Tuesday, May 31, 2011

apa khabar?

apa khabar semua?
hehe,macam apa pulak =p
sangat busy dengan minggu haluan siswa di UM,nilam puri.
tp alhamdulillah segalanya berjalan lancar,,semoga kehidupan di sini lebih teratur,bermatlamat,bermanfaat.
segalanya bergantung pada diri sendiri.
serahkan hati sepenuhnya pada Allah :)
insyaAllah,Allah sentiasa membantumu.

*just a short post,saya masih dalam minggu orientasi yang akan berakhir pada hari esok*

*eh,lupe!=p
alhamdulillah,,saya tak homesick!!!!hehe..

SEKIRANYA HATI BERASA LEMAH,SERAHKAN HATI SEPENUHNYA PADA ALLAH :)
INSYAALLAH,KHEIR!!!!!

insyaAllah pengisian seterusnya saya akan 'share' mengenai minggu haluan siswa ni :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, May 28, 2011

mulakan langkah!

ALHAMDULILLAH :) i'm now in kelantan.the journey took about 8 hours.
lameee~(padahal kampung memang kat kelantan,,hehe =p cuma before ni mama drive,tapi kali ni naik bas sebab mama tak larat nak drive jauh,ramainya orang dekat stesen bas tadi.ouh!cuti sekolah kan?lupa pulak!
kesian mama kene tolong angkatkan beg intan yang sangat2 berat tu!nangis intan tengok,tp mama tak tahu,hehe=p masa-masa macam ni memang cepat touching sikit kan,,hehe.lagipun intan dah banyak susahkan mam untuk urusan kemasukan ke U ni.esok lepas daftar intan,u need to go back to KL sebab ahad mama tak boleh ambil cuti :(

tak pe!
mulakan azam baru!!
mulakan semangat baru!!
work harder intan!

kadang2 ada juga rasa takut sebab mm,intan tau intan bukan jenis yang excellent student,walaupun SPM alhamdulillah dapat straight A's,tapi intan tak permah lupa yang PMR dulu intan pernah kecundang.
tapi macam mana pun,i need to work harder,ikhlaskan hati untuk menuntut ilmu dan jaga hubungan dengan Allah,,insyaAllah!semoga segala usaha dan kejayaan dalam keberkatan  & keredhaanNya.

sedih pisah dengan mak!haha,,rasanya macam satu malaysia je tau intan senang homesick,tapi macam mana punintan tak pernah patah semangat,hidup kene ada cabaran!kene terus maju ke hadapan untuk berjaya!
mana boleh patah balik!
(semangat la ni kononnye kan,,hehe=p)
tapi actually,excited juga nak sambung belajar,rindu suasana nak pergi kelas,belajar~
cuma jah dari mak,,tapi dulu duduk smap jauh jugak!haha,cuma senang nak balik la,ni dah kelantan,cam jauh jeee~=p tapi sedara sangat ramai sebab kelantan ni memang kampung intan,cuma jarang balik sini..

mm,,nak cakap apa lagi ek?tak de ape pun.x de idea,sebab cuak esok,,haha,,
sebab tempat baru kot,,normal la,,hohoho,,
doakan saya berjaya yea :)
ngantuk juga ni walaupun lama juga tidur dalam bas td,,hehe,
tak pe,tidur puas2,,esok dh orientasi,,berape jam je kan ley tido,,hehe =p
cam ape jea~

dengan lafaz bismillah,aku melangah denan penuh keazaman dan semangat serta bertawakkal sepenuhnya kepada Allah agar diberi kekuatan!semogakejayaan yang dicipta sentiasa dalam redhanya!
semoga dengan pertambahan ilmu dapat meningkatkan lagi keimanan padaNya dan dapat memberi manfaat pada manusia lain!
chaiyok!!=p



*dah tahu jauh dari mak tu,belajar la sungguh2 kan~jangan main2!!*



saya pasti akan merindui smap labu dan zealous 0610!
all the best untuk korang!! :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, May 27, 2011

selangkah menuju

ok!esok akan bertolak ke kelantan!
naik bas then saudara mara ramai kat sana yang boleh ambil.
for sure intan pergi dengan mama! :))
so,perjalanan memakan masa dalam 8 jam,insyaAllah.
doakan perjalanan selamat.

ALHAMDULILLAH,
saya lebih bersemangat,tak sedih2 dah,hoho..
saya boleh je sebenarnya,,ceh~hehe,,
sedih sebab dah lama sangat duduk rumah,and sedih berenggang dengan mak tu,i think,tu normal la kan =p
just short post~
esok sempat kot nak update lagi.
daftar hari ahad nanti~


haha,,bunyi macam tragis je~nanti balik la~~

baca doa naik kenderaan,
:)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, May 25, 2011

sayang mama!

2 days more! -.-'
(eh,sign ni macam tak happy kan?)
tukar-tukar! :)
hehe,tak de lah,just tak tahu nak express kan macam mana perasaan nak masuk nilam puri yang tinggal lagi dua hari sahaja ni!
excited sebab nak study!tapi bila fikir orientasi?mm,,ok je kot,
don't take it too seriusly,normal la~orientasi tujuan untuk mendisiplinkan,
just dah lama tak merasa orientasi,,hehe,,dah lama tak pergi kem,dah lama hilang pangkat sarjan KRS,so,saya dah kurang kental,,haha.

alhamdulillah,barang2insyaAllah prepared!
cuma,borang-borang yang banyak sangat nak di isi,salah eje print kertas baru -.-'
kesian mama :'(
intan banyak susahkan mama untuk urusan kemasukan ke U ni~
i can do it myself,tapi ada je kesalahan n it's my fault.

lagi 3 malam je dapat tidur dengan mama :(
lagi 3 hari je sebelum pejamkan mata dan setiap kali bukak mata,u'll always by my side :')
(bunyi sedih macam pergi jauh je kan?tapi jauh juga apa~kelantan-KL,,8 jam perjalanan naik bas.
so,nak balik weekend2 macam tak berbaloi~
nak balik weekend ,kelantan punya weekend on friday&saturday,
KL saturday&friday,,so,,macam no point KECUALI kalau intan memang nak balik sangat dah,,
(haha,,entah2 dalam masa 2,3 bulan ni tiap2 minggu balik,)
mm,,tapi tak mencabar la hidup,,hehe =p
memalukan diri sendiri je.tapi mama suka buat ayat sedih,
"nanti mama tinggal sorang,mesti mama boring'
nampak ayat macam biasa je kan?tapi siapa yang dapat touching bagus la kot!hehe,,
intan touching sangat kalau mama cakap macam ni,intan tau mama sunyi,tapi mama dapat elak rasa sunyi tu because you are working~
intan kesian bila mama bangun pagi and said:
"malasnya nak pergi kerja pagi ni,mama tak larat,kan best kalau mama tak payah kerja,,hmm~tapi kalau mama tak kerja kita tak de duit"



~ma,intan tak sabar nak kerja supaya mama tak payah kerja.
tapi by the time intan habis degree,mama pun baru habis pencen.
kesian mama kene kerja sampai pencen,kalau mak orang lain,boleh berhenti bila2 kan?
tapi intan tau,,ada orang yang lebih susah dari kita,so,we should thankfull :)

start from next month intan tak dapat nak teman mama jumpa doktor untuk medical check up.
sedih~kesian mama kena pergi sorang-sorang :'(
kalau boleh,intan nak balik tiap-tiap minggu teman mama.

saya : mama jangan sedih tau intan pergi jauh~(ok,i know bukan o/sea,tapi jauh juga la~ahaha)
mama : mama tak sedih sebab mama tahu intan nak pergi belajar,mama bangga dengan intan.

*intan tahu mama sunyi*
mama sacrifice,intan pun sacrifie ok :)
pedih menahan kerinduan berjauhan dengan ibu itu terlalu perit untuk intan lalui.
tapi intan rasa intan ok je sampai sana,,hehe =p
before pergi je rasa macam gelabah2,sedih2..
dulu sebelum nak pegi kem pun sedih,cuak!
memang macam kot perasaan intan kalau nak pergi tempat baru -.-'
kelakar kan?tapi kali ni rindu mak,,tak pe,,it's not funny,tapi rindu terhadap mak tu perasaan yang sepatutnya ada pada anak,at least dia takkan lupakan ibu satu hari nanti.

mama,,thank you!!!!!
i love you!!!!!!!!

*ya Allah,peliharalah ibu ku,
berilah kesihatan yang baik pada tubuh badan ibu ku,
permudahkan segala urusan ibuku serta murahkan rezekinya,
berikan kekuatan padanya saat dia perlu,lindungi ibuku dari kejahatan bisikan syaitan dan perbuatan jahat manusia.permudahkan segala urusan ibu.panjangkanlah nyawa ibuku dalam keadaan yang Egkau redhai :)

*saya sudah kehilangan ayah,kini sangat belum bersedia kehilangan ibu,namun apalah daya sebagai hamba,

hanya Allah yang maha mengetahui..




intan nie touching2 pulak nak pergi jauh,,haha,,
macam kelakar kan~
tapi mama sangat bermakna dan terlalu dekat dalam jiwa intan :')
dekat smap pun,hari2 call mama,kalau x rindu pun intan call,,hehe,,
supaya mama selalu rasa intan dekat :')

*intan pernah doa supaya kita meninggal sama2~sebab intan x sanggup hilang mama,dan intan x nak mama susah hilang intan*
tapi macam mana pun,,sebaik-baik tempat kembali hanya DIA,DIA lah tempat bergantung :'(
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, May 21, 2011

jiwa

tatkala aku lemah,hatiku seolah-olah beterbangan,entah kemana hala tujunya,
hanya Allah tempat aku memohon agar ditetapkan dan dikukuhkan binaan hati.
ketika itu hanya Allah sahaja tempat aku bertawakkal agar dikurniakan hati dan jiwa yang kukuh!
mengapa aku seperti anak-anak kecil yang takut pada cabaran baru?
sedangkan aku tahu aku bukan seperti itu.

tatkala hati begitu resah,
rasa seperti ingin menangis tanpa sebab~
apa sebenar yang terjadi wahai hati?apa yang terbuku di hati?
hanya Allah yang mengerti hati ini.

mungkin kerana aku lalai dan tidak sedar bahawa aku telah mengabaikanNya untuk beberapa ketika.
mungkin aku telah alpa seketika dengan nikmat-nikmat kurniaanNya,
mungkin kerana aku terlalu sibuk sehingga tidak pandai mencuri ruang membaca ayat-ayat cintaNya walau sehari.
mungkin juga kerana aku melakukan ibadah dengan sambil lewa.

Allah~pimpinlah aku menuju redhaMu.
hanya ENGKAU tempat aku meminta.
lindungilah hati ini ya Allah.
kurniakanlah semangat jihad pada hati.
jauhilah kegelisahan di dalam hati.
cintakanlah aku pada segala kebaikan dan timbulkanlah rasa benci dan gelisah pada perkara mungkar.
kurniakanlah kekuatan hati dan kekukuhan binaan jiwa.

HANYA ALLAH TEMPAT BERGANTUNG :')

pinjamkan aku kekuatan jiwa yang pernah ku rasai sebelum ini. :'(


*usah terlalu khuatir terhadap pandangan manusia sedang manusia itu belum mengenalimu,,
tetapi bimbanglah jika Allah tidak memandangmu~


usah bersangka buruk,kerana itu merosakkan jiwa,melemahkan hati*




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, May 20, 2011

aku bakal jatuh hati kali kedua

A:amboi~jatuh hati kali kedua,intan?pertama pun tak tahu siapa~
I:aah,jatuh hati ♥
A:hai~belum masuk U lagi,dah jatuh hati!
I:sebab tu lah saya kata,saya BAKAL jatuh hati :)
A:bakal?eh,pelik2 la intan niyh -.-' dengan siapa?
I:bukan siapa ~tapi apa.
A:bukan siapa?apa?lagi pelik!
I:sebab saya bukan BAKAL jatuh hati dengan manusia,tapi sesuatu.*hehe*
A:pening lah intan,kalau bukan dengan manusia,habis tu?takkan jatuh hati dengan benda tak bernyawa pulak?!~
I:kan Allah ciptakan hati kita ni BESAR~*hehe* perasaan cinta tu luas~saya bakal jatuh hati dengan
ilmu baru dan tempat belajar baru ^.^
A:ouh~ingatkan apa la tadi.baguslah macam tu,manfaatkan tempat kita belajar tu sebaiknya.
yes!
insyaAllah,saya bakal jatuh hati dengan AKADEMI PENGAJIAN ISLAM,UNIVERSITI MALAYA,NILAM PURI =)
*insyaAllah*

yang pertama?
semestinya,seharusnya,SMAP LABU :)
dulu,mula-mula masuk,
macam tak suka la smap labu ni,,HAHA,,
biasa lah,,mula2,macam orang kata "tak kenal maka??ta'ruf la~sudah berkenalan baru jatuh hati ;)
masa mula-mula masuk tu kan macam tak matang sikit+homesick+takut senior,,HAHA..
kelakar betul lah dulu!tapi saya sayang senior2,,hehe,,sila terharu pada senior yang baca ^.^
dah naik form 3 macam dah seronok la sikit kan sebab tahun exam,dengan kawan-kawan pun seronok dah!
no gaduh-gaduh macam masa f1 & f2,,haha,,kelakar!putera pun macam dah matang sikit sebab tak cari pasal dengan kitorang!*kes gaduh dalam kelas dengan putera masa lower form menjadi tradisi turun-temurun (yang tak patut berterusan)  tapi kenangan la~:D*sebab kelakar kan,
masa form 1,,biasela~budak perempuan mesti cakap
"aku tak kan suka budak putera smap labu!"
hmm~cakap je lebih -.-' masa tak matured,semua macam tu.
sebab tu bila dengar junior2 cakap macam ni,gelak je la~

masa mula-mula datang smap labu,nangis-nangis nak balik sebab homesick,
hari terakhir SPM,menangis tak nak balik rumah :)
tapi saya memang sayang SMAP LABU!
saya jumpa macam-macam kat smap,SMAP LABU berjaya membentuk diri saya yang sekarang,*dengan izinNya*
dapat jumpa kawan-kawan yang baik :) semangat belajar :)
and NOW!
saya bakal menjejakkan kaki ke AKADEMI PENGAJIAN ISLAM,UM.(APIUM)


alhamdulillah,sekali lagi terpilih oleh Allah untuk berada di bumi tarbiyah.
kalau smap labu dulu,dipanggil bumi barakah :)
apa-apa pun panggilan,kedua-dua nya kembali kepada Allah juga tujuannya~
first time dengar tempat ni dipanggil bumi tarbiyah,,rasa seronok ada,excited ada,tapi takut pun ada.
bukan takut apa,rasa rendah diri kot,mesti orang kat sana baik-baik kan,,*hehe*

semoga saya dapat memanfaatkan sepenuhnya bumi tarbiyah ni dari awal hingga akhir semester ke-4 nanti.
lebih kurang 2 tahun la jugak kan.
hadir ke sini bukan setakat mencari ilmu,tapi mencari redha,mencari tarbiyah untuk mempersiapkan diri.

antara dialog :
kak ema(senior smap*ex apium kat nilam puri ni*:akak jatuh cinta dengan nilam puri
ustaz amirahman:mula2 memang la(kurang sikit)tapi lama2 saya jatuh hati dengan kelantan

maybe one day,intan akan merasai juga perasaan ni,,cewah~hehe.
sekarang pun macam excited nak belajar sikit =p
duduk sana nanti mesti banyak majlis-majlis ilmu,ceramah-ceramah,kuliah2,
macam kat smap dulu jugak! :)
masa2 macam ni lah nak kumpul ilmu~harapnya,Allah ringankan kaki melangkah,lapangkan hati untuk mendengar nanti.
jangan malas2 pergi majlis ilmu~rugi~ :) lawan nafsu,mujahadah! :)
*motivasi sendiri*
naikkan semangat supaya tak homesick duduk sana,,haha,,
sibuk dengan homesick,entah2 duduk sana tak nak balik =p
tapi tak boleh,kene juga balik,mama sunyi tinggal kat rumah sorang2..*ha,mula nak sedih ni=p*
tak kan mama nak geng dengan abang2,mama mesti geng dengan intan :)

tak sabar nak tunggu degree sebab U dekat KL,,boleh jumpa zealous semuleeee,,hehe,,insyaAllah.
intan doa siapa yang teringin masuk UM,dapat masuk UM,,ameen~tp UIA pun boleh jumpa jgk!sebab dekat KL/selangor jgk~>.<
i'll miss my school days,,i'll miss my zealous,,hmm~ :'(

OKAY!saya nak 4 flat~uhu~
kobar-kobar niyh,,chaiyok2!
tiada apa yang mustahil padaNya,mintalah dariNya ♥

*tiba2 bulan 6 ni keluar biasiswa AMANAH RAYA untuk ke mesir,
pastu katakanlah kalau dapat!nak pergi tak?
hmm~bila intan tanya mama,mama cam diam je~
x pe lah,,masuk UM dulu,teruskan istikharah.
kalau memang Um terbaik untuk intan,moga Allah tunjukkan :)


*sile beri semangat kepada sy,,hehe*
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, May 16, 2011

indahnya matahari,hujan dan pelangi Allah :)

"Kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari, kemudian Dia datangkan pula hujan, puas kita menangis, mencari matahari? Rupanya Allah menghadiahkan untuk kita pelangi "

lama rasanya tak update blog ni.
sibuk + tiada idea + gangguan emosi + muhasabah diri + motivate diri + .....................


rasanya kalau tengok FB ramai dah maklum kot,alhamdulillah,dapat JPA tajaan dalam negara.
segala puji-pujian bagi Allah yang berkuasa atas segala apa yang ada di langit dan di bumi.
reaksi pertama : seronok!tekejut!x sangka!
tak sangka??kenapa pula?
mm,sebabnya saya minta biasiswa JPA ni saja je=p sebenarnya minta untuk program ke luar negara sebab tak tahu bila JPA buka untuk dalam negara -.-' hehe,,
so,sangat lah tak mengharap pada biasiswa JPA ni sebab JPA  tak taja untuk pengajian islam,so isi je la nak ambil undang-undang civil.
so,masa ramai-ramai tengah excited nak cek JPA ni,tak de lah excited pon~sebab civil law kan,,TAK MAHU!

tapi,Allah itu maha berkuasa dan tahu apa yang terbaik untuk hambaNya,
atas kekuasaanNya,Alhamdulillah,,dapat tajaan untuk degree nanti,
TAPI kena lah kekalkan pointer kan time asasi,kalau kantoi,susah la nak dapat!
so,bila dah tau tak dapat nak ke jordan tu,memang terfikir juga macam mana nak dapatkan biasiswa dalam negara ni,tapi Alhamdulillah,Allah telah mudahkan segala urusan.


dan kamu tidak menghendaki (menempuh jalan itu), kecuali bila dikehendaki Allah.
 Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana
-surah al-insan:30-






 terasa kekuasaan Allah yang akhirnya seperti ingin memberitahu bahawa rezeki ku memang belajar di dalam negara,bukan di luar negara untuk waktu ini.
tahniah buat sahabat-sahabat yang dapat melanjutkan pelajaran ke jordan dan mesir(aina,azizah,ikraam,arif imran,amir asyraf,shazreen,fakhirah,alia amalina,zahirah aalia)-ni semua course medic/dentist-
korang dah nak masuk intec lusa :'(
tahniah juga untuk rushdi dan syamirul-engineering di german-
farham ibrahim-engine juga di perancis-
untuk solehah(MAINS) dan ariej(JPA)-islamic banking jordan-
asyiqin atikah-ekonomi US-(PETRONAS)
MARA?tak tahu la siapa dapat,macam senyap je,dah keluar belum?
untuk yang dapat JPA dalam negara (macam saya=p)-fadzlin,najmuddin,ifwat,maghribi,yang lain kurang pasti.

ALL THE BEST UNTUK SAIFUDDIN YANG AKAN KE TURKEY KHAMIS NI,,
ouh,,x nak la wish lagi,,nanti aku buad post khas,,;D

sebesalah nak buat luahan perasaan kat blog ni,takut orang salah faham.
hmm~bila baca list2 yang nak fly ni,wa~seronoknye!
dapat fly!! :)
dulu kan saya nak pergi jordan,,hehe,,
tapi mungkin Allah tetapkan rezeki saya lebih di malaysia,jadi saya terus melatih diri agar menjadi hamba
yang sentiasa bersyukur atas segala nikmatNya.

biasa dengar bukan surah ibrahim:ayat 7.

namun aku juga manusia biasa yang sering diuji,bukan aku sengaja,
tapi rasa sedih tu datang tiba-tiba!kadang sampai jadi keliru
sedih sebab tak dapat fly ke?ke sedih sebab kawan-kawan rapat pergi sane?
ke sedih sebab pergi kelantan cause jauh dari mak?
-satu fakta-tak mungkin saya sedih sebab dapat Um,,
kalau sedih tak dapat pergi jordan pun,saya tak kan sedih sebab dapat UM :)
tapi perasaan macam ni membuatkan saya rasa menangis itu lebih seronok kerana lebih dekat denganNya,
kerana hanya Allah yang tahu apa yang terbuku di hati,
secara tepatnya,saya sendiri pun keliru dengan perasaan sekarang,
NAMUN!satu perasaan yang pasti,saya excited nak belajar! :)
(kalau nak sangat fly,naik lah air asia nanti dr Kl ke kelantan:D)

mungkin perasaan macam ni satu ujian buat orang sedang berusaha menjadi hamba yang bersyukur,
bisikan syaitan membisikkan agar aku kurang bersyukur???
mujahadah!lawan perasaan itu!
jangan tertewas dengan godaan syaitan!
usah layan kesedihan itu,sebaliknya gantikanlah dengan rasa bersyukur
kerana sering ku katakan,terlalu banyak lagi nikmat yang belum kita syukuri,
la tahzan :)
Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.(Al-Baqarah: 216)

rasanya,sedih sebab tak dapat fly ni perasaan normal untuk orang yang bercita-cita untuk fly,
walaupun mula-mula memang saya tak kisah x dapat,tapi as a human,lagipun saya PERNAH bercita-cita,mesti ada terdetik,cuma intan macam malas nak fikir sangat.
sebab kalau layan~saat macam ni la syaitan pun ambil kesempatan,,sebaliknya,
banyakkan menyebut kalimah ALHAMDULILLAH dan muhasabah diri.
lagipun,mama pun macam tak sanggup intan pergi jauh,
intan pun belum apa-apa dah nangis sebab rasa kelantan jauh,
see!Allah know what is the best for you! :)
mungkin rasa ni sebab sedih jauh dari mak kot,then campur-baur dengan semua elemen2 stress siapkan maklumat untuk pendaftaran lagi,,HAHA,

*tadi medical check up,darah sangat sikit keluar,so esok ambil lagi,,(sakit!-.-')ok,saya kuat=p
then,low blood pressure,ok,saya memang ada masalah low blood pressure~hehe,*

maaf post kurang bermanfaat,hanya contengan jalanan buad diri yang sedang mencari kekuatan diri.

hanya Allah yang dapat memberi kekuatan ini kerana hanya DIA yang lebih mengetahui,
Allah adalah sebaik-baik tempat kembali.

"dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Allah,Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.dan sungguh,Allah beserta orang-orang yang berbuat baik"

luka ini akan sembuh!
Allah yang memberi,maka kepada Allah jua lah tempat kembali dan jalan penyelesaiannya,

“Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tiada yang dapat menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dialah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”
(Al-An’am: 17)


intan yakin ada hikmah lebih besar sedang menanti :)
Allah tidak pernah sia-siakan hambaNya =)
nantikanlah pelangi yang bakal muncul selepas aku menangisi kehilangan matahari dan menangisi pemergian hujan~ :)

lakarlah kejayaanmu walau dimana kau berada~

btw,sangat bersyukur untuk biasiswa JPA PIDN(program ijazah dalam negara)

All the best friends,,*next week dah mula pendaftaran* ^.^
kesimpulannya,saya sudah okay,
jika aku menangis lagi,biarkan,
aku mahu Allah dengarkan rintihan hatiku :)


*kalau boleh,biar nangis sekarang,supaya sampai kelantan tak homesick dah!*
saya anak manja??hmm~depends,,
cuma,,mm,, MY MOM IS EVERYTHING TO ME,
kalau mama sanggup berkoban untuk saya,saya juga boleh berkorban untuk mama.
redha Allah terletak pada keredhaan ibu bapa.
ingat lagi pesanan kak tasneem 'aina masa program tazkirah f1&f2,
lebih kurang macam ni,kalau homesick/rindu mak,bersabar lah.
innallaha ma'ana :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, May 11, 2011

di manakah impian dulu?

insyaAllah,29 mei ni akan mendaftar ke nilam puri(universiti malaya),kelantan.
wa~terasa jauh pula kelantan tu kan,kalau dulu duduk negeri sembilan,boleh juga mama datang selalu ke=p HAHA,
macam tak pernah duduk asrama jerk!mm,,lama2 biasa la kan.
dulu masa lower form selalu juga homesick,tapi bila dah lama2 tak homesick :D

"aik intan?masuk UM?so,how bout jordan?"
ramai juga tanya macam ni,,hehe=p
saya faham,sebab saya pun macam dah pukul canang satu dunia kan yang saya semangat nak ke jordan!
URDRN!URDUN!URDUN! :)

ingat tak post before ni yang saya cerita pasal exam jais yang susah tu?hehe :)
hmm~begitulah ceritanya~hari isnin lepas,siapa yang dapat tajaan akan menerima panggilan atau mesej dari jais,jadi hari isnin tu tak dapat panggilan apa-apa pun dari jais.
tu menandakan mungkin rezeki saya belum lagi untuk ke sana buat masa ni.
lagipun gerak hati sejak kebelakangan ni pun macam nak duduk malaysia pula.

sedih?
mm,,ada la juga tapi bukan sebab tak dapat,tapi bila mengenangkan kenangan perkongsian semangat melangkah ke bumi anbiya' dengan kak zahra',kak anis dan lain-lain masa ke program ISMEP dan KEM I'ROB.tapi macam manapun bersyukur sangat atas ukhuwah yang indah tu.nampaknya kem i'rob kedua nanti tak dapat la pergi sebab masa tu saya dah masuk UM :( ada rezeki jumpa lagi~
berbalik pasal sedih td,hmm~lagi satu sebab tak sedih sangat sebabnya UM pun pilihan pertama,jadi maknanya Allah dah makbulkan juga permintaan,kene bersyukur,nanti Allah tambah :)
siapalah kita untuk minta selebihnya~hanya Dia yang tahu apa yang terbaik,,kita hanya mampu berdoa dan berusaha!

setiap apa yang berlaku tu pasti ada hikmahnya :)
Allah dah aturkan kehidupan kita sebaik-baiknya,,mungkin UM ni adalah yang terbaik bukan sahaja untuk diri saya,tapi mungkin untuk keluarga.

perbualan selepas solat isya' :

intan : mama sedih ke intan tak dapat pergi jordan ni?


mama:tak delah,mama lagi suka sebenarnya.tapi kalau rezeki intan kat sana,mama tak halang.

mungkin,banyak hikmah tersembunyi yang akan saya jumpa kelak.mungkin juga sebab mama pun berat hati nak lepas pergi jauh-jauh.i'm the only her daughter,,hehe=p (nak pergi kelantan ni pun intan rasa sangat jauh~wa~series!!):D belum pergi lagi dah rasa homesick=p aiyok!tu la,lama sangat duduk rumah,lepas ni tak dapat tidur dengan mama dah :(  *memang tidur dengan mak pun sejak ayah x de* ,,
sebab tu kalau pergi dekat ke jauh ke,mesti rindu mak!

actually,ada lagi satu biasiswa yang belum keluar result.biasiswa amanah raya untuk ke mesir.
result nye memang lambat lagi keluar,so masuk lah UM dulu macam mana pun,lagipun tiba-tiba tak tahu nak fly ke tak,,hehe=p hati manusia berubah2,,perlu truskan istikharah mohon petunjukNYA :)
(pergi kelantan pun dah rasa jauh ni;p)

lagipun tak tau kan,mane la tau tibe2 lagi 2 tahun terpanggil untuk ke jordan ke,,hehe=p
hanya Allah yang tahu apa yang terbaik,,
mm,,nak cerita apa lagi ek?
mm,,sebenarnya nak cakap tu je,,bakal masuk UM dan tak dapat biasiswa jais tu,,hehe=p

saya sedang memotivasikan diri ni nak pergi jauh~wa~berat hati,,HAHA,,macam form 1 baru masuk sekolah la intan nie!dengar cite orientasi kat nilam puri ni gempak juga,,wa~hehe,,teringat time form 1 dulu,,hehe,,siapa ada kata-kata nasihat dan semangat silalah hantarkan komen yea :)

doakan segala urusan saya dipermudahkan yea :)
rabbuna yusahhil,,
zealous pun ramai da nak mendaftar start minggu depan!sedih :'(
tapi x pe,biar jauh di mata namun semangat jihad menuntut ilmu tetap dikongsikan bersama :)
sejauh mana aku jejaki,korang pasti sahabat yang terbaik pernah intan ada~ :')

hehe,,sori x upload gmbo baru,upload ape yg ade dalam blog je=p


saya nak jadi manusia yang tercampak walau kemana pun
saya boleh survive dan melakar kejayaan! :)
yang penting,,walau ke mane jua bumi yang saya jejak,,saya hanya hambaNYA :)

cane nak ilangkan rase sedey nak duk jauh ni?hehe,,
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, May 9, 2011

apabila banyak meminta tapi kurang memberi

ya Allah,jadikanlah aku hamba yang sentiasa bersyukur atas segala nikmat-nikmatmu,
aku tahu aku selalu meminta tetapi kurang memberi,
namun,pada siapa lagi ya Allah harus ku panjatkan doa dan permintaan,
hanya padaMU selayaknya,wahai tuhan sekalian alam.

aku sering sedaya upaya menjadi hambaMu yang terbaik,
sering mencari jalan untuk menambahkan rasa iman dan taqwa padaMu,
namun sering kali juga langkah yang ku atur itu tersasar dari landasan yang ENGKAU redhai
masih layakkah lagi untuk aku meminta sedangkan aku kurang memberi?
sudah lah kurang memberi,kurang bersyukur pula pada apa yang telah Kau berikan!

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur.
surah an-nahl:78


*(adakah kita menggunakan pendengaran&pendengaran serta hati untukNya dan tidak menyalahgunakan nikmat tersebut??-.-')*

sedang kekasihMU,rasulullah yang telah dijanjikan syurga dan insan yang ma'sum
tidak henti-henti melaksanakan ibadah padaMU,
inikan pula aku yang belum tentu mendapat tempat disyurgaMU,,

bimbinglah langkahku ya Allah,
hanya padaMu tempat aku meminta,
ringankanlah tubuh badan ku untuk sentiasa beribadah padaMu,
datangkanlah rasa indah dan rindu untuk sujud pada setiap 1/3 malam,
semoga aku sentiasa dalam hidayahMU.


cuba muhasabah diri semula,layakkah kita sentiasa meminta nikmatnya sedangkan kita kurang memberi
ya'ni meninggalkan laranganNya dan melakukan segala suruhanNya~sudahlah selalu meminta sambil melakukan kemungkarannya,tidak bersyukur pula,
memang Allah tidak pernah meminta apa-apa,malah Allah tidak akan rugi sekiranya kita memberi apa-apa pdaNya,namun,tidak malukah kita kerana sentiasa menjadi penerima sahaja tanpa memberi apa-apa?
fikir-fikir kan~
tazkirah untuk diri sendiri sebenarnya :)

sentiasalah berusaha dan berlumba menjadi hambaNya yang terbaik :)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, May 7, 2011

bukan mengalah!

ALHAMDULILLAH :) selesai ujian kelayakan jais semalam.

"KISAS kat mana?"
ni lah masalah intan dengan mama nak cari tempat ujian ni semalam,
exam ni bukan buat dekat kisas,tapi landmark nya macam tu la~
sepatutnya daftar pukul 9 pagi,sebab exam mula pukul 10,tapi pukul 9.30 kitorang still sesat -.-'
confius PADANG JAWA dengan KAMPUNG JAWA.
tempat exam ni dekat kampung jawa,tapi kitorang masuk simpang padang jawa!
memang tak tahu langsung tempat ni kat mana.actually dah call orang jais tu tanya tempat tapi mama imagine padang jawa,so,kalau padang jawa,memang mama tahu kat mana.tiba2 bila masuk simpang padang jawa semalam,then baru she noticed that tempat exam ni kampung jawa~

time sesat2 ni,intan dah dapat rasa "i can't sit for the test!"
nak nangis pun ada,sebab lagi berapa minit je exam nak start tapi tak sampai2 lagi,
masa tu dah terfikir dah "adakah saya terpaksa menguburkan cita2 itu" hehe=p

tapi ALHAMDULILLAH,around 9.45 selamat sampai ke tempat yang dituju,pusat sumber pendidikan jais.
tapi gelabah juga lah bila sampai2 tu orang semua dah masuk bilik exam.
tapi masa masuk dewan tu,orang baru edar kertas!

lebih kurang macam ni ayat,tak ingat la macam mana=p
"semua jawapan sila tulis dalam kertas soalan ni,kecuali insya',sila tulis dalam kertas (kertas kajang)yang diberi"
okay,memang bukan macam ni la ayat dia~haha,,
sebenarnya nak tekankan ADA INSYA'!!!!masyaAllah!!
memang tak expect langsung ada karangan!!wa~tak prepare!!
"x pe2!saya boleh!"cewah~naikkan semangat sendiri -.-'
gelabah jugak la sebab dah 5 bulan kot tak buad insya'(karangan arab).
awatnya exam jais sampai macam ni-.-'

dah la tukang jaganya pun ada la 2,3 orang arab~
antara bentuk soalan:
kemahiran mendengar (perbualan kedua tu laju nyeee orang arab tu cakap!)tapi ulang 3 kali,so,ok la kot~kot~:D
lepas macam biasa lah,qowaid.(tak ingat sangat soalan semalam-.-')
tapi soalan pemahaman dia berdasarkan hadis!dengan malunya saya mengaku saya jarang tengok hadis yang diberikan,tapi bila tanya sedara,dia kata hadis tu popular,,hehe=p
tapi dia kata hadis tu dalam silibus SMA!
"ouh,saya tak ambil SMA,mungkin ramai yang attend tu ramai ambil SMA kot sebab SBP x de SMA"
ok intan~tapi itu bukan alasan kamu tah tahu hadis,anda yang malas!-.-' (pengajaran)
so,jawapan yang saya berikan kurang baik!
saya tak tahu soalan muradif dengan mudhod yang dia bagi!wa~memalukan!!
demam fil lughatil arabiyah ape???saya lupa lagi,memang memalukan,,
(tu la~cuti2 tak ulangkaji,,hehe)
so,kesimpulan dari exam tu,,
hmm~masa habis tu rasa cool je~tapi bila lama rasa frust pulak sebab tak dapat jawab dengan baik.
rasanya,tak risau sangat kalau tak dapat tawaran tu,(bukan sebab tak nak!hehe)tapi lagi frust sebab tak jawab exam engan baik.masa tengah buad exam tu,ada jugak terpiki "mm,,duduk UM la camni,,bes jgk!!hehe"
SAYA BUKAN MENGALAH,tapi kene bersedia dengan apa je kemungkinan,,lagipun,kalau tak dapat biasiswa jais ni,intan still sangat happy kalau masuk UM walaupun selama ni intan asyik cakap nak pergi jordan je!mana2 post pun cakap macam tu kan,kan?hehe,,tapi bila dapat UM jgk ni,,orait jugak!mm,,mana2 lah,,ISTIKHARAH2!!

ustaz tu kata soalan tu,,"SAHLAN2 JIDDAN!"
masyaAllah,,haha,,tengok lah macam mana~

keputusannya insyaAllah keluar esok!(laju nye lah orang arab ni menande~)
kalau ada rezki dorang akan call..

hmm~entah la,,tiba-tiba rasa macam nak duduk UM pulak!
tapi tiba2 rasa cam sedih jugak kalau tak dapat jais ni,,
aiya~bertukar2 perasaan niyh,,
sebab dua2 pun first choice,,tengoklah macam mana esok,
kalau dapat panggilan,insyaAllah ke jordan,,
kalau tak dapat,welcome to UM :)
wa~best jugak belajar UM!!dekat ngan mama sikit walupun KL ngan kelantan tu jao,,tapi degree nanti kat KL,,hehe,,tym asasi je kat kelantan=p
tapi kalau ada rezeki ke jordan takkan nak tolak,,tapi berdasarkan exam semalam tu,
bukan senang nak skor,,walaupun orang lain pun kata susah exam jais tu,,tapi nampak macam cool je  dorang jawab~hehe=p

kesimpulannya,,UNIVERSITI MALAYA KE JODAN KE,,
saya tak kesah :)
asalkan tempat belajar tu nanti adalah yang terbaik untuk saya :)
dan kejayaan tu nanti dapat beri manfaat pada orang lain,
yang paling penting dapat membantu tingkatkan iman dan taqwa padaNya..

insyaAllah,,RABBUNA YUSAHHIL,,
kepada sesiapa yang dapat biasiswa jais esok,,tahniah and all the best!

tahniah jugak pada rakan2 yang dapat matrix/asasi..
besnye UIA,,ramai bdk smap,,
besnye uitm puncak alam,,korang berkampung la d sana yea :)
kalau saya masuk UM,dapat geng dengan izzati zukri,,kite dok kelate sesame deh;p
*hmm~tah tahu nak rasa macam mana sekarang,,tunggu je la esok!*
pape pun,,UM ngan jordan,,dua2 terbaik!! :)

ISTIKHARAH2!!
SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN SAYA :)

*post sejak kebelakangan ni asyik cakap pasal U/biasiswa je,,macam boring pulak,,lepas ni kene ada pengisian lain,,hehe=p
*rasa macam kurang matang post kali,,HAHA*

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, May 6, 2011

ujian itu cabaran!

masyaAllah,peningnya kepala hari ni.hari ni memang ramai tengah kecoh-kecoh pasal tawaran UPU.
apa ek yang memeningkan sebenarnya?
hmm~intan rasa intan tak pening pasal tawaran upu kot!
by the way,ALHAMDULILLAH selayak-layak kalimah untuk saya panjatkan hanya kepada Allah,

first choice upu intan dimakbulkan :)
saya dapat tawaran ke universiti malaya dalam bidang syariah.
tarikh melapor diri adalah pada 29 mei.kolej bakal bertempat di 'kolej kediaman nilam puri,kelantan!'
disebabkan arwah ayah intan orang kelantan,memang ramai la sedara-mara kat kelantan,so,no worries!>.<
jauh juga kan kelantan?baik pergi jordan,,haha,,x de la.tak kisah mana2,tengok rezeki macam mana.lagipun dekat kelantan 1tahun lebih je kot,then UM dekat KL!insyaAllah.

yang buat intan risau+celaru+kurang fokus pasal interview jais esok.
macam post intan yang before ni .
risau sebab ujian kelayakan tu!wa~ujian apakah?
jadi!saya pun ambil inisiatif untuk call orang jais tu,malangnya tak diangkat.
so,i told my mom to call,lagipun,mama pun tak tahu jalan nak ke tempat interview tu esok.
orang tu kata ujian nya SEPENUNYA DALAM BAHASA ARAB DAN AKAN DITANDA OLEH ORANG DARI ARAB.masyaAllah~
memang risau!!!!entah la.sebab mengharap jugak kot.
tanya soalan apa?qowaid ke?balaghah ke?ke tanya soalan bab agama?
takutnya intan~kalau tanya qowaid nahu /sorof tu bes la ckit kot,kalau tanya lain??=.=
tiba-tiba intan jadi lemah semangat!
ish!!apa la intan ni!pantang mengalah sebelum mencuba.
hmm~bukan tak semangat,cuma intan takut kecewa.
actually sebelum ni tak pernah pun jais buat ujian,tapi tahun persaingan kuat.
yang layak tu ramai !(ish,,tercabar sikit!)hehe,,
ada tak peluang untuk intan?

"INTAN,,kalau rezeki intan memang kat sana,sesusah mana pun ujian esok,pasti intan boleh!
jangan patah semangat!jangan biarkan ujian kecil ni jadi penghalang kepada cita-cita intan yang besar!
usaha+doa+tawakkal!Allah pasti tahu yang terbaik untuk hambanya"

saya kene monolog macam ni :'( tiba-tiba rasa sedih~
(hmm~apa la intan ni-.-') sebenarnya tak tahu rasa apa ni.macam gelabah ada,
hmm~malam ni nak fokus ulangkaji!hehe.

"Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada ALLAH.Sungguh ALLAH mencintai orang-orang yang bertawakkal."al-Imran 159"

RABBI YASSIR WA LA TU'ASSIR!

macam mana pun,apa je keputusan intan kena redha,lagipun intan kene bersyukur,at least kalau tak dapat jordan pun,intan dapat juga UM which is my first choice :) (pujuk hati~pujuk hati~)hehe,
alah intan!boleynye esok!!chaiyok2!!
bittaufiq wannajah ilaiya :) hehe,,wish untuk diri sendiri -.-'
memang tengah kurang betol!sangat risau!

take it easy!!!
innallaha ma'ana!!! =)

amalkan doa


pesanan ustaz khiruddin(ayah fattah):
yakin pada kebolehan diri!

betol!intan yakin intan boleh!
intan kan suke arab!boleh punyeee~!!
*kene motivate diri sendiri selaloo mcm ni*hehe

mm,,nak cakap apa lagi yea?
DOAKAN SAYA!! :)

kak faeiqa,kak juwe,kak ain,kak hannan,kak syai~
do pray 4 me :')


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, May 5, 2011

a little bit about....

assalamualaikum,alhamdulillah ada juga kekuatan untuk update blog setelah seminggu mengabaikan blog ni :)
kurang sihat mungkin faktor perubahan cuaca di bandung yang agak sejuk dan hujan manakala jakarta pula agak panas.mungkin juga demam ni sebagai penghapus dosa-dosa masa lalu,
let's say,ALHAMDULILLAH :)

nak cerita apa yea tentang bandung dan jakarta?
tak reti nak cerita,hehe,,tapi apa yang intan boleh cakap,best la!:)
walaupun tension sikit dengan orang-orang kat sana yang agak crowded,tapi best!
shopping??
hmm~tak payah cerita la kan kalau dekat tempat murah,hehe,,
memang murah!
tapi ramai sangat peniaga2 jalanan ni,,tapi macam manapun dorang ni sangat rajin!bersungguh2!tak putus asa!which is rakyat malaysia patutnya contohi orang-orang macam mereka ni.
tapi mungkin disebabkan faktor sekeliling kot,
sana ramai juga orang susah,so dorang terpakse kerja keras!!
rakyat malaysia ni mungkin la,,agak senang sikit taraf hidup nak banding dengan bandung dan jakarta,tu yang ramai orang malaysia malas tu!hehe,

ok,enough!tak tau macam mana nak ceritakan experience ni,,hehe
mungkin juga demam ni buad intan macam kurang agresif untuk berfikir;p

***************   *************************   ******************  *****************

saya ada lagi satu berita untuk dikongsikan :)

ALHAMDULILLAH :) saya berjaya untuk menduduki ujian kelayakan biasiswa LEMBAGA ZAKAT SELANGOR@ JAIS (pengajian islam ke jordan) pada hari sabtu ini.dekat pusat sumber pendidikan jais,siapa tahu??saya tak tahu!
actually,ingatkan tak de ujian or interview,sebab senior before ni kata dorang terus confirm pergi,
tiba2 tahun ada pula ujian kelayakan,,dah la ujian bertulis!tak silap la sebab jais suruh bawa alat tulis,
wa~~apa lah agaknya ujian tu,pengetahuan am ke?bahasa arab ke?syariah ke?
kene buka buku balik ni!!
doakan intan baik demam sebelum hari sabtu ni! :)
serius tak dapat nak agak apa agaknya ujian tu!
(wa~ingatkan terus dapat~)
anyway,doakan intan berjaya yea :)
wish me luck!!


rabbi yassir wala tu'assir!!!
chaiyok!
gambate!
all the best!!

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed