAllah

semoga bumi baru yang saya jejaki ini,meninggalkan impak yang cukup mendalam buat diri.semoga terus menjadi contoh dan dapat memberi manfaat pada insan lain,,mumtaz li ummah

cam semangat la lepas tengok ramai mahasiswa/siswi yg belajar kat UM ni macam senang je nak sambung

 master&PhD,,next will be my turn,insyaAllah,semangat!hehe

lupa pulak!mm,hari tu ada test arab untuk tentukan kelas,so,intan dapat majmu'ah 3,,majmu'ah ni kelas la kire,,besnye tentang majmuah ni,sebab kuliah intan x de yang start pukul 8,,hehe,,semua pukul 9,except kalau ada kelas ganti la kot..and malam pun tak de kuliah jugak!alhamdulillah,,
mentor untuk majmuah 3 ialah prof.madya dr.shukriey..terdiri drpd 5 muslimin dan lebih kurang 10 kot muslimat,,ok,sempat kire berapa orang muslimin sebab sangat sikit,,hoho..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed